Monday, October 7, 2013

2 pemimpin shj yg perlu disingkirkan untuk umno kembali mendapat tempat di hati melayu.

Tarikh makin hampir untuk perwakilan menggunakan kebijaksanaan mereka memilih pemimpin
untuk mencorakkan UMNO di masa hadapan.

Sangat penting pemilihan kepimpinan kali ini kerana umno bukanlah sekuat dulu dan tak salah kalau dikatakan jika salah pilih pemimpin umpama mencabut saluran oxygen kpd pesakit yg sedang tenat.

Penting bukan sahaja kpd umno tetapi kepada masa depan sebahagian besar orang Melayu yg sudah terbiasa dengan dasar dan polisi kerajaan diterajui umno.

Penting kpd rakyat Malaysia.

Penting kpd pembangkang untuk mereka menilai samada barisan kepimpinan baru umno akan lebih kuat atau sekadar yg sedia ada - kalau tak lembek pun lemah.

Penting kpd pembangkang untuk mereka membuat strategi menghadapi pru14 akan datang atau kemungkinan membuat strategi 'rampasan kuasa secara sah' sebelum pru14 - sesuatu yg tidak mustahil.

UMNO akan terus hilang sokongan serta merta dari sebahagian orang melayu jika ada pemimpin harapan mereka tersingkir atau masih ada pemimpin yg lemah dikekalkan - ini pasti berlaku.

Ada 3 pemimpin utama yang sebenarnya kurang digemari atau menyebabkan umno itu dilihat 'bermasalah' kerana mudah tunduk kepada desakan pembangkang atau 'dikencing dengan mudah' oleh pembangkang menjadi negara berada dalam keadaan kurang aman dan pembangkang pula dengan sewenang-wenangnya keras kepala, bongkak dan suka bersikap menghina dan tidak menghormati undang-undang.

Bagaimanapun seorang pemimpin dari tiga pemimpin itu dengan bijaksana telah menyelamatkan dirinya untuk terus kekal, tinggal dua lagi yang sedang berserabut dalam perebutan tempat.

Jika perwakilan mengambil keputusan untuk tidak memilih mereka lagi, dalam kedudukan sekarang mereka hanya sekadar kehilangan jawatan di dalam parti tetapi dari segi kemungkinannya, akan terus kekal di jawatan kerajaan. Hasilnya umno akan bertambah kuat dan akan mendapat tambahan sokongan dari orang melayu terutama di luar umno.

Jika mereka dikekalkan, seperti yang dikatakan, sudah ramai penyokong umno di luar sana yang bersiap sedia untuk mengistiharkan tidak  menyokong umno lagi secara serta merta, pastinya mereka memilih untuk terus melondehkan umno atau berpihak kepada persaing umno, umpamanya PAS yg sudah tentu sedia menyambut tambahan sokongan ini.

Siapapun yang perwakilan akan pilih, adalah penting dua pemimpin ini yang berada dalam landasan yang tidak selari dengan jiwa Melayu disingkirkan.

(Gambar) - Nasir Bilal Khan - si penggali kubur yg bersiap sedia.

9 comments:

  1. umno pernah kehilangan pemimpin seperti harun idris, musa hitam, ku li, anwar tetapi umno terus kukuh jika dikemudi dengan baik.

    jika umno kehilangaan dua pemimpin di atas pun sudah tentu kesannya tiada langsung atau sangat kecil.

    ReplyDelete
  2. siapa pemimpin itu bgtau la nak tau juga dan jgn yg bercakap ni serupa dan berselindung di sebalik nama aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang bai....1) KJ, 2) KJ

      Delete
    2. ijat,kj, hishamuddin... ehhh 3 org la.. bkn 2 org...

      Delete
  3. Kj hisham najib - najib dah selamat

    ReplyDelete
  4. UMNO kalau nak menangkan hati orang Melayu tak payah susah-susah berdegar-degar kempen begitu-begini. Cukuplah jaga kebajikan orang Melayu di bandar-bandar ni yang makin terhimpit dengan kenaikan kos harga barang dan perumahan. Kami yang Melayu duduk bandar ni nama je duduk kat Tanah Melayu, berpindah randah cari rumah sewa murah dan macam merempat kat bumi asing.

    ReplyDelete
  5. Najib harus beri laluan untuk Melayu mantap semula.
    Dan KJ harus disingkirkan untuk hindarkan nafsu serakahnya.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...