Tuesday, October 22, 2013

Mahathir Mohamad nak jadi apa?

secara politiknya najib telah menunjukkan kebijaksanaanya yg luar biasa, merapati mahathir untuk mendapat kuasa tetapi dalam masa yg sama tunjuk baik dan setia kpd paklah seolah-olah dalam bajunya tiada gunting atau jarum.

bila dapat kuasa, paklah jadi pemain simpanan, mahathir jadi striker untuk menyerang lawan, dalam keadaan tertentu mahathir turun jadi pemain pertahanan dan sumbangan terakhir mahathir ialah sebagai penjaga gol umno di pru13.

Selepas PRU13 mahathir hantar anaknya sebagai calon pemain tengah - kena rejek terang-terang oleh kaptain. Posisi tu pada si lembik.

sekarang? mahathir jadi apa?


19 comments:

  1. Sekarang jadi lampu stadium kasik terang orang main walaupun orang tak peduli dan ambik kesah pasal lampu stadium. Yang penting masyuk. Esok dah "Padam" lampu stadium barulah tergagau-gagau.

    ReplyDelete
  2. Apalah bengong nak fikir Mahathir nak jadi apa? Dia telah banyak berjasa dan akan kekal terpahat disetiap sanubari setiap anak2 banhsa melayu yang menghargai pejuang2 kemerdekaan dan sebagai seorang negarawan. Yang patut difikirkan apakah nasib anak2 bangsa melayu kita tatkala pemimpin2 lembik dan liberal diangkat menjadi pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Tun Mahathir jadi pengadil ler pulak.Kad kuning dan kad merah.

    ReplyDelete
  4. DS Najib is a strategic political player as compared to Mahathir. He outplayed Mahathir at his own game. As mentioned by kluangdiamond DS Najib has proven to be a very smart politician'

    ReplyDelete
  5. "very smart politician"??? mcm startegi pukul gendang cina dln iklan...huahuhauahahahha....

    ReplyDelete
  6. Najib telah menaikan kemarahan mantan PM dengan kekalahan anaknya. Tapi Najib dah tak heran kerana :

    1. Dr.Mahathir sudah tak ada taring lagi. hanya boleh mengaum, gigit belum tentu.

    2. Najib juga tahu selagi mana dia memegang keris Presiden parti, tidak akan ada mana2 biji mata dalam UMNO berani langgar firman dia.

    Cuma pada pandangan saya Najib akan buat perkara2 berikut untuk cuba ambil hati orang tua itu.

    1. Bagi kerusi MKT kepada Mukriz.

    2. Tambah peruntukan kepada Kedah supaya dapat belanja lebih.

    3. Tunjuk muka di Sg Limau kerap sikit untuk ambil hati Mukriz..

    Ada pepatah inggeris berbunyi ' what goes around comes around' Dr. Mahathir dulu pun buat kerja macam tu juga kepada orang yang dia tak suka. jadi apa yang berlaku kepada anaknya itu biasalah.

    Bintang Mukriz akan gelap kalau perkara2 ini berl;aku:

    1 . Dr. Mahathir dah tak ada.

    2. DUN Sg. Limau kalah.

    3. Mahadzir Khalid atau Bashah tiba2 tukar fikiran tak bagi sokongan lagi kat Mukriz, (dalam politik kerana jawatan, kawan boleh jadi lawan).

    ReplyDelete
  7. Rakyat biasa dh tak termakan hasutan yg mlaga2kan pemimpin2 kami. Kami pentingkan kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Yg lebih suka hasut, huru hara, adu domba, fitnah boleh blah.. Klu terer sgt engko je la jd pemimpin hebat terakhir zaman nie. Jgn hipokrit, tengok jge pemimpin / ketua di jabatan, pejabat, organisasi yg jauh lebih kuat bpolitik dpd org politik demi survival jawatan dan kroni mrk..

    ReplyDelete
  8. mahathir tetap jadi bekas pm yang disanjung rakyat. di usia tuanya dia masih bersemangat memberi pandangan dan sudah tntu dia tidak terkilan mukhriz kalah sebab beliau sudah menjangkankannya.. pemimpin bersilih ganti datang dan pergi tapi mahathir tetap di hati

    ReplyDelete
  9. Dont ask other what they want to be but ask yourself WHAT YOU WHAT TO BE.

    ReplyDelete
  10. Dont ask others what they want to be but ask yourself WHAT YOU WANT TO BE. ????????????

    ReplyDelete
  11. Satu artikel yang BODOH lagi Benggong. TDM tetap di hati bangsa melayu walaupun Dia tak ada kuasa atau mati sekalipun. Apa jasa kamu pada negara dan bangsa melayu ?

    ReplyDelete
  12. artikel syok sendiri...kat mana lah berstrateji beno si ajib ngong ni...setakat menangkan isham aww...pru nanti bungkus la dia

    ReplyDelete
  13. Kalau benar mahathir hebat, kenapa najib langsung tak bagi muka pd mukhriz di pahang Dan muhyiddin control johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari 17 komen yang ditulis, tidak ada satu komen mengatakan Mahathir hebat kecuali saudara kluangman saja yang mengatakan Mahathir hebat. Sifat yang ada pada kluangman adalah sifat yang akan memecah-belahkan. " Kalau benar mahathir hebat, kenapa najib langsung tak bagi muka pd mukhriz di pahang Dan muhyiddin control johor". By your statement, do you mean PM and TPM play dirty politics???? sehinggakan Mukhriz tak mendapat tempat dihati perwakilan di Johor dan Pahang. Is this Hear and Say or what, kalau tak ada bukti jangan dibicarakan dan kalau ada bukti buat lapopran demi keadilan tetapi kalau saudara mendiamkan diri bermakna saudara memang sah tidak suka pada keluarga TDM terutama Mukhriz serta tak berani menegakkan keadilan. BERANI BERKATA TAPI TAK BERANI MELAKSANA.

      By the way bagaimana dengan persoalan saya tempoh hari :-

      kluangmanThursday, October 03, 2013 1:50:00 AM
      Tersurat dan tersirat.
      Bezanya pemimpin PAS dan UMNO dalam penerapan Islam.
      Bezanya anak Tun Razak dengan anak Ustaz Azizan.
      Mana satu yang lebih baik untuk memimpin umat Melayu Islam Malaysia - masa depan generasi kita.

      AnonymousThursday, October 03, 2013 8:06:00 PM
      Soalan masih tak terjawab, be gentleman , pls anwser. Tersalah tulis atau apa. Tajuk lain kandungan lain.

      "Semasa Tun Abdul Razak meninggal dunia, siapakah yang sembahyangkan jenazah Tun, nak tahu? baca di bawah...

      AnonymousThursday, October 10, 2013 2:34:00 AM
      SEMINGGU DAH BERLALU, MASIH MENCARI JAWAPAN ATAU ALASAN, ATAU TAK BERANI MENGAKUI KESILAPAN. MANUSIA TIDAK LEKANG DARI MEMBUAT KESILAPAN TAPI BIARLAH DIAKHIRI DENGAN PEMBETULAN SERTA KEMAAFAN.

      Sehingga kini masih belum dijawab.

      Delete
    2. Salam Dan Terima kasih - saya sudah jawab, sila rujuk semula.
      saya jawab bukan seperti anak kecil disuap, saya jawab untuk pembaca berfikir - read between two lines, tersurat Dan tersirat.
      Saya tidak silap tulis - saya ber sinis.

      Begitu juga tulisan di atas - saya hanya menduga lautan dalam.

      Sepatutnnya saya tidak membalas atau memberi keterangan lanjut kerana itulah adalah gaya tulisan saya. Saya gunakan provakasi untuk memuji. Saya gunakan provakasi untuk mencari jawapan. Saya guna reverse psikologi untuk mencari jawapan.

      100% tiada undi dari pahang adalah satu kebetulan? Tuan percaya?
      Pemilihan umno tidak melibatkan Wang kerana tiada tangkapan atau tiada tindakan disiplin - tuan percaya?

      Buktinya mungkin tiada sekarang tetapi mungkin pada di pru14 - satu pembuktiannyg cukup mahal harganya untuk org melayu bayar Dan Terima.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...