Sunday, October 20, 2013

umno makin hancing - timun dan ulam untuk anwar ratah

 bagi umno, transformasi najib telah pun berlaku apabila ada cawangan umno mendapat
ketua cawangan baru.

bukankah lebih baik jika najib maklumkan transformasi tidak berlaku sepenuhnya seperti yang diharapkan dan oleh itu seluruh ahli harus bersatu memperkuat umno untuk menghadapi pilihanraya dan cabaran akan datang.

apakah najib cuba memperbodohkan ahli umno dengan mendakwa transformasi telah berlaku sekadar keluar masuk beberapa exco dan majlis kerja tertinggi - itu pun yang 'dicaikan' oleh mereka juga.

ok jugalah kalau nak perbodohkan ahli sendiri - tapi jangan ingat melayu bukan ahli umno sama bodoh dengan ahli umno.
d

kalau umno tidak mahu orang melayu bukan ahlinya masuk campur soal umno adalah wajar juga umno tidak lagi mendakwa sesuka hati bahawa umno itu melayu, melayu itu umno.

kalau dah mengaku transformasi berlaku maka adakah umno sudah kuat dalamannya untuk menghadapi luaran.

kuatkah senarai kepimpinan yg menang ini jika mereka raih undi dengan pitih? berterusteranglah...

jika inilah minda najib, politik najib dengan budak-budaknya - pasti ia jadi ulam dan timun kpd anwar dan dap.

Tunggulah....melayu dan Islam sedang dipersendakan sekarang...dan melayu akan dijajah dan Islam diperlekehkan berterusan sedikit masa lagi, setakat manalah kuatnya zahid !

6 comments:

  1. Dengan UMNO, tanpa UMNO tak ada beza. Yang membezakan sesuatu wadah itu adalah pegangan dan matlamat. yang diperjuangkan. Untuk aku asalkan wadah itu berpaksikan agama, bangsa dan tanah air serta matlamatnya mempertahankan dan memperkukuhkan ketiga-tiganya,... apalah ada pada nama....orang yang angkuh tidak perlu dinasihati. Jika UMNO begitu esklusif, biarlah UMNO dengan pengikut-pengikut setianya. UMNO bukanlah Melayu dan Melayu bukanlah UMNO kerana seperti aku kata dulu,...dari 8.5 juta Melayu dewasa 3.4 juta dikatakan ahli UMNO, itupun kalau semuanya masih setia, 5.1 juta Melayu bukan ahli UMNO...
    Hari-hari mendatang bagi kerajaan Najib akan menjadi sukar, tindakan dan keputusan akan dipantau dan dinilai, Tiada wala' dalam UMNO, ingat itu,...kerana anda tidak layak menerimanya....ujian pertama adalah belanjawan 2014, kita tengok nanti...

    ReplyDelete
  2. Perkasa mendaftar sebagai parti politik..melayu akan sokong perkasa, biar ahjibgor, mat sembab, anak omak , dan geng pro namawee dalam umno..

    ReplyDelete
  3. UMNO adalah wadah perjuangan utama untuk orang melayu. PAS lahir dari kalangan golongan agama yang kecewa pada ketika untuk kerana tidak dicalonkan dalam pilihanraya. Bergitu juga dengan PKR. Perpecahan pada UMNO bukan kerana UMNO itu tidak baik untuk orang melayu tetapi perpecahan berlaku kerana sikap tamak dengki dan berdendam sesama orang melayu. Melayu menang tidak dapat terpisah dengan perasaan hasrat dengki dan khinat serta dendam kesumat. Jika melayu dapat membuang sifat yang sedemikian maka nescaya melayu akan lebih maju dari bangsa yang lain. Parti politik orang melayu yang ada dinegara dan bergerak aktif hanya berpaksikan kepada ketua dan menuduh diantara sesama mereka. Membuka aib diantara sesama mereka dan memaki hamun sesama sendiri. Orang UMNO mengata PAS dan bergitu juga disebaliknya. Kini lebih teruk bilamana PKR ditubuhkan oleh seoarang bekas pemimpin UMNO orang bukan melayu boleh mengata apa yang mereka suka pada pemimpin UMNO. Akhirnya yang rugi orang melayu sendiri. Pemimpin UMNO dengan sikap tamak dan ego, pemimpin PAS dengan sikap suka mengata dan pemimpin PKR dengan sikap mahu menjatuhkan UMNO. Jika diteliti semuanya adalah orang melayu. Bergitu bodoh sekali akan orang melayu ini.

    ReplyDelete
  4. Memang betul,org melayu atas pagar, bukan ahli Umno semakin meluat dgn pemimpin atasan Umno ni.Dia ingat kita ni bodoh seperti ahli ahlinya.

    ReplyDelete
  5. Bila Lagi PERKASA nak daftar sebagai parti melayu orang muda yang baru. ?

    ReplyDelete
  6. tiada reformasi di cawangan kerana nisbah perwakilan kebahagian hanya 1 orang bagi setiap 50 ahli amat kecil dan tidak mencerminkan kehendak akar umbi...untuk menang ketua bahagian jauh lebih mudah daripada pemilihan mkt...bermaksud duit masih boleh berlegar demi untuk menang ketua bahagian dan kuncunya.

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...