Wednesday, June 17, 2015

DAH TAK SABAR UMNO SELANGOR NAK BUKTIKAN MAHATHIR SALAH..

Ada khabar dari Selangor mengatakan adanya RAYUAN BERSUNGGUH daripada pemimpin UMNO agar Azmin Ali tidak menasihatkan Tuanku Sultan supaya membubarkan DUN, kerana takut berdepan dengan rakyat.
Situasi ini memang pelik. Sepatutnya, mana-mana parti politik gembira dengan keruntuhan

kerajaan yang menjadi lawan mereka, dan seterusnya mampu membuka ruang supaya partinya dapat bertanding dalam PRN.
Pelik, sampaikan ada usaha RAYUAN ini terjadi di Selangor. Sampaikan sanggup mengatakan kepada Azmin Ali bahawa semua wakil rakyat UMNO akan berikan sokongan kepadanya. Ini perjanjian syaitan apa di bulan Ramadhan? Kalau syaitan sudah dibelenggu, mana datang pula perjanjian semacam ini.
Katanya, ketakutan ini disebabkan UMNO Selangor tidak bersedia. Katanya di atas kertas, bukan tambah kemenangan, tetapi hilang lagi 7 seats berbanding 12 yang ada sekarang.
Pemimpin tersebut takut PRN akan menyebabkan UMNO Selangor sama sekali ditebas dalam politik di negeri tersebut.
Kita jadi pelik, kerana tak pernah ada ketika UMNO Selangor berada di dalam keadaan begini daif.
Katanya keputusan untuk MEMASTIKAN TIADA PILIHANRAYA ini diambil sebulat suara di Bandung. Semua bersetuju mereka belum bersedia. Mereka perlukan bajet tambahan dalam memastikan kemenangan dapat dicapai.
Ada yang kata, setiap calon Ahli Parlimen UMNO di Selangor mesti diberikan bajet RM15 juta seorang untuk 3 tahun yang akan datang. ADUN perlu diberikan RM5 juta seorang. Barulah kerajaan Azmin Ali boleh ditumbangkan.

https://gelagatanwar.wordpress.com/2015/06/18/pemimpin-umno-sendiri-rayu-azmin-ali-supaya-tidak-laksanakan-pilihanraya-kenapa-takut/



#
Ramadhan bulan keinsfan untuk menyatakan benar walau pahit !!!
Ramadhan bukan diperalatkan untuk menghalalkan cara.

7 comments:

  1. Alhamdulillah analisis malaikat

    ReplyDelete
  2. Bulan Ramdhan tak dihormati langsung oleh juak2 mabuk politik ni? Entry2 blog yg terus mengumpat, mengapi2kan sesama umat Islam.. puai mcm ni ke nk kita dengari?sendiri pun tak betul ada hati nk betulkan orang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan ramadhan bulan mulia...jadi mari kita sama2 buang PENIPU NEGARA. AGAMA DAN RAKYAT...
      Semoga dgn kesedaran dan tindakan kita, negara, agama dan rakyat dapat nikmat darinya...
      JANGAN DIPERTAHANKAN PENIPUAN DARIPADA PENIPU TERUTAMANYA JIKA PENIPU ITU ADALAH PEMIMPIN ANDA!!!

      Delete
  3. Umat Islam perlu kuat terutama pada Ramadhan, pemimpin jangan cakap bohong.
    Penyokong perlu muhasabah bila kena badatang hidung !!!

    ReplyDelete
  4. buat bodo saja la KD peduli apa dgn kata orang orang yang tak berfikir dan tak ada rasa takut yang rakyat akan terpaksa tanggung beban hutang hasil daripada kelemahan dan kesalahan najib , selagi perkara itu fakta dan benar KD kau go head saja memang islam suka pada perkara benar di tegak kan.

    ReplyDelete
  5. Aku ingat in fitnahlah. Mana bukti UMNO x mahu PRN di Selangor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang umno patut berdoa dari malaapetaka (pilihanraya) itu

      Delete