Monday, June 22, 2015

KITA TIDAK MAHU SOKONG DAN PERCAYA PEMBANGKANG, TETAPI APA BOLEH BUAT KALAU PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN..--

Pendedahan seperti di bawah sangat serius jika tidak dinafikan dan ditangani dengan cepat dan telus. Pendedahan demi pendedahan walaupun akan dianggap "jangan terpengaruh dengan pembangkang" tetapi akhirnya kalau terlalu banyak, hampir betul ia akan jadi "senjata" yang sangat berkesan.

Jangan tunggu sampai pembangkang berkempen menurunkan pemimpin dan kerajaan sekarang bukan atas isu politik tetapi atas isu RASUAH PECAH AMANAH PENYELEWENGAN 


Kalau isu ini dimainkan, tidak seorang umat pun akan menolak.

Apa yang blogger proUMNO buat, mereka banyak menceceh je...
Contoh ini hasil tangan mereka...



Kalau sekali tengok, memang ada rupa 'Jerangkung' pakai sarung tangan...  Apa la diorang ni ek. Kesin tau kat Si Wan Azizah tu. Dah la dia ditinggalkan oleh suami dia yang pergi bercuti seorang diri ke Sungai Buloh Inn. Sekarang dah dia ditinggalkan pulak oleh rakan sekutu. ://semuthitam80.blogspot.com/2015/06/bila-dah-mati-memang-tinggal-semangat-je.html

ALAMAK! TIMBALAN PRESIDEN "CAP AYAM"!!!http://semuthitam80.blogspot.com/2015/06/alamak-timbalan-presiden-cap-ayam.html

Jadi siapa yang kata UMNO lemah kerana berpresidenkan Najib, boleh telan balik ludah masing-masing sekarang.  Testimoni dari Mat Sabu ini (tewas Naib Presiden ) membuktikan Najib bukan biasa-biasa ...http://www.mykmu.net/2015/06/kehebatan-najib-buat-pakatan-terkubur/


Itu sahajalah yang mereka boleh tulis konon untuk menunjukkan UMNo suci dan agung..betul ke? boleh bantu parti ke macam ni? habih boreh je lah jawabnya...


CUBA BACA SERANGAN PEMBANGKANG DIBAWAH...

DAP hari ini mempersoalkan siapa pemilik Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak serta menggesa perdana menteri mendedahkan sama ada yayasan berkenaan dimiliki organisasi kebajikan swasta atau kerajaan MalaysiaA

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan syarikat yang berkepentingan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu memberi sumbangan kepada "kebajikan" yang dikawal perdana menteri.

Pua berkata, akhbar kewangan antarabangsa itu mendedahkan, YR1M menerima sumbangan bernilai RM35 juta daripada Genting Plantation sebaik sahaja pengambilalihan Genting Sanyen oleh 1MDB berjaya."Sebelum ini, kita mengetahui semua keputusan 1MDB perlu melalui kebenaran bertulis perdana menteri tanpa pengecualian.

"Sumbangan syarikat seperti Genting Bhd menerima manfaat untuk asetnya yang dipindah milik kepada entiti dikawal perdana menteri dengan harga begitu tinggi menimbulkan konflik kepentingan yang jelas."Ini sempadan kepada rasuah dan salah guna kuasa yang jelas," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan semakannya, Pua mendedahkan, laman web YR1M menyatakan yayasan itu dipengerusikan Najib tanpa menamakan mana-mana individu terlibat dalam kapasiti rasmi.

Semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati yayasan berkenaan adalah syarikat terhad dengan jaminan, dianggotai 4 ahli lembaga pengarah termasuk Najib selain Datuk Azlin Alias, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin.

Pua berkata, Azlin adalah ketua setiausaha sulit perdana menteri yang maut dalam nahas helikopter bersama bekas ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis di Semenyih baru-baru ini.Manakala, Wan Ahmad merupakan pegawai khas Najib sejak 2004, dan Che Lodin tidak bekerja untuk Jabatan Perdana Menteri."Perdana menteri bagaimanapun melantik Che Lodin sebagai pengerusi 1MDB," kata Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

"Daripada maklumat berikut dan dokumen berkenaan, jelas menunjukkan YR1M ialah unit kebajikan yang dikawal selia sepenuhnya perdana menteri," katanya. 

Pua berkata, YR1M boleh dikatakan sebagai "yayasan" yang dananya digunakan atas kehendaknya."Seperti didakwa, dengan bukti oleh WSJ, sumbangan itu kemudiannya disalurkan kepada aktiviti berkaitan kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN)," katanya.

Sehubungan itu, katanya rakyat Malaysia perlu mengetahui sema ada berlaku pecah amanah atau amalan korupsi dalam transaksi yang didedahkan sebelum ini."Keseluruhan pembiayaan dan struktur perbelanjaan YR1M diburukkan lagi dengan kegagalan mereka menyerahkan penyata kewangan kepada SSM yang tamat pada Disember 2014 sejak ditubuhkan pada Januari 2013.

"Tidak masuk akal perdana menteri melanggar undang-undang negara ini,' katanya

Sehubungan itu, Pua menggesa NajiB menyerahkan penyata kewangan YR1M untuk membuktikan yayasan berkenaan tidak melakukan kesalahan."Kegagalan melakukan perkara itu akan menyaksikan perdana menteri dilihat bersalah dalam aspek salah laku kewangan oleh rakyat, kerana beliau ada segalanya untuk disembunyikan,” katanya lapor The Malaysian Insider

26 comments:

  1. KD, itu bukan blogger pro umno, itu blogger pro najib..blogger blogger najib bukan pedulik pun nasib umno..yg penting ujung bulan dapat payment!..

    ReplyDelete
  2. Dalam isu YR1M, Genting, Genting Sanyen, sumbangan RM 35 juta itu semua mempunyai konflik kepentingan.

    Harapnya Ted Manoff dan Keris Berayon dapat berikan penjelasan mengenai perkara ini.

    Bukannya apa, yang menjadi isu adalah pembelian Stesen Janakuasa Genting Sanyen oleh 1MDB melebihi harga pasaran, bukan sikit-sikit, tetapi RM 1.9 bilion, harga semasa Genting Sanyen ketika itu adalah RM 400 juta, tapi 1MDB beli dengan harga RM 2.3 bilion.

    Kemudian Genting yang menjual Genting Sanyen itu memberi pula kononnya sumbangan sebanyak RM 35 juta kepada YR1M selepas pembelian Genting Sanyen oleh 1MDB, di sini ada konflik kepentingan dan urusniaga yang meragukan. Tunku Aziz tak mau buat repot polis pasal hal inikah? Ataupun Tunku Aziz bawa isu ini kepada lembaga SPRM untuk disiasat, sebab Tunku Aziz ketika ini adalah ahli jawatankuasa panel SPRM.

    YR1M perlu disiasat, dana yang diperolehi oleh mereka perlu disiasat, pemberian 'sumbangan' berjumlah RM 35 kepada YR1M oleh Genting perlu disiasat.

    Satu persatu terbongkar, tapi pecacai Najib masih membela segala kemungkaran ini dengan berbagai tipu daya walaupun tipu daya mereka itu sangatlah pandir.

    Walau apa pun, saya menantikan huraian oleh Keris Berayon dan Ted Manoff mengenai perkara ini, kita lihat apa lagi mereka nak meroyan pasal hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan Anon 7:52 am.....

      Ulasan sdra amat terbaik membuat saya terpanggil untuk memohon izin sdra mengcopy paste buat hebahan di blog2 lain.

      Kelihatannya Najib telah banyak pecah amanah dan merusakkan nama baik serta perjuangan asal UMNO. Atas pegangan kuat Liberalismenya yg sesat lagi menyesatkan, saya ingin menggesa agar kita mendesak dia segera digugurkan dari jawatan Presiden UMNO. Selayaknya...dia boleh menjawat President UMLO (United Malay Liberal Organization) sempena ketaksuban beliau terhadap Liberalisme....dan juga keakraban beliau kpd Jho Lo.

      Salam Perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air tercinta.

      HIDUP UMNO TANPA NAJIB....!!!!

      Delete
  3. Mme babi tul lepas satu satu timbul....yg ada tak selesai timbul satu lagi.....minta tun dr m selongkar lagi.....babi...ooo..babi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya banyak lagi masalah berkaitan Najib dan kuncu-kuncunya itu. Cuma tak terbongkar lagi.

      Kerjasama dengan Petrosaudi yang meragukan, tak terbongkar habis lagi.

      Pelaburan dengan Aabar Group dari Abu Dhabi yang meragukan, masih belum terbongkar lagi.

      Malahan entah apa lagi yang akan terbongkar yang akan menjahanamkan ekonomi negara serta memudaratkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional.

      Najib sudah tidak boleh dibiarkan, ahli-ahli UMNO perlu ambil tindakan, jika kepimpinan bahagian nak bersekongkol dengan perbuatan melampau dan teruk Najib ini, maka kepimpinan UMNO bahagian perlu diajar dalam mesyuarat agung tahunan peringkat cawangan dan bahagian kelak, kalau perlu buat piket di depan pejabat UMNO bahagian supaya negara kita ini tidak terus hancur disebabkan Najib dan kuncu-kuncunya ini.

      Ini bukannya pasal isu peribadi Najib, tapi pasal isu kepentingan rakyat, pasal kelangsungan Malaysia, pasal kepentingan nasional Malaysia, kita tak boleh biarkan perkara ini berterusan, tindakan segera perlu dibuat oleh ahli-ahli UMNO sebab 154 ketua bahagian UMNO dah makan suap, dicucuk hidung oleh Najib dengan berbagai habuan sedangkan ahli-ahli UMNO tak dapat apa pun, malahan parti pula yang menjadi makin teruk dan tenat.

      Bertindaklah semua, selamatkan UMNO, selamatkan Barisan Nasional demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air Tercinta kita ini, Malaysia yang berdaulat!

      Delete
  4. Kita bukan menentang UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kita menentang pemimpin pengkhianat, pemimpin keparat, pemimpin petualang yang melingkupkan negara ini dengan berbagai kerosakkan, tapi masih mendabik dada kononnya dia pahlawan bugis, dia panglima bugis, jangan main-main dengannya, tapi buat program Nothing To Hide, dia sendiri larikan diri dari program sendiri.

    UMNO perlu diselamatkan, Barisan Nasional perlu dipulihkan. Najib tidak mengambil peduli pasal parti komponen, dia hanya melihat kepada UMNO kerana Najib perlu perkukuhkan kedudukannya dalam UMNO. Ini adalah perkara yang tidak sihat, kerana parti komponen disingkirkan oleh Najib dalam isu-isu penting ini. Ada Najib buat penjelasan kepada ketua-ketua bahagian MCA dan MIC atau parti komponen lain? Najib hanya buat penerangan kepada Ketua Bahagian UMNO sahaja, itu tak semua, hanya 154 orang, sedangkan UMNO mempunyai 191 bahagian di seluruh negara, mengapakah ini terjadi? Najib hanya menjaga dan memberi 'habuan' kepada ketua bahagian yang boleh menjadi pak turut yang dicucuk hidung olehnya sahaja.

    Sedarlah ahli UMNO sekalian, dalam perhimpunan UMNO peringkat cawangan, peringkat bahagian serta peringkat pusat, isu 1MDB serta salah laku Najib ini perlu dibahaskan dan diusulkan kepada peringkat UMNO pusat supaya diadakan siasatan terhadap Najib dan kuncu-kuncunya di dalam UMNO yang disyaki menyeleweng hingga melingkupkan ekonomi negara ini serta menyebabkan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional merudum dengan begitu teruk, malahan rakyat membenci UMNO dan menuduh UMNO dengan berbagai tuduhan yang sangat menyedihkan sedangkan yang menjadi petualang utama adalah Najib dan kuncu-kuncunya, UMNO tak dapat apa pun dari perbuatan buruk Najib dan kuncu-kuncunya ini, hanya menjadi mangsa pula.

    Oleh itu, ahli UMNO sekalian, bertindaklah segera, kita tidak boleh biarkan ini berterusan hingga UMNO runtuh dan musnah serta dihanyutkan dalam gelora PRU 14 kelak.

    Bertindaklah segera demi agama, bangsa, dan tanah air. Selamatkan UMNO, Perkuatkan Barisan Nasional, Selamatkan Malaysia.

    Tumbangkan Najib dan Kuncu-Kuncunya!!!!!!!!!!!!!

    Selamat berjuang untuk kepentingan agama, bangsa, dan tanah air.

    ReplyDelete
  5. banyak punya fitnah ....jgnlah nampak perihal Najib aje.....perihal mader elok belaka kah?

    agak-agak maksum mader nih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni isu Najib, malahan apa yang diperbuat oleh Najib mengancam kedaulatan negara ini, mengancam ekonomi negara, mengancam kehidupan rakyat yang selama ini hidup aman makmur tetapi berdepan dengan macam-macam masalah ekonomi yang dahsyat disebabkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya ini.

      Di zaman Tun Dr. Mahathir rakyat tidak terbeban seperti sekarang ini, walaupun krisis matawang pada tahun 1997-98, ringgit pernah jatuh hingga RM 5.10 bagi USD 1.00, tetapi tidaklah rakyat terbeban seperti sekarang ini, kos sara hidup zaman Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri adalah rendah, rakyat mampu beli rumah, rakyat mampu hidup dengan selesa, sekarang ni dengan kos sara hidup tinggi, Rumah Mampu Milik yang dicanangkan oleh Najib hanya menjadi Rumah Mampu Tengok sahajalah oleh rakyat yang tak mampu nak beli rumah itu. Malahan dibebankan lagi dengan berbagai cukai, penghapusan subsidi, Najib bawa masuk pendatang asing ramai-ramai, lepas tu salahkan subsidi dinikmati oleh pendatang asing pula, siapa suruh bawa masuk ramai-ramai?

      Apa yang berlaku zaman Tun Dr. Mahathir dah berlalu, dan tak akan memberikan kesan langsung kepada kehidupan rakyat pada masa ini. Malahan apa yang berlaku masa Tun Dr. Mahathir dah dijelaskan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri, malahan menteri serta pegawai kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir pun dah menjelaskan masalah-masalah yang berlaku di zaman Tun Dr. Mahathir, macam isu pelaburan timah, sebabnya kerajaan nak stabilkan harga timah, tetapi kerana manipulasi Bursa Timah London, maka negara kerugian kerana Bursa Timah London hanya jual kertas, bukan timah sebenar, di situ tujuannya adalah untuk kepentingan negara, membantu rakyat, nak memulihkan industri timah, nak memulihkan ekonomi negara, tak ada wang hilang begitu sahaja yang tak dapat dikesan seperti yang berlaku di dalam 1MDB di mana wang hilang tanpa dapat dikesan, itu suatu yang sangat melampau kerana wang hilang tanpa dapat dikesan itu tentu ada penyelewengan.

      Jadi jangan nak putar belit pula ya.

      Delete
    2. Kalau tun jdi pm skrg maka kmi akan tuntut tun bertanggungjawab.

      Yg jdi pm skrg ialah Najib dan dia harus bertanggungjawab. Dia adalah pemimpin negara, bukannya mantan atau rakyat biasa...

      Delete
    3. Anon 8:06 am

      Apa mader...?? Istilah apa tu? Buta huruf ke? Saya yakin orang tua kamu pasti kecewa dgn sikap biadap tidak menghormati orang tua.

      Delete
  6. Ini bukan zaman Mahathir, ini zaman Najib!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, apa yang berlaku zaman Tun Dr. Mahathir tak memberi kesan kepada kehidupan rakyat sekarang ini, tapi apa yang Najib buat sekarang ini, nak tutup lubang dengan menggali lubang di merata-rata menyebabkan rakyat menjadi mangsa, negara menjadi terancam keadaan ekonominya.

      Delete
    2. Betul tu, ini bukan zaman Mahathir, tapi zaman "PONDAN" bugis. Yang sokong pemimpin tak telus, confirm ada kepentingan dalam parti aka gila projek. Turun Najib miss soru, beb.. Kita penyokong UMNO TIDAK SAMA-SEKALI taksub kpd pemimpin macam puak2 hamPAS & PuKiaR. Pemimpin buat tak betul, kita reject. Beri peluang pada yang lain plak.

      Delete
  7. PR kalau tak menipu...bukan dapig dan partikencingrakyat namanya. Nampak sekali lagi ayat2 macai2 PR bermaharajalela kat sini...tahniah kd.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakatan Rakyat memang tak disokong, tetapi kemungkaran Najib dan kuncu-kuncunya melingkupkan ekonomi negara, melingkupkan negara ini dengan dasar-dasar perosak tidak patutlah disokong juga.

      Najib dan kuncu-kuncunya menjadi liabiliti kepada UMNO dan Barisan Nasional, kerana kelakuan tak beramanah Najib dan kuncu-kuncunya itu, nama baik UMNO dan Barisan Nasional tercalar teruk.

      Sila Keris Berayon jawab persoalan mengenai 1MDB yang dah banyak dah didedahkan isu, pasal Tabung Haji, pasal KWAP, pasal KWSP, pasal TNB, sekarang ni pasal YR1M pula, apa yang didedahkan itu ada asasnya, bukannya suka-suka.

      Ingatlah bahawa penentangan terhadap Najib dan kuncu-kuncunya bukanlah disebabkan isu peribadi, tetapi melibatkan kepentingan negara. Malahan pihak yang mempertikaikan Najib melalui komen mereka di blog ini dan lain-lain blog juga bukanlah penyokong puak PKR, DAP atau PAS, tetapi kerana kami risaukan jika dibiarkan perlakuan buruk Najib ini, maka negara ini akan rosak binasa, maka masa itu PKR, PAS, dan DAP akan ambil kesempatan untuk hancurkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional dalam PRU 14, kami sayangkan UMNO dan Barisan Nasional, sebab itulah kami mengkritik Najib, perkara yang buruk tak boleh disokong, orang yang menyokong perkara buruk adalah si bodoh yang maruah diri boleh dijual secara timbang kilo, siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Inilah hakikat sebenar.

      Jadi dari meracau tak tentu hala dengan Ted Manoff, lebih baik Keris Berayon berikan penjelasan, iyalah, kamu dan Ted Manoff kata orang yang mempertikaikan pasal Najib dan kuncu-kuncunya itu sebagai fitnah, tetapi kami kemukakan bukti, tetapi kamu dan Ted Manoff sahaja yang tak reti nak jawab, meracau setiap hari dengan memberi komen yang lebih hina tarafnya dari taik dalam lubang jamban.

      Delete
    2. Satu tulisan cukup klasik & pasti menjadi sumber inspirasi.

      Tahniah sdra 8:42 am & Salam Perjuangan.

      Delete
  8. salam,
    kalu tak betul dan fitnah, beritahu la dengan cepat. yrim ni kena tunggu tdm cakap baru mereka buka mulut dan minta audit siasat. jawapan kena tunggu audit. kalu setakat tony pua chu kang cakap, telinga mereka seperti badak, pekak badak. bila tdm cakap, baru kelam kelibut cari bukti memburukkan tdm. bukan jawab persoalan.

    ReplyDelete
  9. baguslah publish lah banyak -banyak komen penyokong dappig yg menghina pm dari orang melayu sendiri sedangkan mereka ini sikit pun tak menyebelahi mana-mana pemimpin melayu kecuallah barua mereka.

    mereka ini tumpang sekaki memecahbelahkan orang melayu dan kita yg mengaku melayu dan mengaku menyokong umno pula siap-siap bina "jambatan "untuk mereka.Jadi tak usahlah berkokok gegak gempita menyalahkan Najib semata-mata sedangkan kita-kita turut menyumbang sama.lagi satu takkan lah tak dapat nak bezakan yg mana komen sayangkan parti dgn yg mana komen pemecahbelah parti.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Islam ajar berbohong dan tutup telinga dari kebenaran?
      Melayu ajar khianat bangsa sendiri?

      Janganlah beralasan secara tidak berpijak di bumi nyata.

      Pergilah baca blog mykmu, itu c itarasa kamu, buat apa menyebok di sini

      Delete
  10. X pernah dlm sejarah Malaysia pemimpin no 1 nya bermasalah hingga dikutuk begitu hebat dari dalam dan luar negeri. Zman kaki tidur pun x seteruk bgini.

    Semua yg ditimbulkan penyokongnya kena balik pd batang hidung sendiri...

    Pahlawan bugis makan diri
    Penjelasan 1md makan diri
    Pasal yahudi makan diri
    Pasal x tau apa2 berkenaan 1md makan diri
    Pasal menyoal tun buat perkara2 x betul makan diri
    Pasal burukkan proton makan diri
    Pasal x dtg n2h makan diri
    Pasal y1m makan diri
    Pasal banjir makan diri
    Pasal gempa Sabah makan diri
    Pasal anak kawin makan diri
    Pasal pakai jet makan diri
    Pasal selindung fakta di parlimen makan diri
    Pasal TH makan diri
    Pasal TNB, KWAP, KWSP, FELDA makan diri
    Pasal belanja mewah makan diri
    Pasal bagi tanglung free makan diri
    Pasal gst makan diri
    Pasal tarik subsidi minyak makan diri
    Pasal br1m makan diri
    Pasal lupa sumbangan pengundi melayu dlm ge13 makan diri
    Pasal batalkan/lambatkan projek double railing makan diri
    Pasal TPPA makan diri
    Pasal jual tanah murah gila milik negara kpd 1md makan diri
    Pasal nak buat untung atas angin makan diri
    Pasal matawang jatuh kata tun punca makan diri
    Pasal pembekuan pengambilan pekerja baru makan diri

    Dan banyak lagi...

    Maka kami rakyat Malaysia selaku BOARD OF DIRECTOR DAN PEMEGANG SAHAM TERBESAR NEGARA INI fikir oleh kerana anda DSN tak berupaya utk menangani masalah2 tersebut di atas serta banyak lagi masalah2 lain mohon kamu meletak jawatan segera atau kami akan menamatkan perkhidmatan kamu insyaallah dalam masa terdekat yg mungkin

    LK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup tegas, padu & konkrit... Saya sokong sepenuh jiwa & raga.

      Syabas Anon 9:19 am @ LK

      Delete
  11. keris berayon...lupakan blog ni....biarkan dia terjun dgn geng-gengnya....dah jadi hitam ,karat dan berlendir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru la paham...najib jgn di kritik, jgn di persoal, sokong jer, ape dia kate angguk jer, ape dia buat setuju jer, ape yg dia jerit percaya jer, julang tinggi tinggi...itu macam lar ahli umno yg baik dan taat...
      Kalo umno ke laut itu tak penting, yg penting najib mesti jadi PM, rosmah mesti jadi first lady..
      Pendapat rakyat tolak jer ke tepi, tak penting pun...betul tak Keris Mangkok Berayon..

      Delete
    2. Maaf sdra Anon 20:39 am... sedikit pembetulan berhubung istilah 'First Lady'.

      Rosmah Mansor is Najib's 2nd wife and therefore unfit for the title 'First Lady'. However, her notorious character & sickening image do qualify her for 'First Hated Lady'.

      Salam Perjuangan.

      Delete
  12. AKU sekarang buka portal Mykmu hanya untuk jalan ke blog-blog yang lain. sejak krisis 1MDB aku pun dah tak berminat untuk membaca portal mykmu yang terlalu over menjilat najib.

    ReplyDelete