Apakah kempen pengunduran Najib memasuki fasa ke dua, bukan sahaja menggesanya berundur secara terhormat telah tamat tetapi kini kempen mensasarkan pengunduran secara di dapati bersalah dari segi etika dan undang-undang.
Kemungkinan ini tidak dapat di elakkan memandangkan beberapa pendedahan tentang perbelanjaan mewahnya yang tidak disiasat oleh LHN atau SPRM dan begitu pendedahan penggunaan wang 1MDB untuk kempen pilihanraya dan mungkin banyak lagi selepas ini.
http://dinturtle.blogspot.com/2015/06/video-tun-mahathir-kekayaan-melampau.html
http://addindeen.blogspot.com/2015/06/rahsia-najib-didedahkan-lagi.html
Pihak berkuasa termasuk PDRM sudah tentu tidak selamanya dapat berdiam diri tanpa mengambil langkah undang-undang untuk memastikan samada viral ini ada kebenaran atau hanya satu fitnah. Integriti PDRM tidak wajar terguris dalam situasi sekarang.
Walaupun semua dakwaan ini belum lagi dinafikan, belum lagi diberi penjelasan dan belum lagi dibuktikan tetapi pendedahan itu sendiri tidak membantu Najib memperbaiki prestasinya untuk tidak memungkinkan dia berundur.
Adalah wajar Najib berjumpa Paklah sebagai mantan yang banyak pengalaman dalam hal ini untuk mendapatkan nasihat, KJ mungkin boleh membantu...
Najib juga dilihat antara yang memainkan peranan di belakang tabir mendesak Paklah berundur walaupun pada permukaannya Muhyiddin diketengahkan sebagai pendesak utama.
Berjumpa dengan orang-orang seperti Shahrir Samad, Anuar Musa, Tunku Aziz, Musa Hitam, Johari Baharom dan beberapa nama lain tidak banyak membawa perubahan seperti sekarang...
Undurlah Ah Jib Gor kita nak yg dok atas tu mesra bergelar Abang bukan Gor macam sekarang.
ReplyDeleteKD di pulau pinang si najib bahalol ini telah banyak membantu DAP untuk mendapat dana bagi menguatkan parti dan poket pemimpin utama mereka , ini melalui pembelian tanah oleh 1 MDB di kawasan pulau ini yang di beli secara bodah dengan nilai lebih dari harga pasaran sebab mudah mereka nak mark up harga sebab komisen nak masuk pada geng dan najib yang control 1MDB harga sepatutnya RM 200 juta ke RM 400 juta saja tapi di beli dengan harga RM 1.1 billion berapa komisen depa sapu , tapi malangnya duit bayaran ini bernilai RM 1.1 billion telah menguntungkan taukey cina yang merupakan kronie kuat lim guan Eng dan taukey cina ini untung hampir RM 700 juta dan RM 150 juta masuk parti DAP dan poket pemimpin utama mereka tengok macam mana najib membantu DAP untuk cari dana dan mengkukuhkan lagi parti anti melayu islam ini menjelang PRU 14 , malangnya tanah yang dibeli oleh 1MDB ini telah tidak diberi kelulusan untuk pembangunan oleh kerajaan DAP pulau pinang jadi dimana semangat untuk tolong orang melayu dan bumiputra dihati najib ,kosong dia hanya tau kaut komisen bersama geng geng nya dan tak peduli langsung pada nasib rakyat , dengan pembaziran yang dia lakukan dan menguntungkan lagi parti yang nak hapus malayu islam .
ReplyDelete1MDB boleh menghancurkan ekonomi Malaysia, juak-juak Najib termasuklah blogger Apa Yang Tersirat ini masih tak sedar diri.
ReplyDeleteNajib dah hilang arah tujuan, 1MDB yang tenat itu kini dah melarat kepada agensi kerajaan dan GLC dan tak lama lagi akan melarat kepada ekonomi Malaysia.
Sedarlah bahawa berbelas juta pekerja swasta dan hampir 2 juta pekerja sektor awam berhadapan dengan risiko kemusnahan ekonomi yang akan menjejaskan mata pencarian serta kehidupan harian mereka jika Najib meneruskan cara-cara pelingkup dia nak bail out 1MDB ini.
Sudah tak ada cara lain, UMNO perlu memecat Najib, Barisan Nasional perlu membuat undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen supaya Najib dipecat oleh YDP Agong dari jawatan Perdana Menteri.
Berpuluh bilion ringgit wang negara terpaksa dikorbankan untuk bayar hutang 1MDB, rakyat akan kerugian berjuta-juta projek pembangunan kerana wang yang sepatutnya buat berjuta-juta projek pembangunan itu terpaksa digunakan untuk bayar hutang 1MDB sebelum negara mengalami krisis ekonomi yang lebih dahsyat.
UMNO dan Barisan Nasional akan menanggung malu yang sangat teruk dan dahsyat akibat perbuatan ini. Tetapi sedarlah semua bahawa UMNO dan Barisan Nasional bukan dalang kepada semua masalah ini, kerana dalang sebenarnya adalah Najib dan beberapa orang kuncunya yang menjadi petualang menggunakan UMNO dan Barisan Nasional untuk kegiatan buruk mereka itu.
Sedarlah ketua-ketua bahagian dan pimpinan atasan dan bawahan UMNO dan Barisan Nasional sekalian, sedarlah bahawa Najib bukan sahaja akan menghancurkan ekonomi Malaysia, tetapi maruah UMNO dan maruah Barisan Nasional akan tercalar dengan teruknya disebabkan perbuatan salah laku oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang berselindung di sebalik UMNO dan Barisan Nasional selama ini.
Harapnya rakyat rasional dan tidak meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana UMNO dan Barisan Nasioal tak bersalah dalam isu ini, yang menjadi dalang dan perosak adalah Najib dan kuncu-kuncunya.
Oleh itu, UMNO serta parti-parti komponen Barisan Nasional semua perlu mengambil tindakan tegas dan segera untuk menyingkirkan Najib dan kuncu-kuncu serta membuat laporan polis untuk mengheret Najib ke muka pengadilan untuk menerima hukuman atas perbuatan keji dan melampaunya ini. Sedarlah, walaupun sekarang nasi dah jadi bubur, paling kurang boleh makan lagi, jangan sampai nasi dah jadi abu, periuk dah cair terbakar, dapur dah rentung terbakar baru nak sedar, semuanya dah tak guna masa itu, bertindaklah sebelum terlewat selagi masa masih ada untuk selamatkan UMNO dan Barisan Nasional.
Selamatkan UMNO dan Barisan Nasional, Tumbangkan Najib dan Kuncu-Kuncu, Heret Najib dan Kuncu-Kuncu ke Mahkamah dan ke Penjara! Hidup Barisan Nasional! Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Beli dan jual tanah dalam untungkan poket tetapi alasannya untuk kekalkan harta Melkayu di PP.
ReplyDeleteLepas tu boleh gunakan alasan untuk memburukkan DAp sebagai anti Melayu kerana tidak meluluskan sebarang projek kemajuan.
Hakikatnya mereka sudah tahu dan ini strategi menguntungkan poket dan menipu Melayu, bangsa sendiri.
Kepada para pengampu dan juak-juak Najib, bukan setakat 1MDB ni berhutang sampai 42,000 kali ganda, malahan faedah kepada bank pun kalau mengikut harian, sebanyak 6.7 kali ganda dari jumlah modal berbayar.
ReplyDeleteMemang tahap setan gondol betul 1MDB ni, faedah bank yang kena bayar kalau ikut hari pun samapi 6.7 kali ganda dari jumlah modal berbayar, kalau ikut bulanan 200 kali ganda dari jumlah modal berbayar, kalau ikut tahunan, 2,400 kali ganda dari jumlah modal berbayar.
Modal berbayar penubuhan 1MDB hanyalah RM 1 juta.
Hutang 1MDB RM 42 bilion.
Faedah bank setahun RM 2.4 bilion.
Faedah bank kalau sebulan RM 200 juta.
Faeah bank kalau sehari RM 6.7 juta.
Saya tak tahulah bagaimanakah pengurusan atasan 1MDB boleh berfikir bukan di luar kotak, tetapi diluar pemikiran manusia yang waras sedemikian rupa.
Tanyalah mana-mana pakar ekonomi di seluruh dunia pun, 1MDB tak akan mampu untuk bukan setakat nak bayar hutang pokok, nak bayar faedah bank secara tahunan pun mereka tak mampu kerana 1MDB hanya kerugian sejak di awal penubuhannya hingga kini, kemudian asyik berhutang lagi, kononnya pelaburan dari luar, pelaburan jadah apa kalau diberikan pelaburan sebanyak USD 1 bilion, tetapi USD 975 juta bersamaan 97.5% dari pelaburan itu digunakan untuk bayar hutang, tapi hutang tak selesai-selesai juga, pelaburan jenis apakah ini?
Mana-mana pakar ekonomi pun akan angkat tangan dengan isu 1MDB ini kerana 1MDB tidak akan dapat menyelesaikan masalahnya, malahan tindakan Najib dan kuncu-kuncu kini bukan lagi nak pulihkan 1MDB, tapi nak melingkupkan GLC, badan berkanun serta menjahanamkan ekonomi negara dengan menggunakan dana dari GLC seperti TNB yang dipaksa beli stesen janakuasa Jimah, entah berapa TNB kena bayar pun tak tahulah, tetapi diyakini itu adalah pelaburan yang akan merugikan TNB sendiri kerana stesen janakuasa milik 1MDB sekarang ini penuh dengan masalah demi masalah. Malahan stesen janakuasa TNB itu sendiri dibeli melebihi harga pasaran.
Saya mencabar mana-mana juak-juak Najib termasuk Blogger Apa Yang Tersirat ini, sila berikan formula atau justifikasi atau apa sahaja kaedah yang tidak menggunakan dana awam untuk paling kurang membayar faedah tahunan hutang 1MDB yang kalau kira ikut hari hampir RM 6.7 juta, kalau kita ikut bulan lebih kurang RM 200 juta, kalau kira ikut tahun, jumlahnya paling kurang RM 2.4 bilion, sila beri jawapan dan huraiannya.
Jangan asyik nak menyalahkan Tun Dr. Mahathir sahaja, kerana Tun Dr. Mahathir bertindak untuk menyelamatkan negara dan rakyat.
KWSP dah buat pelaburan dengan 1MDB dengan jumlah sebanyak sekurang-kurangnya RM 5.4 bilion. Kemudian KWAP buat pelaburan dengan kos sekurang-kurangnya RM 1.2 bilion. Malahan Tabung Haji beli tanah berkeluasan 1.56 ekar dengan harga RM 188.5 juta sedangkan 1MDB dapatkan tanah itu dari kerajaan dengan harga RM 4 juta sahaja, malahan tanah berkenaan kononnnya nak dibuat pusat komersil bumiputera, tapi sekarang ni dengan syarikat asing dari Indon, dari Dubai pun dah menguasai tanah di TRX itu, apa cerita ini semua?
ReplyDeleteMalahan terkini TNB akan membeli ekuiti dalam stesen janakuasa elektrik Jimah, harganya tak tau lagi. Alasannya adalah untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik sedangkan Najib dan kuncu-kuncu serta pecacai Najib sebelum ini mengatakan tujuan 1MDB beli stesen janakuasa itu adalah untuk menurunkan tarif elektrik, pasal apa pula sampai perlu dijual kepada TNB dengan alasan nak mengelakkan kenaikan tarif elektrik pula? Kita mau tahu jugalah apakah pembelian ekuiti stesen janakuasa elektrik Jimah dari 1MDB itu mengikut harga pasaran atau lebih dari harga pasaran dan berapakah kos yang akan terlibat pula kelak.
Najib dah tak ada jawapan bagaimana nak langsaikan hutang RM 45 bilion dan faedah tahunan bank berjumlah RM 2.4 bilion setahun melainkan hanya dengan mempergunakan agensi kerajaan yang ada wang, badan berkanun yang ada wang, GLC serta pilihan terakhir perbendaharaan negara serta Rizab Antarabangsa Malaysia akan digunakan untuk bayar hutang piutang 1MDB itu. Kerana 1MDB dah tak ada cara nak selesaikan hutangnya, berniaga rugi, ada aset bukannya dijana untuk buat untung, tapi dijual pula. Akhirnya isu yang hanya dalam 1MDB dah melarat kepada agensi kerajaan yang lain, badan berkanun, serta GLC malahan akan merebak kepada struktur ekonomi negara jika perkara ini dibiarkan berterusan.
Najib sudah tak dapat nak mengelak dari diheret ke mahkamah disebabkan isu 1MDB ini sudah menjadi parah, dan menjadi isu penyelewengan korporat yang sangat besar sekarang ini.
ReplyDeleteIsu di dalam 1MDB, serta 'peranan' GLC serta agensi kerajaan yang ada wang yang menjadi tukang bail out terhadap 1MDB ini telah menjadi isu kriminal kerana melibatkan faktor penyelewengan dan salah guna kuasa.
Justifikasi pelaburan oleh Tabung Haji, KWAP, KWSP serta terkini TNB di dalam 1MDB adalah suatu tindakan korporat yang sangat meragukan dan disyaki terdapat unsur-unsur kriminal di dalam tindakan tersebut.
Najib sudah tak boleh nak berbuat apa lagi, sekarang ini pusing macam mana pun, Najib akan menerima padahnya di atas segala tindak tanduknya yang melampau itu. You Have No Where to Run.
Moga Allah kurniakan kepada mereka yg dizalimi dan memberi balasan kepada mereka yg menzalimi...amin
ReplyDeleteAmbil iktibar bulan puasa. Kurangkan bertengkar yg tidak berkesudahan. Serahkan soal yg sukar kpd Allah supaya dpt petunjuk. InshaAllah, tiada masalah yg tidak dpt diselesaikan.
ReplyDeleteKalau lah bapa kita buat banyak yang tak betul ..apa kah yang perlu kita buat terhadapnya:-
ReplyDelete1. Bunuh dia?
2. Suroh dia bercherai dengan ibu dan kahwin lain kita dapat bapa tiri yang kita tak kenal?
3. Atau kita bantu bapa kita sedaya upaya dan berdoa kepa Allah moga2 dapat menyelesaikan kerosot2 yang ada.
Di mana kah pilihan anda? So guna OTAK elok2. ..he he he
Kita jangan jadi anak derhaka, lupa daratan, se tenggang sebaliknya mendengar dan menurut nasihat bapa lebih lebih lagi kalau untuk kebaikan semua selagi dia tidak mengajak berbuat maksiat.
DeleteAdakah anda sudah mengaku wahaited bahawa pondan hang tu bermasalah???
DeleteYa kami doakan dia dan kuncu2nya trima pembalasan Allah agar mereka insaf dan bertaubat...amin
Ted Manoff ni dah tak ada cara nak spin lagikah, merapu sampai macam ni sekali, apa cerita ni, silap makan ubat ke?
DeleteRasulullah sendiri pernah suatu ketika di mana ada orang menyuruh sahabat meminta Rasulullah meringankan hukuman seorang wanita kerana kedudukan keluarganya, tetapi Rasulullah menyatakan bahawa jika Fatimah, anak Rasulullah sendiri yang mencuri, makan akan dipotong tangannya.
Sekarang ni bukanlah masalah Najib ni perdana menteri ke, keturunan bangsawan ke, darah pahlawan ke, panglima bugis ke, atau apa pun, kalau Najib buat benda tak betul, maka perlu ditentang, takkan nak sokong pula?
Apa yang haram itu jelas, apa yang halal itu jelas, samalah juga, apa yang betul itu jelas, apa yang salah itu jelas, takkan nak biarkan kesalahan berlaku kerana dia keturunan bangsawan, kerana dia ada darah pahlawan bugis, kerana dia Perdana Menteri, itu mana boleh, kena bersikap adil iaitu meletakkan yang hak di tempat yang sepatutnya.
Ted Manoff ni saya rasa asalnya bernama Islam tapi kerana terikut-ikut gaya Melayu Baru Liberal dia lebih memilih nama Kristian/Yahudi. Pegangan agama dari luahannya selama ini kelihatan longgar dan liberal.
ReplyDelete