Tuesday, July 3, 2018

DITANGKAP BELUM TENTU BERSALAH.. KAN

Terkini:
Ratusan ribu yang turun?
09.52pm


Jom malam ni turun,  tunjukan solidariti pada Najib.

21 comments:

  1. Kepala bana kau lah pencacai angkat taik najib.

    PH dah menang. Sebab tu aku malas nak komen.

    Dulu aku salah seorang yg dok hentam pengkhianat sial macam kau yg dok sokong najib. Sekarang najib dah kena tangkap...kau pegi lah jadi saksi dia. Bukan ke selama ni kau dan bangang2 lain dok cakap najib suci murni? So pegi la tolong dia..dan jangaaan lupaaa...pegi pujuk kak ros yang dia tinggalkan tuuuuuu

    Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah..
      Nk tgk gak cacai najis berdemo..

      Kah kah kah..
      Nk guna bas angkot org kg dtg berdemo sape nk keluar bajet?

      Kah kah kah..
      Akaun umno dh kena beku.

      Kah kah kah..
      Demo kt ruangan komen pro bn jelah.

      Kah kah kah kah kah

      Delete
  2. Pemimpin Umno ajak solidariti untuk Najib malam ini
    3 Jul 2018, 6:44 petang (Dikemaskini 3 Jul 2018, 6:54 petang)

    A A
    Presiden NGO Pemantau Malaysia Baru Datuk Lokman Noor Adam, yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno menjemput orang ramai hadir bersolidariti untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

    Melalui kenyataan hari ini, Lokman yang menyifatkan penangkapan Najib sebagai "penganiayaan" mengajak orang ramai hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pukul 9 malam ini.

    "Cukup-cukuplah dengan politik balas dendam Pakatan Harapan (HARAPAN) ini. Rakyat bukan bodoh, kami tahu sandiwara ini semua bagi mengalih perhatian rakyat daripada membicarakan soal kegagalan HARAPAN melaksanakan semua janji manis mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lokman adam dah tak waras lagi?...kes 1 mdb dah bertahun di sebut....

      Balas dendam kepala bapak ko...najib bukan disumbat ke penjara...perbicaraan yg adil akan dilaksanakan oleh mahkamah...

      Delete
  3. Najib ade loyar terbaik dunia..
    Kalo kes bunuh yg samar2 buktinye loyar yg bijak boleh ragukan hinggakan tertuduh terlepas..

    Kes songlap wang dlm meja walo ade cctc masih boleh diragukan oleh loyar kesahihan wajah pencuri..

    Tapi kes yg ade bukti rekod transaksi bank ade dokumen jelas loyarnterbaik funia pon sukar untuk ragukan bukti...

    Ini yg buat pemimpin umno bimbang hingga seru solidariti untuk najib...

    ReplyDelete
  4. AG ketuai pendakwaan ke atas Najib
    Hafiz Yatim
    3 Jul 2018, 7:20 malam (Dikemaskini 3 Jul 2018, 7:23 malam)

    A A
    Peguam Negara (AG) baru yang baru dilantik Tommy Thomas akan mengetuai pasukan pendakwaan apabila bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dihadapkan ke mahkamah Kuala Lumpur, esok.

    Bercakap kepada Malaysiakini, Thomas mengesahkan bahawa beliau sendiri akan mengetuai pasukan pendakwaan.

    "Pasukan pendakwa raya adalah besar," katanya ketika ditanya tentang siapa lagi akan menjadi sebahagian daripada pasukan itu.

    Mengenai soalan mengenai jumlah tuduhan yang akan difailkan terhadap Najib, Thomas sekadar berkata, tunggu hingga esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bekas hakim pencen yg selalu mengada2 pernah meragui pendakwaan tidak akan di buat oleh Thomas..

      Delete
  5. najib dah pesan tak perlu ke jalanan ini bukan zaman aljuboori mintak DNA tak beri...kantoi bejubo salah orang laun ... klu ngaku tak bersalah srlama ini bejubo sesama jantan kenaoa terhegeh hegeh mintak ampun... ada buta mata hilang pekerjaan hilang pelajaran akhirnyadi lupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade 3 dna dlm jubo sefool..dna yg ke 3 tu ko punye..

      Selepas pengampunan sefool terus diam tak berani pertikaikan haknye...hihihihi...

      Delete
    2. Kalau dia mintak ke jalanan pun tak ada siapa nak turun. Baik tengok bola. Kahkahkah

      Delete
    3. Alamak 3 DNA? Biar betek.

      Delete
  6. Sukanya Kejora Bapok Berok Boddo...makin terserlah kebidohan dan kebaggapan kejora bapuk berok boddoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cian ko...pedihnye hulu hati ko bertambah kuat tak terperi.....nak wat cam ane ko pensubahat kemungkaran...hihihi

      Delete
  7. 10 pertuduhan?...lekat 1 pon cukup laa...bekas pm pertama masuk mahkamah...selama ni najib takut jawab soklan...dimahkamah najib akan jadi hero yg berani menangkis setiap soklan..

    ReplyDelete
  8. Najib minta saya kata dia tak lakukan sebarang kesalahan - Zeti

    3 Jul 2018, 7:38 malam (Dikemaskini 3 Jul 2018, 7:41 malam)

    A A
    Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz menolak dakwaan bahawa beliau menyedari tentang RM2.6 bilion dalam akaun Ambank Najib sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13) tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

    "Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan ini adalah salah. Saya tidak mempunyai pengetahuan tentang RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaunnya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beberapa jam selepas penangkapan Najib.

    Zeti juga mendakwa bahawa pada 3 Julai 2015, beliau dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya apabila skandal itu meletus.

    "Dia meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung akaunnya itu.

    "Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai urusan dalam akaunnya," katanya.

    Menurut Zeti, seorang menteri kabinet, yang tidak namakan, juga membuat permintaan yang sama dan beliau memberitahunya keputusan yang sama.

    Bekas gabenor bank pusat itu mengulas dakwaan Najib dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, yang berkata Zeti menyedari mengenai transaksi itu tetapi tidak mempersoalkannya.

    "Jika Bank Negara tahu tentang dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan tentang sumbernya, mereka patut beritahu saya.

    ReplyDelete
  9. Zahid: Duit yayasan 'tersilap' guna untuk bayar kad kredit

    Faisal Asyraf
    3 Jul 2018, 7:04 malam (Dikemaskini 3 Jul 2018, 7:10 malam)


    A A
    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dana Yayasan Akal Budi memang ada digunakan untuk melunaskan bayaran kad kreditnya namun menegaskan ia berlaku kerana kesilapan pegawainya.

    Menurut presiden Umno itu bilkad kredit terbabit diserahkan kepada pegawai berkenaan.

    Bagaimanapun katanya berlaku kekeliruan sehingga bayaran berkenaan dibuat menggunakan duit yayasan tersebut.

    "Walaupun niat dia bukan untuk melakukan penyelewengan, tetapi tatacara beliau tak betul.

    "Saya (sepatutnya tetap) gunakan wang peribadi untuk bayar semua (hutang kad kredit) semua sekali," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

    Terdahulu Ahmad Zahid yang juga bekas timbalan perdana menteri hadir untuk hari kedua ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan.

    Semalam beliau hadir untuk kali pertama dan menghabiskan masa hampir sembilan jam di bangunan agensi antirasuah berkenaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Temberang zahid kurang masuk akal....bagaimana statement kad kedit yg beralamat di kediamanye boleh sampai ke pejabat yayasan?...yayasann ade pegawai tadbir sendiri...zahid hanye pengerusi...surat2 yayasan sampai dialamat yayasan...

      Kalo zahid tak serahkan statement dia dan isterinye kpd pegawai yayasan pegawai yayasan tak akan buat bayaran...tak jelaskan sekali ato berape kali kes ni berlaku

      Blm gerenti zahid tidak didakwa...terpulang kpd AG setelah terima laporan siasatan dari sprm...boleh enjoy dulu..

      Delete
  10. Rafizi: Siapakah 17 penerima dana berkaitan SRC?
    18 Apr 2017, 4:15 petang (Dikemaskini 18 Apr 2017, 4:25 petang)


    A A
    Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan siapa 17 individu yang didakwa menerima dana berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

    Katanya, dakwaannya itu berdasarkan dokumen yang dipaparkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali ketika beliau ‘membersihkan’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku pada Januari tahun lalu.

    “Walaupun pelbagai berita dan siasatan telah dibuat ke atas aliran dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, sehingga kini tiada sebarang berita atau laporan mengenai 17 orang yang menerima dana yang berasal dari Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) ini?

    “Siapa yang menerima dana ini? Untuk apa mereka menerima dana ini?

    “Kenapa mereka menerima dana dari Najib? Kenapa Najib mengambil wang dari syarikat yang meminjam dari wang pencen rakyat untuk dibayar kepada pihak ketiga?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    SRC International dilaporkan meminjam hampir RM4 bilion daripada KWAP.

    Berhubung dengan dana SRC International, Mohamed Apandi membersihkan Najib atas alasan bahawa perdana menteri tidak mempunyai pengetahuan bahawa dana itu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

    Menurut peguam negara, tidak ada bukti yang menunjukkan yang Najib memberikan sebarang kelulusan mengarahkan pemindahan wang dari akaun SRC International ke dalam akaun peribadinya.

    Berdasarkan carta aliran dana yang ditunjukkan oleh Apandi kepada media, sekurang-kurangnya RM32 juta dana daripada SRC International disalurkan ke akaun bank peribadi perdana menteri.

    Carta itu turut menunjukkan bahawa RM23,520,010 diagihkan kepada 17 penerima.

    Najib telah menafikan sebarang salah laku atau mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

    Rafizi berkata beliau akan memberi tumpuan bagi mendapatkan jawapan berhubung perkara ini.

    “Saya akan memberi tumpuan dalam masa seminggu dua ini untuk mendapatkan jawapan dari Najib dan pihak berkuasa berkenaan pemindahan-pemindahan wang ini.


    “Oleh itu, saya akan membuat beberapa pendedahan bersiri mengenai skandal ini dan diakhiri dengan satu laporan polis baru terhadap Najib dalam tempoh seminggu dari sekarang agar siasatan dibuka kembali terhadap penglibatannya,” kata Rafizi.

    Khamis lalu, Ahli Parlimen Pandan menamakan bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa sebagai antara penerima dana yang dikaitkan dengan SRC International daripada Najib

    ReplyDelete
  11. Dilaporkan Najib skrg berada di lokap SPRM. Telor mungkin terclamping. Macai di minta turun beramai2 utk membuka clamp telur bos besar. Itu pun kalau macai ada tolo nak menolong bos.

    Kihkihkih

    ReplyDelete
  12. Siapa agaknya yg terrrr-bangsat sekarang?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...