Saturday, January 3, 2015

Desakan Untuk Najib berundur sudah tidak relevan

Persaolan masih berlegar samada umno masih mahukan Najib sebagai Presiden dan PM (?)... Dari reaksi
pemimpin UMNO setakat ni jawapannya sah and yes mereka menyokong kuat Najib sepenuhnya.

Oleh itu persaolan dan desakan untuk Najib berundur sudah tidak relevan, tidak mewakili ahli umno, elok hentikan sebarang gesaan tersebut.

Tetapi kritikan terhadap Najib atas kelemahannya sebagai PM masih boleh diteruskan atas kapasiti rakyat dan pengundi.

Menolak Najib sudah tidak sesuai, yang perlu ditolak adalah umno keseluruhannya sepertimana PKR ditolak kerana Anwarnya, DAP ditolak kerana rasisnya yang melampau.

10 comments:

  1. Wah..kn senang direct cmtu..dh letih ke dok double meaning je?

    ReplyDelete
  2. Allah masih mengizinkan Umno memerintah.. semoga umno terus berjuang untuk bangsa dan agama. Pemimpin2 umno silih berganti ...yg tak amanah tetap jatuh yang tak perform akan turun diganti... itu budaya yang sihat... tidak ade ketaksuban ahli2 terhadap pemimpin mereka.. Alhamdulillah. Teruskan berjuang dan sentiasa muhasabah diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah punca kelemahan parti UMNO - dia tolak orang baru yang bijak dan berjasa daripada mendaki tangga-tangga kepimpinan; Jadi yang masih ada itu banyaknya dari kaki pengampu yang tak berwibawa..Najib itu bertindak macam seorang sultan dikepong oleh con-sultant - kurang sangat dia berciri menteri perdana yang bijak pandai..

      Delete
    2. Disebabkan UMNO menjadi kerajaan semenjak merdeka pembangkang akan sentiasa berteori aku lah terhebat.Hakikatnya sepanjang pemerintahan UMNO rakyat sentiasa diutamakan..cukuplah negara seberang Indonesia menjadi comparison..lihatlah bertapa jauhnya UMNO dalam menjaga rakyat.

      UMNO mempunyai kepimpinan yg hebat cuma angkara masyarakat Melayu yg terkenal budaya boros bila dah kaya lupa diri menjadi ancaman kpd UMNO.

      Bagi masyarakat luar bandar sokongan kuat kpd UMNO kerana keikhlasan ...lihatlah bagaimana UMNO menangani masalah banjir walaupun pd mulanya rosak angkara penjawat awam yg tido...Bila UMNO menjadi kemudi segala2nya berubah.....

      Masalah persepsi yg berlegar dikalangan masyarakat UMNO teruk dikawal oleh mereka yg kaya dan berjaya...mereka lupa siapa yg menjaga kebajikan keturunan mereka. Biarkan lah kerana kejatuhan dan pemilihan pemerintah ditangan Allah bknlah kehendak manusia,Insyaallah selagi UMNO menjaga agamanya Allah sentiasa bersama2...Insyallah.

      Delete
    3. Letih dan sudah tentu jemu membaca perihal UMNO tak beri peluang untuk orang baru menaiki tangga atau hiraki kepimpinan dalam parti. Cerita kononnya orang-orang profesional tidak diberi tempat dan lebih teruk dari itu, tidak diterima sebagai ahli, adalah cerita dongeng ; cerita dan berita yang sengaja direka oleh puak yang tak senang dengan parti UMNO atau oleh golongan yang memang tak layak diberi tempat.

      Pergilah ke mana-mana cawangan UMNO , akan terdapat golongan muda, orang profesional dan pegawai-pegawai kerajaan yang bukan sahaja diterima sebagai ahli , malah ada yang memegang jawatan kepimpinan di Cawangan dan Bahagian.

      Masalahnya yang sebenar, golongan profesional dan Gen Y merasakan mereka perlu diberi jawatan secara otomatik berdasarkan kepada kelulusan akademik dan kedudukan mereka. Soal pembuktian sumbangan dalam kemasyarakatan dan POLITIK tidak dikira penting buat mereka. Memang tidak lojik, malah akan merugikan parti jika golongan "otomatik" ini memimpin Cawangan atau Bahagian. Ilmu dan 'sepak terajang' Politik bukan dapat dipelajari di menara gading. Ianya datang dari penglibatan dan pengalaman ; luka duka dalam perjuangan akan mengajar seseorang itu menjadi orang Politik. Libatkan diri dalam Pergerakan Pemuda atau Puteri sebagai langkah permulaan. Ingat, pemimpin2 yang ada sekarang ini bermula dari bawah ; bukan ditangkap muat. "Go through the process" dan " Learn Your Lesson Well ". In Sya Allah, berkat ketekunan dan keikhlasan dalam perjuangan, anak-anak muda akan diberi tempat ! Lepas itu buktikan kemampuan ! dan anda tetap akan menjadi asset (bukan Liabiliti) kepada parti.

      Delete
  3. Macam mana nak berjaya nak tolak Najib turun kalau hang tak boleh bawa bukti yang sah benar dan kukuh , memang aku pun kalau dengaq cerita outsyed the box , a kadir jasin dan malaysian insider rasa benci amat sangat . Tapi selalu depa ini kalau bawa cerita buruk Najib selalu akan mati separuh jalan , habis macam mana nak berjaya banding pak lah dulu pemimpin kanan dalam UMNO pun desak dia turun bukan setakat macam -macam cerita kelemahan pak dol ini.lepas`tu bila siasat pasai apa outsyed the box benci sangat dan a kadir jasin benci sangat semua berkisar pada peluang bisness depa di pontong oleh orang Najib seperti Datuk jamaludin jarjis dalam bisness IPP melibatkan outsyed the box. Jadi aku pun rasa serba salah betul ka kebancian aku ni sebab aku langsung tak kepentingan bisness macam OSTB dan a kadir jasin tak tau lah kalau hang KD kut ada kepentingan beratus juta yang di songlap oleh orang najib , Tapi aku akui najib tidak patut memegang jawatan PM kerana terlalu bergantung kepada konsultan yang di akui oleh menterinya diparlimen dan telah menelan belanja besar . Tapi tudohan lain masih samar samar ! MDB masih banyak perkara harus disiasat belum ada muktamat utk buat justifikasi , Tentang UMNO harus di tolak utk menjatuhkan Najib ni kenyataan orang tak pakai otak untuk fikir panjang , walau pun ramai orang ramal UMNO mungkin nazak dan bungkus dalam PRU 14 ini kenyataan provokasi pembangkang yang nak manipulasi pemikiran orang macam hang perlu ingat dalam politik banyak kemungkinan boleh berlaku kadang-kadan last-last minit boleh buat calun yang kuat tumbang semua bergantung kepada keadaan sekeliling , calun , isu yang dimainkan , kekuatan penyatuan parti , hang pun tau dan semua orang yang minat politik tau UMNO bukan BN selalu kecudang diseabkan oleh sabortaj dari dalam kerana kianat tidak di pilih sebagai calun last-last minit kalah jadi kalau kali ini 3.5 ahli umno satu hati mampus bro , bukan senang nak ramal siapa menang kalah dalam politik , macam mana pun bagi sedap hati hang KD aku ramal hayat Najib untuk pegang jawatan PM tak lama di sebabkan perkembangan terbaru , sebab apa hang cari sendiri .

    ReplyDelete
  4. Jika sudah tidak mampu untuk bertahan dan tidak mampu untuk mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air, maka seeloknya Najib berundur sahajalah. Bualan di bandar dan desa, bualan oleh lelaki dan perempuan, bualan oleh anak muda dan orang tua, kebanyakkan menolak kepimpinan Najib yang banyak mengelirukan rakyat dan mendatangkan kesusahan kepada rakyat. Jika Najib sayangkan UMNO, maka berundurlah secara terhormat, jika Najib sayangkan jawatan, teruskanlah bersikap degil dan peluklah jawatan itu puas-puas selagi masih belum PRU 14, kelak nanti Najib akan dikenang sebagai punca kemusnahan Barisan Nasional atas sikap sayangkan jawatan lebih dari sayangkan parti.

    Najib mesti pilih antara nafsu sayangkan jawatan dengan keikhlasan sayangkan parti, kalau pilih nafsu sayangkan jawatan, maka parti terkorban. Jika Najib sanggup berkorban kerana sayangkan parti, insya Allah dalam PRU 14 Barisan Nasional akan mampu menang 2/3 kerana ketika ini Najib antara liabiliti terhadap UMNO dan Barisan Nasional di sebabkan dasar-dasar yang merosakkan selama ini.

    Pilihan di fikiran Najib, berfikirlah dengan waras, kalau fikir secara tak waras, yang dikencong keciciran, yang dikejar dapat kepada orang lain pula. Sedarlah.

    Kepada para pengampu Najib, ampulah puas-puas semoga dengan sisa waktu yang ada ini kamu boleh bolot kemewahan atas perbuatan mengampu dan mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional. Orang seperti kamu ini hanya rapat waktu senang saja, waktu kesusahan, kamu larikan diri tak mau tanggung susah itu bersama. Harapnya jangan nak marah saya sangat dahulu, fikirkan dan cerminlah diri anda terlebih dahulu berdasarkan tulisan saya ini.

    Sekian, terima kasih.

    Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU lepas UMNO braper kerusi ya..sah otak gila..macai PR otak bermasalah malah ketuanya habaq mai kata takda tiket pun percaya bulat2...

      Ada masa search balik pilihanraya kecil sapa paling banyak menang ya...Last sekali nak tanya la Rafizi buat apa sekarang bkn apa tokoh muda yg dikatakan hebat bakal melonjakkan ekonomi negeri pakatan pthuii sudah la oii

      Delete
  5. Mohon Blogger Pro Kerajaan supaya memberikan Penekanan, Pendedahan serupa 999, mengenai kemusnahan Hutan yang berlaku di Kelantan..

    Blogger Pro Kerajaan dapatkan DANA drp pihak yg terbabit pergi sendiri ke kawasan tadahan hujan yg digondolkan dengan kejam oleh Regim DAP Bersaudara akibat kelulusan membabi buta oleh Pemerintah Kelantan iaitu Nik Aziz dan Husam Musa dan keseluruhan Exco terlibat perlu mengambil tanggungjawab di atas keputusan mereka.

    Mohon dapatkan gambar, interview dgn penduduk kampung, organisasi kerajaan pusat dan tempatan mengenai pembalakkan Halal dan Haram.

    Pembersihan Hutan yang berleluasa menyebabkan Air Menjadi Ombak Tsunami memusnahkan ratusan rumah, jalan dan jambatan..

    Serang Kelantan..

    Operasi Tsunami Kuning.

    Blogger Pembangkang gunakan isu Jet Kerajaan untuk alih isu Banjir Tsunami apalagi nak menyentuh Pembalakkan di Kelantan??

    ReplyDelete
  6. Regim DAP Bersaudara Ngeh dan Nga itu evangelis.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...