Tuesday, June 16, 2015

JAWAPAN 1MDB MENGESAHKAN SAOLAN MAHATHIR ADA ASAS DAN BENAR..

https://jebatmustdie.wordpress.com/2015/06/17/1mdb-confirms-our-suspicions-were-right/

Conclusion: Petrosaudi indeed did not pay a single cent for the JV Co and Tun Mahathir was right after all.
Conclusion: Tun Mahathir was wrong on the figure, it was not USD3oo million but in actual fact it is USD1.83 billion! And we do not know where the cash has gone to after getting units in return.








11 comments:

  1. dalam bulan penuh keberkatan ini , berhentilah menjadi batu api....tukar kepada hulur tangan penuh persahabatan sesama muslim.....tiada ruginya berbaik-baik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara ko ni....bulan puasa klu org buat maksiat kena tgk dan diam. Ko pernah belajar fardu kifayah tak? Klu maksiat tak ditegur dan dibetulkan, satu negara dapat bala. Dah la mcm2 bala yg menimpa sekarang. Senang je nak hulur tangan. Islam pun tak ajar macam ni.

      Delete
    2. Tendang jer Si Najib Bongok dan Menteri2 Bahlol nya!!

      Ada Tanah KTM dii Singapura di gadai

      Batu Puteh hilang

      IMBD bermasaalah

      Dengar nasihat orang yg lebih jauh berpengalaman tak nak

      Delete
    3. kamu ni tak faham ke buat2 tak faham. fahami balik kenyataan anon di atas " ....tukar kepada hulur tangan penuh persahabatan sesama muslim.....tiada ruginya berbaik-baik'. adakah kenyataan di atas bermaksud tengok dan diam? jika kamu kata '...senang je hulur tangan. islampun tak ajar macam tu', islam ajar macam mana? serang? tuduh? adu domba? biar berpatah arang berkerat rotan? jangan berbaik2? jangan bersangka baik? apa jenis masalah yang tidak ada penyelesaian cara baik selain hina, kutuk, keji dan sumpah seranah? kenapa bala yang menimpa hanya ditujukan kepada kesilapan sesuatu pihak lain sahaja? tidak terfikirkah kita bahawa cara hidup kita, hati kita, komunikasi kita, menjaga mulut kita, menjaga halal haram rezeki kita dan sebagainya 'KITA' adalah hasil perbuatan kita sendiri? adakah kita suci bersih berbanding orang lain yang kita tuduh kotor? jangan berperanan seperti Allah, kita ni makhluk yang serba lemah. disebalik bala yang Allah turunkan, pasti ada hikmah di kemudian hari.

      Delete
    4. Kepada pecacai Najib, sila ulas bagaimanakah kaedahnya 1MDB nak langsaikan hutangnya sebanyak RM 42 bilion yang kini dah meningkat sekurang-kurangnya kepada RM 45 bilion, kos faedah bank pun sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion setahun, jika sebulan melibatkan RM 200 juta, kalau sehari lebih kurang RM 6.7 juta, itu baru faedah bank tak termasuk hutang pokok RM 45 bilion itu lagi. Dari mana 1MDB nak cekau duit untuk uruskan hal ini kalau tidak dengan cara menyamun harta negara seperi Tabung Haji, KWAP, KWSP, FELDA, FELCRA dan lain-lain agensi yang ada wang, silap hari bulan wang dalam Perbendaharaan Negara termasuklah Rizab Antarabangsa pun akan disamun untuk bayar hutang dan faedah bank 1MDB ini. Oleh itu, sila jelaskan kaedah 1MDB nak selesaikan paling kurang faedah pun saya tahu bahawa juak-juak Najib ini tak mampu nak jelaskan jika nak buat dengan cara jujur, melainkan mereka beri jawapan bahawa 1MDB akan menyamun harta negara untuk selesaikan hutang.

      Tun Dr. Mahathir dah lihat dan tahu jawapannya bahawa Najib tidak mampu untuk menyelesaikan 1MDB dan akan menyebakan lebih banyak kemusnahan kepada negara jika Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia lebih lama lagi. Lihatlah, nak bayar faedah bank pun 1MDB tak mampu, jumlah setahun RM 2.4 bilion, sebulan RM 200 juta, sehari RM 6.7 juta, boleh ke Najib selesaikan ini? Itu baru faedah bank, tak termasuk hutang pokok yang kini sekurang-kurangnya RM 45 bilion. Najib hanya boleh selesaikan hutang 1MDB ini dengan menyamun harta negara dalam FELDA, FELCRA, KWAP, KWSP, Tabung Haji, malahan wang dalam Perbendaharaan Negara serta Rizab Antarabangsa Malaysia, inilah , lubuk wang untuk disonglap oleh Najib bagi membayar hutang 1MDB sedangkan berpuluh bilion ringgit wang yang dipinjam oleh 1MDB tidak mampu dijelaskan oleh Najib ke mana lesapnya wang itu. Sila ambil penyata imbangan 1MDB, kemudian lihat ekuiti dan liabililiti, lihat pada tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja ada perbezaan berbilion ringgit, ingat bahawa 1MDB beli tanah di TRX dengan harga RM 230 juta sahaja seperti mana penerangan oleh 1MDB sendiri, lepas tu kaji penyata imbangan 1MDB di bahagian tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja sudah berbilion wang negara lesap tanpa dapat dikesan.

      Delete
    5. Ustad 10:24, jadu macamana nak buat dengan orang yg jelas MENIPU RAKYAT ya? Boleh ustad cerita ckit?

      Kalau kerana mereka menyonglap berbillion menyebabkan bangsa, agama dan rakyat merana...saya takkan maaf kan dunia akhirat. Perbuatan ni bukan saja merosakkan generasi sekarang malah generasi akan datang? Ustad sokong ke rakyat menjadi susah kerananya? Ustad sokong ke rakyat mungkin berkelahi kerananya? Ustad suka menggalakkan penipuan/pengkhianatan/penyelewengan kpd agama bangsa dan negara?

      Memang diajar utk bermaaf maafan SEKIRANYA ORG ITU TAUBAT...bukan ke ada kesalahan yg blh di maafkan dan ada yg tidak? Kenapa? Bagaimana pulak kta blh memaafkan kesalahan itu jika tiada insaf? 1 soalan lagi ustad, kenapa da SYURGA DAN NERAKA?

      Minta ustad ulas dan minta tlg bg dalil atau sebab2 yg logik.

      Delete
    6. kita ada 11 bulan untuk berbalah mengenai IMDB ke anak Tun ke atau PAS dan PASMA! cuma satu bulan saja Ramadhan kita berhenti sekejap hal2 yg boleh merosakkan ibadah puasa. Kalau diikutkan tak makan pun boleh mendatangkan sakit contoh seperti gastrik dan lain2...tapi Allah nak kita berpuasa jugak kenapa?! supaya kita dapat belajar menahan lapar dan nafsu yg merosakkan,,...tidakkah apa yg disuruh oleh ustaz diatas untuk kebaikan semua termasuk saudara???

      duit ini adalah ciptaan manusia....Dari beribu ribu tahun dahulu lagi rosaknya sesuatu umat adalah kerana risaukan harta benda melebihi segalanya...sebab tu manusia selalu mendatangkan kerosakkan.
      aku rasa dlm bulan yg mulia ni pun kita masih risaukan harta benda..takut inilah puncanya bermulanya bala! sama2 kita renungkan

      Delete
    7. Mengucap wahai anon....tiada dalam alquran yg mengatakan kita boleh berbalah selama 11 bulan dan berhenti selama sebulan. Setiap waktu kita dituntut untuk beribadah.

      Cara2 ahli politik hidup di Malaysia.......apabila rasa terancam, mereka akan menyerang peribadi sesiapa sahaja yang akan menghalang mereka. Sekiranya cara ini hampir2 tidak berjaya, maka tibalah masa mereka menggunakan ugama untuk menunjukkan kebaikan diri mereka. Sekarang ni mereka gunakan bulan Ramadhan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang bersuara. Walhal kita pun tahu apa aktiviti malam sesetengah ahli politik ini. Jika setitis air arak maka tidak diterima 40 hari amalan, bagaimana pula air arak yang ditonggang tiap malam?

      Yang patut anon renungkan.....dosa bersubahat dan cubaan menutup penipuan pemimpin anda.
      Kah kah kah.....lu fikirlah sendiri.

      Delete
  2. Kpd anon 10:24, tlg jgn belagak bagus agama kalau diri sendiri pun tak tau bezakan penipu atau jujur. Malaysia da terlampau ramai ustad sewel macam hang sampai ramai yg terjebak dgn isis lah, pengebom brani mati la...blh keje sama ngan setan la...

    Tolong jangan MENIPU diri sendiri. Kalau tipu kata tipu kalau jujur kata jujur...itu sebenar ajaran islam...islam x ajar umat nya menghalalkan benda yg haram.

    Kalau nak tau samada dia ni menipu atau tak, tolong rujuk balik suratkhabar, berita tv3/astro bernama dan lain2 lagi. Yg lain2 belum terrbukti tapi MENIPU DAH ADA BUKTI JELAS...

    TOLONG JANGAN JADI DAJAL AGAMA!!!

    ReplyDelete
  3. Anon 1024; agaknya tu la bala yg diturunkan utk pemimpin yg x jujur dan ikhlas ni ya....kmi rakyat bukannya xde dosa tapi dosa pemimpin menipu adalah sangat2 besar...ni pun termasuk kpd mereka yg gunakan agama utk diri sendiri....

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan. Pas dah berpecah dengan dap. Kemungkinan dapat menyatukan Pas dan Umno. Bersatunya Pas dan Umno...insyallah sekurang2nya 80% melayu akan bersatu. Lebih afdal didalam bulan ramadhan ni dapat dilakukan.

    Kamu semua pasti atau tak dengan tuduhan kamu? Jika pasti tak salah nak tegur atau marah. Jika tidak pasti hanya cakap2 dan sembang kosong....sekurang2nya rehat la dalam bulan ramadhan ini. Janganlah kerana perkara yg tak tahu hujung pangkal, kamu semua menggantikan tugas syaitan di bulan ramadhan ini.

    Salam.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...