Friday, June 12, 2015

Kapal Dah Nak Karam..

Kita sudah sampai ke penghujung, Ramadhan akan menjelang dan sewajarnya hal-hal dunia terutama politik yang tiada kesudahan dikurangkan atau disederhanakan, lebihkan fokus kepada soal amal ibadat, manafaat dan keberkatan.

Najib mempunyai agenda dan tugas yang begitu banyak, itu kita tahu, untuk merealitikan dirinya untuk diterima semula ke dalam kepercayaan ahli UMNO dan rakyat kerana sudah begitu banyak bahkan keseluruhan integiritinya jatuh ke paras bawah.

Sejak "chickening" dari N2H, cerita pahlawan bugis sudah tidak kedengaran !!!

Apa yang berlaku, kelabu dan hitam sudah sukar untuk diputihkan, Melayu sudah tidak mudah lupa.. Tidak ada tolak ansur untuk menerima semula UMNO jika Najib masih di situ - masing2 kena hormati prinsip masing2 - ia tidak akan jadi salah kepada satu pihak sahaja.

Takkanlah Melayu mati kalau UMNO tidak ada, dan sekarang pun sudah ada Melayu mati walaupun UMNO masih berkuasa..

Yang sudah menerima upah, mereka sudah tentu perlu terus kerja, giat menajamkan kepala untuk "spin for spoon" lebih-lebih lagi kalau nak beraya sakan tahun ini. Lebih mewah sikit dari raya tahun lepas yang kurang isu. Siapa kata 1MDB dan GST tidak mendatangkan faedah kepada golongan ini !!! Berbaloi beb...

Kita sekadar bertanya...tidaklah perlu terjerit terlolong, memadai jadi silent majoriti dan "action" ketika pada masa yang sesuai..
Berbeza bagi mereka yang nak mempertahankan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh...kena kerja kuat, kena jerit kuat-kuat, itu kita faham..

Mahathir mungkin tidak sama seperti yang memilih untuk menolak UMNO, Mahathir masih gigih untuk mempertahankan parti tetapi menolak individu yang boleh merosakan parti.
Mahathir tahu hanya UMNO yang mempunyai pemimpin yang bersih sahaja mampu menarik semula sokongan Melayu dan bangsa lain untuk menyokong semula UMNO di PRU.

Sebahagian besar pemimpin UMNO tentunya sedar tetapi jika dua tahun ini adalah sisa terakhir untuk berkuasa, mereka mungkin mengambil pilihan untuk balun  sebanyak mungkin kerana peluang seperti ini tidak kunjung lagi selepas 2018.

Senjata baru orang Melayu untuk masa hadapan adalah kuatkan ekonomi, tetapi sudah semestinya tidak sampai ke tahap menghalalkan cara. Tidak perlu sampai 42B jika ramai yang terkorban...memadai 42J. Jangan makan sorang-sorang, berilah peluang samarata.. InsyaAllah.

7 comments:

  1. Orang sibuk dengan bulan Ramadhan yang menjelma untuk tambah amal ibadat yang di atas sibuk berjudi , adoi mampuih .

    ReplyDelete
  2. Yang sebetulnya kapal yang nak karam tu ialah KAPAL NAJIB.

    ReplyDelete
  3. Buka pasal apa, cuma nak kata yg KD dah melalut-lalut......

    ReplyDelete
  4. Bukan kapal nk karam tapi pelita yg nk padam!.

    ReplyDelete
  5. Gilang...hang pi jual kat jubor le....dia kna cari duit nak cover tu...

    ReplyDelete
  6. Pada semua umat islam...bulan ramadhan ni mari le kta berdoa agar semua pemimpin terutama pee em kta yg riak, zalim, menipu, merompak ini ditunjukkan kekuasaan Allah kepada mereka supaya akhirnya mereka sedar dan bertaubat....Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu, DOA senjata penting.
      Mana tau doa2x antara kita, ALLAH makbulkan.
      Jumpa alim ceruk kg mana sekalipun atau jumpa tok ki ker nenek kebayan ker, peminta sedekah ker, jangan lupa pesan kat diorang,
      doa-doakanlah yang baik2x untuk keselamatan agama dan negara kita.
      Mana tau doa MEREKA dimakbulkan ALLAH jua.
      Amin.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...