Ku Li wajar mendedahkan siapakah orang2 PAS atau orang2 tertentu yang mungkin telah datang dan berjumpa dengannya hinggal timbul khabar angin beliau telah ditawarkan peluang untuk mengetuai Pakatan Pembangkang.
Sikap membisu Anwar dan DAP menjadi tandatanya kebenaran?
Atau sebenarnya berita itu dibuat sendiri dari kalangan Ku Li untuk memancing suasana dan respon.
ASAL:
Ku Li - tolong jangan kata ' yes '
Kenapa Ku Li dianginkan telah dipelawa menerajui Pakatan?
Hadi tolak awal2 lagi untuk menjadi PM sekaligus menolak untuk menerajui Pakatan, tidak pula diketahui tolak2 ayam atau malu2 kucing.
Sayang sekali nama Mat Sabu atau Nik Aziz tidak disebut langsung? kenapa? tak ada kualiti atau kuat merapu? Puas dah pok nik dok teropong nasib diri... celako celako celako..
Azmin dan Khalid juga tidak tersenarai mungkin kerana terlalu rapat dengan Anwar.
Jika Anwar mahu disingkirkan, secara otomatik pecacai ini juga tidak akan diterima.
Jika Nik Aziz malu jadi bangsa Melayu, dua beranak ni pula menyesal tidak jadi Melayu - sekaligus menafikan impian mereka untuk menerajui Pembangkang dan menjadi PM
Kalau Ku Li kata 'yes', yang melopong siapa?
kalau Ku Li kata ' NO ' - Pasti ada yang dapat bermimpi semula...
Isnin, 01 Ogos 2011 03:21
Kota Bharu - Keadaan kesihatan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin serius dan dikatakan telah disahkan menghidap sejenis barah.
Difahamkan perkara tersebut telah disahkan oleh sekumpulan pakar yang merawatnya ketika dimasukkan di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) beberapa sebelum Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan.
Khabarnya lagi, kanser tersebut sukar dikawal kerana Nik Aziz turut menghadapi masalah jantung dan diabetes.
Pada masa kini, Mursyidul Am Pas itu terpaksa mengikuti beberapa proses kemoterapi untuk memastikan barah tidak terus merebak. Sebelum ini, beberapa media melaporkan Nik Aziz dimasukkan ke hospital kerana sakit perut.
Beberapa pihak sebelum ini mempertikaikan keadaan kesihatan Nik Aziz tambahan pula dia tidak mampu untuk mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat penting dan membiarkan orang lain membuat keputusan. - KELATEKITO.NET
Anwar berang hasrat Pas?
KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.
Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.
"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.
Nik Aziz nafi terlibat dalam perbincangan rahsia lantik Ku Li
01/08/2011 4:37pm
KOTA BHARU 1 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam perbincangan rahsia untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai 'lawak jenaka' yang dicipta oleh media.
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.