Sunday, July 31, 2011

Nik Aziz tahu nikmatnya bersama DAP...

PAS yang kini telah terlibat secara mendalam dan secara langsung dalam pakatan Pembangkang (bukan Pakatan Rakyat-Rakyat tidak pernah berpakat untuk melakukan segala bentuk onar kepada Negara)  agak sudah sukar untuk mempunyai alasan untuk keluar dari pakatan untuk bergerak sendirian seperti dahulu.

Bukan sahaja keterlibatan mendalam itu di kalangan pemimpin tetapi boleh dikatakan semua aktiviti ceramah politik, demonstrasi jalanan dan aktiviti liar ganas disertai majoriti oleh penyoklong dan ahli PAS manakala penyokong DAP adalah sebahagian kecilnya dan sangat sedikit dari PKR  ( hanya beberapa kerat AMK ).

Walaupun keterlibatan majoriti adalah dari ahli dan penyokong PAS tetapi semuanya bergerak atas isu yang dimain dan dikepalai oleh DAP atau Anwar dan ini menyebabkan ramai yang berpendapat PAS diperaalat dan diperkudakan oleh orang lain secara tidak langsung.

Pandangan dan komitmen PAS melalui Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu yang selalunya jadi pak turut kepada DAP dan Anwar hingga meninggalkan perjuangan besar Negara Islam kepada skop yang lebih kecil Negara Kebajikan juga memperikat diri PAS kepada Pakatan Pembangkang hingga hilang atau terpesong jauh dari karisma dan identiti sebelum ini menyebabkan rakyat umum keliru dan ahli PAS sendiri di pendalaman sudah goyah keyakinan.

Di peringkat awal, para ulama lain selain dari Nik Aziz dilihat dapat memainkan peranan penting untuk kembali menyerdahanakan PAS atau membawa balik semula ke jalan asal yang lebih jitu dan jelas perjuangannya tetapi ramalan itu tipis dan tidak tepat kerana peranan ulama di dalam PAS sendiri dipinggirkan dan bukan menjadi tempat rujukan mutlak.
Majlis Ulama sekadar penghias struktur organisasi dan menjadi lebih tidak penting dalam Negara Kebajikan.

Nik Aziz yang begitu rapat dengan DAP dan Anwar mampu menenggelamkan Hadi selaku Presiden dan jika Hadi masih terus cuba berjinak dengan UMNO, kemungkinan dia juga akan ditentang habis2an, lihat apa sudah jadi dengan Nasaruddin yang tewas tercorot dalam pemilihan Timbalan Presiden apabila dilihat cuba mendekati UMNO.

Jadi tidak hairanlah hari ini Hadi dilihat sangat cenderung kepada Pakatan berbanding di awal 2011 dan antara lainnya mereka percaya mampu memenangai pilihanraya umum akan datang untuk jawatan2 yang lebih bagus.

Pembohongan Anwar, BERSIH akan menjadi kebangkitan besar2an rakyat menentang kerajaan seperti yang dirancang juga tidak menjadi kenyataan sedangkan kepimpinan PAS dan ahli serta penyokong terlibat secara langsung memberi petanda yang kurang bagus kepada PAS dan pakatan itu sendiri.

Siapakah agaknya di kalangan PAS yang mampu mengembalikan kegemilangan perjuangan asal PAS yang lebih suci dan mulia???  Hanya mereka yang tahu siapa? hanya mereka yang tahu samada hasrat itu ada atau tidak?

PAS pernah berpengalaman bersama  UMNO di BN dan sudah tentu Nik Aziz dapat bezakan dan  tahu bagaimana nikmatnya bersama DAP yang tidak dapat diberi oleh UMNO? Nikmat bersama DAP seperti perempuan simpanan? agak2nya sampai bila...

PAS mudah dijinakkan oleh DAP dan Anwar kerana ramai pemimpin2 mereka seprti Mahfodz, Nizar, Husam dan Mat Sabu sudah lama memasang angan dan cukup tidak sabar untuk memegang jawatan dan kuasa di Putrajaya, mereka cukup teruja dan yakin dengan grand plan DAP bahawa Putraja akan ditawan jika PAS sanggup berlembut dan mengorbankan beberapa dasar Islamnya.

Pada PAS jika terus bertekad bersama Pakatan Pembangkang dan ingin mendapat majoriti mutlak dari orang Islam dan Melayu, pastikan PAS dominan seperti UMNO dalam BN - menguasai, mengepalai, merajui, disegani dan dihormati kawan dan lawan dan tidak seperti sekarang (tunduk)..



Kuasa Politik Mutlak dan Kuat adalah satu2nya 'aset' yang perlu ada pada orang Melayu untuk terus survive dan relevan tikamana ekonomi dan pendidikan sudah tercorot ke belakang.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA