Tuesday, July 19, 2011

Kalau tidak dibendung lama kelamaan, universiti akan lahirkan pengganas...

21 pelajar IPT ditahan dalam perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai 21 pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.
Mereka adalah antara 500 penuntut yang dikenal pasti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan ditahan selepas mematuhi arahan bersurai pihak polis.
Daripada jumlah itu, seramai 14 merupakan penuntut IPT awam, antaranya dua pelajar politeknik dan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Tujuh lagi pelajar yang ditahan adalah penuntut IPT swasta termasuk seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan dua pelajar yang menuntut di Mesir.
Menurut sumber, seramai 300 nama pelajar yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi awal minggu lalu.
"Difahamkan, butiran peribadi dan latar belakang 300 nama pelajar tersebut sedang giat diteliti pihak berkenaan.
"Pelajar-pelajar berkenaan ditahan ketika cuba menyertai perhimpunan haram tersebut. Jumlah pelajar lain yang dikenal pasti oleh pihak KPT bagaimanapun berjaya dihalau pihak berkuasa keluar dari beberapa lokasi perhimpunan pada 9 Julai lalu," kata sumber itu lagi.
Akhbar hari ini melaporkan, KPT mengenal pasti lebih 500 mahasiswa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di ibu negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, senarai nama mereka yang terlibat sudah dihantar ke universiti-universiti berkenaan untuk tindakan lanjut.
Pihak universiti akan melakukan semakan pendaftaran sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mahasiswa terlibat dan mereka harus bertanggungjawab.


Jika benar, tidak perlulah simpati kepada pelajar2 yang sudah awal2 lagi nak jadi penderhaka kepada Kerajaan dan Sultan.

Kalau tidak dibendung,  lama kelamaan universiti akan lahirkan pengganas. Tindakan tegas memang kena di ambil.
Ini adalah minoriti yang merosakkan majoriti pelajar, minoriti yang menghampakan ibu bapa dan mungkin ibubapa mereka juga adalah minoriti ibubapa yang tidak memberi peringatan dan amaran, yang merestui tindakan haram anak mereka.


Mereka yang kena tindakan seperti kena buang, boleh mohon kerja dengan ambiga atau anwar.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA