Saturday, July 9, 2011

Nik Aziz Frust Menonggeng Tak Dapat jadi PM...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno. “Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.
Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.
“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”
“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?
“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.
Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.
“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.
“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.
Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.
“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata Nik Aziz lagi.
Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.
“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.
“Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.

..................
1. Sewajarnyalah perhimpunan dibuat di rumahtangga sendiri...tetapi kenapa tak buat  ????????????  - PERKASA patut sahut cabaran ini adakan perhimpunan DAKWA ANWAR di Kelantan  pada 23hb Julai selepas 14 hari tempoh yang diberi kepada Peguam Negara - tengok apa pula reaksi lidah bercabang Nik Aziz.

2. Bukankah matlamat perhimpunan untuk membangkitkan perasaan benci rakyat kepada UMNO - jika tercapai kenapa pula nak marah sangat? Tak tercapai kot? Marah sebab tengok rakyat tak bangkitpun? Nik Aziz frust menonggeng.

3. Harapan Nik Aziz seperti yang dibayangkan oleh anwar dan ambiga ialah perhimpunan ini akan mendapat sambutan majoriti rakyat dan diperkenan SPB sehingga tergulingnya BN, selepas itu Nik Aziz akan kembali ke tanah air dengan disambut oleh jutaan rakyat di Lapangan Terbang Tun Mahathir dan diarak hingga ke Putrajaya Tun Mahathir untuk ditabalkannya sebagai PM?! - impian hanya jadi mimpi - no wonder Nik Aziz berada di luar negara.....

4. Ingatan kepada Nik Aziz - jangan guna Al Quran dan Hadith untuk berlindung dan menegakkan sikap double standardnya, takut2 Allah bayar tunai kepadanya di dunia ini disaksikan oleh rakyat.

13 comments:

  1. tindakan PAS utk buat demo, dgn tegas pulak saya nyatakan, saya sekarang Anti PAS. PAS telah menyemaikan semangat kebencian padanya , pada melayu dan pada negara ini.
    semoga ALLAH melaknati mu, nik aziz!!
    AMIN.

    ReplyDelete
  2. PAS parti paling bodoh,,,,,,,DIKUDAKAN OLIH ANUAR KAKI PELACUR dan DAP KOMUNIS.......MUDAHNYA PAS dialatkan "AMBIGA",,,,,,,,,tlg kaji latar belakang AMBIGA,,,,,:anti MELAYU dan ISLAM"

    ReplyDelete
  3. Saya dahulu minat juga gak PAS tapi apabila bekerja di negeri di tadbir nya, semua nya indah khabar dari rupa. Asyik ceramah sana sini campur aduk agama dan politik. Mula mula gi la dengar juga lama kelamaan naik muak.Baru saya sedar puak puak ni jual agama islam untuk kepentingan politik.
    Yang betul tetap betul yang salah tetap salah tidak ada dalil yang membetulkan yang salah.Namun mereka ini bila terkena puak puak sendiri dibetulkan dengan ayat al quran dan hadith yang diputarbelitkan. Hari pembalasan menunggu kita .........

    ReplyDelete
  4. Realitinya ialah memang hajat PAS nak gantikan UMNO BARU dalam pakatan baru memerintah negara dan bukan sebagai kuda tunggangang PKR atau DAP.

    Realitinya ialah PAS memerlukan undi-undi Cina, India, Kadazan, Iban dll juga dan cuma dapat diperolehi malalui parti komponen PR.

    Realitinya ialah pengundi Melayu telah disesatkan oleh TDM dan kroni-kroninya dengan perjuangan UMNO BARU yang telah jauh terpesong daripada perjuangan sebenar UMNO lama.

    Realitinya ialah pengundi-pengundi Melayu yang penyokong tegar UMNO BARU adalah mereka-mereka yang :

    1. Terpaksa bergantung pada UMNO untuk projek-projek dan jawatan.
    2. Kakitangan kerajaan yang bergaji lumayan dan hidup senang.
    3. Tentera dan Polis yang hidup dan berkampung kat kem-kem dan dibutakan kehidupan diluar.
    4. Pengundi-pengundi yang lemah iman mereka semasa pilihanraya apabila disogokkan dengan wang, lakonan dan cakap-cakap mulut manis.

    Perjuangan PAS ni dah mengambil masa yang terlalu lama dan semakin lama UMNO BARU ditabalkan sebagai pemerintah, semakin lama itulah rakyat semua tak dapat menikmati kesejahteraan dan kegemilangan pemerintahan bersih yang dapat diberikan oleh PAS.

    PAS dah merayu kepada semua bangsa negara ni dan lain-lain bangsa dah nampak keikhlasan PAS semasa pilihanraya yang lepas.

    Tau kah anda semua berapa susahnya nak dapat kepercayaan orang-orang yang bukan Melayu untuk menyokong PAS kerana PAS sebuah parti Islamik?

    Mengapakah lain-lain bangsa dapat melihat kesucian PAS dalam perjuangan ni tetapi orang Melayu sendiri yang beragama sama tak mempercayai seruan jihad PAS ni?

    ReplyDelete
  5. salam tuan guru nik aziz,zaman rasullullah dulu ada tak perhimpunan bersih spt 9 julai 2011.tak ada ke fatwa dan hadish nya peserta perhimpunan semalam boleh ke masuk syurga ? ,ada tak allah bagi tau pada YABTG.selalu nya buat benda yg pelik ni allah bagi pada YABTG

    ReplyDelete
  6. SOALAN:
    "Mengapakah lain-lain bangsa dapat melihat kesucian PAS dalam perjuangan ni tetapi orang Melayu sendiri yang beragama sama tak mempercayai seruan jihad PAS ni?"

    JAWAPAN:
    camna nak percaya PAS kalau PAS sendiri menyemai sifat benci-membenci sesama bangsa walau menganut agama yg sama. orang2 PAS sendiri yg bersikap kasar, closed minded, suka mengherdik TIADA atau KURENG sifat kasih sayang sesama melayu islam. jgn tertipu...bangsa lain yg beragama lain tu sokong sebab utk kepentingan mereka sendiri.
    dah berbuih orang nasihatkan PAS supaya berdakwah pd orang lain TERUTAMA org2 UMNO yg sememangnya bukan maksum dan banyak buat silap tu dgn berhikmah serta akhlak yg baik MACAM NABI, tapi sayang, sebaliknya org2 yg baru nak mendalami agama, baru nak belajar solat, awal2 dah dicop kafir dan terus kena masuk neraka. lepas tu kena undi PAS dulu baru boleh masuk syurga. ape ke hal ni ehh ?!?!

    NAK TAHU TAK?
    saya kecewa dgn PAS yg saya rasa boleh diharapkan utk membela org melayu dan orang Islam. kena masuk parti PAS dulu ehh baru nak dilayan dgn baik??

    NAK TAHU TAK?
    rata2 org melayu islam sayangkan parti PAS. tapi PAS terlalu kebal utk dikritik bg penambahbaikan.

    sabor je la yop!

    ReplyDelete
  7. Nuar Berahim dan Nik Ajis ini adalah DUA manusia yang nama sahaja MELAYU dan ISLAM tetapi SEBENARNYA ADALAH SYAITAN BERTOPENGKAN AGAMA ISLAM.

    ReplyDelete
  8. Di pemerintahan PAS di Kelantan atau di lain2 negeri, berapa ramai yang dah peluk Islam hasil dakwah PAS.

    Jawapannya: Macamana nak ada pemeluk Islam yang baru sebab dakwah dan ceramahnya lebih kepada politik yang menanam sikap membenci, perpecahan dan gila kuasa - duniawi.

    Jangan terkeliru dengan sokongan bukan Islam kepada PAS, mereka juga sekadar untuk mendapatkan undi ahli PAS bagi kemenangan calon mereka. Bila PAS mengikut rentak mereka, mereka akan kata " see...PAS dah ikut kita" ...bukannya 'mereka ikut PAS' - PAS jangan syok sendiri.

    Berapa ramai pula yang peluk Islam di bawah pemerintahan kerajaan sekarang melalui usasha UMNO dan pelbagai agensi termasuk PERKIM ? - Pada tahun 2008 seramai 597 orang kafir sudah mengucap syahadah dan pada tahun 2009 jumlah tersebut meningkat sekali ganda menjadi 915 orang.

    Kena ingat semula, kemenangan pembangkang sebelum ini kerana majoriti Melayu yang dulunya sokong UMNO beralih kdepada pembangkang atau tidak keluar mengundi semata mata protes kepada pemerintahan Tun Dol dan bukannya kerana pembangkang kuat sangat.

    Hari ini, walaupun belum semua kembali menyokong tetapi perkembangan menggalakkan.

    21 tahun memerintah Kelantan, apa jasa hebat Nik Aziz jika dibandingkan 22 tahun Mahathir perintah Malaysia. Bukan mahu dibandingkan negeri atau negara tetapi mahu membandingkan antara 'otak' Nik Aziz dengan 'otak' Mahathir. Jauh macam bumi dengan langit.

    Apapula jasa Anwar sepanjang berada dalam kerajaan - jasa terbesar ialah hampir2 membankrapkan Malaysia dengan menjadi hamba abdi IMF jika tidak disekat oleh Mahathir.???

    ReplyDelete
  9. bagi : 21 tahun memerintah Kelantan, apa jasa hebat Nik Aziz jika dibandingkan 22 tahun Mahathir perintah Malaysia. Bukan mahu dibandingkan negeri atau negara tetapi mahu membandingkan antara 'otak' Nik Aziz dengan 'otak' Mahathir. Jauh macam bumi dengan langit.

    jawapannya: nak compare nik aziz dgn mahathir tu, kene tgk macm2 sdut beb, kalo nik aziz dpt kelantan semua budget kene potong, kenape potong? sbb kerajaan bulan.. kalo Mahathir. semua LULUS.. sebab utk kebaikan rakyat (Kononye- padahal kronism ). cube compare 50 tahun umno tadbir malaysia. berape gemilang agama suci kite diangkat. ade aku kisah?.. mmg aku kisah ssb kemajuan yg dibina selama 22tahun tidak menyumbangkan zaman kegemilangan islam. kali ni bagi peluang pada parti lain utk tunjuk talent. undang2 Allah itu lebih adil, seperti dlm Quran said. but then kenapa usaha utk mengaplikasikan undang2 Allah itu tiada selama 22 thun or 50 tahun.. ade kau kisah. yes aku kisah sbb nti anak2 bakal menjadi generasi malaysia. dan paling penting Allah tnya aku kt akhirat. apakah jenis pemimpin yg kau pilih di dunia. generally. tepuk dada tanya iman. niat mengupgrade diri lebih penting dari memaki org lain. peacenowar

    ReplyDelete
  10. “Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.
    ayahanda saya dikasari pihak polis pada himpunan in.. aku benci anjing kerajaan! kalaulah ahli keluargamu disakiti seperti aku dan seperti video2 bersih rally 2.0 pasti akan terguris hatimu jua!

    jawab dgn Allah diakhirat kelak!

    ReplyDelete
  11. mana boleh compare himpunan belia dengan bersih. agenda bersih ni cume nak selamatkan anwar saja. no more no less. yang lain tu semua red herring saja.

    melodrama pulak nik aziz ni. adakah yang kena tangkap tu kena rotan dalam jel? sebenarnya mereka sendiri lebih suka ditangkap. tak payah join demonstrasi. tak payah nanti mati terkejut. tak payah jadi over macam drama king sampai masuk specialist center.

    kena ikut slogan anwar "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai'. bukankah anwar memang handal dengan slogan-slogannya. tapi jangan ikut slogan pas, semuanya anti-klimaks.

    ReplyDelete
  12. Agaknya dah buta ke apa yang terjadi pada Malaysia selepas 22 tahun mahathir perintah dengan 21 tahun Nik aziz di kelantan, ini bukan soal bajet, soal otak.
    Kenapa cerita bajet kena potong kalau memang mahu perintah sendiri dan bukan duduk dalam BN, kalau tak mampu serah pada BN - jangan seksa rakyat Kelantan dengan taburan hadith dan ayat suci alQuran untuk menghalalkan kelemahan dan kekurangan.
    Apakah Islam itu mahu dikaitkan dengan 'kemunduran dan kemiskinan, sampah busuk dan kotoran, airpergigi dan airpaip kemerahan? Bukankah kemiskinan itu hampir kepada kekafiran.

    Jadikanlah Kelantan itu Model Negara Kebajikan sebelum mendabik dada nak perintah Malaysia dengan berkongsi pula dengan DAP kapir laknat yang lebih jahat dari MCA.

    ReplyDelete