Saturday, July 16, 2011

Kerajaan anak menantu, kerajaan isteri sepupu...

Sudah banyak dipertakan tentang anwar, pembangkang, bersih dan sebagainya...

Sudah berlarutan negara kita dalam keadaan politik yang sudah diperkatakan setiap jam dan di mana saja, cukup membosankan, cukup merugikan kerana ia mengganggu dan mencuri banyak masa dan fokus yang sepatutnya boleh diberi kepada bidang lain..


Terlampau banyak fitnah dan perangai dajjal yang menyebabkan rakyat Malaygsia sudah hilang sopan, hormat menghormati dan harmoni sesama sendiri. Perkauman dan perselisihan ugama makin menjadi-jadi. Walaupun rakyat keseluruhannya masih berada dalam keadaan perpaduan tetapi lama kelamaan 'api' yang dimainkan oleh pemimpin politik untuk survival mereka akhirnya akan berjangkit dan melarat kepada rakyat juga - pada masa itu yang ada ada di hadapan adalah 'kemusnahan'.

Pokok pangkalnya semua ini disebabkan kerajaan yang lemah sejak pak lah ambil alih  dan kini diwarisi oleh watak yang sama walaupun berbeza aktornya. Kerajaan suami isteri dan sepupu yang menggantikan kerajaan anak menantu tidak banyak bezanya.


Selaut pun kesalahan yang kita boleh lemparkan kepada pembangkang tetapi semua ini tetap bergantung kepada kelemahan kerajaan suami isteri dan sepupu. Kerajaan gagal menyekat dan membendung sejak awal. Kerajaan tidak ada kemampuan menguruskan masalah secara cepat, berani dan tepat, semuanya dibiarkan berlarutan hingga menjadi busuk, kian mereput dan sesuatu yang sudah hilang punca dan menjadi sukar jalan keluarnya.

Memilih anwar dan pembangkang mungkin bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik kerana mereka juga mengumpulkan kuasa anak beranak termasuk menantu tetapi mengundurkan najib dan hisham adalah pilihan yang lebih baik.

# Pemimpin pembangkang sendiri mengumpulkan kuasa anak beranak di kalangan mereka manamungkin boleh menjamin dan menjanjikan keadilan tanpa kroni. Pembangkang akan memiliki kroni yang banyak membantu mereka sekarang, semua kroni  itu perlu diberi projek, habuan dan ufti membalas jasa.

1 comment:

  1. Dato seri Najib,,tlglah tukar Dato Hisyammudin dari Jadi Menteri KDN,,,,kalau rakyat didahulukan ,,inilah keluhan umat melayu yg sayangkan Parti Pemerintah,,,,Tahap Keyakinan rakyat terhap Menteri KDN amat teruk dan ini akan memberi kesan pada UMNO,,,salam.

    ReplyDelete

6ANGKA