Sunday, July 10, 2011

berpolitik sampai ke tanah kubur puak ni

Allahyarham Baharuddin Selamat Dikebumikan

HULU KELANG 10 JULAI : Jenazah Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai himpunan Bersih 2.0 semalam selamat dikebumikan kira-kira jam 12.50 tengahari tadi di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat 
UMNO, Kerajaan dan Polis disalahkan...

Puak pembangkang memang hebat, sampai ke tanah kubur, sampai ke liang lahad pun depa nak berpolitik.

Sumpah seranah, fitnah dah jadi zikir menggantikan talkin yang patut dibaca membawa kesedaran.

Kemaruk sungguh puak ni.

2 comments:

  1. Manusia kalau dah sampai kubur pun masih nak ingat duniawi dengan mempamerkan kuasa, fitnah, tamak agaknya sudah tiada hidayah Allah turunkan kepada hatinya.

    Dah lupa agaknya qada qadar, takdir, jodoh, maut rezeki di tangan Illahi.

    ReplyDelete
  2. MATI DEMONTRASI BUKAN SHAHID

    Ustaz Idris Sulaiman, penyelidik di kedutaan Arab Saudi menyifatkan seseorang yang mati akibat demonstrasi, bukanlah mati syahid sebagaimana yang didakwa, sebaliknya ia mati dalam keadaan jahiliah kerana menurut ajaran Islam, berdemonstrasi melawan pemerintah, hukumnya haram.
    “Hal ini (demonstrasi) adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dituntut oleh agama kita, Islam di mana Islam sentiasa menuntut umatnya bersatu padu dan melarang berpecah.
    “Dalam hadis Rasulullah SAW, yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud ‘barang siapa yang menarik ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barang siapa yang mati tanpa bai’ah (ketaatan) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah”, katanya.
    “Hal ini berbeza sama sekali dengan apa yang disebut-sebutkan dalam media massa, yang kebanyakan banyak dipengaruhi oleh orang-orang Barat, di mana mereka yang mati akibat demonstrasi, mereka dikatakan mati syahid. Sedangkan Rasulullah SAW berkata, ia telah mati dalam keadaan jahiliah. Jadi ini jelas sesuatu yang sangat bercanggah.
    “Jelas itu satu dusta, satu penyelewengan kerana (bercanggah dengan) hadis-hadis yang kita sebutkan tadi”, katanya.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...