Tuesday, May 26, 2015

NIAT

1. Beriham Dari Miqat 

Miqat Zamani: 
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram



2. Tawaf

Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka?bah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka?at di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.

3. Saie

Setelah selesai shalat dua raka?at, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa?i umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa. 
Doa Bersaie: 
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan.

4. Bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau berguntingSetelah selesai sa`i, pendekkanlah rambut kepala

16 comments:

  1. Aaikk...chepat nya tukar tiang gol..from political analyst senget dah teringin jadi ustaz pulak ...nak bawak ke mana tu Tuan KD? Dah ikut jejak Datok Harun Din mimpi jumpa Nabi ke? Tanye je

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah takda apa nak cakap diam aje la..... kamu bila buka mulut semua longkang dak ada bawa pengetahuan pendek kata macam musibat.

      Delete
  2. Dah penat jadi agen.........Syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Ted Poyology Manoff-pembina tamadun ( sendiri declare )

    Ok la tu..drpd analisis antorokpoyology hang..ini kita temporary ceasefire...

    p/s: mimpi naik gajah...

    ReplyDelete
  4. Takde ummp lah KD.Nampak ko taklah sehebat uncle Din.

    ReplyDelete
  5. Tajuk ni utk bimbingan para bebalan dan sesatan cam korang ler...

    Bagus le ada dpt pengetahuan dr kd...sekurang2nya kurang le dosa....bukan macam setan2 yg dok melalak, memerli dll...

    Jgn sampai agama pun korang nak mainkan...

    ReplyDelete
  6. Allamak..ada ceasefire pulak..aiseyman potong stim la. .anyway Tuan KD, sesuatu kelainan tu pun ada juga seronoknya! Kalau kena usik sikit mesti mau tabah...apa pun jangan jadi budak yg suka nyorok dalam semak lastik orang..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum KD

    Aku sokong ..Ada masa kena tenangkan dahulu tak guna berperang habis-habisan.
    Perang yg baik berteraskan fakta cuma bila emosi menguasai jadilah perang makian...

    ReplyDelete
  8. Selamat menunaikan umrah tuan KD.

    ReplyDelete
  9. Kalau macam tu bagus lah KD. .semuga dapat umrah yang mabror

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... Ya Allah ,Engkau tambahkan dan luaskan rezekiku supaya satu hari nanti aku dapat menunaikan umrah sebagaimana yang telah engkau berikan kenikmatan kepada kawan-kawan seagamaku semuanya.

      Delete
  10. Bersyukurlah kita di Malaysia, penuh dengan segala kenikmatan yang tidak terhingga berbanding dengan negara orang.

    Cuma kita kurang sikit istimewa layanan mereka kali ini berbanding 10 dan 15 tahun yang lalu.

    Ramai pak arab nak datang Malaysia belajar bahasa Inggeris di UIA..

    ReplyDelete
  11. Bersyukurlah kita di Malaysia, penuh dengan segala kenikmatan yang tidak terhingga berbanding dengan negara orang.

    Cuma kita kurang sikit istimewa layanan mereka kali ini berbanding 10 dan 15 tahun yang lalu.

    Ramai pak arab nak datang Malaysia belajar bahasa Inggeris di UIA..

    ReplyDelete
  12. AMAAAAAN.......NYA......
    LENA TIDUR AKU... XDAK DGR GADUH2 LAGI JIRAN2 AKU NI (SETAKAT HARI INI 30.05.2015)
    KEKEKEKEKEKE

    CUTI LAMA-LAMA SKET YER BRO KD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mau pening. Jangan buka page dia. Tak paksa pun...

      Delete

6ANGKA