Wednesday, July 13, 2016

KALAU BUKAN ORANG INI, PAS SUDAH JADI NASI TAMBAH ATAU KAILAN IKAN MASIN..

PAS yang keluar dari pakatan pembangkang kerana tidak sebulu dengan DAP dan kemudiannya berpecah (PAN) memilih untuk mesra UMNO yang sudi menerima kerana sedang lemah dan bermasalah.

Kepimpinan Hadi Awang kurang bertulang belakang, tidak stabil dan keliru, lebih lebih lagi mesra najib yang sedang dilanda isu besar ala skandal menjadikan PAS dilihat goyah dan tiada pendirian yang jelas atau berubah ubah dalam halatuju lebih lebih lagi Hadi mengistiharkan untuk sekadar menjadi penasihat najib dan tidak bercita cita untuk sama-sama tawan Puterajaya.

Imej ulamanya hancur lebur apabila memilih untuk menyokong najib yang masih belum dapat mensucikan namanya walaupun sedang berkuasa.

Tetapi harapan untuk PAS sebagai parti alternatif terbaik masih ada kerana Timbalan Presidennya dilihat masih rasional dan mewarisi siasah Nik Aziz.


Terbaik Dari Tuan Ibrahim Tuan Man Mengenai Pembangkang!


Satu kenyataan yang cukup rasional dari Tuan Ibrahim Tuan Man dalam mengembeleng kekuatan pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 nanti..

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar gencatan senjata dibuat di kalangan parti pembangkang dan memberikan tumpuan kepada musuh bersama iaitu Umno dan Barisan Nasional.

Cadangan ini dibuat sebagai jalan keluar untuk menghadapi masalah serang menyerang antara satu sama lain yang berlaku sekarang, katanya.



"Parti-parti pembangkang perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi memberi fokus kepada musuh sebenar (Umno-BN).

"Jangan pedulikan tulisan murahan cybertrooper yang suka melagakan antara satu sama lain. Golongan ini akan ada di setiap zaman dan tempat," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya dengan latar belakang Pas kalah teruk dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.

Tuan Ibrahim juga teruk diserang ekoran kenyataan beliau bahawa kerajaan perlu melakukan sesuatu agar rakyat tidak boleh dikelirukan oleh Sarawak Report lagi ekoran pendedahan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB yang diOSAkan oleh kerajaan BN.

Turut menyerang beliau adalah Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kesal dengan dakwaan beliau laporan Sarawak Report mengelirukan rakyat.

Bagi Tuan Ibrahim, apa yang penting dilihat ialah masa depan negara.

Ini kerana masa depan rakyat, agama, bangsa bahkan parti politik hanya akan wujud bila adanya kestabilan negara, katanya.

Beliau juga meminta agar ada titik kompromi, di mana ia tentu akan memerlukan tolak ansur satu sama lain.

"Namun, jalan kompromi ini tidak mudah," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada ketajaman hubungan antaranya dengan DAP dan parti pecahan darinya iaitu Amanah.

Beliau akui, tiada satu ubat mujarab yang dapat menyembuhkan luka mendalam di hati antara parti-parti pembangkang.

Isunya juga, katanya, ialah apakah perkara yang perlu dikompromi dan apa yang tidak boleh dikompromi?

"Banyak persamaan yang perlu diutamakan berbanding hanya beberapa perkara sahaja yang berbeza. Dalam mewujudkan toleransi politik yang baik, tentulah usaha perlu diambil bagi memperbesarkan persamaan dan mengecilkan ruang perbezaan," katanya.

Menurut beliau, dalam setiap kali kerjasama politik, sejarah telah membuktikan bahawa PAS sebagai parti lama selalu mengambil sikap berjiwa besar mengorbankan kerusi, berkongsi jentera serta memberikan bantuan kewangan kepada rakan-rakan parti.

"Apakah ini tidak cukup sebagai rakan parti," soal beliau.

Bagi Pas, kata Tuan Ibrahim, semua tahu bahawa Pas tidak akan berkompromi dalam perkara yang menjadi dasar dan prinsip Islam yang tidak akan melampaui dan mencabul hak bukan Islam.

"Pas tegaskan bahawa kami tidak akan mengorbankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas sejak ditubuhkan dan inilah pegangan semua kepimpinan parti dari dahulu sehingga kini," katanya.

Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa Pas adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi Pas memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada, tegasnya.

"Dengan niat yang betul, kompromi boleh dicapai dengan hanya memokuskan apa yang boleh disumbangkan oleh setiap parti tanpa perlu menggadaikan dasar parti masing-masing.

"Jika titik kompromi tidak dapat dicapai, terpaksalah semua parti pembangkang bersedia untuk menang jadi arang, kalah jadi abu di PRU akan datang.

"Jika titik kompromi dijumpai, percayalah yang menjadi abu hanyalah satu, iaitu Umno-BN," katanya lapor MalaysiaDateline

http://darisungaiderhaka.blogspot.my/2016/07/terbaik-dari-tuan-ibrahim-tuan-man.html#more


# Gencatan senjata atau tempoh bertenang berdamai cadangan Tuan Ibrahim mencerminkan kematangan,  berilmu dan progresif dalam memberi fokus kpd masalah utama dan sebenar negara.

# Seperti yang dijangkakan Tuan Ibrahim akan diserang puak pendedak...


14 comments:

  1. yang disokong adalah 'kelab' bukannya individu. meskipun ada kelab yang diketuai oleh pembabit 13 Mei atau di ketuai oleh peleewak, ia tidak menghalang kelab isle untuk bertahaluf dengan dua kelab2 berkenaan. dalam kata laie Pas berhak bertahaluf dengan sesiapa saja dan hanya pendengki saja yang tidak mahu itu terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh gunakan depa. Jangan di pergunakan. Jadi tolol, penderhaka bangsa, agama dan negara jika benarkan di pergunakan dek kafir harbi. Terutama nya dalang dan jalang 13 Mei.

      Delete
  2. antara penasihat dan tukang propa si kafirun, pilihan adalah jelas kecuali pada mereka yang tidak dapat membezakan antara nyata dan imaginasi.

    ReplyDelete
  3. Ostad ini perlu sedar mereka ditolak bukan kerana dunngus atau rasuah tetapi ditolak kerana akronim mereka itu terdapat satu huruf pangkal bagi satu perkataan yang harus dijauhi oleh harbish.

    ReplyDelete
  4. Tuan Ibrahim Tuan Man adalah salah satu manusia bertopengkan ulama yang mahu dan sanggup melihat bangsa Melayu dilembukan di tanah melayu oleh bangsa CINA YAHUDI... seperti Palestin. Bagaimana mesyarakat Islam Palestin mengalu-alukan kedatangan kaum Yahudi tidak bertanah dan merempat ke Palestin pada satu ketika dulu... Semoga Allah SWT selamatkan Melayu Islam daripada perancangan seperti yang di cadangkan oleh seperti Tuan Ibrahim Tuan Man.

    ReplyDelete
  5. PAS perlu kekal tongong untuk diklentong UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujah kamu mudah dicplak yakni hujah sama juga terpakai kepada PKR dan Pan iaitu PKR dan Pan perlu kekal bengap untuk di pelengkong Dap, hik hik.

      Delete
  6. ustaz keparat bahlul ni sama dgn penulis blok sial.
    sama2 khinzir peliharaan dapigs laknatullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kau bukan "sama" - kau memang benar benar babi.

      Bukan khinzir - itu perkataan ada mulia dengar. Tapi kau babi. Nokhta.

      Delete
    2. Penulis, dia dan kau sama saja, homo sapiens, kah kah kah

      Delete
    3. 116, Homo mcm Anwar Al Jub ke? hehe

      Itu jenis kau, kan?

      Delete
  7. Hadi ha nya sengeh sana sengeh sini di antara puak puak dalam PAS, cara itu dia dapat pegang jawatan Presiden selama lama nya. Tak perlu memimpin. Hingga di usulkan dalam suatu Muktamar yang lalu bahawa dia lah calon PM parti PAS. Mengelenot bontot dia, melompat dia kalau tak sebab dah tua, seronok sangat dapat di usulkan begitu.

    Jadi, siapa saja cakap apa, termasuk Tuan Man, Hadi akan sengeh aje. Kekadang panas hati, cari peluang dapat pergi Turki, sakit jantung di sana. Panjang umur, masih jadi Presiden.

    ReplyDelete
  8. Susah nak harapkan PAS bersatu dengan UMNO atau berkerjasama dalam PRU pun. Sebab Hadi mesti nak, dan ahli2 PAS juga nakkan Hadi jadi PM, supaya boleh dapat 1-2 faedah. Jadi, kena lawan UMNO pahal pun.

    Tunggu zaman Nik Abduh, Ketua Pemuda PAS. Dia ada semangat Melayu yang kuat, bencikan DAP amat sangat, boleh di harapkan dapat PAS dan UMNO bersatu atau sekurang kurang berkerja sama dengan positif dengan UMNO di PRU.

    Bila Nik Abduh naik, Hadi pun dah takda. Murshidur Haron Din pun mungkin juga sebab dia pun ada sakit jantung. erdoa lah supaya Nik Abduh cepat naik.

    ReplyDelete