Tuesday, July 5, 2016

TIDAK PERLU PARTI LAMA ATAU BARU UNTUK TUN

Isu sekarang atau satu persaolan samada perlu Tun Dr Mahathir menubuhkan parti baru kini mula diperkatakan dan antara yang akan menjadi topik popular di awal Syawal ini.

Jika tidak tubuh parti baru, mana landasan politik yang mahu digunapakai - penyokong Tun agak keberatan untuk sokong atau menyertai DAP, PAN dan PKR...terasa geli dan berat (?)
Sekadar bekerjasama - mungkin boleh.

Jika tubuh parti baru sekadar untuk menumbangkan Najib, ia tidak akan tercapai kerana missi kena tumpaskan UMNO sebelum tumpaskan Najib. Untuk menumpas UMNO, ia bukan satu kerja mudah...
Jangan seperti PKR yang ditubuhkan sekadar untuk "kebajikan" Anwar yang kini masih diteruskan oleh Azizah anak beranak...

Tubuh parti baru - tetap dinamakan parti pembangkang, tetap dinamakan serpihan UMNO, tetap dinamakan parti golongan orang kecewa, tetap difitnah untuk menaikkan Mukhriz (!!!!)

Adalah lebih baik Mahathir berterusan seperti sekarang, bercakap perkara benar dan memberi sokongan moral pada yang sehaluan. Sudah bukan lagi menjadi tanggungjawab untuk Tun lead atau turun padang. Itu kerja anak muda, kerja generasi sekarang.

Biarlah Pakatan Harapan berpakat sesama mereka samada bersama atau tanpa PAS kerana perjuangan yang tidak ikhlas - tidak akan membawa dan sampai ke mana-mana. Itulah gambaran pakatan Harapan sekarang yang tidor satu kelambu tetapi mimpi lain-lain sehingga mereka gagal bersatu dalam perkara dan saat yang perlu.
Jika di pilihanraya, untuk memang dan tumpaskan BN pun mereka tidak boleh bersatu, bagaimana jika di ambang kuasa (?)
Bagaimana mahu mendidik dan menyedarkan rakyat yang begitu ramai melaut sedangkan sekumpulan pembangkang yang boleh dikumpulkan dalam satu baldi ini pun tidak dapat disatukan.
Jangan nak jatuhkan Najib, nak sentuh bayang Najib pun tak mampu.

Untuk Najib dan UMNO - yang patut menghukum dan mengadili mereka bukan Tun Dr Mahathir tetapi rakyat.

1MDB dan yang berkaitan dengannya sudah diumpamakan bangkai gajah yang tidak boleh ditutup dengan nyiru. Lambat laun akan terhidu juga oleh orang luar bandar...
Biarlah rakyat Malaysia yang mengaku cerdik ini merasai pengalaman masa hadapan secara realiti samada untuk terus memilih UMNO atau menolaknya.

9 comments:

  1. Bagus di pulihkan semula sistem non-moderated comments di blog ini. Ada yang nak komen tapi malas nak tulis email address dsb nya, spt saya.

    Memang, ada yang abuse/ ambil kesempatan menulis komen dengan tak bertanggung jawab. Tapi jika Admin keluarkan komen yang tak sopan, komen itu tidak akan menarik counter-comments yang serupa - seperti di buat kapada komen Keris Berayon di pos yang lalu.

    Mari lah kita memberi pendapat di blog ini secara bertanggung jawab, bersopan dan hormatkan pembaca dan peserta lain.

    ReplyDelete
  2. Saya tak pasti tak perlu ada parti lain untuk Tun. Terutama nya bila Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir semua dah tidak lagi ahli UMNO dan boleh mengkritik Najib dengan lantang sekarang.

    Jika di tubuhkan satu parti baru, bila Najib sudah di ganti dek UMNO atau dek PRU14 dan tidak lagi memimpin parti dan negara, parti baru tu boleh join UMNO. Dengan cara keseluruhan nya - semua ahli buat keputusan masuk UMNO dan bubarkan parti baru itu.

    ReplyDelete
  3. Parti baru memungkinkan kerajaan campuran terjadi malah ahli2 UMNO yg benci dedak akan ada alternatif utk memilih parti ke-3 selain BN/PH yg boleh diterajui oleh TSMY, DSSA dan DSPM. Tun M boleh bertindak menjadi strategist berkesan sebagai penasihat. Saya rasa survey boleh diadakan melalui cara yg sama seperti deklarasi rakyat (media internet) bentuk DNA seperti apa yg rakyat inginkan samada malay centric atau non-racial base seperti Parti Negara yg cuba ditubuhkan oleh Datuk Onn Jaafar dulu atau lebih bagus bersifat dinamik tanpa mengira agama dan kaum. Kepentingan Islam dan melayu masih boleh terpelihara jika majoriti ahli adalah org2 melayu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Bersatu atasi masalah negara:

    1. Ekonomoney: caranya ialah berjimat termasuklah meminta pembatalan terowong bawah laut.

    2. Rasuah: pastikan perasuah yang didakwa tidak dijulang sebagai adiwira.

    3. Teroris: berdiri teguh di belakang pihak keselamatan dan bukannya pot, pet macam murai cabut ekor.

    ReplyDelete
  5. Admin.
    Saya lagi geli nak undi umno. Lebih baik parti baru..convert perkasa drp ngo ke parti politik.

    Separuh umno kan join
    Separuh okr akan join
    Separuh pan akan join
    Separuh pas akan join

    Kita perlukan melayu but not umno sebagai pemerintah.

    Kita dah amanahkan umno menjalankan resposibility sebagai government tapi umno gagal..gagal sejak zaman pak lah..jahanam zaman najib..umno tak dpt di pulihkan walau umno tanpa najib..

    Umno dah benar2 corrrupted!

    #UBNEXIT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree.. Saya ahli umno yang bersedia utk keluar umno secara exodus. Too corrupted beyond repair, thanks to najebon

      Delete
    2. Agree.. Saya ahli umno yang bersedia utk keluar umno secara exodus. Too corrupted beyond repair, thanks to najebon

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...