Saturday, July 30, 2016

MOF1 SUDAH DIKENAL PASTI...

Bukanlah sukar untuk ditafsirkan siapa yang dimaksudkan dengan MOF1 kerana perkataan
itu bukan sekadar suka suka disebut oleh Peguam Negara US tetapi dikaitkan dengan beberapa butiran lain.

Tetapi apabila ada pihak pihak yang menafikan itu tidak merujuk kepada mereka,  tidak berkaitan dan sebagainya,  kita hanya mampu mengawal perut dari pecah untuk ketawa jenaka bangang tetsebut.
Setakat ini yang menafikan MOF1 merujuk kepada dirinya ialah ibrahim ali dan lim kit siang - satu penafian yang menghiburkan.

Adalah lebih baik kita tunggu pihak Peguam Negara US menyebutnya secara rasmi kelak untuk mengetahui siapakah si bangang tersebut yang kaki kencing sehingga habis semua rakyat,  ugama,  bangsa dan negara terpalit dengan najisnya.

Aktiviti haram seperti money laundering,  pemilikan harta secara tidak sah samada berlaku di malaysia atau di mana sahaja jika di ambil tindakan undang undang oleh pihak berkuasa negara tersebut bukanlah bermaksud campurtangan ke atas negara lain.

Pihak berkuasa hanya menguatkuasakan undang undang di negaranya sendiri ke atas orang yang disyaki dan dituduh.

Yang dituduh kena membela diri dan membuktikan dia tidak bersalah bukan sekadar menafi dengan air lior sahaja dengan wajah selamba lembu sakit.

Kita setuju dengan saranan Yang Amat Berhormat  PM supaya yang dituduh membersihkan diri mereka dan yang bersalah diambil tindakan.

Kita kena tabik kepada usaha Peguam Negara US tidak menyalahgunakan kuasa, sebaliknya menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan atas sesuatu perkara yang menjadi pertikaian umum seluruh dunia.


21 comments:

  1. Memang betul dg tindakan DOJ Amerika menyerahkan kes kepada mahkamah tapi persoalannya mengapa bila ada kes yg melibatkan Malaysia maka di hebat satu dunia. Mengapa bila ada kes yg melibatkan pemimpin2 dari negara sekutu nya dibuat secara diam2. Tolong jawab KD tanpa menyebelahi mana2 pihak dan tanpa berat sebelah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum soalan tu dijawab eh...pemimpin kat Malaysia ni PELIK2 perangainya. Contoh la ye berapa byk pemimpin DUNIA yg letak jawatan akibat pelbagai skandal ATAU rasa tanggungjawab?

      1) Presiden US (Richard Nixon) = skandal watergate
      2) PM Korea Selatan (Chung Hong-won) = 300 mati sbb kapal MV Sewol karam
      3) PM Korea Selatan (Lee Wan-koo) Skandal rasuah ciput RM 101,000++
      4) PM Jepun (Yasuo Fukuda) = Diri gagal jadi pemerintah yg bagus

      byk lagi kot...berderet2

      Malaysia???....skandal BILION2 USDpun buat dek (belah UMNO), skandal yg lagi satu tuu pun buat dek (belah pembangkang)

      DAH KECOH SATU DONIApun buat DEK....ada depa kisah?..itulah hebatnya pemimpin Malaysia, HATI KERING, MUKA MAU STEADY.

      Jadi kenapa US nak kecoh, heboh satu dunia???

      Sebab formal: Dah kapiaq, mmg kerjanya nak menjahanmkan & memburuk2kan negara Islam. pemimpin Islam bagi lorong nuuuuuu luruih, siap pgg lampu kalimantang lg biaq senang depa nak hancurkan negara Islam.

      Sebab lain: Depa PELIK sbb rakyat Malaysia & pemimpin2 Malaysia masih mengigau, dibuai mimpi tak sedar PERKARA GANJIL yg berlaku dpn mata(kalau ikut logik akalpun mmg nmpk tempangnya). Mungkin diorang pikiaq "aku yg kapiaq ni pun pelik tgk cara muslimin & muslimat Malaysia berpikiaq....luar kotak sungguh, baguih na depa syg sgt dgn pemimpin depa"...tu yg mulut, tgn depa gatai nak lapoq semua satu dunia, biar satu dunia tahu muslimin & muslimat Malaysia baguih mcm mana.

      Delete
    2. 1.Kes ni kes paling besar berlaku. Apa yg peliknya bila dorg buat press conference. Kalau niat dorg nak jatuhkan Malaysia sekalipun, kalau rakyat kita yg tak memberi ruang dan tidak melakukan apa2 kesalahan takda tergugatnya Malaysia ni. Ni rakyat sendiri yg songlap sana songlap sini, depa pulak yg kita marah.
      2.Sapa kata kena dekat org lain depa senyap, kes FIFA satu dunia heboh jg. Kes anuwar ibrahim, satu dunia heboh juga. Kes altantuya, satu dumia hrboh juga.

      Delete
  2. Sebenarnya sama aje...

    Korang yang tak sedar sebab terlwbih sensitive kat negara sendiri. Bagus lah tu tapi jangan menyalakan orang lain atas kelemahan sendiri.

    ReplyDelete
  3. Siapa MO1? Cerita pusing2 tapi tak tahu siapa. Kalau Najib baik dah dinamakan bersana 3 ekor tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana ye nak gambarkan MO1 ni. NAMPAK MACAM SAYA, TAPI BUKAN SAYA. faham tak?

      Delete
  4. 9.42
    jawapan senang je...sebab pengubahan wang haram tu melibatkan jumlah yang besar dan memindahkan wang melalui bank di US..sbb tu jadi kes besar kerana ia melibatkan nilai yang besar

    ReplyDelete
  5. Aku zarankan pd admin sempena cuti hujung minggu ni berehatlah seketika lebih baik kamu beriadah atau bawa anak bini kamu jalan2 nikmati kehidupan yg aman damai di Msia ini ok..Esok sambung artikel lagi.

    ReplyDelete
  6. Cik Anon July 31, 12:13:00 AM ooii, isu integriti tak terhad kepada penyalahgunaan wang sahaja. Federal Bank of Amerika pun salah jugak...mengapa tidak dipersoalkan terlebih dahulu bila ada inter country inter bank transfer of money yg banyak yg melibatkan bank di Amerika. Macam orang mempersoalkan bank negara di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus ingat" bargain power". Siapa yg meletakkan negara dalam bahaya utk campur tangan asing. Tun M ke atau Najib.
      # free Malaysia
      # Najib undur.

      Delete
  7. Amerika tu lebih kurang UMNO, bila sekutu dan kroni serta pemimpinnya buat maksiat, jenayah, penyamun, melanun - kaberap.

    Bila pemimpin pembangkang termasuk Tun Mahathir ada sedikit kekurangan heboh satu dunia, media seperti tv tiga suku akan main peranan.

    Tak perlu tengok Amerika, tengok diri sendiri dicermin...

    ReplyDelete
  8. Bila pihak berkuasa di dalam negara cuba melaksaNakan undang-undang, ada campurtangan dan salahguna kuasa.

    Now, buku bertemu ruas...

    ReplyDelete
  9. Tu jer komen jwpan ko kluangman..sebijik cam jwpan org jual ubat kt kaki lima bila kantoi..adoiiiii, wakaka kihkihkih...

    ReplyDelete
  10. Jawapan tipikal puak pmbgkang kt Malaysia bila keputusan mhkamah tak menyebelahi mereka...""ada campurtangan dan salah guna kuasa""...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kurang tido, asyik fikir politik. Ilusi pun menjelma dalam fikiran. Gi tido bro. Bicara pun belum lagi kat Amerika tu, kat Malaysia ni jgn harap lah. Dah dah dah. Gi tido.

      Delete
  11. Umno bagai sebuah engine rosak yang sudah tidak boleh dibaiki - muhyiddin yassin.
    Dirosakan oleh penyokong dan pendedak yang saraf otak sudah tidak boleh berfungsi.

    ReplyDelete
  12. Umno sudah tidak relevan banyak kes rasuah hingga tidak terkawal sama sekali..

    ReplyDelete
  13. Harap Salwah Abdat bentangkan secara jelas dg bukti2nya sekali jumlah kes2 rasuah yg dikatakan... hingga tidak terkawal.... tu. Jangan sedap bercakap je ye, orang bercakap awak pun nak bercakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab statistik kau jgn tanya cik salwah. Kau gi sendiri ke SPRM . Dia orang ada rekod . Entah² andaian kau tu betul bila SPRN nyata dan beri jawapan. TIADA APA YG BERLAKU, SEMUA OK JE.

      Delete
  14. 2.6B masuk dalam akaun peribadi sewajarnya mahkamah yang buat keputusan, tetapi kenapa individu. AG yang buat keputusan.

    DOJ mungkin kalah dalam perbicaraan kelak tetapi itu diputuskan oleh mahkamah.

    Yang takut sangat nak pijak tangga mahkamah persekutuan tu apahal. Kata n2h? Lagak pahlawan bugis...

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...