Monday, May 18, 2015

SAY NO TO DEBAT ....Jawapan Kepada Din Turtle dan Dato' Kadiaq..

Seperti yang  diketahui umum Najib telah jawab Mahathir akhirnya walaupun mengambil masa berbulan-bulan untuk menjawab dan ada yang diantaranya sudah menjadi basi. Sikap berhati-hati dan teliti Najib sangat dihargai.

Yang lebih menghiburkan tetapi intelektual, ada bahagian-bahagian utama yang patut diberi perhatian untuk jawapan telah sengaja ditinggalkan, mungkin untuk memberi lebih mistri dan suspen.

Tentang pembunuhan altantuya, kita merasa cukup lega Najib tidak terlibat lansung malah proses undang-undang manusia (mahkamah) telah tamat. 
Meminta untuk dikorek semula sangat tidak patut samalah seperti meminta hantu altantuya menghantui dan mengejar kembali pembunuh sebenarnya.
Sirul dan Azilah sudah tentu tidak tidur lena saban malam !!!!!

Walaupun selepas itu ada suara-suara sumbang memberitahu jawapan itu tidak menjawab apa-apa, tentulah memeningkan kepala tetapi yang penting jawapan telah diberi. 

Yang tidak dijawab boleh dirumuskan sebagai menanti laporan audit negara. 
Media utama harus mencanangkan Najib Sudah Jawab Mahathir... rata-rata rakyat boleh percaya. 
Apa lagi Mahathir mahu !!! kan sedap sikit slogan tu...


Isu isteri PM bagaimana (?) ... admin pun belum ada idea nak tulis apa, cuma sarankan DS Rosmah sendiri menjawabnya melalui siaran berita atau kenyataan media. Mendiamkan diri ketika dibalun kurang tepat.
Aktiviti DS Rosmah seperti melalui Permata sepatutnya lebih kerap mendapat liputan berita dan media utama. 
Tiba-tiba hilang dan menyepi tentunya mendatangkan masalah kepada makcik-makcik di kampong yang dahagakan sentuhan semangat, kasih sayang dan kata nasihat seorang Wanita Utama.

Dengan jawapan-jawapan yang cukup jelas, mudah dan tersusun, sudah tentu skrip copy paste ini banyak membantu dan mencakupi sebagai jawapan kepada rakyat dan sekaligus alasan terbaik dan masuk akal untuk menolak sebarang perbahasan umum. SAY NO TO DEBAT !!!

Seperti yang diperkatakan di dalam jawapan tersebut , masalah serta urusan rakyat dan negara lebih cepat diselesaikan jika semua itu dirunding dan dimesyuaratkan dalam sebuah pesawat mewah. 
Masalah banjir, jalan berlubang, kemiskinan tegar dan jenayah akan dapat hayati, dilihat dan di atasi jika mesuarat dapat dijalankan di tempat yang lebih eksklusif dan nyaman.

Mana-mana pemimpin kerdil dan tempatan jika selepas ini dijemput untuk bersama Najib di pesawat mewah tentunya berbesar hati dan terhutang budi, jangan lupa berselfi. Tunjukan dan kongsi kepada rakyat di PRU akan datang.

Selain jawapan tersebut, rakyat perlu dihidangkan dengan segala bentuk penyelewengan, salah laku, keburukan, kelemahan, kuku besi dan segala mangkuk hayun yang telah dilakukan oleh mantan-mantan pemimpin untuk mereka membandingkan betapa untungnya memiliki kerajaan sekarang yang bertungkus lumus untuk majukan negara atas kepentingan rakyat.

Segala kebaikan yang ada sekarang termasuk kemudahan internet ini bukanlah dibina dan dihasilkan oleh mantan, semua pembagunan Malaysia termasuk Putrajaya yang menjadi rebutan dan tidak mahu dilepaskan dan segala kemajuan sedang kita nikmati ini terjadi dengan sendiri.

Kerajaan sekarang jauh lebih hebat dan maju, cuma hasilnya bukan sekarang, semuanya kena tunggu dan semata-mata percaya. Bukankah itu lebih mudah untuk rakyat dan pemimpin.



59 comments:

  1. KD . Re: 2nd last para..sedih je. .sabo sabo KD..jangan cepat kuchiwa dan hilang semangat..apa pun jauhi makan belachan seperti di dalam kajian Pentas Sunday...anda akan lebih cheria tanpa Belachan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai Najib macam Najib jugalah, lain yang ditanya, lain yang dijawab, jenis bodohlah katakan, jenis Abu Jahal, jenis geng Juhala, beginilah jadinya.

      Delete
    2. Apa yg lain nya bang cuba citer?

      Isu 42 billion hilanh najib dah jelaskan itu penipuan Tun M la

      Delete
    3. Bila masa Tun Dr. Mahathir kata semua wang 1MDB pinjam itu hilang? Kerana yang disoalkan oleh Tun Dr. Mahathir, adalah 1MDB pinjam RM 42 bilion, lepas tu, sekurang-kuranya RM 14 bilion dan mungkin lebih dari itu dah hilang dan tak dapat dijelaskan oleh Najib, sekarang ni Najib yagn menipu sebenarnya. Sekarang ni kononnya dah suruh Audit Negara buat semakan, pasal apa baru sekarang? Sebabnya nak bakar dulu dokumen penyelewengan, nak bail out guna wang GLC segala hutang 1MDB supaya nampak macam 1MDB itu tak bermasalah, memang jahat betul puak-puak ni, sanggup melingkupkan negara kerana syok sendiri.

      Delete
    4. Laporan Audit berlalu dgn masa menunggu sekurang2nya setahun.... sempatlah korek duit GST untuk langsaikan hutang 1mdb serta membetulkan mana2 dokumen yg salah... kalau masih ada saki baki yang nampak nak makan diri, dilancarkan pulak audit oleh PAC... makan masa pulak setahun, sempatlah bersihkan yang mana kurang dgn belanja wang GST yang dikutip setahun lagi.... bijak.. bijak!!!!

      Delete
    5. Dokumen yang salah dan menyeleweng itu akan dibakar, untuk menghilangkan bukti.

      Delete
    6. Ni pula adalah pengakuan Pandikar Amin sendiri yang menyatakan memang dia dah hantar surat letak jawatan kepada Najib, macai-macai Najib nak membohong dan menghina Tun Dr. Mahathir kononnya Tun Mahathir adalah penipu, lihat laman web BNBBC yang diketuai oleh Shahrir Samad ni sendiri yang membuat artikel ini.

      Lihat ini: http://www.bnbbc.my/?p=47415

      Apa yang diterangkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam temubual di Ipoh itu adalah perkara benar, kalau Pandikar dah tarik balik surat letak jawatannya, patutnya dia beritahulah kepada Tun Dr. Mahathir, ini tidak, dia ainaya Tun Dr. Mahathir, dia yang jumpa Tun Dr. Mahathir lepas tu kata dah hantar surat letak jawatan, kemudian dia tak mengaku, bila kena hentam dengan orang ramai barulah nak mengaku.

      Pandikar patut letak jawatan kerana menipu orang ramai, Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dijawat oleh seorang penipu yang menjadi tukang jilat kaki Najib.

      Kepada Abu Jahal - Abu Jahal Tukang Jawab Najib terutama Ted Manoff, kau bacalah puas-puas, semoga kau jadi celik hati sikit.

      Delete
  2. KD..entry kali ni cukup sarkastik, cai najib takkan puas hati selagi tak ditulis..rosmah adalah 'rahmat' utk.rakyat 'Malaysia dan mengkritik najib adalah 'dosa' tak terampun..

    ReplyDelete
  3. Mula2 aku nak hentam keluang..last sekali baru paham..hihi..

    ReplyDelete
  4. Ted Poyology Manoff - pembina tamadun (sendiri declare)

    Apapun jauhilah penganalisa tahap cipan berbau ikan..bak kata pepatah org cina, ikan yg busuk bermula dr kepala...tak gitu tedddd...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon..cher chuba pikir terbuka sikit! Aku dah cabar hang beri justifikasi bagaimana belachan yg busuk dihurong lalat dan langau hijau boleh jadi wangi dan berzat? Yang Ini hang tak terjawab2 sampai la ni.. .yang Hang sebut hanya poyo lah , tahap chipan la.. .lain tak de..takkan lah tahap tu je keistimewaan hang..lagi satu jangan bersekongkol dgn kabedah yang wirid nya hanya Lahanat, pukimak dan jentik teloq

      Delete
    2. Tun Dr. Mahathir tanya di manakah wang USD 1.103 bilion itu sebenarnya, sebab Najib kata dalam sidang parlimen, bahawa USD 1.103 bilion itu adalah BSI Singapore Limited, tetapi hakikatnya bukannya wang tunai USD 1.103 bilion yang disimpan dalam BSI Singapore Limited, tapi kertas buruk 'paper asset' yang disimpan di bank itu. Jadi di manakah wang itu disimpan sebenarnya soal Tun Dr. Mahathir, jawapan Najib adalah dia dah arahkan Audit Negara untuk semak, apa punya jawapan ni?

      Patutnya Najib perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberi keterangan palsu mengenai USD 1.103 bilion itu.

      Delete
    3. Ted Poyology Manoff - pembina tamadun (sendiri declare)

      Analisa (pak tiri laki mak hang) maner yg ko pakai mengatakan rakyat bodoh sbb.makan belacan, rakyat berbau busuk macam belacan, beli belacan dgn cina...ko da menuduh..maner buktinyer..sembang kemain kencang...bila ko dok sibuk mengandai andai kan org lain..lebih baik jer ko jaga ikan ko..ader paham!!

      Delete
  5. Tak payah buat cerita sindiran untuk memuaskan hati yang terluka.

    Kesiaaaaaaaaaaan!

    Kes terbaru Pendikar Sabah melawan Mahadey cukup jelas untuk semua.

    Mahadey dah nyanyok!

    Tak percaya orang tua boleh nyanyok? Pi cuba cari orang tua berumur 90 tahun dan bagi test sikit. Buat cerita yang dia suka dengar, lepas tu tengok dia syiok sendiri dengan cerita. Membebal lah dia setiap ari sahingga ditokok tambah dengan pengalaman beliau sendiri zaman dahulu.

    Kesiaaaaaaan. Sungguh Kesiaaaaaan. Bila dah tua, realitinya memang akan nyanyok kerana fius kat otak dah terbakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang ni mesti mai dari keluarga dan keturunan yang dah biasa dengan benda benda keji dan lucah fikiran sori la tapi nampak cara fikir memang keturunan macam ini .

      Delete
    2. Pandikar Amin sendiri yang datang jumpa Tun Dr. Mahathir, mesti ada yang serius, takkan saja-saja mau jumpa.

      Pandikar Amin telah merendahkan martabat dirinya lebih rendah dari pelacur di lorong gelap kerana sanggup menipu sedemikian rupa.

      Sila Pandikar Amin terangkan dengan terperinci apakah yang dibincangkan dengan Tun Dr. Mahathir, takkan setakat parlimen bincang isu remeh pun dia sampai nak letak jawatan, ini tentu ada motif lain, tapi bila dah kena 'beli' dengan Najib terus buat U-Turn, biasalah, kalau maruah boleh dijual beli secara timbang kilo, beginilah jadinya.

      Delete
    3. Ni lah juga cara orang nyanyok yang semakin ramai berfikir. Pandikar pergi jumpa Mahadey, jadi mesti salah Pandikar pulak.

      Tak terfikir ke, Mahadey guna talipon atau whatsapp panggil Pandikar , mai jumpa sekejap?

      Mesti lah Pandikar pi jumpa Mahadey kerana hormat orang tua. Tak kan Pandikar duduk kat rumah tunggu Mahadey kunjung?

      Biol betul komen macam ni.

      Delete
    4. Tu dia jawapan Abu Jahal Monday, May 18, 2015 8:59:00 PM, kau ada bukti ke Tun Dr. Mahathir telefon Pandikar Amin suruh datang jumpa Tun Dr. Mahathir?

      Pandikar Amin sendiri mengaku dia pergi jumpa Tun Dr. Mahathir, lepas tu dia katakan dia kecewa dengan beberapa isu, tapi yang peliknya itu dia kata dia kecewa dengan perbincangan di parlimen yang melibatkan perkara remeh temeh, sangat meragukan, takkan itu pun nak jadi isu, patutnya dia jumpa Najib, tapi pasal apa dia jumpa Tun Dr. Mahathir, sekarang ni Tun Dr. Mahathir bukannya ada kuasa sebagai Perdana Menteri, jadi pasal apa dia jumpa Tun Dr. Mahathir pula?

      Tapi biasalah jawapan sarkas Abu Jahal Tukang Jawab Najib memang lebih rendah tarafnya dari taik dalam lubang jamban.

      Delete
    5. Pandikar kata jumpa Tun bincang perihal krisis negara. Yang keluar cerita lain semua daripada mulut basin Mahadey.

      Serupa pi jumpa orang nyanyok lah macam tu.

      Delete
    6. Perihal krisis negara jadahnya apa? Perbincangan hal remeh temeh di parlimen tu krisis negara ke? Patutnya isu krisis negara, bincanglah dengan Najib, yang pergi bincang dengan Tun Dr. Mahathir buat apa? Sebabnya Tun Dr. Mahathir bukannya ada kuasa sebagai Perdana Menteri pun, jadi pasal apa jumpa dengan Tun Dr. Mahathir pula?

      Tun Dr. Mahathir konsisten dengan jawapannya, bukannya macam Najib, menipu dalam sidang parlimen, kata USD 1.103 bilion dah ditebus dari pelaburan 1MDB di Cayman Island, lepas tu wang itu disimpan di BSI Singapore Limited, sedangkan hakikatnya bukannya wang tunai USD 1.103 bilion yang disimpan dalam BSI Singapore Limited, tapi kertas buruk 'paper asset' yang disimpan di bank itu. Jadi di manakah wang itu disimpan sebenarnya soal Tun Dr. Mahathir, jawapan Najib adalah dia dah arahkan Audit Negara untuk semak, apa punya jawapan ni?

      Patutnya Najib perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberi keterangan palsu mengenai USD 1.103 bilion itu.

      Biasalah jawapan sarkars para Abu Jahal Tukang Jawab Najib, semuanya melalut ke longkang, lepas tu hanyut ke laut, lepas tu tak tahulah melingkup ke mana, berterabur semuanya.

      Delete
    7. Sekarang ni imej Pandikar Amin Mulia dah lingkup, kerana buat U-Turn tak tentu hala, mula-mula berlagak macam pendekar, lepas tu jadi pecacai tukang jilat kaki Najib pula.

      Untuk menjernihkan keadaan, patutnya Pandikar Amin Mulia perincikan apa yang dibincangkan dengan Tun Dr. Mahathir dalam perjumpaan itu, dan sila beritahu apakah benar sebagaimana tohmahan oleh para Abu Jahal Tukang Jawab Najib yang membuat andaian mengatakan Tun Dr. Mahathir yang menelefon dan menyuruh Pandikar Amin datang jumpa Tun Dr. Mahathir.

      Jika Tun Dr. Mahathir yang salah, maka salahlah Tun Dr. Mahathir. Tetapi jika Pandikar Amin Mulia yang menipu, maka dia tak layak jadi Speaker dan perlu letak jawatan, speaker apa yang sanggup menipu kerana nak dapatkan peruntukkan ubahsuai pejabat sendiri sampai sanggup putar belit menipu masyarakat pula.

      Delete
    8. Ni pula adalah pengakuan Pandikar Amin sendiri yang menyatakan memang dia dah hantar surat letak jawatan kepada Najib, macai-macai Najib nak membohong dan menghina Tun Dr. Mahathir kononnya Tun Mahathir adalah penipu, lihat laman web BNBBC yang diketuai oleh Shahrir Samad ni sendiri yang membuat artikel ini.

      Lihat ini: http://www.bnbbc.my/?p=47415

      Apa yang diterangkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam temubual di Ipoh itu adalah perkara benar, kalau Pandikar dah tarik balik surat letak jawatannya, patutnya dia beritahulah kepada Tun Dr. Mahathir, ini tidak, dia ainaya Tun Dr. Mahathir, dia yang jumpa Tun Dr. Mahathir lepas tu kata dah hantar surat letak jawatan, kemudian dia tak mengaku, bila kena hentam dengan orang ramai barulah nak mengaku.

      Pandikar patut letak jawatan kerana menipu orang ramai, Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dijawat oleh seorang penipu yang menjadi tukang jilat kaki Najib.

      Kepada Abu Jahal - Abu Jahal Tukang Jawab Najib terutama Ted Manoff, kau bacalah puas-puas, semoga kau jadi celik hati sikit.

      Delete
  6. Aku kiaskan umpama siswi warga Indonesia yang TERUJA berselfie di puncak Merapi... akhir nya ?

    MbahMjan yang bertradisi menjaga mitos gunung tersebut, juga menemui ajal nya.

    Maka pepatah Melayu amat tepat. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Maka hutang berbilion bergentayangan, yang di letuskan umpama lava mengalir keluar mungkin juga membakar segala hidupan di lalui nya !

    Jika tidak Permatang Pauh dan Rompin sudah tentu SUNGGUH luar biasa kejayaan nya ! Namun ?

    Bukan pengundi tidak memilih. Kemelut Umno sekarang yang menjadikan kepercayaan semakin terhakis ! Jika di semai benih kebencian dengan perilaku GODzilla, selain gugur lah keimanan konon menjadi Khalifah di bumi ini... bukan budak-budak lagi...

    ReplyDelete
  7. He he semakin layu semakin longlai..kesian2 nampaknya harapan untuk melihat Najib jatuh semakin tersasar.ted manof apa lagi kasi bakoo!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro. .bako jangan..nanti musnah terus..game over..tak syiok lah. .sewajarnya elok di Diang kan tepi bara api bagi kechut..

      Delete
    2. Najib tak akan turun dengan mudah, dia hanya akan diturunkan bila Barisan Nasional kalah dalam PRU 14, masa itu barulah Najib dan Ted Manoff akan sangat suka hati! Perangai macam barua!

      Delete
    3. Patutnya Najib perlu dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberi keterangan palsu mengenai USD 1.103 bilion itu... mana pegi Rafizi, Mahpos dlll??? tak nak tambah garam sikit ke?

      Delete
  8. Najib berbulan2 nak jawab soalan...tu pun tak jawab soalan....lol
    Apasal lak kena tunggu lapuran audit negara???
    1MDB tak pernah ada board meeting kah? PM sendiri tak tau urusan dalaman 1MDB tu...teruk tu melibat kan bepuluh ratus bilion duit kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila diminta pihak Audit sebagai pemutus kata maka meroyan la geng Tun.

      Bagi mereka sembang kedai kopi terbaik..

      Mula2 hilang 42 billion lpeas tu kornar baring 25 billion.Itu hari kata speaker letak jawatan lepas tu kornar baring sekali lagi bgtahu kat tangan ada 30 ahli parlimen akan letak jawatan
      payahla kalau banyak kornar baring...

      Delete
    2. Konar ke tak konar ke mana duitnya?

      Hang tu yg bebal x bca keseluruhan pertanyaan tun.

      Soalan nya encik mangkuk ialah kemana duit tu pergi? Bagi bukti jelas bkn tkt "tu...trx ngan bdr msia"...da plak sibangang kangkung ni bila rakyat tanya x mau jawab...dgn ahli umni bangang dia blg jwb trx ngan bdr msia...apa ni??? Yg ahli dungu umno pun trima alasan bodoh si kangkung ni tanpa soal jawab lgi...tu psl ler org meluat ngan umno

      Pastu sebok kata zaman najib lebih telus lebih bebas memilih....nenek korang!!! Klu telus x ler wat keje diam2 tanpa prstujuan kabinet/parlimen. Klu bebas x le org umno kena cucuk idung. Time tun siap kna cabar lgi dan umno dbawa ke mhkmah lgi

      Delete
    3. siapa mangkuk bertingkat?

      Tun M kata duit hilang 42 billion bukan aku kata la ni dikatakan ketinggalan keretapi..lepas itu Tun M kornar baring kata pulak 25 billion..Apa nak buat semua dah tahu cerita tipu ini.....

      Delete
    4. Bila masa Tun Dr. Mahathir kata hilang RM 42 bilion? Dia kata sekurang-kurangnya RM 14 bilion, dan mungkin lebih lagi wang yang telah hilang dan tak dapat dikesan ke manakah wang itu. Biasalah, mesti Abu Jahal Monday, May 18, 2015 8:23:00 PM pergi tanya Shahrir Samad, Salleh Keruak dengan Zamil KITA, sebab tu beri komen bongok sebegini rupa.

      Delete
  9. buat renungan bersama.
    tahun awal 1980an, dr mahathir yang ketika itu perdana menteri sedang berkrisis hebat dengan raja2 melayu. tahun 1986, musa hitam selaku tpm meletak jawatan. untuk meletakkan diri sebagai pihak yang benar dan pihak opponen sebagai pihak yang salah, dr mahathir mengkaji peranan goebbels, menteri propaganda nazi. rupa-rupanya propaganda amat penting dalam berpolitik. salah benar bukan utama, propaganda adalah paksi utama. kini, tun mahathir sedang buat road tour untuk menyebarkan propaganda agar dirinya dan suaranya mendapat sokongan. kini rakyat sedang membuat perhitungan samada terus mempercayai propaganda atau membuka fikiran mengkaji dakwaan kesalahan dan kelemahan najib sambil diiringi dengan kesabaran. jika benar najib silap, maka propaganda tun mahathir adalah kebenaran, namun jika tun silap, maka propaganda tun adalah propaganda gagal oleh tun dihujung hayatnya.

    *propaganda adalah medium mempengaruhi rakyat agar mempercayai, bukan mengkaji salah atau benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam isu krisis perlembagaan melibatkan raja-raja Melayu, bukanlah Tun Dr. Mahathir nak hapuskan kuasa raja-raja Melayu, cuma untuk keadilan semua pihak. Susahlah kalau Abu Jahal Monday, May 18, 2015 7:08:00 PM, mendapatkan maklumat dari Shahrir Samad, Salleh Keruak, dan Zamil KITA lepas tu komen di sini, kerana jawapan yang lebih hina dari taik dalam lubang jamban sebegini, dalam loji kumbahan najis pun dia tak layak.

      Delete
    2. Kebanyakan pemimpin liberal team B tidak berjiwa Melayu sebab mereka melebihkan bangsa lain. Musa Hitam, Sharir Samad, Dollah Badawi lebih rela berbini bukan berasal Muslimah. Sheikh Ahmad Deedat pernah menganjurkan orang begini tak layak jadi pemimpin Islam. Negara yg diperintahkannya pasti bermasalah seperti Anwar Sadat, Raja Husein & Suharto.

      Delete
  10. Adalah wawasan 2020 sesuatu yg perlu juga ditunggu Dan juga dipercayai? Itulah kelebihan seseorang pemimpin... Mempunyai wawasan. Kalau Tun berwawasan...salahkah apa yg Najib percaya apa yg dia ingin lakukan? Tiada bezanya. Bezanya sekarang Najib tak menutup sepenuhnya wawasan Tun, mama memacu kearah wawasan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wawasan tun disertakan dgn bukti2 pembangunan bukan ckp jer

      Wawasan najib ckp ari ni lain esok lain. Nak tlg bumi konon padahal bla mskkan gst org melayulah paling byk seksa. Menipu terang2 manjang...arini kata kadar pengangguran 0, esok org dia plak kata lbh kurang 400ribu x keje. Dlm parlimen pun siap blh dgn senang hatinya menipu psl duit di spore

      Tu le org kata pengikut najib najib ni bangsat sebangsatnya...kata tun nipu dan ktuk dia, nape tak kutuk najib gak yg jelas nipu gak. Sebok kta nak adil....dah tau nipu msh nak sipenipu memerintah...alamat kena tipu ler manjang...

      Delete
    2. Wawasan 2020 bukannya setakat KDNK USD 15,000 sahaja, kalau macam tu, Brunei, Arab Saudi, Kuwait dah lama jadi negara maju kerana KDNK mereka lebih USD 20,000.

      Biasalah geng-geng Najib ni jenis Juhala, pemikiran Abu Jahal, jahiliyah, sebab itu komen merapu macam Abu Jahal Monday, May 18, 2015 7:08:00 PM.

      Delete
  11. Najib suka main golf, hari2 najib main golf.kesimpulanya? Najib ckp Debat bukan budaya kita! Tu budaya org putih mcm ted manoff lahanat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini fitnah baru..najib hari2 main golf..cuma bagi kat tun M idea ni cantiiik sungguh

      Delete
    2. Anak kedah baru bersunat,
      Kain dibeli bersama chuka,
      Takat Bedah punya lahanat,
      Tak jadi kudis tak jadi luka

      Jawab bedah jawab...he he he

      Delete
    3. Ni pula adalah pengakuan Pandikar Amin sendiri yang menyatakan memang dia dah hantar surat letak jawatan kepada Najib, macai-macai Najib nak membohong dan menghina Tun Dr. Mahathir kononnya Tun Mahathir adalah penipu, lihat laman web BNBBC yang diketuai oleh Shahrir Samad ni sendiri yang membuat artikel ini.

      Lihat ini: http://www.bnbbc.my/?p=47415

      Apa yang diterangkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam temubual di Ipoh itu adalah perkara benar, kalau Pandikar dah tarik balik surat letak jawatannya, patutnya dia beritahulah kepada Tun Dr. Mahathir, ini tidak, dia ainaya Tun Dr. Mahathir, dia yang jumpa Tun Dr. Mahathir lepas tu kata dah hantar surat letak jawatan, kemudian dia tak mengaku, bila kena hentam dengan orang ramai barulah nak mengaku.

      Pandikar patut letak jawatan kerana menipu orang ramai, Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dijawat oleh seorang penipu yang menjadi tukang jilat kaki Najib.

      Kepada Abu Jahal - Abu Jahal Tukang Jawab Najib terutama Ted Manoff, kau bacalah puas-puas, semoga kau jadi celik hati sikit.

      Lepas tu minta ulas dengan hati yang murni, kalau hati yang bergelumang dengan tahi, tentu kau akan meracau macam beruk mat yeh menggelupur sebab pisang dicuri oleh kera luku.

      Ada berani Ted Manoff? Sila sahut cabaran ini.

      Delete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen ni tak ada makian pun, tak merbahaya pun, tak kutuk madey teruk-teruk pun tapi tahap sekolahnya macam tak bersekolah, dia tulis pakai otak di buku lali, sampah - terpaksalah disapu buang.

      Bahasa aku di atas dah molek, dah perhalus... apahal dok marah lagi, awat rasa pedas ka....siann laaa.

      Delete
    2. KD dalam debat terbuka jangan takut la..he he

      Takda kutuk Tun M kan?
      Takda makian kan?

      kalau tahap sekolah apa nak ditakutkan lepaskan sbg bukti geng pro najib jenis sekolah tahap tadika kemas je?

      KD KD dah kalah katakan kalah apa nak malu?
      baru je kena serang bukan lama pun tk sampai sebulan tapi sudah pening?
      Macam mana nak lawan PAKATAN kalau ditakdirkan geng Tun M pimpin UMNO?
      Comfirm lingkup la UMNO camni..Hati pondan bkn hati kering...jangan marah ya nanti kena jual..
      .

      Delete
    3. Najib dah jawab...yang patut bising puak sokong Mahathir.
      Tapi apasal cai Najib dok meroyan lagi...sendiri rasa tak cukup dan lengkap ke jawapan Najib (?) Tak konfiden ke dengan jawapan Najib (?) Masih rasa goyang ke dengan saolan orang tua nyanyok (?).... Kalau dah lengkap apa lagi nak bantu dan tambah jawab...diam je lah.

      Kata puak Mahathir dan kalah, dah slow... cai Najib dah menang, takkan menang pun malu nak mengaku...

      Delete
  13. Aku suka KD dan kawanya ..Kalau dahulu akulah pejuang kerajaan memastikan kerajaan telus dan tiada rasuah.

    1MDB diulas dengan detail sehingga seram sejuk dibuatnya..sekarang amacm?

    Aii yaa kawan dah jadi macai PKR la..kalau tak tibai rosmah taksah...

    KD.... KD itu hari kata komen tahap sampah..KD jangan lupa baca komen2 di malaysiakini bawa la kat blog kau..Baguih punya cerita..

    Kepada semua geng2 Tun serang peribadi terus menerus gantikan macai PKR

    Aku doakan KD terus serang rosmah paling lama 1 tahun..Selepas itu serang anak Najib cuma tunggu sat je bila rafizi serang korang sambut tau? lepas itu ibu najib cuma ni tunggu signal Mahfuz ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit 42b bukan peribadi, nipu rakyat terang2 bkn peribadi, blanja mewah bli jet bkn peribadi

      Delete
    2. 1. 42 billiom 1MDB punya duit la ..kau ingat 1MDB anak Tun M punya syarikat ya...kau salah faham zaman krisis Tun M bailout company anaknya bkn GLC la..petronas bukan bailout la tapi duit petronas digunakan utk tolong anak Tun M billion ringgit tau.

      2.Nak menipu rakyat amenda..NKRA dan GTP itu repord card berdasarkan fakta la bkn tipu la..Semua fakta2 yg dibentangkan bukan sembang kedai kopi.

      3.Beli jet itu pasal ganti jet lama...Biasalah kos meningkat .bukan isu cuma Tun tak sekarang dah tak tahu nak koprnar baring isu 1MDB maka isu jet bla pulak..Lepas ni aku dapat maklumat isu ibu Najib pulak .Kita tunggu je la.

      Delete
    3. Kau ada bukti ke Tun M bailout anaknya? Lepas tu, dana filem Wolf of Wall Street yang dibuat oleh Riza Aziz anak tiri Najib yang mana filem itu menelan kos beratus juta ringgit tu, datang dari mana dananya? Harta pusaka Tun Razak yang mana yang dah dijual atau digadai oleh Najib untuk beri duit pada anak tirinya itu buat filem?

      NKRA dan GTP itu fakta, bukan fakta, tapi Fuck You, bodoh punya GTP dan NKRA, menipu, lain yang berlaku, tapi lain pula yang diumum. Kononnya rakyat gembira, kepala butoh sahajalah, semua golongan rakyat selain pengampu Najib memang stress dengan keadaan sekarang, terutama yang berpendapatan rendah, kos sara hidup makin meningkat, Najib kata beri BRIM, RM 950 setahun, sebulan boleh belanja RM 80 Najib kata, tapi kalau tinggal di bandar, gaji RM 1,500.00, anak sekolah 3 orang, sewa rumah kurang-kurang RM 700 - RM 800, harga petrol yang meningkat, lepas tu tambang anak naik bas sekolah pun naik, harga barangan pun naik, nak hidup macam mana kalau macam ni? Najib lainlah semua ditaja oleh kerajaan, pengampu Najib pula dibela oleh Najib, dibayar bulan-bulan, beribu-ribu ringgit.

      Delete
    4. Ok duit 1mdb, dtg dr mana? Sape guarantor? Bank mana yg blh bg 42ribu kali ganda utang dr capital 1mdb yg cuma 1juta tu klu xde sape gerenti.dan yg gerenti tu mesti yg plg tinggi. Dlm hal ni gomen. Klu 1mdb x byr sape yg susah? Najib sorang ke? Skrg ni 1mdb xde mslh ke bayar utang? Byr tpat pd masanya ke? Ada duit ke nak bayar utang? Knp plak kangkung blh nipu parlimen kta ada duit kat spore pastu takdak? Nape kangkung perlu tipu bg pihak lain? Klu dr dlu dia kta dia x campur hal 1mdb ni nape skrg sebuk2 campur?

      Psl bailout anak tun tu, hang tolong jelaskan 1 persatu bersama dgn buktinya skali supaya kmi blh bwa kpd pihak yg berkenaan. Klu ckp mulut jer baik senyap!!! Bukan hang sorang jer yg dok sebuk kata psl ni tapi FAKTANYA sampai ari ni sekor pun x dpt wat ape2 kpd tun. Time tun jdi pm oklah nak klu nak kta tun berkuasa blh cover. Dah lebih 10 tahun ni dia masih pm ke? Knp masih x blh kenakan tun? Tun bermasalahbke hangpa smua yg bermasalah....org gagal akan cuba dan cuba tpi klu tiap tahun gagal sampai da berpuluh tahun masih gagal gak maknanya apa yg di buat tu ada la yg x kena

      Skrg fakta pun da kuar negara berutang sampai dkt rm600bil lbh kurang usd180billion...sape yg nak kna byr utang ni? Greece dlu brp utang dorang smpai jdi bangkrap? Apa pendptan ngara utk byr utang ni dan spai bla? Mana nak dpt duit byr utang ni klu bkn dr rakyat juga sebahagiannya? Ariu si kangkung jawab "pengangguran negara adalah sifat" nape plak org dia sendiri kata sebaliknya? 400ribu xdak keje? Fakta yg dia bg kat parlimen yg duit ada kat spore pastu spore kta takda...camne nak percaya pada fakta datang dr si PEMBOHONG?

      Jet ada brp buah? 1 jet tinggi maintenance pakai la jet yg lain sementara tunggu ekonomi baik. Dlm tv kangkung kata pendapatan negara berkurang kerana petronas kurang perolehan. Katanya lgi tu pasal adakan gst. Ok ler paham...maknanya pendapatan negara utk pembangunan smua da kurang jdi gst blh bantu....da tau, da sebut terang2 dlm tv knp pulak g beli jet skrg? Smua org tau bla xdee duit mesti lbh hati2 blanja bukan ikut sdap ati blanja....bukan soal beli jet tapi soal bila jet tu dibeli...

      Delete
    5. AnonymousMonday, May 18, 2015 8:45:00 PM, nanti jawapan skima dari para Abu Jahal Tukang Jawab Najib adalah, nanti kena tunggut pihak audit buat siasatan dahulu, dah jadi isu sampai berbulan-bulan baru terhegeh-hegeh nak buat siasatan, sebab nak tipu apa yang patut seperti nak bakar dokumen, nak gunakan GLC untuk bail out hutang 1MDB dan macam-macam lagi untuk menipu rakyat. Tapi makin mereka nak menipu, makin terbongkar satu persatu kejahatan mereka itu, sekarang ini isu nak gadaikan telaga petroleum dan gas asli di Terengganu oleh 1MDB semasa Datuk Seri Ahmad Said jadi MB Terengganu, sebab Datuk Seri Ahmad Said tak mau ikut kegilaan Najib itu, maka dia dipecat dari jawatan MB.

      Harapnya pihak PAC dan Audit Negara juga dapatkan keterangan dari Datuk Seri Ahmad Said untuk jawapan yang telus, itu pun jika Audit Negara ini boleh diharaplah.

      Delete
  14. “Kita nak jaga parti… parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan UMNO, sayangkan UMNO. Kalau kita ada masalah kita betulkan, kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan,” katanya.
    Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.
    “Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah nasihat pun tak mau dengar, maka paling elok terajang sahajalah, bagi penendang ke muka Najib tu untuk dia sedar diri, berpecah belah konon, yang menyebabkan berpecah belah adalah Najib yang menjahanamkan parti dan negara, Tun M beri nasihat Najib masih teruskan dengan perangai haram jadah dia itu, itu nak disokong, nak sokong sampai Barisan Nasional hancur lebur, Najib tak apalah, apartment yang beratus juta ringgit di Amerika dah ada, ada jet baru boleh lari ke sana, kita di sini terkontang kanting dengan macam-macam masalah, sebab Pakatan Rakyat tu macam puak-puak di Afghanistan sahajalah, bertelagah sepanjang masa walaupun dah dapat kuasa, akhirnya rakyat yang merana.

      Delete
  15. Naijib jd pm plg diingati mana p pun selfie.antara tugas pm yg tak dpt dibuat oleh pm seblumnye.kira hebat laa dia ted kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selfie bukan satu isu ..
      bagi kepada Tun M kalau rasa ia adalah isu bagus juga idea ni...
      Main facebook macam mana satu isu juga ke?

      Delete
    2. Isu USD 1.103 bilion yang kononnya disimpan di BSI Singapore Limited apa cerita? Najib berbohong dalam sidang parlimen mengatakan USD 1.103 bilion itu disimpan di BSI Singapore Limited, sedangkan hakikatnya tak ada pun wang itu disimpan di bank berkenaan.

      Patutnya Najib dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen kerana memberikan keterangan palsu semasa sidang parlimen.

      Delete
  16. Di era Najib..Kedah ditawan semula dari tangan PAS...siapa yang memimpin dan siapa yang jadi faktor kemenangan sehingga Najib terpaksa mengistiharkan Mukhriz akan jadi MB Kedah kalau BN menang.

    Satu perkara yang pelik dan terdesak, belum menang dah umum..perkenan Sultan bagaimana? Sultan Kedah letak di mana pada masa pengistiharan tersebut. Boleh buat ke kerja bodoh itu kalau di Johor (?)

    Di Selangor, tewas merudum, pada masa itu siapa Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor.. pa wau nun dal ya kap...bila dah kalah, serah pada orng lain lepas tu kutuk orang tu tak reti buat kerja..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...