Kemunculan Datuk Yusof di barisan hadapan kes pembelaan Anwar dalam pertuduhan BERSIH 3.0 banyak menimbulkan persepsi dan spekulasi. Mungkin satu kebetulan yang terancang kerana Datuk Yusof memang sudah berada di luar kerajaan dan apabila ia ditawarkan oleh Anwar tentunya ada suatu pakej yang menarik untuk Datuk Yusof tidak dapat menolaknya.
Adalah lebih baik penglibatan Datuk Yusof dengan Anwar didedahkan secara terbuka kerana dia bukan sahaja diperlukan untuk kes ini tetapi akan diperlukan untuk kes2 yang akan datang termasuklah dakwaan Anwar tentang ramai lagi dari team AG ang akan menyertainya, tentunya ia sebahagian peranan yang akan dimainkan oleh Datuk Yusof.
Untuk menyatakan Datuk Yusof sebagai 'penyebab' Anwar bebas dari hukuman mahkamah atas pertuduhan liwat 2 rasanya agak keterlaluan dan sekaligus dakwaan itu menolak kebijaksanaan Mahkamah dan Karpal. Dari segi matlamat pun adalah lebih mudah mengendalikan Anwar jika dia bebas dibandingkan kalau dia 'didalam'.
Dalam keadaan terdesak, Anwar memang menggunakan kekuatan psikologi untuk sekurang-kurangnya menang sementara. Ketika UMNO mengumpul sebegitu banyak kawan2 karibnya yang kini berada di TIBAI Anwar perlu mempunyai koleksi baru yang menyokongnya untuk dilihatkan masih relevan sekurang-kurangnya itu adalah penting untuk moral penyokong2nya. Kemunculan orang2 seperti Datuk Yusof tidak akan banyak menambah undi pada Anwar jika didbandingkan saban hari dia kena tibai.
Dalam keadaan pilihanraya yang sudah semakin hampir, dalam ketika kepimpinan PAS sedang retak dan DAP yang kian hilang keyakinan pengundi Melayu, Anwar terpaksa menunggu dan berserah pada satu loceng kecemasan yang berada di tangan Najib untuk mengumumkan tarikh pilihanraya, mati atau hidupnya dalam politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pendedahan Chegu Bard bikin madani goyah
Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa ada addendum Pertanyaan telah ...
-
BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat n...
-
Aku pun pelik le perangai pembangkang ni, asyik komplain pasal gst, harga petrol naik, inflasi makin tinggi dan kos saraan hidup yang me...
-
KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI KLUANGMAN KEMBALI ...
No comments:
Post a Comment