Thursday, May 10, 2012

Pemimpin PAS Kedah dan Kelantan mcm langit dengan bumi...

tabik spring kepada pemimpin2 pas kedah yang berani bersuara malah bertindak ke atas MB Ostat zizan di atas beberapa perkara dan isu yang tak betul.

berbanding dengan pemimpin2 pas kelantan yang kononnya lebih berilmu tapi cukup takut nak beramal dengan ilmu yang tinggi itu untuk menegur MB poknik.

Masing2 lebih suka diam dari membuat teguran kerana menjaga potensi dan tuah badan kalau2 ditunjukkan poknik untuk mengantikannya.

Kepimpinan dan pentadbiran poknik sama dan lehih kurang carca marba kepimpinan paklah semasa jadi PM.

Bagaimanapun cakap2 belakang sudah ada samada secara sopan atau kasar untuk minta poknik berundur cuma proses ini dilambatkan sebab mereka belum bersatu hati nak pilih siapa pengganti poknik yang sesuai.






PAS Kawasan Rantau Panjang semalam dilaporkan telah mencadangkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding dua kerusi pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini, iaitu satu kerusi Parlimen dan satu di Dewan Undangan Negeri.

Cadangan yang dibuat oleh PAS Cawangan Banggul Setol di Kelantan itu diluluskan sebulat suara oleh seluruh ahli di situ tanpa perlu dibahaskan.

Menariknya, cadangan itu dikatakan telah mengundang beberapa tokoh PAS di Kedah untuk mengulas mengenai pencalonan Mursyidul Am PAS yang disifatkan terlalu uzur dan keluar masuk hospital itu.

Malah, ada di kalangan mereka yang tanpa kias atau berlapik menyatakan bahawa cadangan tersebut sengaja dibuat untuk “membunuh” Nik Aziz secara halus!

Menurut seorang pemimpin PAS Alor Setar yang enggan disebutkan namanya, cadangan “maut” itu hanya akan membuat Mursyidul Am itu “terkangkang” dengan beban tugas yang dipikulnya.

“Kalau nak ambil hati Nik Aziz pun, berpada-padalah. Dia kan selalu semput..masuk ICU..hospital tu macam rumah keduanya dahhh..elok bersara saja,” katanya sambil disokong oleh rakan-rakannya.

Menurut satu lagi komen dari pemimpin PAS yang ditemui di kawasan Sungai Petani semalam, dia yang juga enggan disebut namanya memberitahu bahawa cadangan tersebut mungkina adalah salah satu usaha untuk menganiaya Nik Aziz.

Namun begitu, dia juga tidak menolak bahawa cadangan tersebut mungkin dibuat untuk menyindir Mursyidul Am itu secara halus.

“Tu nak naya Tok Guru la tu…kalau dak pun, depa nak sindir dia. Sebelum ni Tok Guru kata nak bertanding sampai mati…,” ujarnya.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS dari kawasan Kota Sarang Semut menyatakan bahawa berkemungkinan cadangan itu dibuat untuk menyingkirkan Nik Aziz dari terus menjadi Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, dia difahamkan bahawa hampir majoriti rakan-rakannya di Kelantan sudah “bosan” dengan pemerintahan Mursyidul Am itu yang dikatakan tidak pro-aktif, lembab, dibonekakan oleh orang-orang kanannya dan tidak maju ke hadapan.

“Kawan-kawan saya ramai yang merungut pasal Tok Guru. Depa takmau Nik Aziz jadi MB dah..tapi depa malu nak habaq. Lebih kurang macam Azizan di Kedah ni laaa..” ulasnya mengaitkan Nik Aziz dengan senario politik di Kedah.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS yang dianggap sudah “veteran” di Kedah itu sebulat suara bersetuju untuk Nik Aziz berundur dari dunia politik memandangkan usia, kesihatan dan keadaannya yang semakin uzur serta tidak mampu lagi menjalankan tanggungjawab dengan baik.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA