LARUT 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi 'melarikan diri' daripada Ummi Hafilda Ali apabila kedua-duanya 'bertembung' malam ini.
Anwar yang berceramah di Kampung Perak terletak kira-kira 100 meter daripada tempat Ummi Hafilda mengadakan ceramahnya di Kampung Paya, meninggalkan majlis tersebut pukul 10.50 malam walaupun ia dijadual berakhir pada pukul 12 tengah malam.
Difahamkan ini merupakan kali keenam Anwar 'melarikan diri' selepas beberapa pertembungan yang berlaku antaranya di Rumpun Makmur, Pahang; Bukit Besi, Terengganu, Batu Gajah dan Parit Buntar, Perak.
Majlis ceramah Anwar juga kurang mendapat sambutan apabila hanya beberapa penyokong pembangkang menghadirinya manakala lebih 2,000 orang memenuhi ceramah Ummi Hafilda.
Ummi Hafilda dalam ceramahnya sesekali sebak dan menangis apabila mendapat maklumat bahawa Anwar ketika berceramah di kampung bersebelahan mendakwa media cetak UMNO dibayar untuk memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya bagi memalukan abangnya, Azmin. - UM.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Offer kepada non-muslim
Special Offer kepada non-muslim untuk menjadi Consultant kepada barang runcit keperluan dapor direct dari kilang Halalan Toiyibban (Halal)...
-
Tidak sia sia umno kalah, negara beruntung, rakyat gembira umno makin serasi jadi pembangkang, makin pandai makin mahir membangkang teru...
-
Aku pun pelik le perangai pembangkang ni, asyik komplain pasal gst, harga petrol naik, inflasi makin tinggi dan kos saraan hidup yang me...
-
Najib razak didapati bersalah dan dihukum - selesai. Diberi pengampunan oleh Agong Sultan Pahang dan didakwa ada addendum Pertanyaan telah ...
No comments:
Post a Comment