Thursday, May 17, 2012

Blogger pro UMNO kritik pemimpin sendiri...



Pertama sekali (mungkin terlalu awal untuk) aku ucapkan syabas dan tahniah kepada semua blogger pro UMNO yang tidak jemu2 menegur pemimpin UMNO dan seterusnya mempertahan dan menyerang propaganda tin kosong pembangkang.

Menegur pemimpin sendiri bukan budaya blogger pro pembangkang kerana mereka tidak ada ilmu itu, mereka hanya pandai mnjilat mengangguk menyokong apa sahaja laknat, fitnah dan pembohongan yang pemimpin mereka lakukan. Bagi mereka parti dan pemimpin yang mereka sokong semuanya betul, maksum.

Berbeza dengan  blogger pro UMNO yang akan terus mengkritik dan menegur pemimpin sendiri,  dalam ertikata teguran membina untuk kebaikan parti, sudah banyak tulisan yang menyentuh dan menghentam Nazri, Hishamuddin, Ijat, KJ dan beberapa nama lagi membuktikan bloggger pro UMNO lebih rasional dan matang dalam menilai antara kebenaran dan kepalsuan.

Sejak BERSIH 3.0 sampai sekarang rasanya pemimpin pembangkang dan para juak dan pecacainya dah muflis idea dan sudah tidak berani panggung kepala, malu kerana segala laungan  perjuangan mereka untuk rakyat dapat dibukti dan dinilaikan rakyat sebagai palsu dan bohong.

Ambil contoh Tian Chua..sebagai wakil rakyat berapa kerap dia turun padang melihat masalah penduduk di kawasannya berbanding dengan kekerapannya turun naik mahkamah jenayah dan tersengeh jadi barua dan batu api di setiap demo pembangkang. Rakyat kawasan sendiri di abaikan!

Nizar pada awalnya di agung2kan blogger pembangkang kononnya hebat kerana berani hadir di ceramah UMNO menyebabkan penceramah UMNO terkancing gigi tetapi hakikat sebenar dia terkencing dalam seluar mencicit lari bila kebenaran dibuktikan di hadapannya. Ada ke tidak blogger pembangkang minta maaf atas pembohongan itu? Memang mereka sama dengan pemimpin mereka aljubr dan aljamb...manatau malu.

Pembangkang hanya tinggal isu ‘scorpene’ yang ditaja siang malam dan dibesar-besarkan sedangkan pada hakikatnya perkara itu masih diperingkat awal dan terlalu awal dan kalau kita ingat lagi bagaimana isu kematian altantuya dimainkan oleh pembangkang akhirnya tiada langsung pembuktian malah Najib sahut dengan bersumpah laknat. Tetapi kalau dah dasar pembohong – mereka tidak pernah insaf.

Kepada rakan2 blogger yang hebat dengan segala info, ulasan dan pendedahan demi pendedahan, walaupun sudah ada petanda UMNO mula diterima semula tetapi kita harus jangan leka permainan politik kotor pembangkang  yang dibelakangnya ada jari2 antarabangsa berpengaruh, berkuasa dan mewah yang cemburu dengan kejayaan Islam dan Melayu di bawah UMNO. Mereka amat tahu Islam tidak akan ke mana sekadar di tangan hadi atau nik aziz yang lemah dalam pentadbiran urus negara.Kita teruskan perjuangan ini demi ugama, bangsa dan Negara.

Kini apabila PAS yang termasuk longkang sudah sedar partinya kian lemah kerana bersekongkol dengan DAP dan PKR mula mencari nafas baru dengan mengajak UMNO bermuzakarrah. Amat pelik tapi itulah kebenarannya. PAS akhirnya bersandar semula kepada UMNO untuk menyelamatkannya. PAS hanya akan relevan jika UMNO itu pengasih dan penyayang..



 Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama lah kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara

No comments:

Post a Comment

6ANGKA