Monday, May 21, 2012

PAS mula pecah ... (Terkini-Anwar Azmin akan didakwa..)

Muzakarrah telah memisahkan antara dua puak di dalam PAS, satu yang sokong satu yang tidak dan bahaya yang Nik Aziz yang sedang hadapi bukanlah tidak sokongan itu datangnya sekadar dari beberapa pemimpin tetapi melibatkan beberapa pemimpin kanan dan dipercayai tidak juga dirujuk terlebih dahulu kepada Presiden parti dan lebih merbahaya Harakah sendiri lebih condong kepada tidak menyokong dengan menyiarkan kenyataan beberapa pemimpinnya membelitkan berita bahawa UMNO yang tergila-gilakan muzakarrah dan bukannya PAS pelawa pun.

Kengganan Hadi adalah tindak balas kepada Nik Aziz yang dulunya mengkritik keras keatasnya dan Nasa yang berjumpa Paklah suatu ketika dulu untuk perpaduan...)

Hakikatnya tidakkah mereka sedar PAS sedang dilagakan oleh seseorang di kalangan mereka sendiri kerana individu tersebut yang sedang ditibai kiri dan kanan ingin mampus bersama dan membawa bersama PAS terjun gaung daripada dia mati kerentungan seorang diri. Individu ini juga sudah mula diabaikan oleh DAP berdasarkan sikapnya menyebabkan di antara sebab Tunku Aziz berpendirian keluar DAP. Bagi Tunku Aziz individu ini telah merampas BERSIH 3.0 dan menjadikannya kotor.

DAP mula sedar, jika terus percaya dan berdamping rapat dengan individu ini, ramai lagi Melayu akan keluar DAP.

Individu ini dipercayai mengutarakan idea supaya Nik Aziz mempelawa UMNO bermuzakarrah dan dalam masa yang sama menyucuk satu lagi puak supaya tidak menyokong pelawaan Nik Aziz. Nyata permainan politiknya sudah berjaya.

PAS kian lemah untuk menjadi rakan DAP, PAS makin berpecah untuk menentang UMNO yang mula bersatu. Jadi kalau PAS musnah bukanlah kerana UMNO.

KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan. (Tulisan Zam dalam Utusan hari ini)

"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS."

Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS.

Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya.

Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini.

Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS.

Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sebab itulah, katanya, perlbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu.

Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

Harakah Daily

No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...