Tuesday, May 8, 2012

DAP yang tarbiah PAS ?????: Berapa ramai dah pemimpin dap peluk Islam...


PAS gagal nyatakan kebenaran walaupun pahit dan perbezaan pendapat dan bukannya menghalalkan cara hingga seolah olah Islam dilihat tidak ada perbezaan antara yang benar dengan yang salah.


Wednesday, February 15, 2012


~Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran~

Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP.

“Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain,” kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi. Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian.

Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali.

Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari.

Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.

Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran.


Oleh Kaizer Daris


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan lantang mempertikai hukum dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan Kerana nyata jahil aspek yang difokuskan Majlis Fatwa itu berhubung perhimpunan bersih menjadi ganas pada 28 April lalu di Dataran Merdeka.

Penganalisa Agama mendapati Nik Aziz hanya melihat hukum itu secara "pendek akal" iaitu menyentuh tujuan perhimpunan Bersih dan bukannya natijah daripada perhimpunan itu.

"Nik Aziz cuba mencuci tangan dengan mengatakan majlis fatwa melihat satu aspek. Hakikatnya majlis fatwa melihat implikasi Bersih itu yang berakhir dengan keganasan sehingga polis kerugian RM1.8 juta akibat kerosakan asetnya dan kos mengerahkan anggota," katanya.

Penganalisa itu berkata kesan perhimpunan Bersih itu juga melanggari perintah Mahkamah, iaitu badan bertanggungjawab mengekalkan keadilan dan kedaulatan negara, menyebabkan demonstran Menggunakan kekerasan sedangkan matlamat asal Bersih tidak dicapai langsung.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melalui tindakan beradab.

Dalam kenyataannya Nik Aziz menyifatkan fatwa itu "saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak."

Mohd Aris Azmi Mahmood, 35, seorang pelajar pondok, berkata matlamat Bersih boleh dipertikaik
kononnya untuk menuntut keadilan pilihan raya dengan lapan tuntutan.

Hakikatnya, matlamat Bersih tidak tercapai hanya kerosakan sahaja yang berlaku.

"Logik akal saya mengatakan jika sistem pilihan raya negara ini tidak adil kenapa Pas mampu memerintah Kelantan 22 tahun.

"Malahan pada 2004 Pas hanya menang satu kerusi sahaja untuk tadbir kelantan iaitu 23 kerusi DUN milik Pas manakala 22 kerusi lagi milik Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata ia adalah bukti ketelusan pilihan raya yang berpaksikan demokrasi
Malahan pada pilihan raya 2004, Pas hanya menang dua undi sahaja di Machang, katanya sambi
menambah jika BN tidak adil pada 2004 lagi Pas kalah di Kelantan tetapi perkara demikian tidak berlaku.

Justeru katanya pandangan majlis fatwa itu tepat yang tidak betulnya hanyalah Nik Aziz yang hanya melihat tujuan bersih tetapi tidak menilai implikasi perhimpunan itu.

" Apa jenis pemimpin yang sudah berusia 81 tahun yang hanya melihat apa yang dia mahu dan tidak mahu mendengar pandangan pihak lain," katanya.

--KELATEKITO.NET









No comments:

Post a Comment

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...