Thursday, May 17, 2012

KJ kata dia dah kawtim dng ambiga - dah selesai



Itu statement hero UMNO seolah-olah dia dah selesaikan dan ambiga tunduk kepada kecerdikannya. Lepas ni ambiga memang 'taubuat' dan serik nak buat BERSIH. Apa jaminannya.

Kalau KJ tanpa jawatan kabinet, menantu bekas PM dan sekadar Ketua Pemuda cabok, sekali cakap ambiga dah menggeletar kalah tentulah KJ lebih hebat dari Muddin yang sudah berpuluh kali memberi amaran keras sekerasnya.

Apakah selama ini KJ banyak menyelesaikan permasalahan sehingga dia memandang remeh tindakan orang lain yang seolah-olahnya salah. Kalau ada puak yang balas nak tunjuk punggong rumah KPN apa masalahnya? Logiknya mereka tak akan lakukan suka2 kalau tak punya sebab yang kukuh dan ingatan kepada ambiga supaya dia juga pandai menghormati privasi orang lain. Sekali sekala elok juga tunjuk biadap kepada orang yang lebih biadap. Kalau mereka juga nak tunjuk punggong depan rumah KJ tentunya ada sebab..

Apakah KJ ada penyelesaian untuk membayar gantirugi peniaga2 akibat BERSIH? Jangan pandai cakap sahaja sedangkan sakit susah dan derita orang lain yang tanggung.

Adakah KJ juga beri nasihat yag sama kepada mereka yang kalungkan bunga di gambar najib? Apa statementnya kepada pelajar yang ganggu Najib berucap di London? Apa statementnya kepada dakwaaan 'ada agen dalam UMNO' bawa anwar jumpa paklah. Itu patut jadi keutamaannya. Takkan buat2 pekak kot.. dan apakah KJ bela ambiga kerana ambiga kawan baik anwar.

Apa agenda KJ dalam UMNO sebenarnya? apakah dia sama strategis macam Anwar mula2 masuk UMNO? Bagaimana hasratnya menjadi PM termuda? Apakah KJ juga mempunyai satu 'pandangan' terhadap Najib sebagai PM dan Presiden UMNO yang merampas secara terhormat kedudukan paklah?


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.


Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.


Khairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.


"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

No comments:

Post a Comment

6ANGKA