Thursday, May 10, 2012

Saolan tadika untuk Isa Samad

Tentang Saham FGVHB

Yang bersetuju -
sejauh mana mereka faham?
Apa yang mereka difahamkan?
Apa yang mereka faham?

Apakah kerana mereka digembirakan dengan durian runtuh maka bererti mereka sudah faham? Soal duit tentu semua orang mahu dan gembira tetapi bukan berereti mereka faham segalanya.

Sudah tentu FGVHB (nak menyebutnya pun peneroka dah tergeliat lidah) ada baiknya dan sudah tentu juga ada tidak baik atau risikonya. Apakah kedua-dua perkara sudah diterang sejelas-jelasnya kepada peneroka?

Yang tidak bersetuju - kenapa tidak kumpulkan mereka, dengar persaolan mereka dan jawab persaolan mereka - susah sangat ke nak buat macam tu. Kalau benda baik, benda betul tanpa agenda tersembunyi sudah tentu tiap persaolan ada jawapan yang masuk akal.

Kerajaan tidak wajar melihat dan menuduh 'kumpulan yang tidak bersetuju' ini  kononnya mereka dipengaruhi pembangkang dari sudut kacamata politik semata-mata dan sepanjang masa. 
Pendekatan menjadi pendengar yang baik kepada semua pihak adalah lebih bijak dan tepat dari takut kepada bayang2 sendiri jika betul2 ikhlas membantu masyarakat felda.

Saya telah menemui beberapa masyarakat dari kedua dua golongan di atas termasuk kakitangan felda dan TIDAK SEORANG pun mampu memberi penjelasan sebenar2nya dan versi antara seorang dengan seorang cukup berbeza antara satu sama lain hingga tidak tahu versi mana satu yang betul.

Anda sendiri wajar mencari kebenaran ini dengan berjumpa beberapa peneroka dari kedua-dua pihak untuk mendegarnya sendiri.
Saya percaya anda sendiripun tak faham !!!



sebahagian persaolan ada di sini

dan lagi di sini
http://msomelayu.blogspot.com/2012/05/menjelang-tengahmalam.html

PAS dan UMNO bergaduh = Melayu rugi


No comments:

Post a Comment

6ANGKA