Thursday, May 31, 2012

Ijat terlepas yang lain kena? kejammmmm.....

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.


Kedua-dua merupakan wakil rakyat PKR di Selangor. (sial punya pemangkang yang asyik menuduh UMNO peralatkan SPRM) Menurut Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil, walaupun sebelum ini kes itu telah dibuka semula namun hasil siasatan terkini mendapati kedua-dua Adun tersebut tidak bersalah di bawah undang-undang SPRM.

"Kami secara rasminya telah bersetuju untuk tutup kes kedua-dua Adun tersebut kerana mendapati mereka tidak bersalah atas dakwaan terhadap mereka berdua," katanya.

Sebelum ini, kenyataan media melaporkan Suhaimi dan Amirudin telah disiasat oleh SPRM berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Selain itu, Shuhaimi telah didakwa kononnya beliau terlibat dalam penyelewengan pasir bermula pada 23 Mei 2009 apabila Adun Sri Muda itu bertemu wakil syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Hotel Sunway, Seberang Prai.

No comments:

Post a Comment

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...