Saturday, July 9, 2016

PAS TAK PROTUN TAPI JANGANLAH JADI KARTUN

Tegas Ketua Dewan Ulama PAS, deklarasi hanyalah sekadar agenda peribadi pihak tertentu dan bukannya untuk rakyat. Sebaliknya misi PAS adalah mahu menukar kerajaan sekaligus mengubah polisi dan dasar sedia ada. 

 "Dalilnya kerana mereka nak tumbangkan Datuk Seri Najib tapi dia nak kekalkan Umno, sedangkan kita berpendirian bahawa nak buat perubahan ini bukan ubah pemimpin sahaja. 
 "Kena ubah dasar parti itu juga, jadi maknanya tak ada manfaat sangatlah. Dia tukar (nanti) sama sajalah sebab dasar tu sama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual.

 "Komponen Deklarasi Rakyat ni orang-orang yang kecewa jadi PAS bukan seperti itu, cuma kita bersendirian sebab itulah kita tak bersama mereka. Deklarasi tu lebih kepada nak selamatkan Umno, kita bukan nak selamatkan Umno tapi negara," katanya.

Kena pastikan samada Ketua Dewan Ulama ini Bercakap Masa Berjalan Dalam Mimpi atau terlebih makan ubat batuk.

Apa yang dicakapnya betul, kaedah dan perlaksanaannya bagaimana (?) Sedang diri sendiri (parti) sudah berpecah dan untuk lawan PAN pun belum tentu menang, bermimpi pula nak kalahkan UMNO.
Sebab itu tindakan Hadi adalah betul, realitinya, kalau dipelawa jadi PenASihat pun dah kira untung badan.