Thursday, May 24, 2018

KERAJAAN SEDANG FOKUS KERJA... PEMBANGKANG HURU HARA.

Yang kepanasan.. Cacing²

Umno ada dua krisis,  krisis menjenamakan semula parti mereka tanpa perlu tukar pemimpin dan krisis dengan Istana Perlis.

Dalam masa yang sama,  ada usaha untuk melaga lagakan kepimpinan PH dan cuba menggambarkan ada kem Mahathir-Anwar.

Isu untuk kebaikan rakyat - pembangkang belum ada idea,  belum terfikir,  sebok nak survive diri masing², takut pintu diketuk di tengah malam. .






Rakyat dalam mood harapan dan legaa. .







15 comments:

  1. khairulryezal osman kuttyThursday, May 24, 2018 11:06:00 PM

    Mana pergi tongku aziz yg selalu burukkn drmahathir dekat tv3 dulu? Tansri tajudin ramli mana kamu semua menyorok?kenapa senyap sekarang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia sudah angkat duit cabut lari.

      Duit tu korapsi ke tak tau lah. Dia dapat bayaran dek puak Najib bila kutuk Tun M.

      Barak Obama dll dapat berjuta satu kali beri ucapan.

      Gamak nya Tunku Aziz dapat RM1,000. Mesti byar punya.

      Delete
  2. berlagak dah jadi Perdana Menteri Mesia
    angkut anak bini dalam jet peribadi. jawatan apa yg disandang yg ada title banduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kau sakit hati? Kau ingat dia tak mampu ke naik jet? Dia menabung duit tu dari kecik tau tak. Kihkihkih

      Delete
    2. KD kata "ada usaha untuk melaga lagakan kepimpinan PH.."

      Tak tau le siapa melaga.

      Aku tau aku ckp apa yang aku pikior. Takda niat nak melaga. Nakkan yang terbaik bagi kita semua.

      Salleh Said Keruak dah tak menguak lagi, aku boleh ckp le.

      Delete
  3. Hahaha... Terhibur seketika. Tak semena2 aku teringatkan sanak saudara di kampung halaman... Azeez, Ali, Irwan, Aziz. Ramai lg. Tak sempat nak sebut.

    ReplyDelete
  4. Tuan KD
    Keutamaan Muhyidin sepatutnya bukan nak semak akta akta tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS).Sahkah surat perlanjutan yang membenarkan UMNO menunda pemilihan melebihi tempoh 18bulan dikeluarkan oleh ROS.Sekiranya tidak sah maka UMNO dengan sendirinya tidak sah dan dapatkan pula SPR untuk membatalkan kemenangan UMNO/BN pada pilihanraya 14 yang lalu dengan mengadakan PR Kecil atau di isytiharkan pemenang kedua undi terbanyak menang.Maka secara otomatik UMNO dikuburkan dan PBBM dan Amanah menambah kerusi .Dengan itu kedudukan PBBM dan Amanah lebih stabil dalam Pakatan dan tidak boleh diperkotak katikan lagi oleh abang abang besar.
    Muhyidin kena kehadapan dan jangan biarkan Tun sahaja yang tidak tidur memikirkan dalam menyelesaikan hal Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhyiddin boleh pangge aje depa. RoS dn bos nya Ketua Setiausaha Kemneterian nya.

      Yang bila menang aje PH, dia melulu bawakkan Sijil Pendaftaran PH nak ngampu Tun M dll.

      Suruh depa eksplen. Dahtu gunakan kebijaksanaan (discretion) bagi meutuskan apa2 isu.

      Pasal bubar Ameno, kena kaji mendalam. Dah betul2 pasti, baru ambik tindakan. Kalau tak, Umno bawak mahkamah, PH kalah, depa dapat banyak points over PH di mata pengundi.

      Delete
  5. Pihak polis akhirnya mengesahkan jumlah wang tunai yang dirampas daripada kondo mewah yang dipercayai ada kaitan dengan Najib Razak ialah berjumlah RM114 juta.

    Wang tersebut terkandung dalam 35 daripada 72 beg yang telah dirampas oleh pihak polis sebelum ini.

    Wang berjumlah RM114 juta tersebut, selain dalam ringgit Malaysia, turut juga ditemui dalam 26 matawang asing yang lain.

    37 beg lain yang dirampas pula adalah mengandungi barangan kemas dan intan berlian yang belum ditentukan lagi jumlahnya. 

    Difahamkan, pihak polis akan mula membuat penilaian harga mengenai barangan kemas dan intan berlian itu pada Isnin depan.

    Dalam masa yang sama, pihak polis juga mengesahkan dua daripada tiga kondo mewah yang didalamnya ditemui 72 beg mengandungi wang tunai dan barangan kemas serta 284 kotak berisi beg tangan mewah itu adalah dimiliki oleh anak-anak Najib iaitu Nooryana dan Norashman.

    Sebuah lagi kondo yang digeledah adalah milik seseorang bergelar Tan Sri yang tidak didedahkan identitinya.

    Dengan pengesahan pihak polis bahawa dua kondo itu adalah milik anak-anak Najib, kemungkinan paling besar ialah wang tunai yang ditemui bukanlah dana atau derma pilihanraya sebagaimana yang didakwa sebelum ini.

    Najib sendiri ada membuat laporan polis mendakwa wang tersebut adalah derma pilihanraya dan ia dalam proses mahu diserahkan kepada kepimpinan baru UMNO setelah beliau meletakkan jawatan.

    Semalam pula, Zahid Hamidi yang kini memangku jawatan Presiden UMNO meminta pihak polis memulangkan wang tersebut dengan alasan ia diperlukan untuk kegunaan memulihkan semula parti.

    Soalnya, bagaimanakah wang derma yang mahu diserahkan kepada parti, tetapi disimpan di kondo anak-anaknya?

    Dalam hal ini, pihak polis harus segera menyiasat kedua-dua anak Najib itu untuk mengetahui kebenaran mengenainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib "mendakwa wang tersebut adalah derma pilihanraya .."

      Tak bole caya.

      Apa Najib cakap banyak temberang.

      Mula dengan RM2.6 bilion derma Arab kepala hotak dia.

      Delete
    2. bodoo ke anak najib , simpan 114 juta dalam rumah. You percayakah?? Ini zaman kedit card lah. Senang sahaja bila kah menantu najib hantar begitu banyak ke malaysia? jatuh dari langit ???

      Delete
  6. Izzah: Naik jet kerajaan kerana undangan rasmi
    25 Mei 2018, 2:57 tengahari (Dikemaskini 25 Mei 2018, 4:01 petang)

    A A
    Rumah siap pahat berbunyi.

    Urusan dengan istana Kelantan sudah selesai tetapi warga Internet masih mempertikaikan penggunaan jet rasmi kerajaan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan keluarganya malam tadi.

    Anak sulungnya, Nurul Izzah turut berdepan soalan sama di Twitter.

    Bagaimanapun, kata Nurul, urusan keluarganya malam tadi adalah urusan rasmi.

    Undangan itu juga, kata naib presiden PKR, adalah untuk Azizah sekeluarga.

    “Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah (Azizah) sekeluarga,” katanya.


    Nurul juga menegaskan “sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi”.

    “Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi,” katanya menjawab soalan @TheDukeofKL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena batang dahi hidung tengkuk sendiri pandai la spin sana sini..pooooodahhhhh

      Delete
    2. Kat mana yg spin? Jelaskan.
      Kalau tak faham, aku bg cth jawapan spin.
      Misalnya, Mana hang dapat duit beli cincin mahai sampai juta2 ni?
      Ohhh, duit tu kami simpan dari kecik dalam tabung piggy.
      Uhhhhh!!!! Kaya pak dan mak hang naa.
      Kihkihkih

      Delete
  7. Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib

    Alwi berkata perkhidmatan awam mesti ‘dibersihkan’.
    PETALING JAYA: Bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara tidak langsung menggambarkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa pemain utama dalam kalangan “badut dan boneka” dalam kerajaan Datuk Seri Najib Razak.
    Tan Sri Alwi Jantan dalam kenyataan hari ini berkata beliau malu melihat pegawai tertinggi kerajaan menjadi “badut dan boneka” parti pemerintah.
    Beliau menggesa penyingkiran dijalankan dalam perkhidmatan awam, mengatakan kerajaan baru perlu “membersihkan” perkhidmatan awam daripada “watak tidak boleh dipercayai” bagi memulihkan imej dan moral perkhidmatan awam.
    “Ada juga yang bertindak melangkaui tanggungjawab apabila berkempen secara terbuka untuk mereka. Mereka mengecilkan amanah dan kesaksamaan ke tahap ketidakajujuran dan tidak bermoral,” katanya.
    Beliau menambah tidak ada keperluan untuk menamakan mereka terlibat kerana perbuatan mereka mendapat liputan meluas media.
    Ahli kumpulan G25 yang diterdiri daripada pesara pegawai tinggi kerajaan dan ahli akademi ini berkhidmat untuk kerajaan selama 32 tahun, bermula sebagai pegawai di Pejabat Penubuhan Persekutuan pada 1958 sehingga bersara pada 1990 sebagai ketua pengarah JPA.
    Beliau tidak menyebut nama Ali Hamsa dalam kenyataannya, tetapi berkata ketua setiausaha kepada kerajaan, “sebagai ketua perkhidmatan awam, mungkin boleh menghentikan salah laku ini, tetapi beliau sendiri adalah pemain utama”.
    Beliau menyeru kerajaan Pakatan Harapan “membersihkan” perkhidmatan awam daripada watak-watak seperti itu.
    “Mereka bukan sahaja tercemar dan kesetiaan diragui, cara ini akan memulihkan imej dan semangat perkhidmatan awam ke tahap kemegahan dulu.

    ReplyDelete