Thursday, May 19, 2016

PANGLIMA ASYIK BERKOKOK...NO ACTION.

Image result for salleh said keruak1) Bukankah sepatutnya Najib sendiri menjawab atau sekurang-kurangnya Ketua Penerangan Najib atau Menteri Cyber Najib. Salleh terlajak jawab...


2) Langkah terbaik Menteri ialah menasihat PM saman WSJ sebagai pengajaran kepada media tersebut

3) Sekadar menafikan dan tidak bertindak, menguatkan lagi dakwaan WSJ sebagai benar dan betul.









Kalau empunya badan bukan saja tidak berani menyaman, malah membuka mulut menafikannya tidak kedengaran, maka siapa mahu mempercayai kata-kata syok sendiri Salleh bahawa laporan WSJ adalah fitnah, bermotifkan politik dan hanya berdasarkan khabar angin?

Pokoknya, saman dululah Pak Salleh Said Keruak!! (SH 20/05/2016).






Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkenaan artikel terbaru Wall Street Journal



19 Mei 2016

1. Wall Street Journal terus membuat dakwaan-dakwaan palsu tetapi menyatakan ia adalah dari sumber yang tidak boleh didedahkan. Ini adalah satu tindakan pengecut bagi mengelak daripada disaman.

2. Walaupun sudah berkali-kali sumber mereka dibuktikan tidak benar, seperti laporan palsu terhadap gabenor baru Bank Negara Malaysia, pihak WSJ tetap mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.

3. Ia bukanlah kebetulan apabila  semua laporan yang dibuat WSJ terhadap Malaysia dirujuk kepada sumber dan siasatan yang tidak boleh didedahkan: ini bermula apabila Tun Mahathir memulakan Kempen Anti Najib.

4. Tiada nama atau individu yang dikaitkan dengan sumber yang diperolehi mereka. Jika sumber ini benar-benar wujud, mengapa WSJ tidak memberitahu pihak kerajaan Malaysia? Tambah lagi, bagaimana mereka boleh berharap semua tulisan yang dikeluarkan oleh mereka akan dipercayai setelah berkali-kali dibuktikan palsu.

5. Tetapi kita tahu kenapa mereka tidak mengeluarkan satu nama pun, kerana mereka tidak mampu. Kebenarannya ialah mereka melaporkan semua dakwaan berkenaan berdasarkan khabar angin dan lebih parah lagi ia bermotifkan politik 'kotor' yang diambil tanpa pengesahan yang tepat. Hanya untuk mendapatkan 'headline' yang sensasi.


DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

16 comments:

  1. Mana nak ada action dari si keruak ini, bang. Dia dapat jadi Menteri pun sebab dia selalu bising aje dalam blog nya menyokong Najib.

    Said Keruak satu contoh yang terang Najib lantik jadi Menteri ha nya sebab dia nampak kuat menyokong Najib. Cara zaman feudal betul betul.

    Jadi, apa nak harapkan dari Said Keruak melainkan menguak, mengembek tak habis habis memuji Najib, mengutuk semuua dissenters. Dia bukan faham pun apa itu dissent dalam demokrasi. Sepatut nya dia bantai Pembangkang. Tapi dia asyik membantai mreka yang mahukan Najib di gantikan tapi UMNO di perkukuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik..semua dah kenal sape mamat ni..hidup kena cari makan

      Delete
    2. Ada yag nak cari makan songlap RM2.6 bilion masuk ekaun bank dia.

      Nyahkan aje yang macam tuh, kalau tak UMNO kalah di PRU14.

      Delete
  2. Ada Said Keruak berani panggil pemberita Wall Street Journal, New York Times dan sebagai nya memberi penerangan mendalam pasal 1MDB?

    Atau berdailog dengan pemberita luar negara? Tak usah harap lah. Kecut bola nya kalau berdepan dengan depa begitu. Tak reti nak jawab, tersasul, gigil lutut. Sebab setiap jawapan dia akan di ikuti dengan beberapa soalan lain yang tajam, menembus mata dan hati sanubari si Said.

    Ternganga dan menjerit dia. Dengan pemberita tempatan boleh lah dia menjerit lantang. Dengan pemberita luar negara, jeritan dia tak keluar suara atau bunyi. Pastu di tunjuk jari tengah, kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak usah harap Said Keruak berani syorkan Najib saman WSJ dll. Dia di lantik ha nya untuk coba lawan keritik 1MDB dan Najib.

      Apa said Keruak tahu? Ha nya Najib sorang aje yang tahu kesmua yang berlaku. Sebab tiap apa yang berlaku mesti ada kebenaran bertulis dari dia. Itu kata Ketua Setiausaha Kemneterian Kewangan di PAC. Itu ada di dalam M&A 1MDB.

      Delete
  3. Salleh Keruak ada title Dr. Tak tahu beli dari Internet ke. Tapi dia tak faham istilah "bukti" atau "evidence", asyik sebut WSJ takda nama punca malumat nya. Gamak nya dia tak baca makna bukti di Kamus.

    Kamus Dewan Bahasa & Pustaka, bukti -

    Keterangan yang nyata, dalil, saksi, tanda

    Kamus Indonesia, bukti -

    Sesuatu yang menyatakan kebenaran suatu peristiwa; keterangan nyata; tanda

    Oxford English dictionary, evidence -

    1. Clearness, obviousness
    2. Indication, sign
    3. Information from documents

    Ada 3 bentuk bukti/ evidence, termask bentuk dokumen. Bukti dalam bentuk lain dah berlambak di keluarkan sejak 1MDB dan RM2.6 bilion jadi skandal Najib. Apa yang Gabenor Bank Negara dll kata bun ada lah bukti.

    Itu pasal Najib tak berani nak saman SR, WSJ, NYT dll. Sebab depa pun dah keluarkan berbagai bukti seperti di definasi di atas.

    ReplyDelete
  4. Bodoh. Keruak asyik cakap WSJ tak kasi nama punca. Menteri Penerangan apekebende macam tuh, tak tahu akhbar sentiasa protect punca maalumat sensitif depa.

    ReplyDelete
  5. Kuat berkokok..tp yg bertelur tetap yg betina jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg bertelur RM2.6 billion dlam ekaun bank dia tuh jantan tapi yg suruh songlap si betina dia kot.

      Cincin RM24 juta, shopping di Hawai beratus ribu dolar Amerika = berjuta Ringgit Malaysia, jangan main main.

      Delete
  6. Bukan aje berkokok - jugak mengembek macam kambing (takut nak syorkan saman WSJ dll), mengdehoo macam lembu (mengeluarkan kenyataan media, menjawab bodoh macam lembu)

    ReplyDelete
  7. "2. Walaupun sudah berkali-kali sumber mereka dibuktikan tidak benar, seperti laporan palsu terhadap gabenor baru Bank Negara Malaysia, pihak WSJ tetap mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas."

    Punchline win....hahahhahaha...yang tu jer die jadikan contoh,so maksudnya laporan wsj yang bekaitan 1MDB, SRC, stc tu x salah la yea x?

    Buah keruak btul la dia nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, buah keruak........ apo nak di kato..... dia takda modal lain, beb.....pemikiran tak gitu luas.....doktor binatang ke dia ni.......

      Delete
  8. DATUK SERI PANGLIMA DR SALLEH SAID KERUAK -

    Panglima tu tak tau le. Najib pakai gelaran Pahlawan Bugis. Pahlawan untuk Cina aje aku tengok.

    Keruak tu tak tau pangkat ke. Antara Arab, yang ada AL tuh, menunjukkan nama tempat. Tapi Anwar Al Juburi, nama lobang.

    Yang aku google, keruak tuh ha nya nama burung. Tak kisah lah, asalkan dia berkhidmat utk Malaysia. Ni asyik utk Jibo Al Songlap aje.

    ReplyDelete
  9. mana pendedak? semua pi fly kite ke? takkan tak backing menteri kesayangan mereka tuh...

    ReplyDelete
  10. mesti WSJ hari2 baca statement si Salleh Keduak ni..takut woooo....!!!

    ReplyDelete
  11. asik2 diulang pasal laporan WSJ on bakal Gabenor BNM..sebenarnya mmg WSJ pre-empt keluarkan laporan tersebut...rasanya mmg benar apa yang WSJ laporkan...WSJ keluarkan laporan tersebut sebenarnya untuk buat puak najibo serba salah. Rasanya kalau WSJ tak keluarkan laporan..mmg sah org yang disebut2 tu akan jadi Gabenor BNM.

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...