Friday, May 27, 2016

NAJIB TERSEPIT ANTARA PAS DAN MCA

KEMASKINI
Harapan untuk melihat Muhyiddin dan Mukhriz digugurkan tidak kesampaian, bukan sahaja MT tidak gugurkan. bincang pun tak berani.

Mana Nazeri dan Ku Nan yang ghairah sangat nak buat usul gugurkan?




*KOMPONEN BN DI SEMENANJUNG SEMAKIN RAPUH KERANA UMNO BERSIKAP PERSIS DIKTATOR*

Seorang exco kerajaan negeri Kedah dari MCA, Leong Yong Kong telah bertindak keluar dari parti itu.

Tindakan itu diambil kerana tidak puas hati dengan tindakan kerajaan mengutamakan rang undang-undang persendirian yang dibawa PAS bagi membuka laluan kepada hudud.

Beliau berkata MCA gagal mendapat rasa hormat Umno dan gagal mempertahankan perlembagaan.

“MCA sudah tidak dapat mempertahankan perlembagaan negara dan hak rakyat.

“Jadi saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA sekarang sehingga perkara ini ada perkembangan baru,” katanya.

Rakaman pengumuman beliau itu dimuat naik oleh sebuah akhbar Cina di laman webnya hari ini.


Berkaitan kedudukannya sebagai exco pula, Leong berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan itu kerana tidak bersalah.

“Yang salah adalah Umno dan BN yang tidak dapat mempertahankan perlembagaan negara.

“Jadi saya serahkan kepada presiden parti dan menteri besar serta parti saya untuk mengurus hal jawatan saya sehingga mereka dapat mencari orang yang sesuai untuk mengganti saya,” katanya.

Kerajaan semalam memberikan keutamaan untuk pindaan Akta 355 dibincangkan di Dewan Rakyat. Bagaimanapun Hadi memohon ia ditangguhkan ke sesi akan datang kerana kesuntukan masa.

Pindaan itu bertujuan menambahkan bidang kuasa mahkamah syariah.

Usul mempercepatkan perbahasan itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rashid Shirlin.







21 comments:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete
  2. Saja nak tulis mengarut sebab nak jauhkan komen biasa saya dari iklan ekor mengarut di atas tu.

    ReplyDelete
  3. Komen biasa saya -

    Kalau MT hari ini gugurkan keahlian Muhyiddin & Mukhriz, alamat ranap lah peluang UMNO nak menang PRK Sg Besar & Kuala Kangsar.

    Dah lah PAS letakkan seorang Melayu professional - doktor perubatan - sebagai calon mereka lawan UMNO, dan MCA terkeseng keseng tak tau berapa undi Cina boleh depa tarik, tambah pulak Melayu yang marah kalau Muhyiddin & Mukhriz di pecat.

    Bukan tak ramai di Sg Besar dan Kuala Kangsar yang dah menyampah dengan Bugis Lanun dan karenah dia selama ini. UMNO menang Sg besar di PRU13 ha nya dengan 399 majoriti. Bodoh betul lah kalau MT pecat. Nampak macam MT nak sabotaj Bugis Lanun kalau depa buat begitu.

    ReplyDelete
  4. Heran sungguh MT tak ngaku UMNO bermasalah....kan ramai yang pandai di situ.....dah semua Cash Is King ke.....

    ReplyDelete
  5. kenapa jadikan adun sebagai calon. dah tak ada yang layak ke? nampaknya kbu pun tak boleh jadi calon kerana hanya dapat sokongan ahli tapi tak dapat sokongan rakyat. kalu bn dapat lebih kurang 13000 undi dan menang akibat perpecahan undi pembangkang, itu pun dah tunjuk rakyat tak sokong jika jumlah undi pembangkang lebih daripada 25000. projibo boleh kata rakyat sokong, tapi boleh ketar kaki la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan kira ada lain yang layak, Mat, kira mana yang boleh menang. Aku sokong UMNO tapi ikut Tun Madey, nakkan Najib kalah di dua dua PRK nih, supaya MT dll dlm UMNO gantikan dia.

      Delete
    2. Waa, maaf kawan, aku panggil awak Mat, tapi sabenar nya awak bukan Projibo. Bravo, kawan, kita teruskan tenyeh Jibo dan Projibo

      Delete
  6. Tak harap pun undi Mata Sepet
    Faham betulx politik PAS
    Dr Rani ini pengikut DSAI kuat dan PAS tahu....diluar Hijau...di dalam oren
    PAS pun tahu mereka juga tidak akan mendapat undi Mata Sepet
    Apa lagi...PAN mana calon
    Tak ada orang Melayu marah kalau 2 orang ni dipecat..kalau nak huru hara dulu lagi apabila digugur dari Kabinet dan kerusi MB...Tak ambil kisah pun

    Dewasa ini mana suara TSMY.....menyesal
    Muhkriz....entah ke mana
    Shafie....mula jinak balik,dah sedar
    TDM....Asyik kena kelentong..1 MDB.Duit derma...barux ini t/tangan deklarasi...kesian,sudakx lah mempergunakan orang tua ini
    Apa Najib tidak ada strategi ke menghadapi MCA/Gerakan....
    Dah dekat 2 thn dah Ajibgor menerma cabaran tapi masih bertahandan politik BN tidaklah berkeceramok sangat macam PH.
    Rakyat pada keseluruhan nya tidak buta dan tuli dan telah muak dgn permainan persepsi dan spekulasi Penbangkang.Mereka telah lihat realiti ke atas apa yang berlaku sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Dr Rani dulu pengikut DSAI, sekarang Al Jub dah dalam penjara, tak lagi kot.

      Delete
    2. Apa Najib tidak ada strategi ke menghadapi MCA/Gerakan....?

      Apa strategi nya, kawan? Selain dari nak menyenangkan hati DAP, buang ISA, nyaris buang Akta Hasutan, ketepikan DEB, buang Kementerian Pembangunan Usahawan, dll.

      Kena Tsunami Cina, tak sedor jugak lagi. Songlap duit berbilion pulak.

      Memang nak cari nahas.

      Delete
    3. Awak kata, "Dah dekat 2 thn dah Ajibgor menerma cabaran tapi masih bertahan dan politik BN tidaklah berkeceramok sangat macam PH."

      Masalah nya cara memikir Ah Jib Gor tu berlain. Nak liberal, konon. Hingga tak ngaku melayu, kata dia Bugis, "jugak pendatang" - cakap gitu di masa dia pigi Sulawesi.

      Takda maruah punya worang. Nakkan undi Cina, hingga bangsa Melayu pun boleh di persendakan nya.

      Mengelonot bontot bila di panggil Ah Jib Gor, Ha kau, kena Tsunami sampai hilang gelegor.

      Cara mikir ekonomi pun berlain. Nak kejorkan taraf negara maju, pendapatan tinggi, konon. Bila dah sebat duit, 1MDB terhutang RM50 bilion, masuk ekaun dia RM4.2 bilion, gomen tak cukup duit, buat GST. Menyusahkan rakyat, yang miskin pun kena bayor.

      Delete
    4. Setuju bebenor apa awak kata - Rakyat pada keseluruhan nya tidak buta dan tuli dan telah muak. Projibo pulak mainkan persepsi asyik kata takda bukti, membuta tuli tak tahu apa itu bukti.

      Itu pasal Najib kena di gantikan secepat mungkin sabelom PRU14. Cakap gitu, Projibo di sini marah, tapi tak tahu nak tolong pertahankan Jibo, selalu maki hamun kakaka aje. Kita lihat lah nanti, Tuhan tu maha kuasa dan ketahui mana yang baik.

      Delete
  7. aku tak kisah najib tersepit ke tak...aku nakkan dia undur atau di ganti.........kalau bn kalah di sg besar dan k kangsar dia undur atau di ganti, aku nakkan bn kalah......

    ReplyDelete
  8. Berita terakhir: Liow: I will resign if hudud Bill passed.

    Kot melulu Ajib tukar jadual bentang Hadi's Hudud Bill lagi? Kalau DAP Ajib membongkok nak ambik hati sampai buang ISA, nyaris buang Akta Keselamatan, buang Kementerian Pembangunan Usahawan, ketepikan DEB dll, takkan dia tak melutut kat MCA?

    ReplyDelete
  9. Apa Najib kisah MCA ke Gerakan nak keluar BN
    Mereka menang dulu pun pada GE 13 di kawasan majoriti Melayu
    GE 14 akan Najib sudah pun beritahu mereka akan diberi kerusi kwsn majoriti Cina DAP/PKR
    Buka mata sikit sejak GE 13 ada ke kjaan berbelanja besar untuk kaum mata sepet ni
    Kalau MCA/GERAKAN bergabong dgn DAP pun ,saya rasa lagi baik dan PAS tak payah masuk UMNO tapi hanya sebagai BN friendly saja,gigit jarilah PH dan geng mata sepet ni
    Tak tersepit pun Najib....kata UMNO terok pada GE 13...tapi kalau terok macam mana UMNO saja menang kerusi Parlimen l/kurang sama banyak dgn DAP,PKR dan PAS,campor ketiga tiga sekali
    Perlu diingat kwsn yg UMNO menang adalah kwsn semi urban dan luar bandar.Dalam scenerio GE 14 ianya tak banyak berubah
    Bagi pengundi luar bandar..
    GST .....No issues
    1MDB....Tidak efektif kerana destractors macam angin spin faktor tak betul,malah urbanites pun skrg dah mula faham kedudukan sebenar
    Oppo....malas nak cerita...buka mata ,rajin membaca
    Sekarang siapa yg agak tersepit....fikir sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lupa ke Najib dapat keputusan yang paling buruk antara semua pemimpin UMNO di PRU13? Takkan 2--3 kerusi dari MCA/Gerakan pun dia tak mau?

      Sepatut nya dia kerah, main politik kuat bagi mendapatkan MCA/Gerakan bertungkus lumus di PRU dapatkan balik kerusi yang depa hilang tuh. Tak pernah dengor pun.

      Dia politik asyik ok lah, mintak itu ini, kasi lah, sekolah Cina di Rasa yang penduduk di sekeliling nya Cina undi DAP di PRK Kuala Kubu Bahru dulu pun di beri nya RM2 juta untuk besarkan sekolah walau pun dah tahu siapa depa undi dari peti undi kawasan itu.

      Najib tak tersepit, tapi kekadang dia nampak macam makan bersepit.

      Delete
  10. najib bukan saja dua alam malah menyerupai sesumpah.
    nampak berani tetapi amat penakut..
    tak percaya cuba tanya rosmah..

    ReplyDelete
  11. 5.25
    Tu la malas membaca,biol......betul ke keputusan pada GE 13 yg terburuk UMNO....
    Setakat 2 juta kalau dibandingkasn jutaan malah bilion untuk Bumiputera ...tiada hal pun
    Najib dah beri amaran saperti di atas pasda MCA/GERAKAN....tu la malas baca
    Penakut....kalau panakut dah lama dah dia letak jawatan tapi lihat realiti nya
    Dia terajang TMP.....
    Terajang MB Kedah
    Apa yang dapat dilihat dia buat tugas dia macam biasa
    Yang pening lalat sekarang pengkritik beliau....semua plan hancus dan terpalit ke muka sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro. yang aku nampak penat bukan najib. dia buat macam biasa. selepas terajang tpm, dia singkirkan mukhriz. tapi dia tetap macam biasa. tak ada la riak takut bagai. dia saja kekalkan muhyidin, mukhriz dan shafie dalam umno. kalau nak, keluar sendiri macam tun mahathir buat. yang orang dok bising najib tersepitlah, kantoilah rupanya tersepit sendiri. ada yang kata deklarasi rakyat dah mencapai 1.2 juta penandatangan. sekali tak sampai beberapa hari timbul isu pemalsuan tandatangan yang diambil dari pangkalan data pengundi. plan tak bagus, itu pasal asyik terkantoi. tun mahathir pulak, tidak dinafikan beliau adalah pemikir terbaik malaysia pernah ada, tetapi pada zamannya. kini pada usia melebihi 91 tahun, adakah sel2 otaknya masih kuat dan ligat seperti ketika beliau berumur 40 tahun yang lepas? namun ramai yang malas membaca, mengkaji dan berfikir untuk menilai. asal datang daripada tun mahathir semuanya baik dan betul. katalah apa yang disebut oleh tun mahathir sebelum ini semuanya betul, adakah tentang tandatangan deklarasi rakyat sebanyak 1.2 juta lebih itu betul dan benar? jika semuanya perkara betul, kenapa perlu berbohong tentang jumlah penandatangan deklarasi tersebut? malah jumlah bohong itu yang ingin dibawa dan dipersembahkan kepada YDPA agar najib boleh disingkirkan! ada kenyataan dari macai tun sendiri "mahathir dan mukhriz perlu berbohong"....alahai!!!

      Delete
  12. Setiap hari kita bole lihat "dosa" PM Najib dan isteri akan ada sahaja orang yang akan tolong redeem dan ambil alih. Beruntung betul mereka berdua tu.

    ReplyDelete
  13. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan






    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...