SINGAPURA -  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura adalah pada tahap terbaik dalam sejarah dan kedua-dua pihak boleh memanfaatkannya dengan mewujudkan peluang lebih baik menuju ke hadapan.

Perdana menteri berkata, dengan hubungan yang wujud antara beliau dan rakan-rakan setugas dengan Singapura, "Saya boleh katakan bahawa hubungan antara kedua-dua negara adalah pada tahap terbaik dalam sejarah kita.