Thursday, May 26, 2016

SAYA BERADA DI KUALA KANGSAR SEKARANG

PRESS RELEASE
THURSDAY 26 MAY 2016

HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN UMNO DI BAWAH NAJIB

Minggu lepas ketika saya berada di Manchester, seorang warga Britain berbangsa Pakistan telah menjemput saya dan keluarga untuk makan malam di rumahnya.

2. Ketika tiba di hadapan rumahnya, saya terpegun melihat rumah agam milik Umar, doktor gigi yang menghabiskan seluruh hidupnya di UK. (saya kemudian diberitahu bahawa rumah tersebut pernah didiami oleh Karl Marx ketika dia menulis 'Das Kapital'. Wa Allah Huaklam).

3. Dalam sekelip mata saya mendapati bahawa Umar merupakan seorang yang amat peka dengan apa yang berlaku di seluruh pelosok dunia pada hari ini. Kami membincangkan banyak perkara dan beliau menyatakan kepada saya bahawa seorang berbangsa Cina dari Malaysia bekerja di kliniknya.

4. Beliau menyatakan bahawa rakan Cina ini menyatakan rasa kurang senangnya terhadap hak keistimewaan orang Melayu yang menafikan hak orang lain. Kami akhirnya mengupas apa yang dimaksudkan hak istimewa orang Melayu ini.

5. Persoalannya masih adakah hak istimewa orang Melayu di zaman seorang pemimpin bernama Najib Razak?

6. Di zaman Najib Razak, hak ini lebih sesuai digantikan dengan Hak Istimewa Rakan-Rakan Seperdosaannya.

7. Sedang ramai anak anak Melayu kehilangan peluang untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran mereka, Riza Aziz anak  Rosmah Mansur dikatakan mendapatkan peruntukan ratusan juta ringgit dari 1MDB untuk memulakan projek filemnya. Adakah anak Melayu lain yg tak ada hubungan dengan Najib atau Rosmah akan diberi peluang yang sama? tidak mungkin.

8. Namun pengundi-pengundi Melayu di kedua-dua kawasan pilinharanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan ditakut takutkan akan kehilangan hak hak istimewa ini. Hak ini telah menjadi retorik semata-mata.

9. Sudah sampai masanya kita perlu bangun untuk menyatakan kepada Najib dan rakan-rakan seperdosaanya bahawa kita sudah tidak rela dipermainkan lagi.

10. Kita mahu diberikan 'peluang' dan bukannya 'hak istimewa' yang sering tidak kunjung datang.

11. Kita mahu melihat saluran kemewahan kepada Rakan-rakan seperdosaan Najib  dan anak menantu mereka dihentikan. Kehidupan berpoya-poya mereka perlu dihentikan.

12. Yang perlu kita tumpukan ialah anak anak kita yang kecewa dengan kegagalan mereka mendapatkan biasiswa pada tahun tahun kebelakangan ini. Malangnya Najib seperti tidak mahu ambil peduli.

12. Jika di kedua dua kawasan PRK ini Najib dan Rakan-rakan Seperdosaannya terus menggunakan slogan 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan', tolong katakan pada mereka bahawa mereka adalah antara pembohong paling besar dalam sejarah politik dunia yang layak duduk sebaris dengan yahudi zionis yang menindas Palestin.

13. Sebelum pulang, Umar sempat bertanya kepada saya 'Do you Malaysians really believe that 2.6 billion is donation? How naive can you be?'

14. Doktor ini juga merujuk Rosmah Mansor sebagai 'the lady who bleeds the country'.

Sesungguhnya kepercayaan kita terhadap Najib sudah tiada lagi.

Tanahair tanggungjawab kita

#saveMalaysia
#Berani Kerana Benar

Kamarul Azman
Presiden GKCM

KENYATAAN MEDIA
KHAMIS 26 MEI 2016

# Saya berada di Kuala Kangsar sekarang, harga homestay akan naik melambung dan hotel fully book menjelang PRK.

Memang benar, sudah ada suara menakut naktkan orang Melayu di Kuala Kangsar kalau cina perintah?
Saya sudah memberi penjelasan kenapa itu satu pembohongan terutama di PRK Kuala Kangsar yang mustahil DAP akan meletakan calonnya.
BN perlu dikalahkan dengan satu matlamat tekanan kepada Najib untuk berundur.
Selagi Najib kekal, kita suka atau tidak UMNO akan tewas...
Kalau kita sokong juga pun, peratus kecil ini tidak mampu melawan tsunami rakyat..
2% sokongan bertukar arah...UMNO tewas.

31 comments:

  1. Tulah tanya najib ,dh berapa peratus yang melayu dapat beli harta sejak najib memerintah ,kenapa dia buang deb kalau dia pejuang melayu..kalu dia pejuang islam kenapa skarang melayu tertekan kt malaysia melayu tukkan islam, kenapa dia jual harta kerajaan kt komunis , dia takkan tak tahu yang komunis tu tk suka islam..macammana nanti dekat tanah yang komunis beli tu melayu dihalau masjid yang ada dirobohkan macam2 lagila,apa nk jadi kt melayu..berapa banyak melayu skarang ni jadi jutawan bawah najib...ada, ada sorang lupa plak anak tiri dia kira anak rosmah la..selain tu munkin anak beranak dia kot.....takpala kita tenggok sampai bila dia nk melompat...yang paling terpalit nama bapak dia jugak , elok nama bapak dia harum dh jadi busuk ,sebut nama najib mesti belakang dia nama tun razak.....ni baru melayu mudah lupa

    ReplyDelete
  2. Ooi go fly kite, hang buat pulak statement otak lembu hang tu !!! satu dunia lah tau najib penipu besaq, bukan setakat di london saja... budak tingkatan satu pun gelak kalau tanya pasai 2.6b....hanya bahalol and pencacai macam hang saja yg dok bengong sokong benda yg tak betoi and najib laknatuallah and the whole najib 1NDB cabinet and umno MT.....rakyat tak bodoh oooiii
    tunggulah bahalol ooi...Allah maha kaya....
    Kita tunggu Selasa depan pulak ok .....

    ReplyDelete
  3. Memang sudah nyata Najib tak hiraukan sangat hak dan kepentingan Melayu sehingga, kalau lah bapak nya Tun A Razak tahu anak nya begini, ruh nya merana di kubur.

    1. Buang ISA yang pemimpin anti-Melayu anti-Islam DAP, Kit Siang dan Guan Eng benci sebab dua dua nya pernah kena ISA

    2. Buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi Perkara Perkara sensitif di Perlembagaan, khas nya Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu. (Nasib lah UMNO bantah, tak di buang)

    3. Dasar Baru Ekonomi nya tak utarakan DEB yang di zaman Tun mahathir dah dapatkan Melayu 23% kekayaan korporat dan seorang Melayu jadi billionaire - Syed Mokhtar Bukhari. Masa implementasi dasar ekonomi nya, Najib ketepikan DEB, tak berani kira berapa % kekayaan korporat Melayu sekarang. Di zaman pemerintahan nya ada juga seorang Melayu jadi billionaire - Najib A Razak, dia sendiri dapat RM4.2 bilion.

    4. Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu dan membimbing kaum Melayu dalam perniagaan di buang dek Najib. Gila si Najib tuh. Dia langsung tak pedulikan hal bahawa kaum Melayu, yang hampir 60% penduduk negara ini, takda budaya berniaga macam kaum Cina. Dia tak pedulikan bahawa kaum Cina tak mahu membantu Melayu dalam perniagaan - harga dan terma berniaga berlainan kapada pembeli Melayu dan pembeli Cina.

    Ada banyak lagi bukti bukti menunjukkan Najib memang tak pedulikan hak dan kepentingan Melayu. Tambahan pulak, dia buat hal dengan 1MDB dan RM4.2 bilion masuk ke ekaun peribadi nya. Dia mesti di gantikan secepat mungkin sabelom PRU14, kalau tidak, semangkin teruk lah kedudukan ekonomi Melayu, dan kedudukan politik Melayu, sebab undi Melayu pun akan lari dari UMNO.

    ReplyDelete
  4. confirm undi melayu bukan di pihak UMNO lagi selagi Najib and his gang stupid Umno MT tidak dijatuhkan....
    Umno akan lenyap dibumi malaysia nie soon
    So Najib laknatullah kena turun untuk selamatkan malaysia and bangsa and agama kita.
    3.85 kata 50 cawangan celah gigi aje...itulah kebodohan pemimpin Najib pilih, amatlah memalukan bangsa melayu and bangsa johor sendiri....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum KD
    Alhamdulillah akhirnya berani juga kau menentang UMNO secara terang terangan. Barulah anak jantan. Dalam politik Tun M memang menjadikan golongan munafik sbg askar dalaman utk merosakkan perancangan parti.

    Bagi aku jadilah seorang yg mempunyai prinsip bkn berpegang menjadi munafik tetapi pada waktu yg sama mengatakan ianya strategi paling Ampuh.

    Semoga berjaya apa yg kau perjuangkan KD... Jgn lupa jumpa rakyat tanya depa sokong tak Tun M. Ingat KD kalau UMNO menang maka berakhirlah perjuangan Tun M dan rakan2nya.

    Sebelum aku berundur aku cukup pantang bila cerita hak keistimewaan org-org melayu sembang cara kedai kopitiam... Siapa kat sini yg cerdik sikit dan tahu brapa peratus kenaikan zaman Tun M, Pak Lah dan Najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. "brapa peratus kenaikan zaman Tun M, Pak Lah dan Najib" - kenaikan apa, Mamat?

      Setau aku, kalau yang itu, Najib asyik naik aje.

      Kenapa kau "cukup pantang bila cerita hak keistimewaan org-org melayu"? Kau pendatang ke? Ngapa tak beri penerangan? Tak reti nak menerang ke. "Meneran" boleh ke? Hah, meneran le ko kapada Bugis Lanun ko.

      Delete
    2. Woi si Tonjol 4:20,

      Kau cakap Assalamualaikum. Kau tahu ke makna nya? Salam makna peace, tapi apa yg kau cakap, sebalik nya.

      Pastu kau tuduh orang munafik. Cara kau cakap tu macam DAPig. Tuduh tanpa penjelasan, penerangan atau justifikasi. Dah tu cakap tak serupa bikin. Buat apa yang kau tuduh.

      Baik kau terjun ke laut le. Bersama boss kau Bugis Lanun. Kau ingat dia tahu berenang ke? Kau yang kena seret dia dalam laut, kau tau tak?

      Delete
    3. 420, kau senang senang sebut nama Allah. Kau kata "Alhamdulillah akhirnya berani juga kau menentang UMNO secara terang terangan." Tapi dalam perenggan yang sama kau menuduh "politik Tun M memang menjadikan golongan munafik ..", kau membohong dan menipu. Laknatullah betul kau ni.

      Apa lah jenis penyokong Jibo nih. Ramai yang macam kau, betul tak? Itu pasal Jibo pening kepala sekarang, di hentam di sana sini, termasuk dek ahli2 UMNO jugak. Dah 50 cawangan umumkan tak sokong Jibo di Kedah. Banyak lagi di negeri2 lain.

      Jenis macam kau ni menambah ahli2 UMNO yang bosan dgn Jibo.

      Delete
    4. 4.20
      menentang najib bererti menentang UMNO ke? taksub awk ni bukan taksub kepada UMNO tapi taksub kepada najib sebenarnye..UMNO selagi ada langit dan bumi, insya allah akan ada lagi..najib sampai masa akan pergi jugak..bila seseorang tidak tahu membezakan sesuatu, akan jadi conflict of interest macam saudara ni..jgn le makan dedak byk sgt..byk bukti2 yg telah dikemukakan tentang salah guna kuasa oleh najib..tp bila dah makan dedak, najib dan jadi sama dengan UMNO..aduhai..cubaan untuk mengubah tiang gol lg..udah2 le..turun najib, UMNO akan dihormati kembali..ada najib, UMNO akan terus tenggelam..

      Delete
    5. Kau bertengkar kat sini dgn pronajib boleh jatuhkan najib ke? Kedua2 pihak setakat nak puaskan hati sendiri dengan lontaran sindiran, makian dan sumpah seranah yang tidak mengganggu tidur najibpun. Untuk kedua2 belah pibak, diam adalah perisai kebodohan.

      Delete
  6. Jangan layan Anon 11:59 sebab dia ada mental problem - tak dapat petunjuk, tak dapat membezakan buruk dan baik.

    ReplyDelete
  7. Kesian Najib.

    Tapi bila aku fikir mendalam, ape kedarah nya nak kesiankan dia.

    Kedudukan Istimewa Melayu dah tersergam dalam Perlembagaan pun tak peduli nya.

    Dahtu dia songlap RM4.2 bilion masuk ekaun dia pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedudukan Istimewa Melayu dah tersergam dalam Perlembagaan pun tak DI peduli nya.

      Delete
  8. "rakan Cina ini menyatakan rasa kurang senangnya terhadap hak keistimewaan orang Melayu yang menafikan hak orang lain". Kepala hotak dia.

    Mana ada Perkara 153 di Perlembagaan kata begitu? Di derap dek omputih kolonial, di bahas dan di lulus dek Parlimen, kan amat bodoh, bangang dan bingong cakap macam itu.

    ReplyDelete
  9. Yang kau nak buruk2kan najib tu siapa. Bukan ke najib tu orang melayu juga. Asal bugis pun apa halnya tetapi dia tetap melayu juga. Ini lah cakap fikir dahulu. Kau tahu tak yg kau hinakan najib tu satu hal saja. Tetapi kau lupa 10 hal yang baik dibawanya untuk kita dan negara kau tak kaji pula. Aku sebagai rakyat malaysia bangga dia sebagai pemimpin kita. Aku bangga dia dpt mempertahan dirinya dan partinya dari difitnah tak sudah2 dari luar dan dalam. Aku malu selama aku tinggal dibawah pimpinan yg pura2 dan gila kuasa selama 22tahun dulu. Aku bangga najib dan tun paklah yg cuba membaiki keadaa itu untuk menyelamatkan orang melayu. Soal gst dan soal hudud sebenarnya sudah lama patut diguna pakai sejak pemerintahan simamak dulu. Tapi diheret kepada pemimpin baru utk menyelesaikannya. Soal ekonomi melayu sudah lama orang melayu tersepit dibawah dasar pembangunan dahulu yg bertunjangkan privatisation itu. Dimana melayu masa itu. Melayu senyap sebab kenyang disuap oleh mama kutty dgn small projek atau sub kontrak dibawah privatisation ini. Fikir2 lah, wahai kaum ku yg bijaksana dan beriiman. Pandanglah disekelilingmu diSelangor dan Pulau Pinang. Dimana letaknya bangunan melayu yg tumbuh mcm cendawan itu. Mana peranan PKNS yg lari hala tuju sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .. najib tu siapa? Dia Lanun Bugis, pengsonglap RM4.2 juta.

      Bukan ke najib tu orang melayu juga? Bukan. Dia kata dia Bugis, "jugak pendatang".

      Asal bugis pun apa halnya tetapi dia tetap melayu juga. Tak betul. Dia semangat Melayu nya takda. Nak buang Akta Hasutan yang melidungi Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan berkenaan Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu.

      Delete
    2. Betul, kau cakap kena fikir dahulu. "yg hinakan najib tu" bukan satu hal saja. Ada lebih 10 hal. hampir tak nampak yang baik dibawanya untuk kita dan negara.

      Aku sebagai rakyat malaysia tidak banggakan dia sebagai pemimpin kita langsung. Mana "dia dpt mempertahan dirinya dan partinya dari tuduhan tak sudah2 dari luar dan dalam." Dia tak berani pun nak saman SR, WSJ, NYT dll. Taku banyak lagi pekung dia keluar bila bicara.

      Berbagai soalan fasal 1MDB dan RM4.2 bilion masuk ke ekaun dia tak berjawab. Laporan Keyua Odit Negara pun di rahsiakan nya. Laporan PAC pulak menambah, bukan mengurangkan soalan.

      Pulak nya Pengerusi "Cari Makan" PAC beri tahu mereka yang beri testimony boleh tutup microphone jika tak mahu apa yang di kata di rekodkan ke dalam Hansard Parlimen. Mengarut.

      Delete
    3. Banyak mengarut kau cakap ni, Mamat 11:30 PM.

      Kau menuduh Tun Dr Mahathir "pura2 dan gila kuasa selama 22tahun dulu." Kau tak reti pun menilai. Kau tak beri penerangan, takda justiifikasi, tuduh membuta tuli. Kau belajar cara kominis. Atau cara rasis anti-Malay, anti-Islam DAP. Mahathir kuat semangat Melayu nya. Najib tidak.

      Amat mengarut kamu mengatakan ".. najib dan tun paklah yg cuba membaiki keadaa itu untuk menyelamatkan orang melayu." Mahathir giatkan DEB sehingga Melayu dapat 23% kekayaan korporat. Najib dan Pak Lah tak berani langsung nak kira berapa % Melayu dapat di pemerintahan mereka - takut dah merosot. Itu pun belom kira % kekayaan dalam bidang lain ekonomi.

      Mahathir dapat seorang Melayu jadi bilionaire di zaman pemerintahan nya. Takda di zaman Pak Lah. Ada sorang di zaman Najib - dia sendiri jadi bilionaire, songlap RM4.2 bilion. Itu pasal dia di panggil Bugis Lanun, kuat merompak.

      Bodoh sangat kau punya cakap aku pun dah malas nak komen semua. Nanti lah kalau aku sempat akan aku godam yang lain kau karutkan di sini itu.

      Delete
    4. Syabas lycan...kah kah kah lawak lawak tepu pencacai nie...

      Delete
  10. Anon 11.30 itu lebih bangsat dari talibarut kominis. Dia tak kisah apa yang terjadi pada negara asalkan boleh perkuda najib bodoh tu untuk dapat dedak.

    ReplyDelete
  11. Walaupun sejahat mana mahathir tetap ada rasa terimakasih kat dia sikit sebab pinda tambah perkara 121 1A perlembagaan persekutuan masa orang islam tersangat kuat secara politiknya di sekitar 1988. Walau sebaik mana najib yang sanggup berkorban menjatuh air muka dan menjual maruah demi memperjuangkan islam terutamanya untuk ahlil sunnah dengan ambil derma sedekah tok arab ( maknanya melayu islam ni sengkek lah sebab nak berjuang pun kena ambil derma sedekah arab) tetap tak leh terima najib sebab tubuhkan jawatankuasa khas kabinet bersama sama bukan islam untuk mengkaji kes kes unilateral conversion. Kita dah cakap mahkamah syriah tu dah setaraf mahkamh civil asas 121 1a perlembagaan sudah lah . Nak kaji kaji apa lagi? Nak buka ruang pinda 121 1 a kah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.

      Najib semangat Melayu nya kurang, semangat Islam nya apa tah lagi. Mana tak nya, kalau dia sanggup songlap RM4.2 bilion masuk ke ekaun peribadi dia.

      Itu sebab di panggil Lanun Bugis, kuat melanun.

      Delete
    2. Setuju,

      Najib tu terlebih liberal bodoh bahalol dan haram jadah (najib ada sebut pe)

      Delete
  12. Ok katakanlah najib tidak bersalah, tidak kah dia merasa bertanggung jawab untuk cuba menagih wang2 yang ditipu supaya mengecilkan kerugian wang rakyat dari terus hangus? Logik ker dia mengatakan tiada penyelewengan cuma kelemahan pentakbiran berlaku? Tentu saja tidak logik.... tapi adalah logik dia memberikan ulasan begini kalau dia sendiri adalah salah satu pencuri nya. Ya tak ya juga ya. Ini baru dapat diterima akal....Sifat yang wajib bagi pencuri ialah bohong. Mustahil benar. Sifat yang harus pada pencuri ialah bohong selagi bolih bohong...Penyokong2 Najib memang seronok sakan dibodohkan dan dengan sukarela memelok pegangan baru akidah yang berkiblatkan kepentingan kesenangan dunia mereka.

    ReplyDelete
  13. CAI 11.30..tak tahu dari hutan atau gunung mana kau dtg terus keputrajaya, 6 hari 5 mlm kau tunggu nak cium bontot jibbo, akhirnya kau dpt kan? Wangi?

    Berani kau kata jibbo menyelamatkan bangsa aku Melayu? Selamatkan? Bangsat betul kau CAI..suruh pulak tanya rakyat sokong Tun ke tak? Nak tahu? Rakyat tak sokong jibbo, dunia dah bukak pekong dia, kau dalam Kain Mak kau lagi ke?

    Kau taksub benar dgn umno jibbo, apa yg dah kau buat untuk umno, masyarakat dan negara? Tak payah banding dgn Tun lah. kau nothing compared to Tun, real nothing. your jibbo pun zero compared to Tun..ni nak habaq mai, aku ni..aku lebih banyak buat untuk bangsa,dan negara, untuk umno lebih drp kau,Pru 13 kepelusuk tanahair nak bantu umno, tapi tak tahu pulak jibbo begini rupanya dlm diam umno dikerjakan, harta negara di salah gunakan.bukti? Nak bukti, dah byk tersebar.kau hanya perlu baca dan gunakan otak kau. fikir betul salah atau tidaknya.setidak2nya saman punca2 pendedahan tu, atau saman Tun sendiri.tapi bos kau takut..
    Berani kerana benar, takut kerana salah!
    Kau menghina Tun yg satu dunia tahu kewibawaannya, menghormatinya dan memandang dengan penuh hormat kpd negara. Hari ini bos kau?

    Satu dunia mengecam dia, negara diaibkan dengan seribu macam skandal penipuan..oleh siapa? Bos kau!

    Kesian Mak bapak kau yg melahirkan kau!

    ReplyDelete
  14. Wah..sampai ke Manchester chari sokongan..apek Kat klinik yg berak tak basuh juboq tu pun dapat kredit..aparaa lah lu Kluang mom

    ReplyDelete
  15. Salam KD.
    Takda ke sesiap nak buat laporan polis ke atas mamat
    AZHARUDDIN OTHMAN@ABDULLAH yang jual pengkalan data
    pengundi PRU13 kepada Ratu Naga dengan harga rm5,000....?
    Walaupun Ratu Naga tak mengaku, tapi perbuatan si Azharuddin
    menjual pengkalan data peribadi 900 ribu orang pengundi tu
    adalah SATU KESALAHAN JENAYAH. Dia patot didakwa kerana
    membahyakan keselamatan orangramai yang maklumat peribadinya
    ada dalam pengkalan data tu. Dia ni gila duit. Mungkin nanti
    dia akan jual pengkalan data tu kepada penjenayah untuk
    digunakan bagi tujuan jenayah. Tak ke ini membahayakan
    keselamatan orang ramai. Saya tak percaya 900 ribu orang
    tu beri kebenaran kepada dia untuk menyalahguanakan
    maklumagt peribadi mereka walaupun untuk tujuan Deklarasi
    Rakyat. Mamat ni bangga buat PENGAKUAN BERSUMPAH.
    Dia tak sedar, perbuatan dia salah.
    Dia patot diajar.
    Sumbatkan dia ke jel dan tarik balik lesen niaga
    mengumpula maklumat orang ramai dalam pengkalan datanya

    ReplyDelete
  16. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete
  17. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan









    saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...