Saturday, October 17, 2015

KETIKA UMNO BOCOR - PAS DAPAT SATU LAGI BONUS...

TERKINI : TUAN GURU DAN ULAMA PONDOK SELURUH KELANTAN IKRAR PERTAHAN PAS DARI MUSUH

KELANTAN, 16hb Oktober 2015 : Perhimpunan seluruh para ulamak dan guru pondok semalam memberikan satu penghormatan yang besar bagi PAS.

Sempena Ijtima‘ Ulama dan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan yang berlangsung semalam menyaksikan kesungguhan ulamak dalam mendokong perjuangan Islam .

Pondok Pasir Tumbuh menjadi saksi tekad dan ikrar mereka untuk memberikan peringatan kepada musuh Islam, sama ada merancang menghancurkan Islam serta memusnahkannya.

Antara intipati ikrar mereka , akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam, memberikan wala' kepada pimpinan selagimana dasar serta pegangannya Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Mereka juga berjanji , komited menyokong kepimpinan ulamak menjadi teras utama memimpin gerakan Islam ini. Tidak akan bertolak ansur dengan  mana-mana pihak untuk menghancurkan Islam.

Menghapuskan segala entiti asing, dengan hanya berkiblatkan matlamat memecah belahkan jemaah dan menyuntik fahaman songsang dalam minda aktivis Islam.

Memperanankan institusi pondok dalam melahirkan ilmuwan Islam yang membantu gerakan dakwah serta menyampaikan wajah fikrah Islamiyyah sebenar.

Berikut adalah ikrar penuh ulama-ulama pondok :

IKRAR ULAMA DAN GURU-GURU PONDOK NEGERI KELANTAN 1437H

Sempena Ijtima‘ Ulama dan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan yang berlangsung pada 4 Muharram 1437H bersamaan 16 Oktober, 2015M bertempat di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan:

Pertama:

Memberi sokongan dan dukungan padu dengan beristiqamah bersama Jemaah Islam PAS dalam usaha memartabatkan Islam dan syariatnya di negara ini.

Kedua:

Memberikan kesetiaan (wala’) dan ketaatan kepada kepimpinan Jemaah Islam selama mana arahan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Al-Qur’an dan Al-Sunnah.

Ketiga:

Tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk usaha sama ada daripada dalam mahupun daripada luar untuk memecahbelahkan kesatuan Jemaah Islam.

Keempat:

Mendukung Kepimpinan Ulama yang sedang mentadbir kerajaan negeri Kelantan dan mempertahannya dari sebarang anasir yang cuba untuk menjatuhkannya.

Kelima:

Bersama kepimpinan kerajaan negeri Kelantan untuk memartabatkan pengajian pondok yang merupakan benteng utama kekuatan Islam di negeri Kelantan.

Keenam:

Bertekad untuk sama-sama berganding bahu untuk memastikan kemenangan Jemaah Islam dalam pilihan raya umum ke 14.

Ketujuh:

Menolak Parti Amanah Negara (PAN) bersama kepimpinannya dan kami menyeru semua mereka untuk kembali bersama PAS.

~BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN~



Layari Website DUPP
http://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/6595-terkini-tuan-guru-dan-ulamak-pondok-seluruh-kelantan-ikrar-pertahan-pas-dari-musuh

Like & share Fb DUPP
https://www.facebook.com/dewanulamakpas?ref=hl

Dihantar oleh:  UstRahman

Langganilah https://telegram.me/UlamaBot Untuk Info Sahih Dan Pantas.

5 comments:

  1. Insya Allah. Kiranya perjuangan diatas landasan yang betul dan melihatkan kekecamukan dalam UMNO, ramai orang Melayu yang akan menyertainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak orang mengutuk PAS kerana puak bukan ulama dan liberal yang dulu dalam PAS menubuhkan parti baru Amanah , kutukan ini datang terutama dari seteru PAS iaitu DAP dan kuncu kuncu mat sabu dan pengikut mereka , tapi sekiranya mereka tersilap langkah dan gagal memahami keadaan politik sebenar mereka akan kecundang kerana majoriti orang melayu sekarang yang benci najib dan umno disebab penyelewengan yang sedang memerhati kedudukan PAS sekarang dengan tindakan PAS menjauhi DAP yang memang tidak dapat diterima oleh orang melayu mungkin akan memberi kelebihan kepada PAS terutama dari pengundi melayu atas pagar yang tidak suka dengan DAP . Tentang kebolehan PAS memerintah itu perkara lain yang penting sekarang majoriti melayu yang benci najib melihat pemimpin dalam umno dan najib sama saja dan di capur dengan masalah kesempitan hidup ,mereka mungkin memilih PAS untuk mengajar kerajaan sekarang supaya menghentikan budaya rasuah dan untuk kaya diri ,mungkin PAS akan jadi parti penentu nanti di PRU 14 .

      Delete
    2. Setuju.... go PAS.. go... perjuangan diteruskan.

      Delete
    3. ASSALAM.Keluasan ISLAM menjadi sempit dgn sifat KEKELANTANAN...mereka seolah2 x iktiraf KEISLAMAN KERAJAAN PUSAT...ini menimbulkan kebencian orang Islam Kelantan kpd org Islam di tempat lain...SETAKAT NI BELUM JELAS LAGI TERBUKTI apa yg mereka fikirkan dlm minda mereka. agak hairan agama yg PAS pelajari selama ini boleh pulak bersama DAP & PKR...dimana kerohanian keimanan hasil ilmu yg dipelajari...MUNGKIN bagi PAS org syiah yg berserban & bertudung lingkup itu lebih baik dari UMNO yg agak berserdehana...AL AYAT: kesudahan yg baik itu adalah utk org2 yg BERTAQWA. PAS kata mereka pejuang ISLAM sedangkan di mata musuh2 ISLAM, PAS sudah hancurkan orang ISLAM UMNO jugak..kehendak AGAMA mengatasi kehendak parti.

      Delete
  2. assalam. antara ajaran tarikat PAS kpd orang awam JGN KAMU BERTERIMA KASIH kpd KERAJAAN PUSAT yg juga ahlus sunah spt mana SADDAM HUSSEIN yg digulingkan. Maka carilah jalan walaupun cara HARAM sekalipun utk MENGULINGKAN kerajaan ahlus sunah yg sedia ada, oleh itu akan cuba PAS berpakat dgn musuh2 ISLAM utk menggulingkan kerajaan Ahlus Sunah...ALLAH telah memilih KERAJAAN UMNO + MCA+ MIC utk MALAYSIA MERDEKA tanpa peperangan..dgn itu ISLAM SUNNAH dibangunkan secara berperingkat. AJARAN pemikiran KEKELANTANAN tidak akan mengiktiraf KEISLAMAN kerajaan Pusat...AKU SYUKURI NIKMAT MERDEKA. NIAT MENENTUKAN CORAK PERJUANGAN SAMADA SYURGA @ PUTRAJAYA. JIKA SYURGA maka utamakan perpaduan sesame ISLAM, jika sebaliknya maka cara HARAM menjadi pilihan kerana BENCI & DENDAM tanpa fakta & ilmu yg jelas..ini bukan ciri orang mutaqin...AKU YAKIN PAS AKAN GAGAL disebabkan TARIKAT YG dipilih adalah melawan sunah yakni memerangi saudara seislam semata2 utk ke PUTRAJAYA... UTK itu kah kamu belajar ILMU agama Allah...GUNA DALIL AGAMA dan masa yg sama melawan DALIL AGAMA.

    ReplyDelete

6ANGKA