Monday, October 26, 2015

Sudahkah kita mempunyai PM baru?

Lebih sudu dari kuah?
Lebih hulu dari keris?
Yang wajar menyangkal Timbalan Presiden adalah Presiden sendiri terutama yang dicakapkan tentang batang tubuhnya sendiri dan bukannya tukang ambik kasut, tukang urut, tukang buka pintu, tukang cium tangan..

Mereka sangat biadab untuk menyanggah seorang Timbalan Presiden yang dipilih. Mereka menunjukkan contoh kurang ajar kepada ahli bawahan.

Ini antara Timbalan dan Presidennya, biarlah mereka selesaikan secara matang.

Jadi Timbalan Perdana Menteri melalui lubang tingkap tak sama datang dari pintu depan dijemput masuk...

Tukang jawab biasanya mempunyai kepentingan tanpa segan silu sehingga kadangkala memalukan kaum...

Presiden hendaklah (earned) dihormati dan bukannya dipaksa (demand) untuk dihormati.
Berilah peluang dan ruang untuk Presiden menjawab dengan bijak dan tidak membuka ruang untuk terus kontroversi.




7 comments:

  1. adat donia bang. hatta pijak kepala kawan pun sanggup demi cita- cita nak jadi pm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang adat dunia , untuk kekal kuasa ade yg sanggup jual negara dan maruah bangsa pada orang luar ... pendapat majoriti disingkirkan , penjilat disekitar diagung2 kan ... yang salah jadi benar dan yang benar jadi salah....... benarlah dunia sudah sampai kepenghujungnya. ..

      Delete
  2. hampir pupus REAL MIRROR dalam penyampaian maklumat diperingkat kepimpinan sekarang, yg ada GHOST MIRROR kekadang nampak kabur, kekadang menghilang seperti ingin menyembunyi sesuatu, akhirnya jadi BROKEN MIRROR melupuskan segala persoalan timbul tanpa perlu dijawab samada benar atau palsu.

    mungkin ini teknik terbaru transfomasi politik dinegara ini, sebab itu akarumbi jadi benggong, pihak kepimpinan atasan kena menyediakan seminar berkaitan agar mudah difahami mekanisma persembahan cara begini supaya pemikiran mereka tak terpesong dengan maksud maklumat yg hendak disampaikan oleh pucuk kepimpinan.

    jika boleh, bukukan jadikan journal mirror politics.

    ReplyDelete
  3. Persoalannya adakah presiden ada teloq nak menjawab? Adakah presiden #nothingtohide atau #najibiscrackingup?

    ReplyDelete
  4. Masalahnya sebahgian besar pemimpin adalah pemain politik. Segala perilaku hnya ada kepentingan peribadi. Bercakap bila ada faedah diri bukan berlandas janji angkat sumpah. Kemaruk dunia lupa bekal akhirat! Dh mcm bngsa syiah je semuanya, cakap baik tp hakikinya buruk penipu.

    ReplyDelete
  5. Najib kena tunggu dulu apa kata penasihat, lepas tu baru statement...

    ReplyDelete
  6. PRU14 bagi lee calon muka baru yang amanah, bersedia utk berkhidmat utk agama dan negara.
    Yang ada sekarang kebanyakan dah kereput.
    PM Canada, Belanda dan banyak lagi semua muda dan bertenaga.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...