Thursday, September 8, 2016
SETAKAT MANA BENAR BERITA ANGIN ADNAN AKAN DISINGKIRKAN...
Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini dikejutkan apabila menteri besarnya, Datuk Seri Adnan Yaakob menanggalkan kasut dan mengangkat kaki ke mukanya.
Adnan kemudian meletakkan pen di celah jari kaki ketika kakinya diangkat dan bertanya sama ada anggota di dalam dewan boleh melakukan perkara yang sama, lapor Sin Chew Daily.
Menteri besar Pahang itu membuat aksi pelik itu bagi menunjukkan dia berada dalam kesihatan yang baik.
"Saya berpendapat, walaupun kesihatan saya masih hebat, namun tidak ramai dapat melakukan begini," katanya dipetik dari rakaman audio yang diperolehMalaysiakini.
Beliau dilapor berkata, sepanjang 18 tahun menjadi menteri besar dan 30 tahun menjadi ADUN, kesihatannya sangat baik namun terdapat dakwaan beliau tidak sihat baru-baru ini.
Adnan berkata beliau hairan dengan khabar angin itu dan memberi jaminan berada dalam keadaan sihat.
Merujuk kepada aksi mengepit pen menggunakan jari kaki itu, Adnan berkata ia membuktikan kesihatannya baik.
ADUN Bilut, Chow Yu Hui, ketika dihubungi berkata beliau hairan dengan tingkah laku menteri besar berkenaan.
"Saya tidak pernah menyangka dia akan melakukan sesuatu seperti itu. Ia adalah mengejutkan dan tidak dijangka," katanya.
Sebelum itu, Adnan mensasarkan PKR kerana menuduhnya rasuah atas penjualan kompleks beli-belah Kuantan Parade, yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan negeri.
Beliau memberi amaran tidak akan teragak-agak untuk memulakan saman fitnah terhadap mereka yang membuat tuduhan sedemikian.
Adnan juga menafikan salah laku berkenaan dan mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara itu.
# Ghani dan Muhyiddin jika mengikut jejak Adnan, kemungkinan besar masih kekal TPM dan AG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
ReplyDeleteKenapa Ada Pakej Haji Yang Mahal & Selesa ? Kan Patutnya Manusia tu Sama Sahaja.
Kenapa Ada Pakej Haji Yang Mahal & Selesa ? Kan Patutnya Manusia tu Sama Sahaja.
.
Tuan puan yang dimuliakan,
Hari ini sudah 6 Zulhijjah.
2 hari lagi masuk hari tarwiyah, kemudian hari arafah dan seterusnya hari nahar untuk mula menyembelih binatang.
Musim-musim haji ini ada komen-komen pasal haji pakej. Seperti yang kita maklum, haji pakej ini memang kena bayar lebih dari yang pergi ikut muassasah.
Pakej haji pun tidak semua sama. Ada yang pakej biasa-biasa. Lebih kurang sama sahaja dengan yang pergi haji ikut muassasah. Hotel jauh dengan masjid.
Ada yang pakej VVIP. Yang ini memang ada banyak bezalah. Dekat dengan Masjidil Haram. Tapi kalau jenis dah azan baru nak turun hotel tetap tidak dapat solat betul-betul depan Kaabah.
Pakej Haji VVIP ini memang lebih lebih lebih selesa. Sebab ada blog yang share pasal pakej haji VVIP ini dan ada yang bersuara sumbang bila tengok disajikan udang kara (lobster).
Tuan puan yang dimuliakan,
Haji ialah wukuf di Arafah.
Hari Arafah ini merupakan gambaran padang mahsyar.
Dalam hadis yang sahih ada disebut 7 golongan yang mendapat perlindungan Arasy semasa di padang Mahsyar. Sejuk. Selesa.
Pada masa yang sama, ada hadis lain yang menyebut jarak matahari nanti cuma sejengkal dari kepala. Panas. Ada dikalangan kita nanti yang tenggelam dalam peluh sendiri. Peluh ni bau busuk ke wangi ?
Apakah hadis ini berlawanan ? Tidak.
Gambaran ini memang ada di padang Arafah ketika hari wukuf. Perlindungan dari kepanasan itu berbeza-beza. Jemaah haji Malaysia walaupun pergi dengan muassasah masih tetap ada perlindungan dari terik matahari. Walaupun begitu, keadaanya berhimpit dan begitu terasa bahangnya.
Namun ada jemaah haji yang tidak mempunyai perlindungan apa-apa. Bila nak masuk menumpang khemah, ada syeikh muassasah halau mereka dari masuk dalam kawasan khemah. Dalam keadaan panas terik mereka pun terpaksa pergi dengan air minum pun tiada di tangan.
Pakej haji VVIP sudah tentu mendapat perlindungan yang lebih selesa dan berbeza dengan haji muassasah. Makanan lebih sedap. Tidak berhimpit. Bilik air / tandas lebih baik.
Keadaan bilik air / tandas di Arafah untuk muassasah dapat mengingatkan kita kepada keadaan matahari sejengkal dari kepala yang menyebabkan kita ditenggelami peluh sendiri yang busuk itu. Untuk mereka yang mahu sedar dan ambil pengajaran.
Tuan puan yang dimuliakan,
Pengajarannya adalah kalau di dunia kita dah berusaha bersungguh-sungguh cari duit, maka kita dapat beli keselesaan tersebut. Allah telah bukakan sedikit gambaran mahsyar sejak di dunia lagi melalui hari wukuf di Arafah untuk kita ambil pengajaran kepada yang mahu mengambilnya.
Di Mahsyar nanti, nak dapat keselesaan VVIP pun boleh. Maka kita bersamalah berusaha bersungguh-sungguh berbuat kebaikan di dunia ini. Mudah-mudahan kita dapat masuk dari salah satu dari 7 golongan yang dimaksudkan:
(1) Pemimpin yang adil
(2) Orang muda yang tekun beribadah
(3) Individu yang hatinya terikat dengan masjid (istiqamah solat 5 waktu di Masjid)
(4) 2 orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah
(5) Individu yang diajak berzina oleh seseorang yang mempunyai kedudukan, harta, cantik / hensem dan menolaknya kerana takut kepada Allah.
(6) Orang yang bersedekah sehingga tangan kiri tak tahu apa yang tangan kanan beri.
(7) Orang yang ingat Allah, zikir, tahajud sehingga mengeluarkan air mata.
- Suzardi Kaulah
Artikel diatas untuk kd dn peminat serta pengkritiknya..
ReplyDeleteapa hang dok merepek nie, lari tajuk terus.
Deleteketurunan pemakan dedak from najib bangsat penyamun kot.
bicarakan tentang perbezaan pakej haji vvip dgn muassassah dan gambaran padang arafah pun dikatakan pemakan dedak dan dikaitkan dengan najib. apa jenis manusia yg duk fikir dedak dan najib sepanjang masa
ReplyDeletememamng sepanjang masa rakyat dok pikiaq pasai najib bangsat nie, sebab dia nie lah punca rakyat susah.
Deletedia dan pencacainya dok senang lenang tapi rakyat susah and kami percaya banyak lagi jutaan rakyat dok ingat kat dia and berdoa supaya Allah selamatkan rakyat dan malaysia dari penyamun, penyangak and bangsat nie.
hope you clear why rakyat selalu ingat kat najib laknatullah nie.
Anon 8:09, Kalau pun beci najib , jgn meletakkan akhlaq anda di tahap yg hina. Diam itu hikmah, trlebih baik untuk anda.
Delete