Wednesday, September 7, 2016

JANGAN BACA KALAU TIDAK SOKONG BERSATU

JADIKAN PARTI BERSATU PIHAK MAJORITI YANG MENJADI PERISAI KEPENTINGAN BUMIPUTERA

Jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kuat dan ahlinya majoriti dalam Barisan Rakyat maka kita Melayu-Islam sebenarnya tidak perlu takut dengan DAP dan konco-konconya.

Ini kerana pihak majoritilah yang mempunyai lebih kuasa untuk menentukan hala tuju negara dan mempertahankan hak-hak kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lebih kurang seperti UMNO dalam BN lah. Selagi UMNO kuat, selagi itulah MCA, MIC dan GERAKAN semua itu terpaksa hormat dan akur kepada kepimpinan negara yang didominasi UMNO.

Namun sekarang UMNO sudah lemah kerana imej pemimpin tertingginya yang maha korup. Maka parti-parti komponen BN termasuk di Sarawak terus memberi asakan demi asakan supaya kepimpinan UMNO menggadai itu dan ini atas nama kerjasama politik atau perkongsian kuasa.

Yang jadi mangsa kelak ialah rakyat terutamanya Melayu-Islam-Bumiputera yang makin ditekan oleh tauke-tauke kapitalis yang pandai bodek, suka sogok dan ambil kesempatan atas kelemahan kepimpinan Melayu-Islam-Bumiputera itu sendiri.

Kerana itu perlunya kita ramai-ramai mendukung Parti BERSATU yang dibarisi kepimpinan yang lebih segar, serius, intelek dan telus. BERSATU tidak berhaluan LIBERAL atau SEKULAR.

Jauh sekali BERSATU ini suatu parti yang menggunakan retorik agama untuk meraih undi simpati. BERSATU berada dalam kategori parti pro NASIONALIS-ISLAMIS PROGRESIF yang lebih bersifat rasional, memahami realiti serta kehendak sosio-politik tempatan, tegas, menjunjung prinsip integriti sebagai lambang MARUAH pribumi dan warga Malaysia.







REALITI: Siapa peluk siapa (?)
MITOS: Penyokong termakan cerita pemimpin umno supaya membenci DAP bagi survival politik mereka... 


Belajarlah daripada Tun Dr Mahathir,  walaupun tanpa jawatan,  seusia 90an kewibawaannya memaksa Lim Kit Siang tunduk dan akur untuk tandatangan Deklarasi Rakyat. 

Itulah namanya kebijaksanaan seorang Melayu Islam. 











34 comments:

  1. DAP lain, MCA dan MIC tak terlibat kes 1969... aku harap kau bukan Melayu... klu kau Melayu aku anggap kau adalah pengkhianat kepada Agama bangsa dan negara. Agama krna DAP terang2 tolak islam itu sebab dia kafir harbi. Bangsa, DAP tidak pernah menghortmati hak2 orang melayu.. ingin dirampas nya semua..klu bukan UMNO yg membuat polisi2 tidak porpular dan lama Melayu melukut ditepi gantang. Negara, ingin merampas kuasa melalui keganasan 13 mei, sekarang dengan merosakkan minda melayu bagi menyokong mereka. Jahanam DAP, Jahanam Talibarut seperti kamu.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. buta sejarah ke bro.. DAP pun pernah dipelawa masuk PERIKATAN lps 13 mei.. why??? for the moment tolak pemimpin penyamun munafik tu dulu.. bagus gak ada BERSATU boleh semak dan imbang UMNO yg rata2 pemimpinnya yg takde integriti.. Bila dah selalu dongak ke langit.. lupa tunduk ke bumi...

      Delete
    2. 12.24 mungkin budak lagi yang sedang semangat dengan jawatan disandang. berpolitik hanya kebetulan dan tau sejarah melalui pendengaran saja..

      Delete
  2. ini impian semata ... from level zero .. almost imposible jika nak bekerjasama dgn parti2 pembangkang yg ada skrg yg berpaksikan DAP yg licik. Dah terbukti dgn nasib yg dilalui PAS... yg pasti bersatu harus bubar dan rujuk dgn UMNO ... period !! else go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comment terdesak Cybertrompah UMNO aka Parti Sarkis..

      Living in a confort zone... Party Sarkis UMNO have been around for too long. It is them thst have to GO FLY KITE or Jibo go gentel Hippo.

      Delete
  3. UMNO hanya LAMBANG penguasaan Melayu.Pengendali UMNO kini sudah menyimpang jauh dari matlamat penubuhan UMNO yang asal.Mempergunakan UMNO untuk kepentingan diri, mengaut kekayaan dan bermegah-megah dengan wang ringgit.Rakyat Melayu masih banyak dibelenggu kemiskinan dan memerlukan pembelaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Maddey Keling Kera-la longgok atas riba anak2 dia dan kroni dia tu ape bendanya pulak

      Delete
    2. Orang UMNO memang suka Maki Hamun dan Menghina.

      Bongkak dan kurang ajar. Mak Bspak tak beri didikan sempurna!!

      Ramai rakyat dah bosan dan menyokong pembangkang lantas menafikan sumple majority buat UMNO.

      Ditambah pula dgn penyokong bebayarnya yg biadap insya allah PRU14 akan ada perubahan yg lebih ketara

      Delete
    3. Cybetrompah BE END menghina bangsa India dan Cina dgn kata2 "Keling, mamak dan lain.

      ko lupa mereka juga pengundi.. Perbuatan kau membuat UMNO lebih parah!!

      Delete
    4. Perkataan keling dah wujud dari zaman sultan. Melaka. Umno pon belum ada. Pakatun.tun.tun apa lagi. Perkataan China lagi lama dah 5000 tahun. Persepsi ngko ttg hina tu je yang silap. Sila perbetuikan

      Delete
  4. KD budak nangoi. Tiada kematangan dan lebih seperti tikus baiki labu. Dengar guroh di langit ( Parti Bersatu) air tempayan ( Kuasa/Umno) dichurahkan. Nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong kechichiran. Seperti mengejar lembayong petang. Sebusok2 daging dikinchah dimakan jua. Ini lah peribahasa2 nenek moyang Melayu Purbakala. Jika tak di ikut kata orang tua tidak patah rengkat (selioh).

    ReplyDelete
  5. Wah admin ...dapat bonus besar kali ni....dari towkeynya..Mr Dap

    ReplyDelete
  6. Belajar daripada Tun Dr Mahathir???
    Lim Kit Siang tunduk dan akur untuk tandatangan Deklarasi Rakyat???
    kebijaksanaan seorang Melayu Islam ???

    Maaf kata la, penjilat Madey tidak belajar apa yang Madey buat selama dia jadi PM.

    Dan paling nak gelak ialah bila Madey shake hand dengan Anwar yang mana dulu dia la yang menyebabkan Anwar kena sumbat dalam jel .... lama lak tu

    Agak2 ko KD ada otak tak fikirkan mende ni ....
    Maaf lah aku kini dan selama lamanya membenci Madey selagi dia tak insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro!!

      PM Lanun Pendatang Bugis tak akan belajar dari TUN sbb kalau dia buat begitu dia akan tek berpeluang menyakau Duot 1MDB dan Khazanah rakyat yg lain.

      Delete
  7. Tuan-tuan tentu masih ingat bilamana Lim Kit Siang mencabar Mohyidin untuk menyatakan prinsip sebenar perjuangan nya samaada malay first atau malaysian first.Mohyidin dengan tegas mejawab malay first,begitu bukan.Makna nya begitu totoknya mohyidin dengan perjuangannya dan begitu jauh nya beliau dengan DAP.Tapi rupa nya Lim Kit Siang jauh lebeh pintar dan tidak menunggu masa yang lama untuk mengubah prinsip perjuangan mohyidin.Hari ini kita lihat begitu rapatnya beliau dengan LKS dan bercakap pun seolah-olah senada dan seirama.Atas apa alasan pun kemenangan mutlak adalah milik LKS.

    ReplyDelete
  8. Tun salam dgn anwar..pengkianat besar kata DSSK
    yg gambar2 diatas tu tak pe pulak ya...bengong
    JOM KITA SOKONG DAN BERSAMA DGN BERSATU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar di atas tu lain. Nampak pelok2 saja Gimik2 . Dalam parlimen belasah mata sepet tu kaw2. Bukan macam Keling Kera-la. Pelok2 beserta nawaitu bersekutu nak pedajai orang lain. Punya simple yg ni pon Chai tak paham. .adohai

      Delete
  9. Walau apa pun komen kau orang aku dah bertekad akan menyertai bersatu.Aku dah berpatah arang dan berkerat rotan dengan umno .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam ugama pon tiada paksaan inikan pula dalam politik. Elok ko berambus cepat2

      Delete
  10. Kau memang dah sedia pembangkang tak usah dok merapu lah 5:39:00 weiii

    ReplyDelete
  11. Belajarlah daripada Tun Dr Mahathir, walaupun tanpa jawatan, seusia 90an kewibawaannya memaksa Lim Kit Siang tunduk dan akur untuk tandatangan Deklarasi Rakyat. - kluangman

    Lim Kit Siang setuju untuk menandatangani deklarasi rakyat Tun M sebab dia sudah nampak agenda DAP sedang bergerak menuju ke matlamat mereka yang mereka mahu semenjak dahulu lagi. Bahawa usaha mereka untuk memecah belahkan perpaduan orang melayu sedang berjalan lancar dengan sendirinya. Dia tahu bukan senang untuk menyatu padukan orang melayu mentelah lagi dengan isu isu yang dibangkitkan oleh Tun M mampu untuk meleraikan ikatan perpaduan politik orang orang Melayu di dalam UMNO.

    Halangan terbesar Kit Siang hanya ajaran Islam sahaja sebab terdapat amaran keras yang mengharamkan syurga kepada sesiapa yang memutuskan ikatan persaudaraan sesama orang Islam didalam Al Quran dan hadis Rasulullah SAW. Tetapi apabila orang melayu sudah terbentuk menjadi serpihan serpihan kecil yang tidak kuat maka amat mudah bagi DAP untuk memaksa orang melayu untuk ikut kemahuan mereka bagi mengubah dasar peruntukkan undang undang yang sedia ada sekarang yang sedang mempertahankan ugama Islam sebagai ugama rasmi dan hak istimewa orang melayu khususnya Raja Raja Melayu.

    Agenda Dap untuk memecah belahkan orang melayu ternyata sedang berjalan lancar apabila terbentuk :
    - Parti Keadilan daripada serpihan parti UMNO
    - Parti Bunga Tun M juga daripada serpihan parti UMNO
    - Parti Kuali (PAN) daripada serpihan parti PAS

    Ironinya orang orang melayu di dalam ketiga tiga parti yang dahulu menentang keras agenda peminpin Cina DAP di dalam UMNO dan PAS sedang bergerak menjadi berperang sesame kita sendiri pulak sekarang ini. Kalau dahulu Tun pernah mengatakan bahawa Israel berperang secara proxy sekarang kita lihat DAP pula sedang berperang secara proxy juga. Sedar atau tidak orang melayu yang sekarang sedang menjadi proxy DAP sedang memerangi orang melayu semula bagi pihak DAP.

    Inilah strategi peperangan yang diajar oleh jurulatih Israel kepada pemimpin Cina DAP tentang bagaimana untuk memecah belahkan orang melayu bagi menakluki sebuah negara Islam seperti Malaysia secara demokrasi.

    ReplyDelete
  12. Orang sama Cy ertrompah UMNO keliling merata Blogger mencaci menghina memfitah Tun dan party pembangkang Siang dan Malam.

    Dedaknya pasti amat lumayan mampu memberi makam dan keselesaan dgn pendapat haram!!

    ReplyDelete
  13. Pemimpin melayu ni walaupun berdegar-degar cakap totok tapi sebenarnya totok kerak nasi saja.Pantang terendam air sekejap terus berderai.Tengok siapa mastermind dalam isu 1mdb sebenar nya Tony Pua bukan anak buah Lim Kit Siang.Ini lah orang nya yang memulakan dan menyebarkan isu ini.Walau pun dia ni adalah anggota PAC dan bersetuju bahawa tiada wang 1mdb yang hilang tapi di luar sana dia boleh pula mencipta berbagai fitnah terhadap 1mdb.Apabila isu ini disambut oleh pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang berkepentingan ia serta merta bertukar menjadi hangat membara.

    Kesan dari itu lahir lagi sebuah parti melayu yang mendakwa memperjuang kan isu ini yang dikatakan sebagai tempatnya lombong rasuah najib dan sekeluarga.Apa pun keadaan nya kabilah sudah berpecah-pecah.Siapa yang menjadikanya begitu jawapannya begitu mudah dibaca kecuali hanya mereka yang saja-saja tidak mahu mengerti.

    ReplyDelete
  14. Apa sudah jadi, larangan membaca jika tidak sokong BERSATU diengkari...

    Penat melayan yang tak faham bahasa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nabi pon orang engkar. .sapa Le ko Kluang Man ooi. Tidoq kaki dan joboq kataih kepala kebawah.

      Delete
  15. Kalau larang baca apa tulis....Bingai lah kau ni KDN.
    Negara kita ini negara demokrasi ....suka hati orang la...baca ke ,beri komen ke..
    Kalau tak beri orang baca tak usah post...duduk ontokx atau duduk dlm hutan....
    Kalau SKMM gam blog kau ....kau kata kejam
    Ni suruh orang lain tak bolih baca.....apa lak perkataannya
    Dah melalut la kau sehari dua ni...apa hal...Mata Sepet DAP pun kau sokong....

    ReplyDelete
  16. Tak kira lah parti Melayu mana pun yg berpecah, tak kira lah berapa banyak pun parti politik Melayu yg baru ditubuhkan.... akhirnya yang untung DAP jugak. Nama saja BERSATU.....selagi nama Melayu selagi itu lah tak akan ada...repeat.. tak akan ada yg bersatu. KD melalak lah macamana pun.. UMNO, PAS PKR, IKATAN, PAN dan BERSATU melalaklah setiap malam dalam ceramah2...menghabiskan masa saja,orang Melayu tak akan bersatu..tapi yg untung orang Cina.

    ReplyDelete
  17. Orang cina untung sebab melayu umno bodoh, hanya melayu bodoh dan boleh dirasuah sahaja menjadikan orang cina kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodohnya Melayu umno sampai boleh merdeka dan tadbir lebih setengah abad. Simpan bangang tu sikit

      Delete
  18. Salah satu kaedah untuk mengenalpasti siapa kah macai DAP adalah mereka yang sangat suka dan bangga untuk menggunakan perkataan "DEDAK". Perkataan ini sengaja di cipta oleh Nga Kor Ming untuk melabelkan secara jijik mana mana orang Melayu yang tidak selari dengan agenda mereka. Padahal orang melayu yang sealiran dengan DAP sedang di jadikan ternakan politik DAP sahaja sebenarnya.

    Kesian kepada macai DAP berbangsa melayu kita yang masih tidak perasan status mereka di kacamata politik DAP yg tidak lebih seperti binatang ternakan.

    ReplyDelete
  19. pala buto kluang man...anak haram. mak bapak ko anak hanjing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooops bro. Tolong Tarek balik. Kita Melayu umno..walau pun marah tetap santun. Pakatoon-toon-toon je yg pandai maki hamun

      Delete
    2. Anon 10:55 contoh terbaik fly kite dedak grade makanan babi, kesian mak bapak budak ni.

      Tak sia sia jadi ahli umno haprak

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...