Memang Pahit untuk ditelan.Tetapi inilah kenyataan.
Nah.. baca ni, penulis dari group LHDN
Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapat sumber pendapatan negara tetapi sebenarnya negara bermasalah dalam menguruskan perbelanjaan.
Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas diri mereka untuk menambah hasil negara.
Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai dikenakan kepada golongan berkemampuan untuk menjadi sumber kepada negara sama ada menerusi cukai langsung korporat dan individu dan cukai tak langsung menerusi duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.
Malaysia juga memperolehi hasil lumayan dan mewah menerusi hasil bumi khususnya minyak sehingga menjangkau antara RM70-RM80 bilion setahun.
Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk seramai 28 juta.
Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh yang panjang telah gagal menguruskan perbelanjaan negara menurut panduan Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat menerusi fakta-fakta berikut:
a. Belanjawan Tahunan
Kerajaan Barisan Nasional membentangkan belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan yang dijangka akan diperolehi.
Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 tahun mendatang.
Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka sebagaimana tahun-tahun berikut:
Perbelanjaan (P) Hasil (H)
2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion
b. Hutang Negara
Belanjawan defisit menyumbang untuk negara meningkatkan hutang negara daripada setahun ke setahun.
Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. Laporan terakhir 2015 hutang negara telah menjangkau 847 bilion.
Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana berikut mengikut tahun:
1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion 2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion
(Sumber The Economist)
Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 2014 telah menjadi RM677 bilion.
Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.
Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.
Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.
c. Ketirisan Perbelanjaan
Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.
Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 kerajaa
n merancang perbelanjaan mengurus sebanyak RM223 bilion.
Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan peningkatan hampir RM100 bilion?
Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber tetapi pada masalah berbelanja.
Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber daripada rakyat.
GST dikenakan pada semua barangan dan perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi cukai.
GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan cukai sangat luas.
Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari termasuk orang miskin.
Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang yang berkemampuan sahaja.
Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras kemiskinan.
MUNGKIN ANDA MASIH KABUR, DARI MANA DATANG NYA DANA UNTUK MEMBAYAR HUTANG SEBANYAG RM 847 BILION DAN FAEDAH NYA, TENTUNYA DARI RAKYAT YAKNI CUKAI.
CUBA KITA KIRA - 847 BILION/30 JUTA RAKYAT MALAYSIA:
847000,000,000/30=
RM28233.3 JUTA, JADI SETIAP RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI HUTANG SEBANYAK RM 28.23 BILION.
JADI JIKA PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA TIDAK DIUBAH MALAYSIA AKAN BENGKRAP, ITU SEBAB MENGAPA PENGURUSAN NAJIB SENTIASA MAHU MENAIKKAN SEMUA CUKAI BARANGAN DAN PERHIDMATAN, SUDAH BEGITU PUN NAJIB MASIH MENGEKALKAN HIDUP BERMEWAH2......
Copy n paste dr group LHDN utk sama2 Kita fikirkn bagai mana utk menghadapi situasi yg genting ini. [truncated by. WhatsApp]
TOLONG VIRAL KAN AGAR SEMUA RAKYAT TAHU TAK KIRA LA ANDA DI PIHAK YG MANA.
#SELAMATKANMALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Pemakan dedak dan pencacai umno x blh terima ni...meroyan nanti klu mereka baca
ReplyDeleteItu blm campur hutang 1MDB
Kiraan jumlah hutang per rakyat malaysia itu betul ka??
ReplyDeleteBukankah jumlah nya rm28,333 dan bukannya rm28.333b
Anda betul joe harry ..
DeleteHarap admin lebih teliti agar tak hilang kredibiliti
Najib bagi dedak banyak. Bela ayam la blader, nanti dapat telor boleh ekspot luar negara boleh dapat wang banyak bayar hutang. Monyet monyet di hutan belukar kasi tangkap la ganggu orang mau tanam pisang
ReplyDeleterambutan. Kutip duit gst Buat kapal ufo la najib boleh hantar rakyat malaysia hijrah ke planet marikh.
Sorrylah...penulisan dari org yg tak tau apa itu gst...ketirisan berpunca dari kakitangan kerajaan yg tak tau buat kerja..jumlah yg ramai tapi buat kerja sambil lewa..yg disalahkan pemimpin politik..tunggulah dap dapat kuasa nanti jumlah kakitangan kerajaan ni dikurangkan 50%.
ReplyDeleteChai 6.47, MCA pun dah bagitau, hari ini org melayu sudah tidak takut lagi taktik saikologi parti najib menakut nakutkan org melayu.
DeleteBegitu juga dengan taktik hak dan kuasa org melayu akan terhakis, Konon2nya brim akan dimansuhkan.
Tidak terpakai dan tak jalanlah taktik parti najib ni....
HAKIKAT DAN KENYATAAN NYA,
Selagi kaum bumiputra dan org melayu memerintah, bantuan brim, bilangaan kakitangan kerajaan, polisi membantu kaum bumiputra dan org melayu akan dipertingkat dan diperkemaskan!!!
Jika tidak ada ketirisan dan penyelewengan, maka tidak akan ada penindasan, kezaliman dan penganaiyaan terhadap rakyat malaysia.
Jika tidak ada rasuah,salahgunakuasa dan kehidupan bermewah mewah pemimpin2 parti najib, maka tidak ada penindasan, kezaliman dan penganaiyaan terhadap rakyat malaysia.
Fahamilah konsep bersih, cekap, amanah dan berintergriti sepertimana yg terdapat dalam piagam parti BERSATU.
Jentera pentadbiran kerajaan pasti bergerak kemas dan licin!
Mohon Parti BERSATU memasukkan point2 diatas dalam SETIAP kempen untuk memberi kefahaman dalam usaha memenangi hati dan fikiran org melayu dan kaum bumiputra!!!
Ayuh rakyat malaysia, masa semakin singkat! Parti najib sedang melakukan gerakan sabotaj! Daftar menjadi ahli parti bersatu! Pastikan! Pastikan! Pastikan! Semak dan daftar sebagai pengundi!
INI KALI TSUNAMI DATANG DARI SELURUH RAKYAT MALAYSIA DALAM USAHA KITA MENJATUHKAN PEMIMPIN2 DALAM PARTI NAJIB YG PENUH DENGAN KOORRRRUPP!
Maknanya sejak zaman pemerintahan bekas pm yang paling bising di alam maya ini belanjawan defisit telah diamalkan. Pm pm selepasnya termasuk paklah dan najib hanya meneruskan legasi boros berbelanja. Sejak awal diajar untuk tiris, maka pengganti2nya tentulah lagi teruk meniriskan hasil mahsul negara. Hutang kemain banyak, sapa nak bayar? Dah setahun kita bayar, kena paw melalui gst!! Mahathir, paklah dan najib... apa bezanya? Macam sama je, cuma najib ada beza sikit sbb dia ada GST...
ReplyDeleteBANYAK BEZANYA.
DeleteZaman Tun Mahadir, hutang negara cuma 90 BILLION.
Kita boleh nampak hasilnya dalam pembangunan negara seperti
lebohraya, jambatan-jambatan,KLIA, KLCC, PutraJAYA, Cyberjaya,
LRT, pelabohan,mesjid, biasiswa, sekolah, universiti,
Subsidi makanan, petrol,gas,
tol,dll.
Zaman Pak Lah pulak, duit habis untuk bayar PAMPASAN segala
projek zaman Tun Mahadir yang dibatalkan macam railtrack
berkembar, Jambatan bengkok, Bakun Dam, bayar hakim-hakim
yang kononnya teranaya, dll bayaran.
Zaman Najib pulak rm4-5 ratus billion hilang lesap, tak
tahu kemana. Takda satu pembangunan pun nampak cuma tambahan
LRT/MRT je sedangkan subsidi sudah dimansokan. Biasiswa di
kurangkan atau dihapuskan.
Orang dari group LHDN ni rasanya tak lah berpangkat sangat kut, setakat cedok maklumat entah dari mana2 je. Dan penulis tu pun mungkin dari gulungan kakitangan LHDN yg tak puas hati. LHDN tu tempat dia mendapat rezeki untuk anak bini, patut ke buat macam tu...tak bersyukur betul mamat ni.Mungkin nak balas dendam pasal tak ada peluang naik pangkat.
ReplyDeleteKalau figure atas tu di ceduk,bagaimana pula figure tuan? Cuba tulis utk kami baca. Boleh tuan sertakan sumbernya sekali. Tq
DeleteSaudara 9.20, propaganda kerja pencacai najib adalah untuk memberi gambaran parti najib semuanya baik2 belaka.
DeleteMembohong, menipu, memaki hamun, mencerca, maki hamun, mengeluarkan kata2 kesat dan lucah, menyumpah nyumpah dan ajak bertumbuk adalah makanan harian mereka.
Hakikatnya mereka tidak berupaya untuk menepis fakta2 yg dibentangkan. Bila diminta figure dan bukti untuk membalas dan menafikan dakwaan2 yg dilontarkan , mereka tidak berupaya.
Inilah kerja pencacai memakan hasil duit rakyat yg diharam serta tidak diizinkan!
Kesian kepada rakyat yang miskin. Yang menderita mempunyai anak anak OKU. Kalau perbelanjaan yang boros itu beri percuma kepada golongan ini...pasti akan membuat mereka bahagia. (refer Bersamamu) Sedikit kebahgiaan kita bagi pada mereka...doa mereka kepada ALLAH SWT pasti akan menjadikan Malaysia Negara yang disegani.
ReplyDeleteAyuh lakukan perubahan supaya Malaysia akan menjadi Negara yang di redhai dan di berkati ALLAH SWT. Amiinn.