Monday, May 28, 2018

KEMANA HALATUJU POLITIK NURUL IZZAH SELEPAS BAPANYA BEBAS..


Sewajarnya dalam kabinet, Wan Azizah dan Anwar menarik diri dan memberi peluang NURUL diposisi kabinet sebagai Menteri untuk terus menggilap bakat kebolehan dan.potensinya.

Melihat kepada Anthony Loke Dr Maszlee Sallehudin yang pertama kali dilantik, nyata NURUL juga patut diberi peluang yang sama kalaulah wan azizah bukan TPM dan Anwar PM menanti.

Kematangan berpolitik terutama  masa² kepayahan yang dilaluinya dan hujah²nya di Parlimen sudah cukup untuk meletakkannya sebaris di kepimpinan.kabinet baru.

Malah adalah lebih baik NURUL dapat berkhidmat semasa Tun masih PM untuk menimba pengalaman pengurusan negara dengan lebih lancar dan cekap.

Malaysia perlu segera membariskan pemimpin wanita yang benar² berkualiti berpotensi seperti Rafidah Aziz yang pernah kita ada, daripada sekadar memenuhi kehendak politik agihan kerusi. 


# wan azizah dan anwar tidak lagi perlu mengejar nama,  mereka sudah ada,  punya sejarah punya jasa,  yang penting sekarang adalah legasi,  nurul. 

18 comments:

  1. Apa isunya yg mustahak..

    ReplyDelete
  2. Nurul izzah😍😍😙😘😚...dah lah lawa janda plk tuu..punya masa dpn cerah jika bijak atur laagkah..bayangkan kalau marina mahathir jadii seperti nurul izzah mmg bahagia btl tun m..masih ada peluang lagii utk usha2 nurul izzah..datuk2 dlm umno duduk diam2..🌹🌷🌷🌷🌸

    ReplyDelete
  3. Begitu juga dgn pemimpin UMNO. Ke manakah hala tuju mereka selepas ini? Begiti juga dengan macai? Apakah nasib mereka selepas dedak tak semewah dulu? Sama2 kita nantikan. Mungkin ada yg meroyan mintak minyak turun sampai 1.50.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno masih kuat..itu mmg tk dinafikn lagii..mcm mat sabu ckp umno akn tumbang bila tongkatnya patah..tongkat umno iaitu mca mic gerakkan sdh patah tumbanglh umno..macaii2 umno kini sdg bodek anuar utk lwn tun m..sekarang waktu bekerja rakyt sdh xpeduli reformasi..

      Delete
  4. Malaysia baru darul anak beranak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia lama, darul Birkin.
      Kihkihkih

      Delete
    2. Darul rompak billion2 wang 1 mdb..

      Delete
  5. 1. Kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah yang tidak kisah PAS tidak menang di pusat dalam pilihan raya umum ke 14 kerana negara terlalu banyak berhutang menandakan lemahnya jiwa dan betapa kerdilnya semangat PAS dalam menghadapi kemelut politik negara.

    Bahkan dalam nada bersahaja beliau merasakan lebih baik Pakatan Harapan (PH) memerintah sekarang selama lima tahun untuk menyelesaikan hutang sebelum PAS mengambil alih kerajaan pusat dalam PRU akan datang.

    2. Kenyataan beliau adalah jawapan mengapa PAS gagal menguasai negeri-negeri di Pantai Barat dan hanya mampu mentadbir Kelantan dan Terengganu sahaja.

    Mungkin daripada awal beliau dan pemimpin PAS sudah menghidu Pakatan Harapan (PH) akan memenangi Putrajaya lalu PAS mengambil langkah bersendirian dan tidak mahu bergabung kerana takutkan kemenangan yang menjadi sebab PAS menanggung bebanan hutang negara.

    3. Saya amat hairan kenyataan seperti itu diungkapkan oleh seorang Naib Presiden sebuah parti Islam yang dianggap paling lama di negara ini.

    Tidakkah ini mencerminkan pemimpin PAS berfikiran pasif dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap politik negara daripada pihak lain tanpa berusaha membantu menyelesai masalah negara yang kronik dan rumit sekarang.

    Dalam maksud lain, PAS sebenarnya tidak tahu bagaimana menyelesai masalah negara dan tidak mahu menjadi sebahagian dari rakyat yang berusaha membangunkan negara tercinta hasil dari kerosakan oleh tangan-tangan pemimpin negara sebelum ini.

    Dalam keadaan rakyat banyak memberi input dan nasihat yang baik kepada kerajaan pasca PRU ke 14, PAS pula mengambil sikap berlepas diri dan beretorik politik.

    4. Jika itulah kenyataan dan mentaliti pemimpin PAS, maka tidak hairan PAS tidak mampu melangkah jauh walaupun sudah berusia lebih daripada 60 tahun.

    PAS ketandusan pemimpin negarawan yang berjiwa besar dan memandang ke hadapan. Sepatutnya beliau memberi cadangan kepada kerajaan PH bagaimana mengembalikan negara di landasan sebenar, memulihkan ekonomi negara, membayar hutang-hutang negara, menghapuskan rasuah dan korupsi serta membebaskan semua agensi kerajaan yang ditekan selama ini.

    5. Sikap pemimpin PAS yang masih berdelusi ini amat memalukan rakyat. Jika beliau masih merasakan PAS akan mendapat sokongan terbanyak, dan akan memenangi Putrajaya lima tahun lagi dengan sokongan rakyat, silakan beliau terus bermimpi di siang hari.

    Kepada rakyat, ayuh kita bekerja bersama bagi membina semula negara, tinggalkan mereka yang hanya mahu bersenang lenang dan hanya tahu mengambil kesempatan atas usaha kita bersama selama ini.

    Nanti kita akan kenal siapa yang benar ikhlas bekerja untuk negara, dan siapa pula yang hanya mahu mengejar jawatan dan kedudukan untuk kepentingan diri.


    DATO’ HJ MAHFUZ OMAR
    Naib Presiden AMANAH
    Ahli Parlimen Pokok Sena
    28 Mei 2018/12 Ramadzan 1439H.
    Shahbudin Husin at 16:57

    ReplyDelete
  6. Hutang kerajaan persekutuan pas dah bayar?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutang kerajaan dulu PH dah bayar ke belum? Beria-ia sangat nak jd kerajaan, settlekan hutang tu cepat.
      Banyak cakap pulak gay tua ni.

      Delete
  7. isyam rais dah mula menganas dalam blog tukar tiub nya. ada agenda yang besar sedang ditulis untuk mempaegaruhi gerakan reformasi. atok u turn tetiba mintak melayu bersatu. orang kalau dah nak mati mula buat kerja yang mengarut.

    ari ni 93 jenis baranh basah naik harga menteri cap ayam cakap peniaga yg sabotaj sbb tu naik harga. itu jer yg boleh jawab.!!!


    hidup atok u turn. dosa 22tahun tak cuci skg buat dosa fitnah baru

    hidup atok u turn

    atok kauu!!!

    ReplyDelete
  8. Nurul ...senang aje..Lantik dia jadi MB Selangor ganti Azmin...solve banyak masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha...nak kata apa ek dgn idea ko ni. Menang permatang pauh, lps tu kerusi parlimen, sekali jd mb selangor. Fuyoo..bnyknya sengal! Simpan sikit beb...

      Delete
  9. apa ke bangang lantik jadi MB selangor dia menang kerusi parliment matang sana bukan di selangor. simpan sikit bodoh tuhh..

    ReplyDelete
  10. Anon 3:01..... isu uramanya adalah Kem Tun sedang menyeranf Kem Anwar.... tanda2 bahawa apa yang berlaku selamani adalah lakonan semata2 dan lakonan....

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...