Monday, May 2, 2016

ADNAN SATEM KENA ADA JIWA BESAR, LONGGAR @ BUBAR SEKATAN, ADA BERANI !!!

PROGRAM DI ALOQ SETAQ.
KESIAN...
TAK CUKUP KERUSI...
TAK DAPAT BAJU T...
TAK DAPAT WANG SAKU...
LEKEH SUNGGUH...
1 KARIPAP 1 BOTOI AYAQ MINERAL ..


Jika diberi pilihan, aku lebih sayang dan kasihan Najib dari Mahathir.

Umur Mahathir logiknya sudah tidak panjang, 22 tahun sebagai PM lebih dari cukup.

Jasanya tidak terhitung. Kalau ada dosa dan skandal sudah lama diheret ke mahkamah.

Kalau mati tidak pun dipusarakan di Makam Pahlawan, kubur tetap sama, itu bukan jaminan masuk syurga, taqwa membezakan.
Outriders bukan boleh dibawa masuk kubur.

Yang kena di kasihani adalah Najib, hilang kuasa takut takut hilang segalanya.
Jasa belum nampak, dosa sudah menghantui..

Kalau mati - Salleh Keruak, Mat Maselan, Kj, Nazri, Rahman dan Adnan Satem hanya iring ke kubur, lepas tu mereka bergegas cari boss baru.

#
Yang kena lebih kasihan, generasi y dan anak cucu bangsa kita...




HAI MELAYU..

Hai Melayu!
rumahmu semua dibina indonesia,
ekonomi pula dikuasai cina,
golongan profesional semuanya india,
warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,
warga bangla pula menjadi JaGa,
orang Nepal yang menabur baja,
orang pakistan usung karpet jaja merata,
lalu melayu ada apa?
harapkan ustaz, saling menyesat,
harapkan hiburan, lagi best filem barat,
harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat
harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,
harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!
masih mendabik menjadi tuan?
sibuk mahu menjadi tuan,
rupanya kerja kelas bawahan,
ditipu mentah orang atasan,
konon perjuangan ini untuk kalian!
kerja sikit, sembang kencang,
banyak rungut, sikit rancang,
siapa tegur, dituduh lancang
duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!
konon kau pantang dicabar,
konon kau tangkas menyambar,
tapi cuma indah khabar,
rentakmu makin lama makin hambar
kau melayu aku pun melayu,
aku menulis bukan cemburu,
aku mahu engkau tahu,
kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!
jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,
kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!
kau melaung-laung di jalan raya,
bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,
pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!
kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
bila dah kaya kau jadi puaka,
ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!
sedarlah bangsa ku,
buka lah minda mu,
bersatulah bangsa ku,
kerana malaya bukan lagi milik mu !
aku pun melayu,
engkau pun melayu,
bodoh sombong harus di tepis,
riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,
bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,
kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......
Pedih menyengat..... Untuk muhasabah diri kita

*JIKA TAK NAK BERUBAH, TERUSLAH JADI MELAYU YANG LAYU DI TANAH SENDIRI.

A.S



11 comments:

  1. KD, terbaik....
    ESOK SELASA...

    ReplyDelete
  2. Terbaik bendanya? Keliru lagi ada la

    ReplyDelete
  3. Saya melayu, anda melayu dan kita melayu.
    Di zaman kominis dan penjajah, terdapat melayu yang sanggup menjadi tali barut asalkan dapat jawatan dan duit. Mereka jadi bangga dan gembira bila melihat melayu lain ditindas dan disiksa. Mereka rasa megah dengan jawatan dan bergaji besar dan seronok lihat melayu lain semakin susah untuk cari sesuap nasi.
    Hari ini negara kita telah merdeka. Kerajaan terdahulu telah pun membuat akta untuk menyekat pemilikan tanah oleh orang bukan melayu dan diberi status rizab melayu. Malangnya masih ada melayu yang sanggup jadi tali barut kepada bangsa asing dengan menjadi penama untuk pemilikan tanah kawasan rizab melayu. Tidak ada langsung rasa malu malah begitu gah bersembang di warung kopi kononnya dia adalah orang yang jujur dan amanah dan dipercayai oleh orang bukan melayu untuk membeli tanah rizab melayu diatas namanya.
    Dalam pengisian kemerdekaan, sistem pendidikan telah dinaik taraf. Anak melayu diberi biasiswa untuk belajar sampai keluar negara. Pelbagai pencapaian yang telah dikecapi oleh bangsa melayu dalam pelbagai bidang samada dalam negara atau diluar negara. Contohnya tan sri zeti dalam bidang kewangan menerima pelbagai anugerah. Malangnya kerajaan yang ada hari ini lebih berminat dan lebih percaya pada bangsa dan raktyat asing untuk merancang pentadbiran di negara ini. Mereka dibayar gaji yang lumayan guna duit rakyat. Wujudlah pelbagai nama atas nama tranformasi samada bandar atau luar bandar. Malangnya taraf kehidupan rakyat terutama melayu luar bandar masih jauh ketingglan.
    NKRA lebih gah nama dari isi. Sekarang ini kita di hidangkan dengan perjanjian baru TPPA, yang lebih banyak menimbulkan persoalan. Puncanya kerana pemimpin melayu yang terasa lebih melayu dari melayu. Dengan ego berkata "kamilah pejuang untuk kaum melayu. Melayu akan susah kalau tidak bersatu memberi sokongan kepada kami".
    Kawan saya, rumahnya terbakar 100%. Dalam masa seminggu pelbagai pihak tampil memberikan sumbangan. Dalam bentuk makanan dan pakaian. Tidak ketinggalan wakil rakyat setempat yang menjanjikan rumah baru. Malangnya sampai kehari ini sudah 5tahun rumah yqng dijanjikan belum dapat. Malah permohonan untuk ppr juga gagal. Akhirnya dia buat pinjaman untuk bina rumah. Hari ini kita lihat masih ada orang2 melayu yang terpaksa masuk surat khabar memohon belas ihsan masyarakat bagi pembiayaan perubatan. Sedih.... jika ada yang bernasib baik terutama masa kempen pilihan raya, ada lah pak menteri pergi ziarah dan masuk tv dan surat khabar kononnya dah dapat pembelaan. Kesian kan...
    Inilah negara majoriti melayu, pemimpin teratas melayu dan "begini jugalah nasib bangsaku"... melayu... me...LAYU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku akan lebih percaya kau Melayu kalau kau tak gunakan nama omputih.

      Aku ragu semangat Melayu si Najib. Dia hebohkan dia Bugis, pergi Makassar, mengata dia "pendatang juga". Ketepikan definasi Melayu dalam Perlembagaan, tak pernah baca konsep Rumpun Melayu dalam buku "Tamadun Alam Melayu" terbitan Persatuan Sejarah Malaysia (di tubuhkan sejak zaman British kolonial lagi), di jual di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, KL.

      Najib nak ambik hati Cina, membongkok ke belakang hingga nak patah pinggang. Buang ISA yang Kit Siang dan Guan Eng DAP benci sebab depa di tahan di bawah ISA. Buat keputusan buang Akta Hasutan yang melindungi konsep Ketuanan Melayu dan Kedudukan Istimewa Melayu dan lain Perkara Perkara sensitif dalam Perlembagaan yang DAP coba ungkit hingga tercetus pergaduhan kaum 13 Mei 1969.

      Najib bergelora bila di panggil Ah Jib Gor dek Cina tapi di tipu, di kasi Tsunami Cina dan dapat undi yang terburuk dalam sejarah UMNO di PRU13. UMNO akan lingkup di PRU14 kalau dia tak undur atau di ganti awal sebelom PRU14.

      Delete
  4. yg perlu berjiwa besar ni madey... jgn ganggu DSN .... janggan gugat ekonomi negara ... berdamai dan move on .. or go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Tun tidak berjiwa besar, sudah lama dia setuju dengan Najib dan biarkan negara terjerumus dalam hutang besar melalui 1MDB.

      Patutnya pecacai pendedak ucap terima kasih pasa Tun, sebab Tun berjiwa besar dapatlah harami dan si ali si ali cari makan, dapat dedak bagi anak bini makan.

      Delete
    2. Najib berjiwa keluarga dia sendiri saja, termasuk anak tiri dia. Yang alih alih kaya raya tuh anak tiri dia, anak Rosmah. Beli harta beratus juta dolar di New York dan Los Angeles, Hollywood, tempat mewah yang Rosmah suka pigi dan bergaul dengan yang famous, gamak nya.

      Bila di cela rakyat, PMO keluarkan kenyataan - atas arahan Rosmah, gamak nya - mengatakan kekayaan itu ada lah sebab "legacy of wealth", konon nya. Berdentum semua adik2 Najib keluarkan kenyataan mengatakan bapak mereka Tun A Razak tidak kaya, takda "legacy of wealth".

      Jadi yang ada "legacy of wealth", Rosmah lah. Banyak harta tanah di kampong, gamak nya. Laki bini kulit tebal tak tahu malu kena lempang dek adik2 Najib.

      Delete
  5. ooi go fly kite, hang mai pulak dah....hang tolong teman boss hang yg tak ada teloq tu ke mahkamah hari nie...Selasa OK....
    Bukan satu malaysia, satu dunia dah tau najib penipu besaq...awatlah hang nie bahalol sangat asyik tak nak paham lagi ?
    oops, terlalu banyak makan dedak eehh....
    Today is Tuesday !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nyata Mister Go fly kite tuh ProJib yang makan dedak. Tak tau dapat 20,000 ke 20 sen saja.

      Najib dapat RM4.2 bilion dalam ekaun2 bank dia dari 5 punca yang berlainan. Ada yang di beri nya RM1-2 juta, saperti Shahrir dan Mat Maslan Ketua Bahagian UMNO Johor Bahru dan Pontin. Tapi Mat fly kite kot dapan dedak saja. Kesian.

      Delete
  6. Nasib Melayu? Tak usah harap cemerlang lah di bawah Najib.

    Derap Dasar Baru Ekonomi nya mula mula hampir tak sebut Dasar Baru Ekonomi yang selama itu menolong Melayu - pendek kata di perli nya DEB dengan pakai nama DBE. Lepas di kutuk dek rakyat melayu, derap akhir nya baru ada sebut DEB lebih sikit.

    Tapi dalam implementasi dasar dasar gomen nya, di ketepi nya DEB. Yang dulu di bawah Tun Dr Mahathir ada di kira dek pakar pakar berkenaan yang mengatakan Melayu dah capai 24% kekayaan korporat (belom kira kekayaan di lain2 sektor ekonomi), jatuh balik 1-2% sebab Asian Financial Crisis.

    Selepas itu takda di kira pun sehingga zaman Najib nih. Takut nak kira kot, sama ada tak mau kaum Cina iri hati - Najib amat jaga hati orang Cina, kaum yang terkaya di negara ini sejak berpuluh tahun, atau takut dah merosot lagi banyak % kekayaan korporat Melayu di bawah pemerintahan dia.

    Gila, biasiswa pun Najib kasi kapada Cina yang ada beratus jutawan depa derma untuk biasiswa untuk yang kurang upaya di kalangan depa, hingga UTAR tak mau terima RM30 juta seorang jurutera jutawan Cina sebelom PRU13.

    Melayu yang ketinggalan di belakang sebab tak di pedulikan dek pemerintah British kolonial selama 80 tahun, ha nya boleh mengharapkan bantuan pelajaran dari gomen. Bila peruntukan wang untuk biasiswa Najib kasi jugak kpd Cina, dah kurang lah wang itu untuk Melayu, Bumiputera, dll.

    UMNO akan kalah di PRU14 kalau Najib terus merintah. Berkecai lah Melayu di pecah belah dan di eksploitasi dek DAP sepenuh nya kalau Pembangkang sampai ke Putrajaya. Najib perlu di ganti, awal sebelom PRU14.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...