Wednesday, September 21, 2016

PAYUNG KITA SUDAH ROBEK

Pihak BERSATU dan UMNO saling berbalas kenyataan dengan mengaitkan beberapa isu dan insiden dalam dan luar negara untuk memperlihatkan kebenaran masing masing.

Penilaian akhirnya tetap diputuskan oleh rakyat yang mengundi untuk memberi markah di kertas undi..ia tidak bergantung kepada pandangan Agong atau Sultan.

Ia juga tidak bergantung kepada DOJ, WSJ,  SR atau agensi berita asing.

Media tempatan hanya sebar propaganda di kalangan mereka sesama sendiri kerana semakin hilang pelanggan dan pengaruh.
Di sesetengah tempat Utusan Malaysia hanya laku bila diedarkan secara percuma di masjid dan kaki lima.

Mereka sekadar cuba mempengaruhi, kelebihan lebih kepada sejauh mana mereka berfakta.

Jika sekadar pandangan "kosong", kenegerian,  sempit atau atas dorongan dendam dan emosi,  rakyat sudah tentu tidak ambilkira.

Tidak perlu ada camputangan politik kepada mereka yang dilarang,  apalagi mencela dalam keadaan satu hala.

Jangan sampai rakyat hilang kasih dan hormat kerana susah atau senang rakyat yang menanggung.

Dalam konsep perjuangan, BERSATU sedang mendahului dari AMANAH, DAP,  PKR...
PAS dan UMNO berada dalam zone selesa, zone bertahan.

Kebosanan rakyat sudah sampai kepuncak melihat politik bodoh, politik bercakaran sesama pembangkang dan politik hipokrik, bebal, salahguna kuasa dan muka tebal.

Jika kita tidak akan jadi negara polis apakah kita sedang menuju ke arah negara lanun (?)




42 comments:

  1. Negara polis pun tidak,negara lanun pun tidak. Bunga Raya dah habis modal sebab Tuanku YDA tidak terima deklarasi rakyat. Kan dah cakap mana ada deklarasi rakyat tu dlm perlembagaan. Kan kah secara direct isu ni memalukan Dr M dan sekutu2 nya.
    Lepas ini akan menghalalkan demonterasi jalanan lah kut.
    Lepas ni tengok lah akan ada yang mengata dan mengumpat macam macam kat Tuanku dan PM.
    Dalam cerdik ada bodohnya, dalam bodoh ada cerdik nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meloncat dedak konon dapat isu baru..tup2 rupanya dedak jibo sendiri yang wat surat tu...hahahahhaha....sape yang bodoh skang?

      Delete
    2. 4.22
      yang sy tengok dlm berita tv9 semalam, mmg ada surat cakap pasal tu. tp yang musykil sikit, kenapa nama penyiar media statement tu atas nama najib? lepas ni pengisytiharan raya pun x payah panggil penyimpan mohor besar @ kakitangan pejabat istana, biar je najib yang umumkan...

      Delete
    3. AhGong. Nak harap payong pun dah robek dah lanjut si ahgong tu

      Delete
  2. Kenyataan PM tu telah dipadam di laman Astro. X tahu kenapa.

    ReplyDelete
  3. Tulis padam tulis padam. Perkara biasa. Tak perlu bising2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis padam..tulis padam...sebiji macam telur Najib. 2 biji macam papaya si boRos (anugerah auta).

      Delete
    2. Hishh..kata telor Najib tu ok lagi..kita pon ada telor. Mungkin ngko tak de telor ntah lah. Bab papaya Rosmah tu hal pompuan kita usah champor. Sebab mak kita pon ada papaya besar. Tak tau lah kot mak ngko takde papaya atau ngko kechewa papaya dia terlalu leper..Hu hu

      Delete
    3. Biasanya orang lemas di laut, sungai atau kolam. Tapi heran kenapa Kejora Beruk tunggal lemas di daratan...???

      Nama ku Othman @ Othaman Bin Hj Ahmad Arbaie bin Hj Fadzli Bin Hj Shafiee.

      Apa nama mu wahai Kejora, takkan sebagai pejuang kebenaran masih nak pakai nama samaran 'tanpa nama' lagi...atau kamu nie memang pengecut takut besok2 bakal dicari & didakwa kerana dah terlalu biadab, memaki-carut, mentohmah membabi buta tanpa bukti.

      Delete
  4. Menjatuhkan maruah najib surat PMO tu. Menggambarkan tindakan lintang pukang dan semberono. Kemudian disambut dan disebarkan media lain. Sepatutnya kalau ingin mempertahankan diripun, kematangan perlu diambil kira.

    ReplyDelete
  5. You nabbed it KD with your last paraphrase....its kind of the country is stucked between a rock and a hard place!

    On the issue of brollies you said, payung? Can we still have hope with the Council of Rulers ie. Raja Raja?

    1- The directive on 1MDB to be resolve ASAP and with all transparency for the benefit of rakyats' scrutiny by the Rulers went dead unnoticed and ignored....

    2- The recommendation for the MKN bill be rectified, made worst by AG ('dah kena beli' punt) whom made false pretentions that it will be revised yet, the Bill technically became law after the time-lapsed as per the Constitution...

    Based on these 2 pressing issues alone we saw inaction! No sense of urgency that the country is being pushed to the edge of precipice?

    But hey, Raja Johor can still come up with Bangsa Johor demand? Bangsa means race and RACE in the context of planet earth, there is ONLY the HUMAN RACE!

    Fair enough if you breakdown into micro then there is Kaum, Puak, based on ethnicity, and that is why we stayed feudal eversince. Adakah manusia yang tidak datang dari Adam dan Hawa?

    Anthropology aside, the immediate need is for us to rid off the No 1 Pirate of the Bugis descent that has robbed the country of its monies, prestige, and whats left of integrity in the eyes of the world, period!

    Its only an opinion but any unsolicited advise is to be directed to the Lanun Bugis.

    MLN

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is proven whether they are around or not does not make any difference. They are a waste of Msia resources. Do you think we can count on them? Time after time history repeat again and again. Do we need a lame symbol??

      Delete
  6. Yang ni aku setuju KD ..biar rakyat yg tentukan..

    Kau ingat lagi tak KD prk rompin..UMNO menang besar tetapi apa kan daya semua geng kau masih berkhayal.

    malah yg terbaru sarawak BN menang bergaya dan 2 PRK selangor dan perak pakatan bungkus..

    Bagaimana keadaan pakatan? pecah belah saling tembak menembak..
    Sayang KD korang masih di zone mimpi 2013.

    2013 kau tak abis2 kata semua dok sembang 1 mdb najib bakal tersungkur..paling syok mesti kaitkan dgn kedai mamak yg air suamnya pun 50 sen.

    Cuma aku nak perbetulkan persepsi kau tang utusan...

    tak perlu buruk2kan utusan camtu..dia niaga pakai audit la KD..bkn pakai buku 555...ada masa lihatlah kewangannya dan edarannya..aiyaa nak tembak pun biar lah mengena..

    Cuma parti tun m macam aku cakap 6 bulan ja hancur....aku harap kau jgn asyik sembang cetak cetak ja KD akhirnya malu..yg kita hendak naikkan signboard cawangan parti tun m ditubuhkan..

    ReplyDelete
  7. yg pasti madey kutty berada dalam zone meroyan gila .... dah hilang akal dan mati akal .... layan lah lagi madey kutty org tua nyanyok tu ... moga bahagia ... go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8.48
      meroyan sebab pe? org tua yg disebut nyanyok tu tahu ada penyamun besar di malaysia ni..tapi org muda yang x nyanyok masih dok sokong penyamun..baik sokong org nyanyok...

      Delete
    2. Falsamfah baru."Sokong orang nyanyok"

      Delete
    3. Kejora Beruk Tunggal belaan Najib/Rosmah...

      Beberapa jam sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Anak Bukit, Kedah, beliau merasmikan mesyuarat agung Perkim di Kuala Lumpur. Pada sebelah malamnya, Dr Mahathir bertolak ke London. Oleh kerana tidak ada pesawat peribadi untuk digunakan, beliau terbang dengan pesawat perdagangan biasa. Ada yg mencadangkan beberapa syarikat penerbangan exclusive, tetapi Dr Mahathir bertegas tetap mahu terbang dengan MAS, kepunyayaan anak bangsa sendiri.

      Adakah ini menunjukkan Tun Mahathir dah nyanyuk dan ganyut walau dah dimamah usia 91 tahun? Bukankah itu membuktikan beliau masih gigih, sihat, cergas, cerdas, punya harga diri, mengutamakan bangsa dengan kepunyaan (sykt penerbangan) bangsa sendiri? Najib & Rosmah sebaliknya, guna jet mewah kerajaan hanya untuk urusan peribadi (percutian shopping sakan, main golf dgn Obama, urusan perkahwinan & untuk ambil segulung kertas penghargaan semata-mata untuk Rosmah di Turki).

      Betul-betullah kamu nie Beruk Tunggal yang tak terdidik dgn asuhan & pendidikan.

      Delete
  8. Siapa yang sedang bermimpi agaknya
    UMNo dengan nostalgia dolu dolu, kegemilangan masa tu pun najib masih berhingus..
    Bersatu sedang kemepen keahlian sekarang ini..

    Who fly kite, tentulah pendedak yang menyuap anak bini mkn bersama.

    ReplyDelete
  9. Ya, sepatutnya Agong sendiri yang mengeluarkan kenyaaan tentang hasil pertemuan Baginda dengan Tun Mahathir bukannya Najib. Teapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,seolah olahnya Agong kena melaporkan atau mengadu kepada Najib masalah yang Baginda hadapi dalam pertemuan dengan Tun Mahathir.Perlu diingat Baginda mempunyai kuasa yang penuh untuk membuat sesuatu keputusan.Kalau mengikut kenyataan Najib seolah Agong menyebelahi beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Anon 12:53, jangan buat komen hilang akal semborono "Agong perintah Najib keluar kenyataan"
      Jangan bercakap ketika selipar dalam mulut.

      Delete
    3. Tiada siapa tahu samada Agong telah menitahkan atau tidak menitahkan Najib buat kenyataan. Bagi yg perchaya Agong tidak menitahkan perlu dapat penjelasan terus dari Agong tidak boleh buat andaian sahaja. Namun ungkapan "orang tua hilang aqal" dari Sultan Johor sungguh classic.

      Delete
    4. BERSATU terus mendapat sokongan rakyat Johor, Sultam Johor kena celik dan turun padang...

      Delete
    5. Hai..macam kata Sultan Johor masih tak celik dan tak turun padang lagi..

      Delete
    6. Hai..macam kata Sultan Johor masih tak celik dan tak turun padang lagi..

      Delete
  10. Bila pulak Agong menitahkan Najib keluarkan kenyataan itu?Setahu sayalah,Najib sendiri yang beri kenyataan begini daripada pandangan beliau saja.Kemudian keluar pulak kononnya ada surat rasmi yang menyatakan hal ini,punyalah kelam kabut sampaikan fakta pun salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu ngko..he he he..sapa lah ngko yg hebat tu..Bendahara ke Temenggong ke atau ketua bentara di Istana Agong ? Simpan biol tu sikit bro..

      Delete
  11. udah2 la KD,kembalilah ke pangkal jln,jgnlah terus menjadi ternakan peliharaan org tua nyanyuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang fasiq dalam keadaan tertentu yg dia waras boleh diikut. Tapi kalau nyanyok macam Maddey si Keling tua Kera-la tu baik usahlah..rugi kita ada akai

      Delete
  12. Orang tua nyanyuk dan orang tua hilang akal dilebalkan TUN.Yang melabelkan TUN begitu sebaiknya cermin diri dulu...Siapa yg nyanyuk dan siapa yg hilang akal sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia Sultan..dah belajar chara melihat sesuatu. Bukan maih redah je macham ngko tu..bukan setakat dah cermin..siap menelaah dan rumus baru keluar kalam. Yang perasan pernah berkuasa itu pun yg diberi undi je melalut chakap tak tentu hala siap komen kena House Arrest la bagai..chakap siang pandang2. .chakap malam dengar2. Dinding ada telinga. Oh ya..kata2 hikmat ni Melayu punya. Dalam budaya India tadak..yilek pochi

      Delete
  13. Replies
    1. Dia Sultan..wajar nampak apa yang menyatukan dan apa yang mempechahbelahkan

      Delete
  14. Bukan main sedap bahasa yang menyokong Najib di sini,....usah ingat pembaca serta mereka di luar sana seperti katak di bawah tempurung,...pembaca terdiri daripada pelbagai golongan dari segi kerjaya,pengalaman serta pengetahuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Tuanku kena "House Arrest" tu ko rasa sedap ye

      Delete
    2. Maddey si Keling Kerala tua tu jenis "marahkan hujan payong dirobek". Marahkan Najib sedap2 je LIBAS Agong

      Delete
    3. Murid2..mari kita belajar nahu bahasa hari ini. Tentang maksud sesuatu perkataan.

      Rujuk ayat "Orang tua hilang aqal"

      Makna:-

      1. Orang yg tidak waras
      2. Orang yang tidak boleh berfikir
      3. Orang Nyanyok
      4. Orang Gila
      4. Dari pandangan ugama :Belum mumayiz yakni tak tau bezakan Najis atau Bukan Najis . Yakni Seorang BAYI.

      Delete
  15. Definasi Mahathir sangat luas, percikan dan tempiasnya jika dikumpul 30 juta rakyat malaysia sekalipun, jika dicantum cantumkan pun kita mungkin tidak dapat seorang seperti Mahathir.

    Beliau ada baik dan buruknya, lemah dan bagusnya, silap dan salahnya tetapi keikhlasan dan jasanya sudah cukup untuk membayar segala buruk, lemah dan salahnya.

    Sesiapapun akan muflis fakta jika berdepan dengan Mahathir dan dengan sekali salam, Anwar sendiri terpana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah baik punya angkat. Ada baiknya dan ada buruknya itu ayat umum. Tak bawa kemana2. Tapi ada perbezaan ketara jika lebih banyak buruk dari baiknya mahupun vice- era. Bagi tujuan penilaian untok buat sesuatu keputusan ayat umum tertolak.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...