Sunday, September 25, 2016

UMNO PELURULESS BILA DAP JAUHKAN DIRI DARI BERSATU

AMARAN: ANALISA BODOH DAN SYOK SENDIRI, JANGAN RISIKOKAN TEKANAN DARAH DAN  JANTUNG ANDA DI SINI


Jika hari ini umno dan kerajaan diserang hebat adalah kerana kesilapan awal yang dibuat oleh umno dan kerajaan kerana gagal memisahkan isu peribadi Najib fengan isu parti dan kerajaan. 

Menjadikan isu peribadi keluarga najib sebagai isu parti dan kerajaan adalah kesilapan besar sehingga mengheret parti dan kerajaan menjadi bahan lawak dan kecaman seluruh dunia.  Negara dan rakyat dipandang begitu sinis. 

*Dalam situasi ini,  Paklah harus dipandang tinggi akan pengorbanan,  prinsip dan budi pekertinya ketika membuat keputusan berundur*

Isu moral dan etika tidak semestinya semata mata mesti dibuktikan di mahkamah malah jika dihalusi ia sebenarnya ia sudah disekat dan dihalang diperingkat awal. 

Benarlah bahawa bau bangkai itu sudah mencukupi untuk memaklumkan memang ada gajah mati yang disembunyi dan dilindungi. 

Akhir masa tulang belalang pasti terjumpa juga. Sejarah tidak akan pernah berbohong pada kita. 

Penubuhan BERSATU adalah petanda kegagalan dan kesilapan bessr umno dan kerajaan melihat isu dengan kebijaksanaan. 

Mempertahankan individu dengan mempertaruhkan parti dan kerajaan ke arah kehancuran. 

Asas perjuangan dan jati diri umno sudah parok,  tiada lagi jalan keluar dalam ketika melucur laju di cerun curam, tiada lagi maaf buat umno kerana pemimpinnya memilih jalan yang sesat dan salah. 

Pembentukan BERSATU menjadikan parti lain berasas Melayu bertambah kuat. AMANAH parti setahun jagung tetapi sangat kuat mencengkam di bumi Johor dan Kelantan. 

Sukar untuk dipercayai PAS tidak dapat membendung keghairahan ahli berhijrah ke parti mat sabu gara gara kegilaan Hadi bermadu cinta dengan Najib dan sikap pandang remeh PAS pada perkembangan AMANAH. 

BERSATU juga jika dibiarkan hingga 2018 akan menjadi ancaman yang sangat besar pada UMNO selagi Najib di situ. Perkembangan BERSATU yang disokong AMANAH dan PKR sudah tentu maju dan kuat. 
Satu kerjasama  peringkat awal sangat dikagumi menunjukkan teori perpecahan Melayu yang dimomokan umno tidak benar. 

Malahan semakin jauh DAP mengasingkan diri dengan BERSATU,  ia menjadikan umno peluruless. 

BERSATU tidak lagi perlu bergantung kepada Tun Dr Mahathir kerana kepimpinan di peringkat cawangan bahagian dan pusat sudah terbentuk.  

Mereka bukan orang lain, mereka adalah bekas pemimpin umno di peringkat pertengahan dan grass root yang belum tercemar atau yang tidak dapat dibeli yang memilih untuk kesinambungan perjuangan sebenar umno untuk diterapkan ke dalam BERSATU untuk dilaksanakan secara mulia dan bermaruah. 

Memang sebahagiannya antara yang kalah di peringkat Bahagian,  kalah kerana tewas di tangan "kuasa duit" dan mereka yang kalah,  kalah semua.. Satu prinsip yang salah di peringkat kepartian. Yang kalah telah dinafikan untuk memberi sumbangan. 

Mukhriz sendiri tewas dalam pertandingan Naib Presiden semata mata demi menyelamatkan Hishamuddin.

Hari ini mereka memilih BERSATU sebagai landasan perjuangan.  Harimau yang cedera sangat merbahaya berbanding dengan harimau montel yang selesa dalam sangkar zoo... Auwww

Besok,   kalau ditakdirkan Azmin,  Mat Sabu atau Tuan Ibrahim menjadi PM pertama tanpa umno,  ia bukan satu lagi mimpi. 


15 comments:

  1. Pendekkan Cerita....

    Kalau UMNO tak nak sinkirkan Penyamun 1MDB baik singkirkan saja UMNO!!!

    Be-End The-End!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendekkan cerita...explain la mcm mana sekali pun pasal 1MDB tu ko memang tak akan paham...BEBAL NAK MAMPOS..kesian mak ko hantar pi sekolah...dah tua bangka pun masih tak boleh fikir secara rasional....apa saja keluar dari mulut pembangkang, ko telan bulat bulat...menyondol macam babi hutan...puiiihhh!!!

      Delete
    2. Anon, samada keluar dari mulut pembang atau pemerintah, kita diberi akal untuk berfikir dan menilai.
      Apa yang kamu percaya tidak boleh paksa orang lain turut percaya.

      Maki hamun dari PENYOKONG 1MDB sekadar menunjukan majoriti penyokong 1MDB rendah akhlak. Maki hamun sebahagian dari masalah sakit mental, emosi, stress dan muflis hujah.

      Nasihat: makan ubat ikut aturan.

      Delete
    3. Kalau tak pergi check doctor kerana mungkin ubat tu expired heheheh. Doktor Mahathir mampu membantu anda ya.

      Jangan amalkan maki dan cacian kerana itu bukan ajaran Allah pada kita. Sekian dimaklumkan.

      Delete
    4. Perumpamaannya...kalau bas itu sering mogok/rusak & terlibat dgn kemalangan, kita tukar pemandunya. Tapi kalau masih juga tak ada perubahan, kita humbankan aje bas itu supaya tidak membahaya/mengancam nyawa penumpang serta orang ramai. Begitulah jua terhadap UMNO/BN (Untuk Macai Najib Only/Baruah2 Najib).

      Delete
    5. Barua mamak kerala pun perlu dihumban dlm lubang najis....
      Mahdey dgn skandal bnm forex..bmf..perwaja steel...pkfz melibatkan kehilangan wang rakyat rm300billion nilai skrg msh didaulatkan kesalahan2 tersebut.Belum lagi perjanjian bodo dan bangang konsesi tol dan ipp yg menguntungkan kroni dan menyusahkan rakyat.Anak2 kaya raya..begitu juga dgn kroni.Tak cukup lagi ker????
      Skrg melalak mnjadikan isu 1mdb sebagai kambing hitam agar dpt berkuasa kembali.Berkuasa kembali agar dpt menguntungkan anak2 dan para kroni...
      MEMANG BANGSAT NAK MAMPUIHHH PUAK BANGANG GILA NAK BERKUASA NIE....

      Delete
  2. Saya pun hairan penngan parti bersatu ni, semua pekerja saya seramai 23 orang tidak hadir kerja serentak kerana menghadiri program Mukriz di Alor setar baru baru ni. Siap selfie ambik gambar dengan borang ahli Bersatu ni.
    Macam ni kena ambik bangla la masa kempen PRU 14. Standby.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkhayal nampaknya....hehehehe
      Itupun klu dapigs n pgayR bagi muka dgn the store...
      Yg pernah berjuang dgn fru 1998 dulu sah menolak mahdey.Bagaimana nak percaya jika pernah ludah meludah antara mrk.Saling tidak sehaluan krn masing2 ingin jadi ketua.
      Minta maaf lah yer...sukar melihat puak yg pernah bermusuhan saling percaya.Sapa tak kenal mahdey...hehehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah kempen anti-maki dari penyokong BERSATU sangat berkesan. Semoga meteka insaf dan diberi hidayah.

    Nasihat: makan ubat ikut peraturan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keep it up...bahasa beradab itu jiwa bangsa bertamaddun. Tak seperti sekor tuuu!

      Delete
  4. PPBM atau Bersatu hanya mampu hidup dengan sokongan dari DAP seperti juga parti Amanah, Parti Bersatu akan berkubur terus jika berpisah dengan DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP dan umno sesuai bekerjasama sebagai parti pembangkang sekepas PRU14.

      Delete
    2. Setuju...parti para balaci mahdey akan bergantung sepenuhnya kpd dapigs.Sama spt pgayR yg bergantung nasib dgn dapigs dan pas.
      Ingat semua penyokong akar umbi akan menerima mahdey yg dimusuhi sejak dahulu lagi.Sesiapa yg pernah jadi mangsa tahanan era mahdey mmg sukar menerima mahdey dan puaknya dlm fuckatan.....

      Delete
  5. Kesian puak ini, tak ada bukti, tak ada asas nak kaitkan BERSATU dengan dapigs. Sedikit dedak sudah menghalalkan fitnah.

    Yang berpeluk sakan, cium mulut dengan lim guan eng? Siapa? Nazri ke Mukhriz..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...