Wednesday, February 28, 2018

INI KE FORMULANYA (?)

Apa tujuan penubuhan 1mdb?
Buat pinjaman
Duit pinjaman lesap
Jual asset negara bayar hutang
1mdb ditutup..








JANGAN BIARKAN JOLO SENDIRIAN

Apakah duta besar negara di Indonesia tidak melakukan sesuatu atas rampasan kapal mewah milik rakyat malaysia jika kerajaan tahu ia bukan milik dari duit curi 1mdb.
Kenapa berpeluk tubuh atau ada usaha bantahan.
Apa yang AG buat..senyap? No case juga?

Apakah rakyat malaysia ingin diam dan tengok sahaja, jom kita bising² depan kedutaan indon dan amerika.

Lupakan persengkataan politik, semua parti harus bersatu menentang campurtangan kuasa asing.

Jangan delete isu 1mdb..amaran keras.

BOIKOT NEELOFA...TUDUNG DISKO


Klik Neelofa yang baru nak berjinak dengan najib dan umno mengundang masalah berganda

Tuesday, February 27, 2018

DAH HABIS DEDAH KE BELUM DOSA DAN KEBURUKAN MAHATHIR. ..




Tahniah Indonesia




Kalau belum, segerakan...jangan sampai muflis bahan putus idea.
Boleh juga recyle..

Segala fitnah dan tohmahan membuatkan Tun kembali muda, bertenaga dan semakin relevan sebagai PM kerajaan baru.

SEDANG VIRAL OSTAT DAN LOBAI


Ini sedang viral sesama ostat dan lobai perihal presideng dan parti suci mereka berkaitan pembahagian harta yang ditabur oleh rakan kongsi baru tetapi ada yang dapat ada yang tidak, ada yang tahu ada yang tidak tahu sebab tak sama kasta.

Cerita lanjut carilah sendiri, orang lain buat karang tup tup tup blog ini dikata fitnah hakikatnya mereka yang tembak kaki sendiri.



Awal mukaddimah dolu dolu dah cakap, masuk jerat memang sudah tidak boleh keluar lagi.

Elok guna "lambang baru" pru ni..





# isu robert kuok sekadar nak alih mata dan telinga, kena tambah isu baru sehari dua lagi.


SET MINDA KOSONG



Yang sokong dan yang tidak sokong 1MDB, cuba setkan semula otak anda kepada neutral, kosong, "0" dan kita dengar dari mereka yang lebih berilmu...

Semoga kita masih dapat hidayah untuk mencari kebenaran, ini bukan soal siapa betul siapa menang...

Untuk menjadi penulis atau pemberi komen yang baik, seseorang itu perlu terlebih dahulu mempunyai skill sebagai pendengar yang baik...








HUDUD KENAPA UMNO KATA TIDAK DAN PAS TIDAK LAGI..




Tun kini sudah tiada kuasa, dulu KONONNYA Tun menghalang...
Kenapa sekarang tidak dilaksanakan (?)
Apakah hudud sudah tidak perlu kerana pas dan ummo sudah sebantal...

Kini RUU355 akan senasib hudud, semuanya jadi perkakas pilihanraya untuk survival parti besi buruk.. umno dan pas !!!






Monday, February 26, 2018

TAK ADIL KALAU SELALU BERPIHAK KEPADA DAP, JIKA MCA JUGA RASIONAL, KENA SETUJU BETUL.... ( NAZRI WAJAR DIPECAT SEGERA..).



Bagaimanapun di harap mca tidak berdrama untuk undi kaum cina sambil membantu nazri dapat simpati melayu..

Klik ceritanya di sini


# Untuk menjernihkan keadaan menjelang PRU wajar Najib pecat Nazri segera.







Sunday, February 25, 2018

BR1N @ BR1M - BANTU HAYAT POLITIK NAJIB @ BANTU RAKYAT MISKIN



BRIM bagipun berperingkat, slow macam siput babi, amaun ciput, tangguh satu hari ke satu hari, perlancaran belanja ratus ribu setakat nak bercakap pasal masuk bakul angkat sendiri.

Bukan untuk populis, tapi canang setiap hari ungkit setiap masa..

Walaupun PH akan meneruskan dalam bentuk bantuan integriti tetapi diharap solusi dan mekanisme dikaji supaya benar² membantu rakyat seumpama bagi pancing, bukan bagi ikan.

SEMANGAT DAN HARAPAN PH DI JOHOR MAKIN BERTAMBAH...

Sultan Imbau MB Lama yang ‘Angkuh’, ‘Sombong’ | Malaysia Today 

(Malaysiakini) – Sultan Johor hari ini membidas keras dua Menteri Besar Johor sebelum ini yang didakwa angkuh, sombong dan mementingkan diri dengan hanya mengikut telunjuk kerajaan pusat.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah demikian ketika mengulas hubungan Istana dan Menteri Besar, Dato Khaled Nordin serta barisan pentadbiran untuk memajukan negeri itu .

“Kejayaan yang dicapai ini adalah kerana adanya hubungan yang baik antara saya dengan Menteri Besar sekarang Dato Khaled Nordin, bukan seperti dua Menteri Besar yang dahulu, yang angkuh dan sombong dan hanya mengikut mementingkan diri ,” titah baginda.

Pada hari ini, titah sultan lagi, pembangunan negeri amat berbeza jika dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun lalu.

“Kalau dulu Kerajaan Negeri semasa Muhyidin Yasin sampai tiada wang untuk bayar gaji kakitangan, tapi hari ini Kerajaan Negeri di bawah Dato Khaled ada lebihan hasil berbilion ringgit,” Titah Sultan Ibrahim.

Dua Menteri Besar yang di maksudkan sebelum ini ialah Datuk Ghani Othman dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Titah itu juga disampaikan ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar, dalam kawasan parlimen Pagoh, yang merupakan kubu kuat Muhyiddin.

Sementara itu, baginda berharap supaya rakyat jelata bersama-samanya mempertahankan Kerajaan Johor sekarang dan tidak menoleh ke belakang.

“Dari kecil lagi saya telah di didik untuk menjaga negeri Johor. Saya tahu apa yang terbaik untuk negeri saya. Tak akan saya hendak aniaya rakyat saya sendiri,” titahnya



# Sudah tentu PH boleh memenuhi aspirasi Tuanku Sultan Johor bagi melengkapkan lagi kehendak rakyat.

BAB SEN.. BOLEH KE PEMIMPIN UMNO BUAT PENGAKUAN MACAM LIM KIT SIANG



Kena ada sikap malu pemimpin kita namanya melayu Islam kuasa pengaruh jawatan tapi tunduk pada nafsu..haloba.




UMNO KALAU TAK DISERANG PEMBANGKANG PUN TETAP RUNTUH DITOLAK RAKYAT







Jawapan kepada sebahagian mereka..
Di kedai kopi, tempat awam, di pejabat - orang umno sudah tidak berani angkat suara, kecuali berkumpul sesama mereka...
Kenapa (?)


Apabila Tun nasihatkan najib berundur, itu petanda tonggak umno sudah rapuh, najib membeli masa dengan wang tetapi parti makin reput dimakan anai²...

Najib dedakan anai² membina kekuatan, manamungkin..
Najib berharap laskar anai² berhujah kukuh, menyerang teguh dan membina, memelihara dan mempertahan imejnya dengan baik..manamungkin..

Dengan hujah auta, pukulan lembek, lagi makihamun siapa agaknya yang tertazkirah dan terkinja untuk sokong parti najib razak.

Cuma Hadi, jual lelong murah² ahlinya kepada parti najib razak...
Semoga marhaen dan akar umbi pas bangkit mempertahankan maruah mereka sebelum sampai dipeti undi.

Klik Janji Hisham

Klik Ini Pula Zahid

Klik Samy Vellu Pun Mesti Terkejut




Saturday, February 24, 2018

PAS LEBIH MERBAHAYA DARI UMNO

Setakat dengan umno boleh berbeza pendapat tapi kalau dengan PAS, jangan sampai tergadai akidah atas fahaman siasah dunianya yang rakus dan sempit..






KENAPA MASIH RAGU DENGAN KESETIAAN PEMIMPIN DAN AHLI UMNO...





Acapkali menjelang pilihanraya, acapkali pemimpin turun padang...ahli dan pemimpin kecil diingatkan supaya setia dengan parti, prihatin pada rakyat....

Singkap rekod dan sejarah.. Belum pernah ada dalam sejarah ketua cawangan umno terima rasuah 2.6B...

Belum pernah ada dalam sejarah ketua pemuda cawangan umno bawa isteri naik jet peribadi makan angin..

Belum pernah ada dalam sejarah ketua cawangan umno pelihara lembu dalam kondo..

Banyak lagi yang cawangan dan akar umbi "belum pernah" melakukan sesuatu yang mencemar nama parti, bangsa dan negara hingga busuk seluruh dunia...

Yang curang, khianat adalah pemimpin atasan...




# Atas prinsip menyokong 100% cadangan kerajaan melaksanakan akta fake news, mana² hujah palsu, denial sindrom dan pembohongan akan dipadam.



Friday, February 23, 2018

JANGAN PANDANG ENTENG KEMUSNAHAN YANG DIBAWA PARTI NAJIB RAZAK DAN PARTI HADI AWANG...






Pandang enteng dan kealpaan pun boleh memusnahkan apatah lagi kalau begitu banyak silap salah mungkar skandal yang terpalit...

Rakyat kena biasakan tukar kerajaan yang mungkar, bermula dari sekarang dan akan datang...



MYDIN DAN BANK NEGARA SENADA



Apabila Mydin memberi pandangannya terhadap tahap realiti ekonomi rakyat sekarang..

Apa reaksi Menteri (?)
Bertujai menerkam reaksi tahap ala ahmad maselan...

Apa reaksi pecacai (?)
Pecacai yang failed mathematic LCE pun turut memberi pandangan dengan menjuruskan kajian Master dan Phd mereka  ketahap kedai dua ringit barang china..berbueh fakta dan mengaku tahap pelanggan setia pelahap gaban kedai dua ringit 100% milik cina penyokong DAP untuk dibandingkan dengan Mydin.

Bagaimana pula reaksi mereka apabila pandangan BNM juga senada dan selari dengan Mydin (?) 

Klik baca dan hadam

MEMBURUK DAN FITNAH TUN..DI DUNIA PUN DAH DAPAT CASH

Sudah 3 bertahun segala usaha dan jentera digunakan untuk memburukan dan fitnah Tun sekadar kerana Tun memberi nasihat, teguran tertutup, kritik terbuka untuk Najib berundur secara terhormat dan parti serta negara akan selamat.

Dari keluar umno, tubuh BERSATU dan kini Pengerusi Pakatan Harapan dan kemuncaknya calon PM..begitu banyak kemajuan yang tidak pernah dijangkakan..nyatalah fitnah itu tidak terkesan langsung .. Kemenangan sementara Najib, dia masih kekal sebagai PM, itu sahaja dan masa penghujung sudah sampai.

Skandal 1mdb asalnya merupakan skandal peribadi najib tetapi berjaya dijadikan isu parti dan kerajaan untuk mempertahankannya. 

Teguran 1mdb  juga asalnya adalah pandangan peribadi Tun tetapi kemudiannya bertukar sebagai perjuangannya atas kapasiti Bapa Pembangunan Moden Malaysia dan kini perjuangan itu sudah menjadi sebahagian perjuangan pembangkang dan iltizam rakyat.

Mengadakan pilihanraya, majoriti ramalan, BN boleh menang. Andaian itu, tidak ada sebab untuk tidak mengadakan pru kecuali tahu akan kalah.

Apakah masih berbaloi untuk lipatandakan usaha "mencederakan" Tun (?) Pihak² yang bersubahat sudah pun dapat balasan  "tunai" - rugi bukan palang kepalang..

# Memadailah makan beras tempatan, semangat tempatan, support petani kita !!!




DAH GILA TALAK KE PUAK NI.




Ada yang dah keluar parti, ada yang nak keluar parti, ada yang baru merancang nak keluar parti..kesimpulannya sudah tidak berminat dengan BERSATU..barambus je lah kalau parti tu jijik dan bukan selera mereka...

Nampak sangat gila talak, busuk hati dengan buat sidang akhbar dan demo...

Yang tak buat tindakan ROS, yang dikecam Mahathir...mana satu ni?

Dah ceraikan BERSATU, berambus lah...

Jangan tunjuk sangat gila talak tu..
Kalau dapat habuan...ambik le tapi lakonan jangan over, tak malu ke dengan anak bini cucu...

Kalau bukan dedak, logiknya kalau sudah keluar parti sudah tentu tidak peduli dan biarkan parti tersebut reput dan mati sendiri..

Cuma nak nasihat puak ni, benda haram jangan dibuat..
Najib yang gagah perkasa pun tak dapat jentik pun Mahathir ini kan pula pecacai suruhan.

Maaf kasar sikit today.



Lain pula malam kelmarin di Batu Pahat...


Thursday, February 22, 2018

STRATEGI MAHATHIR...UMNO MAKIN PANIK MENJELANG PRU

Apa tujuan derma kepada BERSATU, selamatkan malaysia daripada terus ditadbir parti najib razak. Jelas dan nyata.

Derma untuk urusan parti dan jentera pilihanraya yang mempunyai rekod, transaksi, di audit, dibentang dalam Perhimpunan Agung dan laporan kepada ROS.

Ini yang tidak dibuat oleh parti najib razak berhubung 2.6B dan derma tin milo oleh parti suci. CILOK MENCILOK..

Pas juga sedang bergelut dengan isu 90juta yang hampir betul dan lagi pendedahan Rafizi serta mukaddimah Husam Musa.
Isu korup yang dikaitkan PAS jarang berlaku sebelum ini di era Nik Aziz.

Sekaligus semua pihak termasuk kepimpinan BERSATU sendiri boleh menderma kepada BERSATU dan lebih penting akaun ini tidak dapat dikaitkan dengan money laundering atau difitnah ditaja oleh pihak tertentu.

Setiap langkah² yang dibuat oleh komponen dan PH merupakan dua langkah ke depan dan inilah menyebabkan parti najib razak selalu ketinggalan.

Tindakan mengheret ROS juga merupakan satu perjuangan moral untuk ROS memberi jawapan. 
Ini bukan soal PH statik kepada apa juga keputusan ROS tetapi untuk melihat setakat mana ketakutan dan politik kotor parti najib razak. 

PH dalam kesepakatan begitu ramai pemimpin dan strategist tidak pernah kering dengan tindakan selanjutnya, dua langkah kedepan.

Tahukah anda, sebaik sahaja parlimen diistihar bubar..pendedahan demi pendedahan dari dalam dan luar negara akan menghujani najib razak dan partinya.. (?)





BILA KAIN DISELAK BARU NAK RESPON..





Sudah terlewat untuk gertak BERSATU atau PH bila sendiri buat kerja lembab. Kes telah didafarkan di mahkamah pada 21/2 memohon mahkamah arahkan ROS menjawab permohonan selepas TUJUH (7) BULAN menyepi

POLITIK KEHIDUPAN

Sekeluarga yang pernah dibesarkan dalam keadaan susah satu ketika dulu......depa buat reunion....si abang yang sulong kembalikan nostalgia masa kecik² dia yang tukang suap nasi ke mulut adik²....sebab nasi sepinggan perlu dikongsi makan ketika itu......



Sedikit sebanyak perjuangan umno dalam sosio politik orang Melayu telah meningkat selepas penekanan diberi kepada kesedaran pendidikan dan ekonomi.

Amat malang di Malaysia,  kaya dengan segala sumber, masih kedapatan sebahagian rakyat dalam situasi yang sama. Atas dasar itulah pengurusan negara ditunjangi parti najib razak perlu tidak zalim.

Masih ada di pendalaman, kanak² keciciran kerana ibubapa tidak dapat menampung persrkolahan anak² mereka kerana faktor kemiskinan.

Wednesday, February 21, 2018

LANTIK PEMIMPIN ITU BUKAN SEBAHAGIAN DARI RUKUN

Ambik tahu dan ambik ilmu..



YANG NAK KELUAR BERSATU, SEGERALAH, CEPAT SIKIT.....










Penyakit dan sakit sudah keluar..
Alhamdulillah..

# BERSATU baru setahun jagung, tapi ahlinya paling laris dalam pasaran dengan harga yang paling tinggi.















MASALAH ORANG MELAYU PUN BELUM SELESAI..









MB Johor tak perlulah sampai ke tahap tu kot semata-mata nak pastikan kaum cina akan undi MCA..

Penyelesaian bukan dengan cara mengorbankan kepentingan orang Melayu..

Sudah begitu banyak orang Melayu bertolak ansur, berkorban dan satu demi satu hak keistimewaan orang Melayu terhakis..









Kebangkitan wanita dalam Pakatan Harapan memberansangkan untuk mendekati pengundi...

SAMADA ROS LULUSKAN PAKATAN HARAPAN ATAU MAHATHIR BERTANDING ATAS TIKET DAP

umno boleh buat pilihan..

Tuesday, February 20, 2018

SIAPA WANITA HEBAT INI...

Yang tahu tolong info...



UMNO PERLU JUGA DIBERI KEYAKINAN MENANG..

Minggu ni banyak masa dihabiskan jumpa kawan² lama seperjuangan kerana ada kelapangan masa cuti raya cina dan antaranya orang kuat umno belakang tabir yang infonya lebih deep close.

Isu istana dan kehakiman antara yang menarik tetapi agak sensitif untuk dikongsikan.
Isu pru sewajarnya menjadi tumpuan.



Keyakinan BN menang memang ada atas faktor tiga penjuru dan yakin kerusi parlimen pas mampu menyelamatkan jika terpaksa.
Begitu juga mereka sangat yakin Sabah dan Sarawak kekal menjadi deposit BN.
Kekuatan Shafie hanya di Semporna dan satu dua kawasan tertentu sahaja. Keluasan geografi Sabah itu sendiri memerlukan kos yang tinggi sangat sukar dterokai dan ditembusi warisan.


Ketakutan dan cerita tahyol DAP masih tersemat kuat di kalangan akar umbi umno sebagai tangkal akar umbi tidak memberi undi kepada PH.

Bagaimanapun memang disyaki ada kalangan pemimpin kecil sudah menghidu kecurangan pemimpin atasan dan akan memberi undi kepada pembangkang, pemimpin peneroka sudah berani bersuara dan kampong tradisional tidak lagi takut untuk mengundang ceramah PH.

Bukan sahaja rakyat diabaikan umno bahkan akar umbi turut terpinggir kebajikan mereka dalam kepayahan hidup. Kurang sangat Ketua Bahagian dan YB ambil peduli secara langsung.

Turut terkesan dipinggir adalah otai² yang dianggap menjadi ancaman dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian akan datang.

Agihan peruntukan dikaut kroni tanpa sempat ke bawah - ini semua menjadi rungutan dan sebahagiannya terpaksa adu dan menagih dari pembangkang.

Umno selangor dianggap hipokrik dan cakap besar dalam memberi laporan kepada Najib akan kebolehan mereka tawan Selangor, semuanya sekadar mengejar peruntukan besar konon untuk program rakyat.

Pengurusan azmin ditahap cemerlang dan umno selangor tidak mempunyai tokoh setanding pun untuk diketengahkan.

Rasa menang BN sangat penting untuk membolehkan najib declare tarikh pilihanraya dan April dijangka paling sesuai.
Tetapi paling mengejutkan, tidak seperti lazim seperti dahulunya,  bilik gerakan jentera pilihanraya masih senyap sunyi. No money no talk kata petugas !!!!!



# Dijangka semua kerusi yang ditandingi amanah, pas  akan buru dan  meletakan calon dan bagi kubu kuat umno, pas berkemungkinan membiarkannya menjadi dua penjuru sahaja.




Monday, February 19, 2018

APA JASA NAJIB KEPADA MELAYU


Macam " 0 ". Tak ada sesuatu yang boleh dibanggakan generasi mendatang..

Jasa kecil, jasa biasa mungkin ada tetapi tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan jasa kepada dirinya sendiri, jasa kepada isteri, keluarga, anak menantu dan kroni serta sahabat handal...

BRIM musnah niat baik perlaksanaannya dengan munculnya percukaian yang lebih zalim dan rakus, GST.

Mungkin tanpa Najib, umno boleh kembali kepada perjuangan asal, bukan perjuangan peribadi..
Umno tanpa najib, mungkin Melayu tidak ragu-ragu untuk terus kekal sokong umno..



Sayangnya semua sudah terlambat..

Kalau sudah tiada kepentingan, tiada harapan tiada potensi untuk perjuangan orang Melayu dan Islam dan memelihara negara, tidaklah perlu lagi dikekalkan diri dan kerajaannya.

Rakyat perlu diperbiasakan menukar kerajaan yang korup dan meminggirkan kebajikan rakyat. 

Pegawai dan jabatan kerajaan juga perlu bertanggungjawab ke atas rakyat dan berani melawan sebarang bentuk tekanan dan campurtangan politik












# Cerita kegagalan, kemusnahan dan skandal mungkin lebih sinonim dengan najib. Jika kenyataan ini salah, cubalah betulkan...










PRU APRIL 2018 SELEPAS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ


Ada beberapa sebab utama:

1) Sebelum Anwar dibebaskan
2) Sebelum aidilfitri..mengelak situasi orang Melayu berhadapan dengan barangan harga yang serba tinggi..Menimbulkan kemarahan Kepada kerajaan.
3) Israk Mikraj dijadikan turning point kerjasama pasumno.

Dijangka pembangkang terpaksa bertanding menggunakan lambang parti masing².


DAH MULA TAKUT DENGAN BAYANG SENDIRI....

TERKINI
Rancangan jahat dari regim pemungkar terkantoi...








..................

POSTING AWAL: 


Klik SELEPAS GAGAL MEMBURUKAN TUN DI MATA RAKYAT..AKHIRNYA TERTIKAM DIRI SENDIRI

Dan

Ada satu rakaman pas dan umno sudahpun bekerjasama (sanding senyap²) malah pas juga sudah menerima sejumlah wang dari umno - husam musa.
Apakah di luar pengetahuan Tuan Ibrahim atau sekadar denial syndrom?
Tidak dinyatakan samada itu ada kaitan dengan 90juta???




LEBIH RAMAI AKAN KELUAR PARTI..

Tak perlu istihar pada ku nan..


Melihat skandal 1mdb melalui akaun dan audit forensik

Sunday, February 18, 2018

ISU APA SANGAT PEMBANGKANG AKAN DITOLAK RAKYAT, DOSA MANA UNTUK RAKYAT MARAH..


Pembangkang kalau tak ada kelemahan dan kekurangan memang bohong sangat.

Tapi apa isu, dosa sebesar mana untuk rakyat tolak. Agak mustahil Pulau Pinang dan Selangor untuk ditawan BN kecuali komponen PH ada masalah kesepakatan.

Johor, Kedah macam 100% di tangan PH begitu juga di negeri² lain termasuk tsunami di Sabah. Yang hanya kental mungkin Sarawak.

Di Kelantan, kerajaan negeri (PAS) akan terhukum oleh rakyatnya. Menjual nama Isle sudah lama benar hakikat kualiti Islam di mana sedangkan pemimpin semakin parak.

Rakyat Kelantan harus berani membuat perubahan secara tsunami bagi memastikan kerajaan negeri selari dan sama dengan kerajaan pusat (PH) selepas PRU14.
Memilih pas atau umno akan menyebabkan Kelantan ketinggalan dan mundur lagi.

Sangat tidak logik umno seluruh negara tidak terhumban kali ini.


BEREBUTLAH KAMU MENDERMA KEPADA PARTI BERSATU YANG PERJUANGANNYA MEMBEBASKAN RAKYAT DARI SEBUAH KERAJAAN YANG ZALIM..

Mungkin Tun kaya, tapi ini bukan partinya..
Masa, tenaga dan fikiran yang Tun sumbangkan lebih besar lebih berharga dari duit semata-mata.

Nak derma hubungi Sini
Tak nak derma tambah pahala jangan menceceh tambah dosa, simpan duit tu kalau boleh Kaya..
Dermalah dengan ikhlas, amaun yang logik dan mampu.
Malangnya parti ini, sudah tiada lagi pak arab gila yang mahu menderma.

Saturday, February 17, 2018

MACAM BUMI DENGAN LANGIT


World's Best Finance Minister





Baca sebelum delete



Jika Tun tidak berundur, terus sebagai PM, negara mampu jadi Top 5 Negara Asia Termaju Dunia.

NAZRI TUDING JARI PADA TUN KALAU MALAIKAT TANYA DALAM LUBANG KUBUR....

Nazri kekal suci sampai sekarang.

http://dialograkyat.blogspot.my/2018/02/semasa-zaman-dr-mahathir-dia-akan.html?m=1

Apakah menyokong penyamun penyangak lanun juga Tun ajar.

Baca link sebelum beri komen.


Memburukan Tun belum pernah berjaya menjadikan umno menang.

Friday, February 16, 2018

SPRM DAN NAJIB

Malaysia
0 Menteri Kabinet
0 Menteri Besar/Ketua Menteri
0 Ahli Parlimen

Indonesia
9 Menteri Kabinet..
19 Gabenor..
100 Ahli Parlimen..

Sudah dipenjara kerana korup.
Rekod Malaysia lebih baik..








DAP JANGAN BIADAB

DAP jangan biadab di atas sikap bangsat Ramasamy..



Kebebasan untuk menyatakan atau tidak bersetuju dengan seseorang atau perkara boleh https://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/apa-nasib-negara-jika-diperintah-ramasamy/ tetapi secara sopan, memadai secara undang², ada had dan bukan secara pariah atau mabuk todi... Di luar rasional atas kedudukannya sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Adalah tepat manusia sebegini tidak lagi diberi peluang untuk berada ditahap sekarang.

APAKAH PAS PARTI ISLAM DAN PEMIMPINNYA BOLEH MENYELESAIKAN MASALAH NEGARA DAN MAMPU MENJADIKAN RAKYAT LEBIH SELESA DAN HARMONI...

Tajuk panjang tu kalau dipendekan: PAS UNTUK APA (?)

Sebelum tersasar jauh kena pastikan dulu benarkah PAS parti Islam atau sekadar kulit.

Melihat kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan sempat menjamah Perak apakah model terbaik untuk sebuah negara.

Sehabis ikhlas tolong beri komen terbaik untuk PAS.

Kecenderongan Hadi kepada umno najib adalah kesilapan terbesar PAS, jauh lebih silap semasa mengadakan kerjasama dengan DAP.

Husam sebutir cerdik PAS senasib Hang Nadim, diperintah Sultan supaya dibunuh atas hasutan pembesar negeri.
Siapa lagi pemimpinnya yang boleh diangkat, jangan secelupar nik amar atau sekadar melukut tepi gantang nik abduh.

BN MENANG:MUSTAHIL GST TAK NAIK



Berdasarkan janji Najib pada harga petrol, memang tak boleh pakai.

Sebelum ini pun Ketua Pengarah Kastam sudah mengeluarkan senarai tambahan barang yang dikenakan gst tetapi ditarik balik selepas menyedari bantahan keras dari rakyat.

Sekarang ini pun gst menjadi senjata ampuh pembangkang menggempur umno dengan janji beransur "0" dan kerajaan umnongok tidak mampu menurunkannya bagi memenuhi dan mengambilhati rakyat.

Dalam keberadaan hutang dan kos yang meningkat, gst sumber terbaik dan menaikannya bukan satu mustahil.

Ia satu bentuk kezaliman (mekanisme perlaksanaan gst) dan masihkah kamu mahu meletakan saham menyokong.

Wednesday, February 14, 2018

sambungan... KENAPA BERSATU, TOLAK UMNO




Jangan main² rezeki pun kerajaan yang bagi !!!!!!!




 # ABU



Kalau imam bernajis, kaji kencing, dalam solat pun sempat menipu, mencuri, bangang sangat le tak mufaraqah.

Yang jahil, tak faham..jalan terus.

SUDAH SAMPAI MASA SERTAI BERSATU


Bagi mereka yang belum mendaftarkan diri sebagai ahli BERSATU, wajar berbuat demikian sekarang, yang atas pagar luar pagar.


Jadi ahli bukan untuk berebut kerusi parlimen atau DUN, itu dah selesai. Bukan juga berebut untuk dapat upah menulis aduan kepada ROS.

Daftar jadi ahli ketika BERSATU sedang diserang, disabotaj, dikhianati - untuk sokongan moral kepada pemimpin dan parti, rezeki bukan umno bagi.


Tak perlu declare pada ku nan, cukuplah Allah tahu.


𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...