Monday, February 19, 2018

LEBIH RAMAI AKAN KELUAR PARTI..

Tak perlu istihar pada ku nan..


Melihat skandal 1mdb melalui akaun dan audit forensik

11 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Bole ker bagi jaminan kalau bn menang kos sara hidup bole turun..klau yer crita camnaplak...camni la dah dekat lima tahun dh buat janji..mana cakap rakyat senang...tu la kalau susah tu redha gak la...nk buat camna....tapi tolong la jangan menipu..yg nk ditipunya rakyat..habis camns?apsal umno ingat rakyat ni bodo ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 19, 2018 1:24:00 AM

      Najib PM paling hebat...rezab negara bertambah gdp 5.9%...tapi rakyat beli barang 50 ringgit tak penuh satu beg plastik...untuk siapa kenaikan gdp dan rezab bnm?....

      Delete
  3. Sama je.....ada yg keluar dari UMNO,ada yg keluar dari PAS, ada yg keluar dari PPBM dan lain-lain lah lagi. Tapi bila kena kat orang lain riuh sekampong. Bila kena kat batang hidung sendiri ...diam seribu bahasa. Biasa la tu...tak ada apa2 yang nak di"excited" kan pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg fikir sama tu awak, jebis bodoh sombong

      Delete
  4. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 19, 2018 1:32:00 AM

    Baru2 Bersatu di tubuhkan cai dan panglima umno heboh menyatakan hanye ade beberape orang saje ahli Bersatu....

    Tapi anehnye kluar berita beratus ahli yg keluar parti...ahli yg kluar parti buat sidang media tunjuk borang daftar ahli....kad jeahlian tak tunjuk.....baru isi borang ahli blm daftar dah umum kluar....permainan umno sungguh cedik....hihihi

    Ade ahli umno tak tahu pon dia berdaftar ahli umno...terutamanye orang asli...yuran ahli tak pernah bayar....tapi dipanggil ke mesyuarat cawangan....patut ahli sampai 3 juta orang....

    Ahli sesebuah parti tak gerenti pangkah calon parti....

    Ketakutan buat najib tak berani bubar parlimen...

    ReplyDelete
  5. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 19, 2018 1:37:00 AM

    Bila parlimen bubar nanti tv dan akkbar milik umno akan siarkan berita berpuluh2 ahli parti pembangkang istihar keluar parti holang kepercayaan dan masuk umno...hanye umno saje parti yg boleh memerintah malaysia...

    Seblm bubar parlimen masih yakin dengan parti sendiri....hampir pilihanraya baru hilang keyakinan...taktik umno dari dulu sekarang hingga kiamat...hehehe

    ReplyDelete
  6. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 19, 2018 1:43:00 AM

    5.9 % Siapa yang Punya?*


    WEDNESDAY, 14 FEBRUARY 2018

    Rakyat masih tidak memahami bagaimana Dato’ Seri Najib boleh bercakap tentang pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang sebanyak 5.9 %, tetapi pada masa yang sama harga barangan harian naik melambung sehingga benar-benar membebankan rakyat. Apakah maknanya 5.9 % jika harga Ikan Kembung Hitam naik sehingga 19.5%, Sos Maggi Cili naik 38.8%, Sardin Jenama Ayam naik 30.6% dan Kubis Cameron naik mencecah 29%. Kerajaan UMNO-BN tahu akan semua ini, tetapi mereka tetap mahu menunjukkan angka 5.9% yang tidak mempunyai apa-apa makna bagi rakyat biasa seperti kita. Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menjelaskan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kuasa belanja individu kini tidak lagi mempunyai kaitan, bekas perdana menteri itu juga berkata, kos hidup yang tinggi telah melampaui kenaikan pendapatan serta menjejaskan kuasa beli pengguna. “Pertumbuhan KDNK (kini) tidak bermakna kepada rakyat,” kata Pengerusi Pakatan HARAPAN itu dengan tegas. 

    Kita juga dikejutkan dengan kenyataan berterus-terang Datuk Wira Ameer Ali Mydin, pemilik hypermarket Mydin yang mendedahkan, sepanjang pembabitan syarikatnya dengan projek KR1M, Mydin mengalami kerugian lebih RM100 juta. Dengan kata mudah, 5.9% pertumbuhan yang dibanggakan oleh Najib sebenarnya tiada nilai signifikan di sisi ahli perniagaan seperti Ameer – mereka tidak dapat menikmati apa yang sedang dibanggakan oleh Najib itu. 

    Malah, semalam Bank Negara Malaysia (BNM) memberi amaran, dalam laporan yang lengkap dengan data, yang menunjukkan rumah di negara ini “tidak mampu dibeli” pada 2016 oleh standard antarabangsa. Dan ia berterus untuk tahun 2017 dan 2018. Menurut BNM, sejak 2012, bekalan rumah baharu semakin berkurangan berbanding dengan pertambahan permintaan oleh isi rumah. Dan sepanjang tahun berkenaan hingga suku pertama 2017, hanya 24% daripada pelancaran baharu dijual pada harga RM250,000 atau kurang, dan hanya 35% isi rumah Malaysia yang mampu memilikinya. Sejak 2007 hingga 2016, harga rumah meningkat 9.8% manakala pendapatan isi rumah hanya meningkat 8.3%. 

    Kedudukan yang tidak seimbang itu paling ketara dari 2012 hingga 2014, apabila pertumbuhan harga rumah (26.5%) meningkat lebih sekali ganda daripada tahap pertumbuhan pendapatan (12.4%). Hal ini semakin tampak jelas apabila BNM berkata tahap jumlah hartanah kediaman yang tidak terjual di Malaysia mencatat paras tertinggi dalam tempoh sedekad, dengan 146,497 unit pada suku kedua (S2) 2017, berbanding 130,690 unit pada suku yang sama pada tahun sebelumnya. Pada suku kedua 2017, hampir 82% unit tidak terjual berharga melebihi RM250,000. 

    Bayangkan rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli rumah walaupun harganya RM250,000 – maknanya rakyat Malaysia khususnya yang berumur bawah 40 tahun sememangnya tiada wang dan kuasa membeli, maka apakah ertinya 5.9% yang dibanggakan oleh Najib, sekiranya ia tidak memberi apa-apa makna pun kepada generasi B40? 

    Jelaslah angka 5.9% pertumbuhan ekonomi negara yang diumumkan oleh Najib, realitinya tidak diketahui siapakah yang menikmatinya. Pada ketika ahli korporat seperti Datuk Ameer Ali Mydin mengalami kerugian ratusan juta, pada ketika generasi B40 bergelut dan tidak mampu membeli rumah bernilai RM250K dan pada ketika pak cik dan mak cik di kampung berkira-kira untuk membeli ikan Kembung serta sayur-sayuran yang harganya mencanak naik. Lantas Najib dan ahli kabinetnya tiba-tiba muncul, menjaja kisah pertumbuhan ekonomi negara 5.9% yang sebenarnya tidak dirasai pun oleh rakyat kebanyakan. Percayalah, sekiranya ekonomi Malaysia benar-benar kukuh bajet tahunan untuk kementerian-kementerian penting seperti Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan dipotong. Dan para penjawat awam, khusus di universiti tidak akan dikerah untuk menjana pendapatan bagi menampung realiti kewangan negara yang sememangnya tidak sihat.

    Maka timbullah satu persoalan, milik siapakah 5.9% yang diceritakan oleh Najib itu? Golongan manakah yang memperoleh manfaatnya? Jawapannya hanya akan kita ketahui apabila UMNO-BN ditumbangkan dalam PRU-14 ini.

    ReplyDelete
  7. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 19, 2018 1:56:00 AM

    VIDEO : Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB

    Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB



    Radzi, 41, kini bertugas sebagai pensyarah di University of Tasmania di Hobart, di selatan Australia.
    Ketika ditemui di Ketereh, Kelantan, Radzi berkata beliau juga kini sedang menyiapkan satu tulisan mengenai 1MDB yang merupakan sebahagian daripada kajiannya.
    “Saya juga guna kes 1MDB sebagai sebahagian daripada contoh dalam pengajaran. Contohnya apabila guna fair value accounting,” katanya kepada The Malaysian Insight.Menjelang 2015, timbul pula kes melibatkan Xavier Andre Justo, seorang bekas kakitangan di PetroSaudi International iaitu sebuah firma yang pernah berunding dengan 1MDB.
    Xavier mendedahkan maklumat sulit daripada PetroSaudi kepada pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan juga kepada pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.
    Maklumat sulit itu didakwa berhubung kecurian jutaan dollar dari 1MDB dalam rundingan dengan PetroSaudi.
    Susulan itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mula membuka mulut untuk mengulas mengenai 1MDB.

    Wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib
    Jelasnya, kerajaan sepatutnya dapat menafikan pemindahan wang itu tidak berlaku kerana segala transaksi berkenaan dapat dikesan dengan mudah.
    “Orang sudah tunjuk duit pergi sini masuk ke sini, sepatutnya kerajaan cakaplah itu tidak berlaku. Bila kita cakap tentang forensik, kita bercakap tentang pergerakan wang dalam sistem perbankan.
    “Wang itu boleh dikesan jika pergi ke mana-manapun. Tidak susah langsung, jadi dia nafikanlah pemindahan itu berlaku di antara akaun. Jadi orang akan fikir, betul atau tidak cerita itu (yang didakwa The Edge).”
    Pada waktu itu juga, akhbar berpengaruh Wall Street Journal menyiarkan laporan mengenai wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Najib Razak.
    Sedia jadi calon
    Radzi berkata, beliau melihat tidak ramai ahli Umno yang berani mengisytiharkan diri keluar parti untuk menyertai parti Bersatu, tetapi ramai yang bertindak berdiam diri.
    “Yang senyap ini ramai. Pengaruh ahli yang senyap inilah yang dipandang rendah sebenarnya. Terutama golongan profesional, akauntan yang faham isu ini, bila kaji betul-betul, mereka akan tengok yang benda ini merapu,” katanya.
    Beliau kini dipilih menjadi ketua Bersatu bahagian Ketereh, kawasan yang diwakili ketuanya sewaktu dalam Umno, Annuar Musa.
    “Sekiranya pucuk pimpinan merasakan saya layak dan mampu untuk mendapatkan kemenangan bagi Pakatan Harapan di Parlimen Ketereh dan tiada sebarang aral, insya-Allah saya akan pikul amanah tersebut.
    “Apapun, perlu ditekankan yang saya serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan,” katanya lagi kepada The Malaysian Insight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 19, 2018 2:05:00 AM

      Anuar muso sudoh jumpe lawannye yg sebenor....rupanye dlm senyap ade ahli umno yg benci dengan kejahatan najib...

      lawanye blm ade kes yg boleh digunakan oleh anuar muso tapi anuar muso banyak kes yg didiamkan oleh SPERM....mampos lah ko anuar muso kali ni...

      Anuar ketua penerangan K.O umno gelap...tiada siapa lagi boleeh menerangkan umno....hehehe...cai2 dedak tak boleh di harap...harap nak isi tembolok dengan dedak jee..ade dedak baru boleh melalak merapooo...

      Delete
  8. Pemimpin besar dan kecil yang mengkhianati BERSATU, dah jutawan ke mereka? Dah berkat ke hidup mereka?

    ReplyDelete

6ANGKA