Sunday, February 4, 2018

LIHAT KEJAYAAN PEMBANGUNAN SAMA PENTING MELIHAT KEMUSNAHANNYA...



Sebagai orang yang ada otak dan berpelajaran, lebih baik dari suharli, cencaluk (SPM) atau tarantula (SRP) saya juga ada ditanya oleh rakan² umno, apakah saya tidak nampak apa kebaikan dan kemajuan yang dibawa oleh najib.

Saya jawab dalam bahasa biasa yang mudah, asasnya pembangunan adalah tanggungjawab mana² kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat, harus ada perasaan tidak puas dan tidak cukup atas apa yang telah dibangunkan, jauh sekali mengungkit dan mendabik dada.




Pembangunan mesti setimpal dengan amaun yang dibelanjakan, tiada korup dan ketirisan sepanjang proses pembangunan.

Saya dapat melihat pembangunan yang telah dibangunkan oleh kerajaan tetapi dalam masa yang sama juga melihat bagaimana ianya tidak berhemah, kroni, korup, boros dan overspend hingga melibatkan pertambahan hutang yang keterlaluan dan pembangunan yang akhirnya memberi bebanan dan tekanan kepada rakyat.

Apa nama pembangunan jika pertambahan peluang pekerjaan tidak selari. Berapa puluh ribu peluang pekerjaan disediakan 1mdb ??? berbanding dengan Proton..

Saya juga tidak terlepas pandang tentang 2.6B yang masuk ke akaun peribadi najib yang pada awalnya dia berbohong tidak tahu dan menafikan?

Saya juga tidak terlepas pandang untuk mengingati bagaimana Myhyiddin dan Mukhriz dipecat sekadar bertanya tentang 1mdb... Dan akhirnya najib mengaku lemah,  salahurus dan gagal...

Tidak juga mahu lupakan begitu sahaja, malah mahu tahu motif sebenar Peguam Negara yang sihat dipecat.

Pendekan cerita, tanya lagi rakan² umno kepada saya, tidakkah saya sedar kerajaan sekarang berjanji dan telah mengistiharkan beberapa lagi cadangan pelan ekonomi dan pembangunan yang melibatkan billion dan billion untuk kesejahteraan rakyat.

Saya bagitahu mereka secara bertanya , tunjukan saya satu pemimpin BN atau satu menteri yang cakapnya boleh di pakai/dipercayai.??!? Jawabnya NONE/TIADA...

Jadi apa perlu lagi saya ambil peduli dan peka kepada janji dan impian kerajaan yang sudah tiada integriti.
Lebih lebih lagi semua itu lebih kepada gula gula pilihanraya dan kerajaan itu sudah tidak akan ujud lagi selepas PRU14 kelak.

Vedio di atas dan banyak lagi vedio² lain memperkatakan bagaimana negara diurus secara salah dan memalukan oleh pemimpin yang lemah dan korup.

29 comments:

  1. Malangnya baik daripada kerajaan maupun pembangkang, tiada satupun pemimpin yang cakapnya boleh dipegang dan tidak goyah oleh faktor masa, sokongan, pegangan politik dan sebagainya. Spt kata KD sendiri, tiada walau satupun! Dalam pimpinan PH, nama siapakah yg kita boleh calonkan sebagai manusia paling konsisten dalam kata2nya, tindakannya dan ketegasannya? Masing2 tunduk dgn anutan politik dan bukan keimanan kpd pencipta. So, apa dan siapa yang rakyat boleh pilih? Parti mana dan siapa dia? We have no choice bebe!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan tuan tetapi sebagai pemimpin pembangkang yg belum menjadi kerajaan adalah kurang adil untuk kita nilikan sekarang.

      Tun, Muhyiddin dan Mukhriz sebagai pengalaman, telah menunjukkan mereka mampu delivered.

      Azmin dan lim guan eng mampu mensejahterakan rakyat kedua-dua negeri walaupun mungkin tidak 100% cemerlang.

      Delete
    2. Maaf KD, saya nak komen balas. Nama2 spt Tun, Muhyidin, Mukhriz, Azmin dan Guan Eng yang membuatkan saya macam nak tergelak. Kes lombong pasir di Selangor, kes terowong dan banglo terlajak apa ntah di penang, kes Bestari net bekas timbalan presiden umno, kes forex bla bla bla belum terjawab sepenuhnya hingga tiada hujah persoalan. Itu yang saya maksudkan 'we have no choice' KD weh!!!

      Delete
    3. Pulau pinang Dan Selangor Di bawah PH ,Di urus dgn baik berbanding dulu, ITU lah pilihan Dan bukti bhw pihak lain dan Manoj mengurus negara.

      Delete
  2. Bolehkah company yg sdh diiktiraf GAGAL dan berhutang berbillion menaja orang naik haji? Dari mana sumber duit penajaan itu? Halal kah sumbernya?

    Laporan audit syarikat sudah bertahun tidak diserahkan...kenapa SSM senyap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIBON taja orang naik haji sebagai satu propaganda yang kononnya beliau amat prihatin kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk menunaikan haji. nak advocate dialah pemimpin yang BAIK, PEKA, ALIM KUCHING. NAJIB dan menterixnya, SEBIJI MACAM watak-watak dalam filem MUSANG BERJANGGUT. JIBON samalah macam Ahmad Nisfu (Raja) dan Menteri-menteri adalah pembesarx. SEBIJI KARAKTER digambarkan oleh P. RAMLEE yang genius dah dah tafsir Malaysia akan jadi macam filem tersebut.

      Delete
    2. Orang offer pi haji free dan tak perlu q ikut giliran, tok lebai janggut panjang, serban besar dahi hitam pikir pi haji free, sapa tolak, tolak rezeki. Dia tak fikir dah duit mari mana. Semua tu tolak tepi pasal pi haji free dan potong q, tak perlu daftar. Daftar kat 1mdb je. Tu pun kena ugut, kalu tak undi tak boleh pi haji 1mdb.

      Delete
    3. Free me ?? Kah kah kah, duit tempat lain dikurangkan utk inilah, mana Ada free punya

      Delete
  3. KD Apa pula taraf pendidikan kau ?

    Sedar atau tidak selama kau bersekolah kau menggunakan hak kerajaan hidup kau selama ini pun banyak bergantung kepada subsidi kerajaan jangan megah sangat kau lahir pun di hospital dan di katil milik kerajaan, dan kau mati pun nanti akan diperiksa oleh hospital kerajaan juga.

    So jangan terlalu bongkak hidup kau dari lahir hingga mati kelak atas IHSN dan bantuan kerajaan. jangan cuba nafikan.

    Kalau kau kata itu tugas kerajaan , apa pula tugas kau sebagai manusia yang menikmati segala kemudahan dan akhirnya menikam nikmatbyang kau rasai selama hidup.

    Apa jasa kau kepada negara yang tak pernah apa fahaman dan apa anutan parti kau tapi segala kemudaha. Dirasai sama rasa dan sama rata.

    Manusia kufur nikmat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapa kata sekolah tu hak kerajaan..tu hak rakyat..rakyat bayar cukai dalam pelbagai..wakil2 rakyat yang dipilih oleh rakyat diamanahkan untuk menguruskan duit rakyat untuk kesejahteraan ralkyat. Tapi..kalau dah tak amanah..nak simpan buat apa..kita sbg rakyat punya hak untuk pilih orang lain pulak...

      Delete
    2. Hak kerajaan? buduh tul cencaluk ni kn...banyak sgt makan duit haram tu la jadinya....kerajaan rakyat yang pilih, kerajaan berkhidmat untuk rakyat bukan sebaliknya..so xde istilah hak kerajaan...puihhhh

      Delete
    3. Makan cencaluk tak bodoh, tapi jadi cencalok pembikinannya tak tunjuk cerdik, hanya sedap sebagai penyedap. Lain tak guna bila dah masuk perut.

      Delete
    4. Astaghfirullahalazim Cencaluk, begitu jauh sekali sdr tersesat di dalam ketaksuban.

      Sdr bercakap seolah-olah pemimpin UMNO BN yg memberi rezeki padahal pemimpin itu juga adalah orang-orang yg diberi rezeki. Ketaatan muktamad adalah kepada Allah dan bukan kepada manusia.

      KD tidak lahir di atas bantuan dan ihsan kerajaan sebaliknya KD lahir di atas kehendak dan izin Allah.

      Bukan kerajaan yang memberi rezeki sebaliknya Allah yang memberi rezeki.

      Kita bernafas hari ini pun dengan izin Allah, maka sewajarnya kita melihat dahulu apakah perintah Allah di dalam situasi tertentu.

      Adakah Allah menyuruh kita menyokong pemimpin penindas yang menipu rakyatnya? Nabi telah menyatakan larangan keras menyokong pemimpin begini hatta baginda tidak mengaku umat orang yang melakukannya.

      Adakah saudara Cencaluk berani mengatakan tentang Allah sesuatu yang tidak kamu ketahui?

      Pemimpin UmNo pun bernafas melalui udara yg Allah bekalkan, memijak bumi yang Allah ciptakan dan memakan makanan yang Allah keluarkan. Tapi dialah yg sebenarnya derhaka apabila mengkhianati amanah dan melanggar larangan-larangan yg keras,

      Saudara Cencaluk mengingatkan saya kepada Firaun yang apabila ia ditemui Musa as dan Musa meminta ia lepaskan kaum Bani Israel yang sedang ia tindas ia telah berkata kepada Musa as; 'bukankah kamu ini yang aku pelihara sejak kecil?'

      Nampaknya sdr Cencaluk juga mempunyai fikrah yang sama dengan fikrah konco-konco Firaun yang berpandangan Nabi Musa a.s seorang yang tidak tahu berterima kasih kepada Firaun.

      Delete
  4. CENCALUK ni memang CINCAULOOK. Apa ke benda KD lupa diri bahawa dia memang hidup dari bantuan kerajaan. memanglah, saya pun. tapi masa itu bukan JIBON jadi pemimpin. Bapa beliau TAR, HO, TM dan pada era itu. Ekonomi negara mantap dan pelbagai bantuan diperolehi. Cukup apa yang kami terima, walau gaji kecil tapi cukup makan, Tak payah bayar GST, minyak petrol murah, minyak masak, minyak urut murah. bahan mentah, ikan kembong, malah daging pun murah. Zaman Jibon hanya KANGKONG uyang murah. HIDUP PAKATAN HARAPAN. SEMOGA BERJAYA KE PUTRAJAYA.

    ReplyDelete
  5. Sebagai anak orang miskin tetapi pandai, dari remove class (masuk aliran inggeris) di sekolah elit hinggalah ke universiti pendidikan dibiayai sepenuhnya biasiswa persekutuan era Mahathir..

    Kalau anak orang miskin tetapi pandai bolehkah mendapat biasiswa dari tingkatan satu hingga phd jija di era najib sekarang sedangkan 24 jam mendabik dada ekonomi makmur..

    Yang kufur nikmat adalah mereka ahli umno sekarang yang lupa jasa Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar dari universiti, enam (6) jawatan kosong sedang menungu dan aku pilih Pelabuhan Bintulu..
      Best tak kerja tunggu kita era Mahathir $?)

      Delete
    2. itu dulu KD, sekarang dah lain
      sbg contoh...
      dulu urusan bank semua di kaunter
      skrang dah online banking, guna mesin atm, cdm dll
      cukup ada dua tiga orang teller shj di kaunter, yg dulunya sampai 12 0rg
      kedai jual tudung dll byk yg tutup sbb org byk beli online je
      teksi pun tak laku, org dah guna grab car - cepat, murah, berkesan
      utk lunch dan dinner, tak payah pegi kedai, order online je jimat masa
      peluang utk manusia dah diambil alih oleh teknologi
      potong buah sawit je yg banyak perlu tenaga manusia
      itu pun harapkan indon dan bangla shj yg mahu

      banyak lagi kalu nak tulis nii...

      Delete
    3. Itu pun nasib baik Tun perkenalkan SMMC, kalau tidak, tak kenal info tech tanpa sempadan, internet, masih ilmu hutan.

      Delete

    4. Sokong kenyataan sdr KD.

      Sekadar berkongsi pengalaman buat iktibar.

      Seperti sdr KD saya juga membesar dan mendapat pendidikan dari sekolah rendah sehingga pengajian rasmi terakhir di era Tun M.

      Berkat kebijaksanaan dan kejujurannya mentadbir negara serta pandangan jauh yang ia miliki saya juga diberikan rezeki menamatkan pengajian di peringkat ketiga.

      Keadaan ekonomi yang baik saya mempunyai 3 pilihan apabila tamat pengajian. Pilihan pertama saya ditawarkan berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK kini JASA) yang baru saja ditubuhkan, pilihan kedua diminta oleh orang besar Majlis untuk menghantar permohonan untuk berkhidmat di Majlis Agama Islam di sebuah negeri dan 'dijamin permohonan akan diterima' apabila surat permohonan dimajukan, dan yang ketiga adalah apa yang sedang saya sedang lakukan hari ini.

      Syukur saya tidak menerima kedua-dua tawaran dan semawaan itu. Jika tidak barangkali hari ini saya adalah seorang pendedak ataupun perosak agama di atas nama agama.

      Pada masa itu peluang begitu banyak sekali bagi mereka yang mahu mengambil peluang.

      Pada hari ini anak2 dan adik2 kita yang bijak pun amat terhad peluang mereka akibat tekanan ekonomi dan segala macam bantuan yang ditarik balik.

      Yang baru menamatkan pengajian di peringkat ketiga terpaksa menjadi pemandu uber dan penjual nasi lemak.

      Yang baru tamat sekolah menengah pula ramai yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran lagi disebabkan tekanan ekonomi.

      Adik saya seorang pensyarah di sebuah Universiti tajaan MARA sendiri akui pelajar makin sedikit akibat tiada kemampuan dari segi kewangan dan bantuan-bantuan yang pernah wujud satu masa dulu pun kini sudah tidak ada. Malah para pensyarah juga semakin ditekan dan tertekan sehingga ada yang menganggap keadaan ini disengajakan untuk memaksa para pensyarah itu meletakkan jawatan demi mengurangkan kos operasi.

      Ini semua adalah fakta dan kebenaran. Ia adalah penindasan. Ada pula apabila ia disuarakan maka golongan penindas ini akan mencerca pula orang-orang yang menyuarakannya.

      Najiblah yang sebenarnya tidak tahu bersyukur dan berkhianat apabila ia menyebabkan anak-anak dan adik-adik kita hari ini tidak dapat menikmati peluang sebagaimana kita telah nikmati dulu.

      Ia telah diberi memperoleh segala kebaikan dan nikmat melalui pemimpin-pemimpin terdahulu dan apabila ia menjadi pemimpin ia bukan saja durhaka dengan memanggil 'kepala bapak kau', malah ia juga khianat apabila merampas nikmat-nikmat tersebut daripada rakyat yang ia pimpin.

      Delete
    5. Klasifikasi:-

      Saya tidak mengatakan kesemua mereka yang berkhidmat di Majlis-majlis Agama Islam negeri-negeri mahupun yang berkhidmat di JAKIM sbg perosak agama di atas nama agama. Ramai sekali yang memilih untuk menjadi penonton dan pembenci pengkhianatan di dalam diam. Cuma sekiranya saya berkhidmat di organisasi sebegini kebarangkalian untuk saya sendiri terdorong untuk menjadi perosak agama di atas nama agama itu tetap ada.

      Ada pula bagi JASA, biarlah saya katakan dengan jelas di sini. Mereka semua yang berkhidmat di era Najib yang tugas mereka adalah membantu dan mempertahankan pendustaan dan pengkhianatan adalah sebenar-benarnya pendedak. Jika tidak mereka sudah tentu telah berhenti atau diberhentikan.

      Delete
  6. Di situlah mula berkawan dengan gadis² malanau yang menawan dan lelaki² iban yang gagah.
    Agi idup agi ngelaban.

    ReplyDelete
  7. Melihat keburukan orang sama penting dengan melihat kebaikan yg di buat orang. Di akhirat pun ada timbang tara nya, tak melihat kepada keburukan sahaja .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah dengan Tun M...bukan ke najip dan para konco2nya termasuk para pencacai pemakan dedak haram dok kutuk beliau setiap hari skrg ni? Itu apecer beb? Masih nak nafikan ke?

      Delete
  8. MENDENGAR GURUH DI LANGIT AIR DALAM TEMPAYAN DICURAH JANGAN......marilah kita renungkan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air dalam tempayan dah lama kering, dengar guruh..adalah sikit harapan, hujan akan turun, insyAllah.

      Delete
  9. Air di tempayan dah kotor..berkulat malah dah kena najip ...oops dah kena najis pun..lagi mau simpan ka?

    Nak guna utk masak tak boleh. Nak guna istinjak pun tak boleh..kecuali bagi kat pemakan dedak haram minum boleh kot???

    ReplyDelete
  10. Anon 2:47 am... ..baca dan faham sikit apa yg ditulis oleh anon 2:39 am. Tulisan itu tidak menyatakan yg dia menyebelahi sesiapa. Itu pendapat secara umum.

    ReplyDelete
  11. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 05, 2018 6:57:00 PM

    Kalo nak cari yg perfect dan ideal memang tak jumpa...nak cari sehebat khalifah arrasidin dah tak ade lagi...

    Tolak yg paling teruk dikalangan yg teruk kalo tak nak jadi bertambah terok...akal dah ade gunakan sebaiknye untuk penilaian...perompak yg dah disiasat dan dibuktikan mesti di tolak jauh2...

    ReplyDelete
  12. KERAJORA BAPUK bodoo pembela prompakMonday, February 05, 2018 8:20:00 PM

    Othaman Ahmad6 February 2018 at 11:46

    Saya amat bersetuju dgn satulagi luahan di bawah ini.

    Ahmad Musadik Shamsudin3 February 2018 at 10:25
    Dalam sejarah, ada beberapa peristiwa dimana salam daripada sahabat- sahabat (ra)tidak dijawab oleh Nabi SAW kerana tingkahlaku sahabat-sahabat(ra)tersebut tidak disukai oleh baginda.
    Itu sahabat.Jenerasi terbaik yang berjuang bersama nabi.

    Bagaimanakah agaknya kalau Nabi SAW masih hidup dan Najib kleptokrasi menziarahi baginda?

    Mahukah nabi melihat muka Najib kleptokrasi@ perompak/ pencuri yang melakukan kemungkaran?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...