Monday, April 30, 2018

POSTER BERCAKAP..

Semalam poster potret wajah Tun dipotong SPR.. Nasib baik mamat yang panjat untuk potong tu tak jatuh,  kalau tidak,  dapat hadiah kerusi roda..

Ada juga potret Mokcik Rosmah dicatmerah,  .. Kalau mokcik bertanding,  satu kerusi parlimen BN sudah dalam genggaman.

Poster BN RASUAH RAKYAT SUSAH..
bila SPR nak bertindak menyelamatkan?




BN BOLEH MENANG MUDAH JIKA TAWARKAN 0 GST DAN SUBSIDIKAN SEMULA HARGA RUNCIT PETROL (?)

Jika itu ditawarkan,  aku akan undi BN(:?)

RAKYAT TAK SABAR HARGA PETROL LEBIH RENDAH, SEAWALNYA MULAI 10/5/18

Yang tak sokong dan tak undi PH pun boleh dapat harga yang lebih rendah,  boleh senyum sampai ke telinga.  Inilah nikmat perubahan, upah melawan kezaliman dan kemungkaran. 

Kempen aku sepatah dua ayat sahaja. 





Undur










Sendiri pasang @ disabotaj?  Wallahu'alam

KEPEKAAN DAN MENTALITI MELAYU TERHADAP POLITIK, MASA DEPAN DAN PRU SANGAT SAMBIL LEWA


RAKYAT TAK SABAR 0 GST..

Yang berlagak tak sokong 0 GST setakat ego dan berlagak je lah.. Akhirnya merekalah yang paling pelahap. 

BERITA DARI PRO BN KENA SIASAT DAN TAPIS DULU, ELAK FAKE DAN FASIK?


Dr Mahathir: Betapa terdesaknya media pro-BN...







Tindakan mengoyak potret Tun oleh SPR sekadar menambah semangat juang jentera PH dan menambah kebencian rakyat kepada BN dan juga bahan senda rakyat,  potret pun BN takut... Cikai. 


Sunday, April 29, 2018

DENGAR CAKAP ABANG INI PADA MBN9


Semua pengundi sila ambil perhatian pada hari mengundi 9 Mei, tidak dibenarkan memakai selipar & seluar pendek dan mini skirt atau mana-mana pakaian yang menjolok mata serta pakaian jean lusuh. 

Dalam taklimat PACA hari ini, peraturan berubah. 
Waktu mengundi 8pagi - 5petang. 
*Semua pengundi mestilah masuk Saluran sebelum pukul 5petang. Sekiranya masuk kawasan sekolah tetapi tidak masuk Saluran, pengundi ini tidak dibenarkan mengundi.*

_Sila maklumkan kepada kawan-kawan dan keluarga keluar mengundi seawal mungkin._

[English Version]

Voters take note on Voting Day 9 May, NO slippers & shorts for Men & for Women NO mini skirts, spaghetti straps & torn jeans are not allowed. 

At PACA briefing today, rules change.
Voting time 8am -5pm 
*All the voter  have to enter Saluran before 5pm, if enter school gate and not enter saluran, this voter is not allow to vote.*

_Please inform our friends and family be there early._



......


Kita juga boleh baca kronologi di media sosial bagaimana calon PH dihalang secara keras oleh polis.





AMANAH SUDAH JUMPA KUNCI KERAJAAN NEGERI KELANTAN...



Kehadiran Nik Omar sebagai calon PH mustahil bukan satu topik perbualan hangat di kalangan ahli PAS.

Si celupar,  Nik Amar mengajak rakyat Kelantan berperang walaupun dengan keluarga Nik Aziz berdasarkan mimpi Hadi Awang dan peristiwa Saidina Abu Bakar membunuh bapanya demi Islam.

Nasib baik temberangnya itu dikesan oleh RORA. Nampak sangat puak ni,  sejarahpun diterbalikan, mimpi aib pun jadi pegangan demi menghalalkan cara.

PAS semakin risau hilang identiti Islam,  tutur kata akhlak pemimpin sudah hanyut,  pakat bergayut bukan lagi dengan iman,  bila lemas,  taik pun jadi sandaran.




















SIAPA AKAN IKUT TELUNJUK SIAPA?


Bila perangai tak senonoh dikesan,  jiran akan mengata - bila tular,  salah siapa? 
Campurtangan negara asing? 










Dan
Jangan Gentar To Say No To umno 





TSUNAMI RAKYAT KENA DITERUSKAN, BANGKITKAN RAKYAT KELUAR MENGUNDI MAKSIMA DAN KEZALIMAN PIHAK LAWAN SANGAT BAIK UNTUK SEMANGAT JUANG

Lawan tetap lawan.. 
Lawan kezaliman
Lawan kemungkaran
Lawan sampai menang.. 
Jihad kita "0" GST.. 

Kepada Allah kita berserah.. 



Ini sms yang aku terima dan aku balas... " PH pilihan kami sekeluarga"


Cai² jiban tidak perlu komen kerana tidak akan disiarkan sehingga tarikh mengundi, ruang perbezaan pendapat ditutup kerana pandangan sesat menyokong kemungkaran perlu dilenyapkan,  sila hantar komen anda di mykemut.

Saturday, April 28, 2018

UMNO MENARI IKUT GENDANG MIC.. SO POWERFULL



ADA DUA PARTI SUCI YANG BERTANDING, SATU DARINYA PALING SUCI

PRU dikendalikan oleh pelbagai pihak,  bukan setakat SPR sahaja kerana ia melibatkan pelbagai jabatan lain untuk melancarkannya seperti Pejabat Daerah,  Majlis Tempatan,  PDRM,  Insolvensi,  Jabatan Pendaftaran Negara dan banyak lagi di belakang tabir.

Semuanya suci tetapi ada satu yang paling suci dalam menguruskannya.

Apabila ada parti suci dan pengurusan suci di PRU14 ini mana mungkin PRU14 kali ini paling kotor.

Kalau dicuit sedikit - itu fitnah, direct masuk neraka jahannam, na'uzubillah.

Itu kena hadam dan yakin sepenuh hati.

SAMBIL MENANGANI ISU YANG SENGAJA DICETUSKAN PH JANGAN HILANG FOKUS KEPADA GROUND WORK TUMBANGKAN UMNO...

Perasaan marah dan kecewa di atas sikap SPR harus diterjemahkan dengan lebih semangat menumpaskan BN.  
Pertikaian dan pengurusan dalaman harus diselesaikan segera. 

PH SUDAH KETINGGALAN 0 - 3

1) Suasana penamaan calon,  PAS lawan BN
2) Penyokong calon PH sedikit dan tidak berpakaian seragam
3) Beberapa calon PH kena reject

https://kluangmanexpress.blogspot.my/2018/04/apakah-penamaan-calon-hari-ini-pun-kena.html?m=0



Hakikatnya,  banyak lagi cabaran dan halangan yang sedang menunggu kerana umno benar² dalam ketakutan ?

Menyalahkan SPR atau umno tidak mendatangkan apa² kebaikan kecuali membawa isu ini ke mahkamah,  walapun di sana juga "tipis".

Ketinggalan 3-0 adalah kerana salah sendiri 100%, tidak ada pengurusan calon tetapi lebih kepada trust.

Calon sendiri tidak jujur terutama mereka yang berstatus muflis atau nama mereka dicalonkan terlalu dekat dengan tarikh penamaan calon hingga tidak sempat berurusan dengan jabatan berkaitan.?

Mungkin juga ada yang sudah kena beli dan sengaja menjadikan isu teknikal untuk tidak layak bertanding dan berlindung dengan alasan tersebut.??!!

Bermula dengan segala kelemahan, kekurangan dan kegagalan itu terpaksa dibawa sebagai bekal dalam baki perjuangan, tiada pilihan.

Sebelum ini pun pemimpin atasan PH sedar strategi lawan,  dah bercakap pun tetapi kenapa masih alpa dan lalai.  Apa sudah jadi dengan Taklimat??? Cukup ke untuk berberucap dengan semangat tsunami rakyat tsunami melayu??!!

Rakyat sudah ada rasa kecewa dengan kegagalan dan kelalaian calon,  ada yang minum todi agaknya hingga dokumen wajib pun lupa bawa?
Kekecewaan itu kena dibendung dengan sikap bangkit dan juang.

Bagi rakyat yang ingin perubahan,  ingat lihat pencuri ditangkap,  ingin lihat yang turut makan duit curi ditangkap,  ayuh bangkit juga jadikan tsunami, masih ada lebih 200 gol utama lagi.. Ketinggalan 3 bukan bererti dunia sudah kiamat.

Bagi BN yang mendahuli 3-0.. sudah terbuai buai,  biarkan..

BELUM PUN PENGUNDIAN, PENAMAAN CALON SUDAH RABAK..


Setakat ini ada beberapa kes yang melibatkan keputusan Pegawai SPR yang menolak beberapa pencalonan mungkin perlu dirujuk ke mahkamah. Samada sikap pegawai atau sistem pencalonan itu sendiri yang bermasalah. 

Adalah malang jika pencalonan ditolak untuk satu proses demokrasi yang lebih utama disebabkan oleh perkara yang remeh temeh. 

Inilah tanda² awal proses kempen,  undi awal dan pengundian dan pengiraan undi kelak akan ujud pelbagai kerenah yang akan ditimbulkan oleh SPR sendiri? 
Jika ini berlaku,  keputusan pilihanraya tidak akan menyelesaikan kemelut politik negara seperti yang diharapkan. 

Siapapun boleh kalah atau menang,  Tun boleh tewas,  Muhyiddin boleh tewas,  Najib boleh menang dan rakyat akan akur tetapi adil dan bersih atau tidak pilihanraya kali ini suatu yang lebih penting dari semua calon?? 

Kalau menang atas jijik kotor selekeh  hina,  apa nilainya? Itu ke yang nak dijinjing bersama masuk lubang kubur kelak.. 


# Di media sosial,  sikap Pegawai SPR mula didedahkan!!! Sesuatu yang sangat menyedihkan kerana amanah dan akhlak sudah boleh dipertaruhkan. Jika PH menang,  jangan lupa "jasa²" mereka ini. 

PENYOKONG CALON PKR PALING MINORITI...

Rata rata seluruh negara bagi penamaan calon hari ini,  penyokong² yang mengiring calon PKR adalah yang paling sedikit berbanding dengan jumlah penyokong yang mengiring PAS dan BN

Di Langkawi,  penyokong BN menenggelami penyokong PKR dan PAS.

Apakah ini petanda BN akan menang besar kali ini,  melebihi dua pertiga.

PERKASA TIDAK ADA PENDIRIAN POLITiK, Ibrhim Ali pentingkan diri, calon bebas di pasir mas

Friday, April 27, 2018

ZAHID HAMIDI SEPATUTNYA LEBIH TENANG



Apabila parlimen bubar,  sudah tidak ada parti kerajaan atau parti pembangkang,  semua sudah jadi mantan. 

Yang ada adalah parti yang sama layak untuk bertanding untuk menjadi kerajaan. 
Sewajarnya rakyat yang mahu perubahan,  tolak parti karat dan usang. 



bahalol bin bangang

APAKAH PENAMAAN CALON HARI INI PUN KENA CURI?



Biasanya yang selalu mencuri adalah siakap senohong gelama ikan duri ikan bilis. 
Apa saja majlis,  tempat dan peluang semua ikan kerapu sampai licin. 
Dalam proses ikan duri memang kena ada ikan setongkol. 




# Nik Omar bertanding di kerusi Chempaka atas logo PKR? 

APAKAH ROSMAH DAN NAJIB TERLALU SENGKEK DAN NAIF UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DAN MEMBERSIHKAN DIRI KALAU BENAR ITU FITNAH..

Dan apakah PM² terdahulu dan isteri mereka difitnah sebegitu teruk oleh pembangkang,  rakyat dan dunia? 








Kena belajar dengan muhyiddin bagaimana fitnahnya dengan nyonya sudah senyap sepi... 








USAHA SABOTAJ MENGHALANG TUN KE LANGKAWI

Berita penuh di sini





CALON DUN JOHOR TAK LULUS SRP..

Tak sangguplah aku dedahkan nama tetapi kalau dicabar atau dinafi,  terpaksalah.....bertentangan sama sekali dengan PH Kelantan yang memperbanyakan golongan profesyonal dan doktor yang menjadi calon..

Ada kaitan..

Meneliti senarai calon BERSATU di Johor juga terdapat satu dua nama yang boleh dikategorikan status meragukan dan berkemungkinan "hilang" di hari penamaan calon...na'uzubillah.
Perkara ini pernah diberi peringatan dan disentuh oleh Tun kepada  calon PH seluruh negara dalam taklimat khas baru² ini.


SAY NO TO UMNO







Dia ni masih ahli umno,  orang umno srlalu bercakap benar,  bukan fake news. ???!!$@#:"👞

Thursday, April 26, 2018

JASA PARTI NAJIB RAZAK TERHADAP RAKYAT BERTERUSAN TANPA KENAL PENAT LELAH

Melangkah secara bermaruah.. 




........
Makcik aku call dan wassap dari pantai dalam.. 

"Parti najib razak bagi tar baru sampai depan rumah,  minyak masak sebotol.. Makcik akan balas budi baik last minitnya,  pangkah PH"
Alasan: semua tu datang bukan dari koceknya.. Duit derma pun sudah dipulangkan"

Itulah politik rakyat masakini,  perasaan marah dan rasa terhina apabila harga undi rakyat begitu murah di kacamata najib. 







SPR banyak buat peratoran baru tetapi tidak termasuk larangan sogokan seperti ini? 


APA KEPUTUSAN MAHKAMAH...





Masih menunggu kerana apa juga keputusan ia tidak akan merubah  besok adalah hari penamaan calon yang sudah diwartakan...

.........

Antara ungkapan awal yang popular semasa 1MDB meletus adalah..
Satu pembohongan memerlukan sepuluh pembohongan untuk menutupnya. .

Secara matematik seratus pembohongan diperlukan untuk menutup sepuluh pembohongan tersebut..


Apakah angka² itu sudah terhasil..

SUHAKAM TIDAK PERLU MINTA KEBENARAN MANA MANA PIHAK MEMANTAU PRU

Apa kuasa SPR untuk menghalang sebuah agensi lain seperti juga PDRM atau SPRM..

Apakah SPR kebal dari salahlaku,  korup dan hak asasi kemanusiaan dan apa sangat yang ditakutkannya.



SENOHONG GELAMA IKAN DURI


INGAT LAGI PRU13 PERJANJIAN NAJIB ANWAR SAKSI JUSUF KALLA? 4

http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/surat-perjanjian-anwar-jusuf-kalla-ds.html?m=1




# Selagi tidak ada apa² kenyataan dari Tun,  ia dianggap selesai,  perlu berhati hati dengan strategi musuh luar dan dalam untuk pecah dan belah PH. ?
Kemudahan kepada Anwar, Menteri KDN tentu punya motif dan penjelasan tersendiri? 

Wednesday, April 25, 2018

MELAYU HAPRAK, MELAYU YANG BANYAK DOSA, BANYAK KELEMAHAN, BANYAK CURANG MEMANG TUDING JARI PADA PIHAK LAIN...

UNTUK BANGSAKU MELAYU                      Dari: Shukri Abdullah*
( Pakar Motivasi Malaysia )
Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP

Memang senang tuduh MCA atau MIC

Betul ke Cina dan India yang *menyebabkan Melayu mundur ?

Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Melayu gila K-Pop

Di dewan konsert, di padang- konsert,

Di stadium - konsert, di TV - konsert.

Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Kilauan Emas !
Dari baru lahir, sampai dah nak mati

Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.

Dalam sektor swasta mereka* *kuasai.

Sukar anak Melayu nak naik pangkat.

Dunia perniagaan mereka control.

Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.

Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.

Tetapi Melayu juga ada* *diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.

Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.

Hingga kini bukan saja remaja Melayu

Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan

Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !

Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.!

Pun bergencok. 
Pun berlenggang.
Pun lupa diri.

Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.

Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.

Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,

Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India?

Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?

Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita

Dengan muhasabah kesilapan kita

Dengan ikhlas dengan kekurangan kita

Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.

Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam*

Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.

Kan berkemundang "Haiyya 'alal Falaah"

Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.

Mari berjaya.

Come to success.

Tetapi "Haiyya 'alal Falah" didahului dengan "Hayya 'alal Solah"

Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.

Mari bersolat, mari berjaya.

Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan & kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India

KIta tambah dengan Kadazan dan Iban

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.

Itu salah kita selama ini.

Usah beralasan lagi.

Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu yg mengaku ISLAM... sama-sama fikir, sama-sama renung.*

Sama-sama bertindak dengan bijaksana.

ADA SESIAPA YANG MIMPI UMNO DIHARAMKAN ???



Sekarang baru jam 8.30am 26/4/18







Kesan hasil kerja keras tarbiyah nik aziz dan pas ke atas DAP maka lahirlah calon² melayu Islam yang berwibawa - malangnya pas sendiri terkeluar kerana tidak sabar dan kepala angin dalam kerja² dakwahnya. 
Mereka sekarang lebih gemar dan berebutan memburu cita cita dunia "king maker".



PRU14 PELUANG RAKYAT MENENTUKAN HARGA RUNCIT PETROL... ANDA DI KATEGORI MANA?

Harga Runcit Petrol kekal 5 minggu berturut adalah keajaiban yang cukup ketara,  lakonan statik skrip yang sama?

Apapun aku jamin ia akan berubah selepas 10hb Mei ikut bangang atau cerdiknya rakyat.




Walaupun lewat tetapi belum terlambat,  keluar dari sistem bangang..

APA SUDAH JADI POTRET TUN PUN MEMBUATKAN BAKAL² BANDUAN DAH GOYANG..

(1) Isi berita  cari sendiri...


........

(2) Dengar baik baik..



Tuesday, April 24, 2018

NAJIB PERLU FIKIR SEMULA UNTUK CARI KAWASAN YANG LEBIH SELAMAT..




http://kluangmanexpress.blogspot.my/2018/04/silap-cakap-kalau-kata-pekan-selamat.html?m=1



Mungkin Isa Samad boleh turun bantu bekas pegawai khasnya. .Fuad Jarkashi juga boleh bantu betulkan semula sistem umno yang rosak seperti dakwanya. 

AKU DIFITNAH..





Dah lama tajuk ini didendang.. 


Kalau itu berlaku kepada kamu. Yang menuduh bukan seorang, ramai,  ada yang masih hidup... 
Kalau kamu ketua keluarga.. 
Kalau kamu pemimpin.. 
Apa resolusinya? 
Cukup ke apa yang sudah dibuat? 
Kalau kamu pegang kebenaran.. 
Apa yang susahnya.. 
Perlu tidak ada had dan halangan untuk diheret, dibincang,  didebat.. Apa saja.. Genggam erat kebenaran. 

Kalau si penuduhnya begitu berani dan galak.. Apa asasnya?
Kamu yang kena tuduh,  kecut.. Apa asasnya? 

Kalau tuduhan itu masih berlegar, itu dikira fitnah,  salah siapa kalau jalan penyelesaian yang dicadangkan tidak kamu sahut.. 

Agak bohong kalau kata semua sudah dilakukan.. 

DUA TIGA KUCING BERLARI.MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG..



.......

Dua tiga Perdana Menteri
Mana nak sama si pencuri seorang



Adat berpantun,.Bila dijual secara terbuka, ramailah yang membeli

Antara yang hebat berpantun tentulah Rais Yatim.. tali barut dan tukang jawab  tukang kipas nampaknya dah belajar sesuatu, terdiam terus...





# Posting "AKU DIFITNAH" akan menyusul selepas ini..


Monday, April 23, 2018

PRU14 PELUANG MELAYU MENEBUS DAN MENGEMBALIKAN MARUAH..


Dunia sangat pelik kepada rakyat Malaysia yang masih mempertahankan seorang PM Melayu dan Islam yang kleptokrasi. ?

Tun M cuba lakukan secara urusan dalaman parti seperti menarik rambut di dalam tepung tetapi tidak berjaya. ?
Cubaan melalui undang² dan parlimen juga gagal kerana pemusatan kuasa yang melampau telah disalahguna untuk kepentingan peribadi. ?

PRU merupakan suatu jalan tetapi ia tetap mempunyai beberapa halangan besar, kuasa rakyat vs kuasa wang. ?



Majoriti kaum bukan Melayu dan Islam sudah menunjuk secara jelas dan berani mereka akan tolak BN. ?
Tsunami Melayu diharapkan,  ada tanda² sudah berlaku sejak parlimen bubar dan secara public,  siapapun kita temui 80% tidak sabar untuk memangkah PH,  tinggal yang bodoh sombong dan out of media sosial masih mempertahankan BN atas nostalgia lama. ?

Umno masih dalam denial syndrom kebangkitan Melayu sedangkan mereka sering mengalami majlis² mereka yang tak cukup korum kedatangan walau diberi kemudahan.
Umno hanya mengharapkan "helah" sebagai senjata terakhirnya. ?



Kalau kita toleh sekejap kebelakang,  sudah banyak kali perancangan umno gagal sasaran dan makan diri?

Pembangkang juga kali ini belum mati akal.

Oleh itu adalah penting,  do or die,  umno perlu direhatkan kerana kecederaan yang teruk dialaminya dan kemusnahan yang dilakukan ke atas negara.? Kita kena pastikan dunia kembali respect pada rakyat dan Negar.a.

Kita lakukan bukan kerana taksub Tun atau sokong anwar,  tidak juga kerana benci DAP,  tetapi keranaperlu menunjukan  maruah jati diri Melayu Islam tolak kemungkaran.
Jika gagal - apa lagi nilai yang tinggal.




PKR berpecah?? !!? 


APAKAH SHAHRIZAT, ISA DAN FUAD BERTANDING BEBAS..

Penamaan calon masih jauh,  dua di atas sah tidak dicalonkan dan kemungkinan nasib yang sama juga pada shahrizat. ?

Bertanding sebagai calon bebas adalah pilihan terbaik lebih² lagi kalau mereka jadi satu team dan invite ramai lagi yang terkucil...logo terbaik,  kepala lembu condo. ?

SATU DEMI SATU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK, MUSUH TUN GUGUR DAN KECUNDANG WALAUPUN BELUM SAMPAI MASA.....


.......

Seperti yang dijangka penamaan calon BN akan mendatangkan ribut kecil..

Di kalangan rakan² cina sepanjang minggu ini yang ditemui 200% sokong Tun dan YAKIN kerajaan baru ditubuhkan..

Secara gurau atau tidak, kata mereka jika kali ini masih tidak boleh tubuh kerajaan baru kerana melayu masih sokong umno, seluruh kaum cina akan tarik diri dari berpolitik, biarlah akan datang hanya orang Melayu berpolitik.

Apa tanda atau isyarat itu?
Jika melayu masih sokong korup dan pencuri, apalagi yang boleh dibuat kerana orang cina tidak mencukupi majoriti membentuk sebuah kerajaan pusat.




Suara suara sumbang sudah mula kedengaran dihala kepada Puad, S.O.P




# Agaknya Tun ini ada daulatnya, SECARA personal yang serangnya akan kantoi sendiri...
Puad bukan yg pertama dari Johor

Sunday, April 22, 2018

SILAP CAKAP KALAU KATA PEKAN SELAMAT DAN TERJAMIN NAJiB MENANG..

Sangat pelik dan terlalu pelik kalau terus langsung dianggap dan dijamin najib selamat dan pasti menang di Pekan (?)

Apakah kita menidakan kecerdikan pengundi Pekan (?)

Mereka mengundi atas nilaian bagaimana,  semata mata wajib undi najib sebab najib seorang PM dan anak tempatan (?)

Apakah pengundi Pekan majoritinya tuli,  buta mata dan buta hati atau perut mereka turut buta sekadar limpahan dunia (?)

Apakah di Pekan tidak ada cerdik pandai, tidak ada internet,  tidak ada anak muda,  tidak ada anak² di kota besar yang mengikuti arus perkembangan perdana dan semasa untuk disampai kepada ibubapa,  sanak saudara,  sahabat handai dan keluarga di sana (?)

Bukankah Pekan juga ada felda dan apakah peneroka di sana tidak terbeban dengan hutang ratusan ribu,  apakah buah kelapa sawit mereka bertukar menjadi emas dan pwrmata. 

Apakah pengundi Pekan juga mendapat pengecualian GST sepertimana syarikat China (?) dan mendapat subsidi petrol serta anak muda mereka langsung dapat kerja sebaik sahaja keluar universiti (?)

Dan lebih penting apakah mereka diberi pengecualian untuk dipertanggungjawabkan atas siapa yang mereka pilih. Tidak ada soalan malaikat di dalam kubur kelak (?)

Sewajarnya kita tidak asingkan pengundi Pekan sebagai rakyat yang tidak ada hidayah dan petunjuk,  sama²lah kita doakan mereka juga netizen yang turut mahu selamatkan Malaysia dan menggunakan hak dan menyatakan pilihan mereka di peti undi. 


# Persepsi Pekan kubu kuat dan selamat Najib perlu dirobos oleh Jelajah PH.. Jumlah kehadiran akan memain peranan sentimen tsunami rakyat. 

ISU BERLORI TERKINCIT NAK JAWAB..


Wallahua'alam....Yang Pasti Bukan Angkara PH.

Rakan-rakan yang dihormati,

Saya akan memohon peletakan jawatan saya sebagai KP JASA pada 26.4.2018. Saya akan bertanding sebagai calon bebas untuk P150 Batu Pahat dan N24 DUN Senggarang.

Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam UMNO dalam memilih calon untuk PRU14.

Pada hari Jumaat saya menerima panggilan dari Datuk Azwan Ibu Pejabat untuk menghadiri mesyuarat khas di Bilik Melaka PWTC (21.4.18).

Tetapi pada keesokan harinya saya menerima panggilan lain dari beliau meminta saya supaya tidak hadir. Kemudian hanya saya tahu bahawa Ketua Wanita saya ada di PWTC.

Saya memenangi kedua-dua pilihan raya MT dengan peluh dan air mata. Saya menentang politik wang namun saya menang kerana ahli mempercayai saya.

Saya mengalami dua kali pengalaman buruk ketika saya tidak dinominasikan pada tahun 1999 dan 2004 hanya kerana fitnah dalam parti. Tetapi saya tetap meletakkan dan menegakkan "UMNO Perjuangan". Tetapi bukan untuk kali ketiga.

Cukup cukup. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sistem yang rosak ini. Saya suka seperti sampah kerana tiada siapa yang berunding dengan saya evendoor Saya MT yang dipilih.

Saya tidak boleh percaya Ketua Wanita saya yang dikelilingi oleh isu peribadi kontroversial menjadi pilihan terbaik parti.

Semua kerja keras, sasaran mikro, dan operasi taktikal telah diabaikan.

Saya tidak menentang "UMNO Perjuangan". Saya tidak menentang bos besar.

Saya telah mempertahankan parti dan bos besar sepenuh hati. Tetapi kali ini, saya menentang sistem yang rosak. Saya akan berjuang sehingga jatuh terakhir.


KEMALANGAN SEMASA MEMASANG BENDERA PRU14


Kemalangan telah berlaku! (Melibatkan orang awam)
Incident Date : 22/04/2018
Incident Time : about 01:30hrs

Telah berlaku satu insiden melibatkan 4 orang awam di bawah talian 132kV SABG-PSRI. Insiden berlaku kerana terdapat breach of clearance ketika mahu memacak buluh untuk memasang bendera parti.

Ketika kejadian,ada terdapat dalam 10 orang awam yang melakukan kerja2 memasang bendera.4 orang daripada mereka sedang cuba mengangkat buluh sepanjang 56kaki, untuk ditegakkan. 

Ketika itu berlaku flashover dan keempat2 mangsa terpelanting.3 org mengalami cedera ringan dan seorang mengalami patah tulang rusuk akibat dari jatuh terpelanting.

Semua mangsa berada dalam keadaan stabil. Tiada perlantikan pada talian direkodkan dan perkakas tnb dalam keadaan baik.
Unit Lines,Subzone xxxxxx,GM South











UMUM CALON SANTAI² HEPI² TAK PERLU STRES, TEGANG BERKERUT MUKA...



Calon tertinggi AMANAH  memperkukuhkan lagi 100% penguasaan PH di Selangor.

Saturday, April 21, 2018

PRU14 FAKTA VS AUTA ??



Tun Daim Zsinuddin di Langkawi support Tun Mahathir... 


Ambil contoh Kerajaan Negeri Srlangor dan Pulau Pinang vs Kerajaan Negeri Kelantan - mana lebih Islamic? 

Islam itu ilmu,  ilmu itu amal.. Baru ada dosa dan pahalanya,  syurga dan neraka. 
Islam bukan hanya pada jubah dan serban @ setakat sembang sampai babi boleh terbang. 

Ambil contoh Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang vs Kerajaan Negeri² bawah BN - mana lebih demi rakyat? 

Retorik demi rakyat, ugama bangsa dan negara bukan sekadar dihujung lima tahun menjelang PRU tetapi sewajarnya dari hari pertama memerintah sehingga dibubarkan,  pengisian penuh lima tahun. 
Selangor dan PP mendahului mereka dengan pengisian dalam tempoh lima tahun dan report card itu sudah cukup sebagai satu kempen dengan yakin calon BN dan PAS akan berputih mata di PRU14. 





Umum calon santai santai hepi hepi tak perlu stress, tegang, berkerut muka..

KUASA RAKYAT VS KUASA WANG


100% tepat.. 
Bolehkah dinafikan lagi.. .

Tun dan PH sedang mempamirkan sokongan tsunami rakyat,  mungkin tidak mega,  tapi agak besar dan menggerunkan sedikit sebanyak. . 

Umno tertikam dengan kerisnya sendiri dan sedang bergelut untuk selamatkan nyawa dalam pertikaian status perundangan.
Setakat mana kuasa caretaker govertment dan wang mampu menolongnya? 

Halangan kedua adalah berdepan dengan pembangkang yang (1) berpengalaman,  mempunyai (2)pelbagai percaturan dan international networking serta (3) dirahsiakan sementara waktu...
Sekali lagi setakat mana wang boleh membantu menghadapi tiga (3) kelebihan pembangkang ini yang diketuai oleh Tun. 

Bahasa sombongnya,  kita tunggu lihat umno collapse!? #$@"'!:"'!?





Thursday, April 19, 2018

SYAITAN YANG DIREJAM..







Pemimpin sekarang,  pemimpin dahulu dan pemimpin akan datang - janji Allah adalah benar. 


KEMPEN PRU BAGAI TERGANGGU... (?)

Kempen pru bagai terhenti,  sekurang kurangnya terencat,  ada isu lebih utama,  status umno?
Siang malam pacak bendera,  rentang banner,  bagaimana kalau umno tidak layak bertanding pru?

Umno pernah diharamkan dan jika berulang,  ia bukan sesuatu yang pelik. Haram semasa era Tun dan jika berulang di era najib,  bagai pinang di belah dua. RAHMAN akan berakhir dengan lebih teragis.

Kenapa umno sekarang kemungkinan diharamkan,  ia bukan suatu rahsia lagi dan hanya mahkamah yang boleh jadi penyelamat tetapi undang² juga tidak boleh berdalak dalik atas hitam dan putih.  Cepat atau lambat,  sekarang atau akan datang,  suka atau tidak umno kena berdepan dengan mahkamah.

Nasib umno mungkin tidak jauh dari nasib BERSATU,  apa salahnya kalau Tun guna logo PKR najib pula guna logo MIC atau setidak tidaknya logo PAS.


Klik ini org umno yg kata

MELAYU TAK PERLU LAGI UMNO PAS...enough

Samada umno menang atau kalah pru,  ia tidak lagi begitu penting dan sudah tidak ada keperluan lagi untuk kita menjaga umno supaya terus kekal menang. 

Negara memerlukan seorang PM yang bagus,  berakhlak dan amanah,  faktor umur tidak penting,  dari parti manapun hanya soal kecil... .. Soal melayu dan Islam,  jagalah memasing. Sudah agak lama kita ditipu umno dan pas kononnya jaga melayu dan Islam... Semua itu helah akal mereka untuk survive. 

Hakikatnya kita beriman pada Al Quran bukan buku perlembagaan umno atau pas,  tidak jugA perlembagaan mana2 parti. 
Jika negara memiliki seorang PM yang amanah,  berakhlak,  melayu dan Islam - itu satu bonus bagi kita. 

Parti yang bercakap soal bangsa dan ugama hanya di hujung pilihanraya perlu dihumban jauh²...enough. 

Wednesday, April 18, 2018

ADAKAH BN PARTI YANG SAH DALAM PRU14 (?)

Sesuatu yang umno dan BN perlu ambil tahu bahawa selepas PRU14  samada mereka menang atau kalah.

Ada pihak tertentu yang akan mencabar ROS dan umno di mahkamah sebagai parti yang terbatal kerana melanggar perlembagaannya sendiri (?)..

Jika umno terbatal, dengan sendirinya BN bukanlah sebuah parti yang sah semasa bertanding di PRU14 (?)


Sekadar pengakuan ku nan  - ia akan dicabar di mahkamah

# Kini logo dan warna BN juga dipertikaikan - umno menang (?) atau kalah tetap berisiko tinggi.

PH KETANDUSAN CALON (?)

Dah tak ada isu, itulah yang dimainkan...

Minoriti calon PH tidak dinafikan kurang dikenali umum dan ada yang muncul dan bangkit berjuang apabila tidak boleh lagi berdiam di bawah kerajaan yang zalim, mereka bangkit menuruti tuntutan agama.

Majoriti mereka calon tempatan yang sudah pun dikenali setempat dan bertanding di kawasan sendiri sebagai anak tempatan adalah tepat.

Peluang ini lah mereka akan mula dikenali. Lebih penting bukan mengukir nama tetapi mengukir jasa kepada rakyat.

Hakikatnya dalam isu negara yang zalim dan huruhara ini, calon yang belum dikenali bukan isu utama tetapi calon ada nama yang kaki rompak, korup itu lebih merbahaya.

Mana satu nak pilih.

Peluang harus diberi kepada anakmuda sebegini untuk menjadi sebahagian pemimpin menguruskan negara....

MELAYU MINDA KORUP (?)

Dah banyak kali aku terbaca komen² kebanggaan bangsa Melayu terima brim.

Diulang cerita pagi petang malam walaupun brim hanya setahun sekali (Purata kasar RM3 sehari) tetapi dipecahkan kepada beberapa bayaran sehingga duit yang diterima boleh habis dalam beberapa minit selepas terima.

Bersyukur,  betul.
Terima kasih, betul.

Bangga..itu bangang.

Tuesday, April 17, 2018

RAKYAT MISKIN NAK MASUK KUBUR PUN MINAT MOHON DIKECUALIKAN GST (?)





Rakyat miskin dalam proses nak masuk kubur pun dikenakan GST tetapi kontraktor China ECRL dikecualikan berjuta-juta..

Tetapi biasa lah, takkan tuan punya badan nak jawab...

Untuk atasinya, ada pula kroni tabur duit..


# Kesah pesakit lupa daratan, datang tidak diundang, pergi tidak dihalang... Klik sini

AGAK² ADA TAK PEMIMPIN UMNO YANG SEHEBAT INI...TSRA..KALAU TAK ADA APA GUNA NAK PILIH SEMULA UMNO


Monday, April 16, 2018

MUKHRIZ DAN IR AMIRUDDIN KENAPA BEGITU TAMAK (?)

Pengumuman yang dibuat oleh Tun bahawa Mukhriz dan Ir Amiruddin akan bertanding di Parlimen dan DUN setiap seorang sangat mengecewakan.

Tindakan bertanding di dua² kerusi seolah olah menunjukan sikap mementingkan diri  tamak dan juga mungkin juga tiada keyakinan diri, desperate atau takut kalah.
Sikap ini sangat tidak baik.

Begitu juga ia menggambarkan ketandusan pemimpin BERSATU di peringkat negeri Kedah atau sekaligus menolak peluang pemimpin lain.

Jika inilah corak strategi Mukhriz sebagaj Pengerusi PH Kedah, mereka hanya akan menemui kegagalan kerana ahli di peringkat akar umbi dan pengundi yang  tidak berpuashati akan memprotesnya di peti undi.

Jika kedudukan ini tidak di ubah sebelum penamaan calon, PH di Kedah dan seluruh negara bakal KECUNDANG.

Jangan rasa diri sendiri gah dan hebat kerana ada nama dan over confident melihat sambutan hangat rakyat kerana pengundi sekadar masih dalam mode mendekati tetapi memerhati.

PH berdiri atas kesepakatan dan teamwork.
Tidak ada kekuatan tunggal pada parti atau pemimpin termasuk Tun.

Jika langkah bertanding dua kerusi juga turut diambil oleh Muhyiddin dan lain² pemimpin, nyata PH akan mati sebelum sampai masa.


INSPIRASI NIK AZIZ TERPUTUS..NIK OMAR TIDAK DIBENARKAN BERTANDING OLEH BONDANYA.


Sebarang kebaikan perjuangan Nik Aziz tidak dapat diteruskan dan sebarang kesilapan masa silam tidak dapat ditebus semula...

Nik Omar dan bukan Nik Abduh dilihat mewarisi kepimpinan Nik Aziz kerana dilihat dapat diterima dan http://akhbarrakyat.blogspot.com/2018/04/bonda-tidak-izin-bertanding-nik-omar.html
dihormati oleh PAS dan AMANAH.

Lebih lebih lagi nik abduh tercalar dengan kontroversi menerima wang umno !!!



𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...