Wednesday, April 25, 2018

MELAYU HAPRAK, MELAYU YANG BANYAK DOSA, BANYAK KELEMAHAN, BANYAK CURANG MEMANG TUDING JARI PADA PIHAK LAIN...

UNTUK BANGSAKU MELAYU                      Dari: Shukri Abdullah*
( Pakar Motivasi Malaysia )
Melayu Mundur Kerana Melayu !

Memang mudah tuding jari kepada DAP

Memang senang tuduh MCA atau MIC

Betul ke Cina dan India yang *menyebabkan Melayu mundur ?

Melayu alpa.
Melayu merempit.
Melayu ambil dadah.
Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Melayu gila K-Pop

Di dewan konsert, di padang- konsert,

Di stadium - konsert, di TV - konsert.

Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Kilauan Emas !
Dari baru lahir, sampai dah nak mati

Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.

Dalam sektor swasta mereka* *kuasai.

Sukar anak Melayu nak naik pangkat.

Dunia perniagaan mereka control.

Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.

Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.

Tetapi Melayu juga ada* *diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.

Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.

Hingga kini bukan saja remaja Melayu

Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan

Barangkali tok dan tok wan Melayu juga !

Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.!

Pun bergencok. 
Pun berlenggang.
Pun lupa diri.

Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.

Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.

Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,

Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India ?

Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India?

Siapa majoriti ketua2 jabatan setakat ini ... Cina dan India ?

Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita.
Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita
Perbaiki pelajar kita

Dengan menoleh ke dalam diri kita

Dengan muhasabah kesilapan kita

Dengan ikhlas dengan kekurangan kita

Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.

Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam*

Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.

Kan berkemundang "Haiyya 'alal Falaah"

Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.

Mari berjaya.

Come to success.

Tetapi "Haiyya 'alal Falah" didahului dengan "Hayya 'alal Solah"

Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.

Mari bersolat, mari berjaya.

Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan & kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India

KIta tambah dengan Kadazan dan Iban

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.

Itu salah kita selama ini.

Usah beralasan lagi.

Mari kita sama-sama cari jalan keluar.

Ayuh Melayu yg mengaku ISLAM... sama-sama fikir, sama-sama renung.*

Sama-sama bertindak dengan bijaksana.

7 comments:

  1. Kalau ikut Umno lagi curi itu makroh.
    Kalau ikut pas, babi yg disembelih cara betul Halal dimakan.
    Sudah2lah dok bodo .
    Kasi humban petualang dan pelelong agama UmnoPas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astaghfirullahalazim.
      Knp jahat sgt gaya penulisan. Cerahkan hati, kikis hati hitam. Masa bila pas kata babi kalau disembelih ikut cara betul halal dimakan? Kalau tak silap itu kata² dari tun madey tak lama dulu. Jgn spin bro, tujukan ungkapan kpd tuan yg asal. Jgn curi kredit dari kata² berbisa bernanah tun madey.

      Delete
    2. yang kata umno kata itu kafir SAPA? DAP ke MIC ke MCA???>??

      Delete
    3. 1204 no main emosi lg. Jenis melayu bandgap layu lunyai. Stick to fact,kurangkan mkn task low

      Delete
    4. UMNO kini bukan saja penuh dgn hasad, dengki, tamak, haloba, korup, menipu, membohong, pengecut tak berani masuk gelanggang untuk bertanding bagi pemilihan juara sebenar sejak 2013 lagi.

      Like I said before....sama ada umno masih sah dan boleh bertanding ker tidak pd PRU 14 yang pasti UMNO kini adalah parti bacol secara rasmi diistiharkan MATI PUCUK dek kepimpinan Najib pondan.

      Mati yg sangat mengAIBKAN/MEMALUKAN.
      Mati yg tak perlu dimandikan.
      Mati yg tak perlu dijenazahkan.
      Mati yg tak perlu dikebumikan.
      Mati yg tak perlu ditalqinkan.
      Mati yg tak perlu dibatu-nesankan.

      Delete
    5. Pendekar bugis pondan pulak tak ada jati diri asyik berlendet kat kuasa2 asing.

      Mula2 jilat Spore keciput sampai habis pulau batu putih & tanah KTM terlepas.

      Lepas tuu, jilat Obama mempropomosikan perjanjian syaitan TPPA, dihamparkan permadani merah menerima kunjungan hormat serta main golf di Hawaii...menghabiskan duit beratus-ratus juta perbendaharaan negara.

      Kemudian, dibodeknya Trump konon musuh Amerika adalah musuh Malaysia juga & membodohkan diri konon nak memperkasakan ekonomi Amerika dgn membeli puluhan k/terbang baru guna pakai duit KWSP hingga CEO Mat Salleh MAS terkilan & letak jawatan sebab dia tak diajak bincang terlebih dahulu.

      Bila perasan Trump tak layan, dia beralih kiblat kpd China Komunis pulak....habis tanah pusaka, harta kekayaan, pengkalan tentera & laut digadai jual oleh najib.

      Delete
    6. REPUBLIK CHINA KOMUNIS LEBIH BAHAYA DARI CINA DAP....!!

      Cina DAP tak bunuh pengasas Ambank yg melaporkan kpd Bank Negara & Polis duit RM2.6 bilyon masuk ke akaun Najib.
      Cina DAP tak simen Pegawai Pejabat Peguam Negara, Kevin Morales yg siap Kertas Pertuduhan penyelewengan Najib & 1mdb melibatkan berbilyon bilyon.
      Cina DAP tidak mengebom-lunyai Altantuya kerana kapal selam tak boleh selam.

      Sebaliknya...Komunis Malaya dgn dukungan Republik China Komunis, rakan niaga Najib telah membunuh & mencederakan ribuan anggota keselamatan negara sejak zaman dharurat.
      Republik China Komunis rakan niaga Najib telah membunuh & menganiaya jutaan umat Islam di Xinjiang Uygur .

      Delete

6ANGKA